ads

Jumaat, 31 Mei 2013

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


senarai penuh calon-calon bertanding <b>di</b> p169 <b>kota</b> - Kelapa Mawar

Posted: 20 Apr 2013 04:15 AM PDT

Proses penamaan calon pagi tadi diu daerah Kota belud sekitar jam 8.00 hingga 11.00 pagi berjalan dengan lancar. Tidak ada insiden keganasan berlaku, sebaliknya semua parti-parti politik bersama pengikut dan penyokong masing-masing mengiringi calon parti masing-masing dalam suasana politik yang meriah dengan bendera dan logo parti masing-masing.

Setelah proses penamaan calon berakhir jam 11.00 pagi, SPR mengumumkan senarai calon-calon berikut:

PARLIMEN P169:

ABDUL RAHMAN DAHLAN (UMNO-BN)
MUNIRAH MAJILIS (PKR)
LAMSIL HAMIDSHOR (BEBAS)
JALUMIN BAYOGOH (STAR)
KANOL GINDOL (BEBAS)

 N6 TEMPASUK:

MUSBAH JAMLI (UMNO-BN)
LAIMAN IKIN (PAS)
ABDUL MALIK MOHED (SAPP)
SUWAH BULLEH  (STAR)

N7 KADAMAIAN:
TIMBON @ HERBERT LAGADAN (PBS-BN)
UKOH@JEREMMY MALAJAD (PKR)
PETER MARAJIN (SAPP)
RUBBIN GURIBAH (STAR)

N8 USUKAN:
MD.SALLEH MD. SAID (UMNO-BN)
MUSTAPHA SAKMUD (PKR)
BAKHRUDIN ISMAIL (STAR)

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Video Pencerobohan <b>Lahad Datu</b> Sabah? | Berita Semasa

Posted: 01 Mar 2013 01:34 PM PST

Di sini kami ingin kongsikan beberapa video sepanjang berlaku krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah sehingga 1 Mac 2013 yang dimulakan dengan video di bawah ini yang menunjukkan keadaan di Lahad Datu Sabah pada Jumaat 1 Mac 2013 yang berlangsung tegang ketika itu…..

Video Pencerobohan di Lahad Datu Sabah Pada 1 Mac 2013

Video yang satu lagi ini lebih menarik apabila menunjukkan aksi tempur tembak menembak yang dipercayai antara tentera malaysia dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah (pengikut Sultan Sulu)

Video Tentera Malaysia VS Penceroboh SULU Filipina di Lahad Datu Sabah!!

Manakala yang mana terlepas dan berminat mahu mengetahui kronologi krisis pencerobohan di Lahad Datu Sabah ini daripada mula boleh menonton video di bawah berdasarkan laporan berita terkini TV3

Video Kronologi Pencerobohan Lahad Datu Sabah 2013!! [LENGKAP]

Video Berita Terkini FIlipina : Perang Lahad Datu Sabah Malaysia VS SULU 2013

Manakala jika anda mahu mengetahui perkembangan apa yang dilapotkan berita terkini Filipina mengenai krsis pencerobohan Lahad Datu sabah ini, boleh tonton video di bawah ini…

Video Berita Terkini TV3 : Kata-Kata Anak Komando Yang Terbunuh di Lahad Datu Sabah

Video terakhir agak menyentuh hati apabila seorang anak kepada komando yang terbunuh alam krisis pencerobohan di Lahad Datu Sabah menentang penceroboh (pengikut Sultan Sulu) iaitu Allahyarham Inspektor Zulkifli Bin Mamat cuba berkata-kata selepas berita kematian bapanya tersebar luas.

Berumur 4 tahun, adik kecil masih mentah untuk mengerti apa sebenarnya yang berlaku sekarang. Tetapi kami yakin, apabila beliau meningkat dewasa kelak, adik kecil ini akan sedar bahawa ayahnya merupakan pejuang dan wira negara…..

Sumber : Harian Kosmo Online

Insiden <b>Di Lahad Datu</b>! Dalang Pencerobohan Tidak Akan Didedah?

Posted: 20 May 2013 07:44 PM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. – Bernama

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Rating: 6.9/10 (8 votes cast)
Insiden Di Lahad Datu! Dalang Pencerobohan Tidak Akan Didedah?, 6.9 out of 10 based on 8 ratings

Incoming search terms:

  • dalang insiden pencerobohan lahad datu
  • lahad datu dalang
Artikel- Artikel Pilihan..

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Sembilan Pengganas Sulu Ditahan <b>Di Beluran</b> Sandakan | melvister <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 07:41 AM PDT

Lebih kurang sembilan pengganas Sulu ditahan di Beluran, Sandakan. Hampir kesemua mereka ini adalah berbangsa sulu yang asal dari selatan filipina manakala setengah lagi asal dari negara kita. Polis pada awal pagi tadi menahan individu sulu tersebut yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas di sebuah kampung di Beluran.

pengganas sul

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tujuh daripada yang ditangkap itu berbangsa Sulu dari Filipina manakala dua lagi ialah warganegara Malaysia. Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20an hingga 50an itu ditangkap di beberapa lokasi di daerah tersebut.

Katanya, pihaknya  juga telah merampas beberapa dokumen dan juga wang serta peralatan-peralatan lain. Datuk Hamza berkata, pasukan keselamatan akan terus menjalankan usaha mengesan pengganas mahupun yang mempunyai hubungkait dengan pengganas tersebut.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved