ads

Jumaat, 25 Mei 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


&#39;EMPTY PROMISES&#39; OF MP FOR <b>SEMPORNA</b> - in Malay

Posted: 23 May 2012 08:10 PM PDT


JALAN utama Kampung Ayer di hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP), namun tiada sebarang diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah ini.
Maka benarlah kata orang bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis; tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang aspal.
Jalan yang terletak bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.
Kampung Ayer adalah kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti mereka telah berhijrah dari kampung ini.
Namun, benarlah kata orang sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG' adalah tepat.
Jesteru itu saya mewakili penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.
Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.
ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

SUARA BEBAS TUARAN: Rumah PBR <b>Di Semporna</b> Tumbang <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 08:44 PM PDT

Dilaporkan bahawa projek tersebut di-alibabakan kepada kontraktor yang tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah-rumah kos rendah. Itulah mengapa kualit PBR ini begitu rendah. Kerajaan perlulah tegas memastikan tiada sebarang projek di-sub kepada syarikat yang tidak layak supaya kualiti projek boleh dijamin. Kalau tidak, syarikat yang mendapat projek itu juga perlu menanggung masalah yang timbul seperti ini.

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Cuci mata <b>di</b> Pantai Bangau, <b>Kudat</b>, Sabah | Blog Fadzmie

Posted: 09 Apr 2012 09:08 AM PDT

Assalamualaikum dan salam kesejahteraan.

Bagi korang yang follow aku di Twitter, mungkin korang ada terbaca tweet aku tentang aktiviti aku petang Ahad kelmarin. Bagi yang tak tahu, sebenarnya aku dengan big family aku buat aktiviti mandi manda di Pantai Bangau, Kudat, Sabah.

Korang mesti tak tahu kan kat mana Pantai Bangau ni? Even ada sesetengah orang Kudat sendiri pun tak tahu kewujudan pantai ni sebenarnya. Biasalah, banyak sangat pantai kat daerah Kudat ni. So, no wonder orang Kudat sendiri tak tahu pasal pantai ni. Plus, kedudukannya yang agak remoted sikit menyebabkan pantai ni tak berapa dikenali ramai.

Awan-awan tu agak men-spoil-kan sikit gambar tu. Tapi korang boleh dapat gambarkan kedudukan pantai tu bukan? So, that's Pantai Bangau. Nama diambil bersempena nama Kampung Bangau, kampung yang berdekatan dengan pantai tu.

Entri kali ni bukan nak cerita secara detail apa aktiviti aku kat sana, tapi just nak tunjuk sedikit gambar yang aku shoot sepanjang petang tu. Tak banyak mana pun, tapi boleh lah sekadar untuk cuci mata bersama. So, enjoy yourselves. :)

Sebenarnya ada lagi gambar lain, tapi rasanya yang ni pun dah cukup kot. Yang lain aku dah sumbat dalam Facebook. Nak letak semua kat sini, panjang berjela lah alamatnya post aku ni nanti. HAHA.

p/s: Sorry kalau gambar kurang berkualiti. Aku tak pro sangat nak shoot gambar. :)

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


[PSS & KRU <b>Kota Marudu</b>] Liqo - Persatuan Siswazah Sabah

Posted: 14 Apr 2012 08:23 PM PDT

Assalamualaikum.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..syukur pada Illahi.. sehingga hari ini masih dberi peluang & ruang.

Pada 15 April 2012; 8.00am

Ahad merupakan hari yang sibuk di Kota Marudu, jalan-jalan utama sesak, orang ramai berpusu-pusu untuk ke "Tamu". Begitula kadar pertumbuhan yang cepat berlaku di KM ini, yang dahulunya jalan rengang, namun kini pengunaan pengangkutan jalan raya juga meningkat. tambahan pula ketika itu di Dewan Komuniti KM ada "stacy". apa dia buat d situ? "Wallahu'alam

berbalik pada cerita asal.

Satu perjumpaan khas yang dibuat untuk adik-adik Usrah Sekolah. Iaitu pelajar Sekolah SMK KM 1, SMK KM 2, SMK Tandek & SMK Benkongan.

Untuk pertemuan pertama kali ini, semestinya sesi taaruf akan dibuat dengan adik-adik usrah, setelah itu bersarapan bersama ahli-ahli lama KRU & mereka di ajar untuk meyuapkan makanan kepada sahabat-sahabat terlebih dahulu. Ada yang kelihatan sangat gembira kerana dapat bertemu ahli-ahli KRU yang lain, kerana sebelum ini tidak pernah melihat atau mengenali ahli-ahli KRU dari sekolah yang berlainan.


Selepas itu, tazkirah ringkas untuk me-refresh niat kepada semua yang hadir.
kemudian, sesi suai kenal bersama ahli tertinggi KRU & ucapan-ucapan khas yang ditujukan oleh adik-adik usrah sekolah agak lebih bersemangat & istiqomah.

Pemakluman Qiamullai kepada adik-adik usrah diberikan lebih awal & diberikan borang kebenaran ibu bapa untuk memastikan program yang akan dijalankan minggu depan berjalan dengan redha ibu bapa & tanpa keraguan dengan pemergiaan adik-adik.

Wakil setiap sekolah juga diminta untuk menyatakan pendapat mereka mengenai usrah di sekolah. Alhamdulillah mendapat respon yang baik.


Untuk mengamitkan lagi suasana, tayangan video Qiamullai yang telah diadakan agar adik-adik usrah mendapat pendedahan awal & mempunyai keinginan yang tinggi untuk istiqomah.

Pertemuan yang ringkas dengan adik-adik Usrah diakhiri dengan ucapan & salam daripada adik Asri iaitu Pengerusi KRU KM yang akan menjalani PLKN. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalan urusannya di sana nanti.

Sehingga sini ja entry kali ini..

Wassalam..

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


izabellovingyou ONLY MYSELF...

Posted: 25 May 2012 04:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]dari shell last station before tambunan, ikut 2 jlan saja..smpai jumpa mcm sign di bawah. signboard catholic church " gereja katolik St Theresa Di Tanak Jesus"/"jalan Kolopis". jalan lurus saja k..ikut 2 jalan jangan mnyimpang- ...

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Galeri Soltura: Ber-aramaiti dengan seni <b>di Kota Kinabalu</b>!

Posted: 07 May 2012 08:54 AM PDT


Kepada warga Sabah yang punya akses ke Tanjung Aru hari Ahad ini,  ayuh kita ber-aramaiti dengan seni!

Bolehlah rujuk ke sini, atau ke sini kalau kamu urang nda faham. Ahaks. ;)

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


PKPIM | Hidup Biar Berjasa – Program Iqra&#39;, <b>Nabawan</b>, Sabah

Posted: 30 Jan 2012 08:19 PM PST

 Bismillahirrahmanirrahim

Biro Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah dengan kerjasama Majis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Iqra' pada 20-21 Januari yang lalu. Program belangsung selama tiga hari dua malam di Kampung Pandiwan, Nabawan Sabah melibatkan sepuluh orang sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa Universiti Malaysia sabah (UMS).

Antara objektif utama program ini adalah untuk membantu saudara-saudara baru di Kampung Pandiwan, Nabawan untuk lebih memahami Islam dengan lebih mendalam. Terdapat lebih 27 keluarga Islam yang terdiri dari saudara baru disini dan masih memerlukan bantuan dari segi pendidikan agama terutamanya dalam ibadah.

Selama tiga hari, program ini banyak dibantu oleh Ustaz Hafiz dan Cikgu Abi yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandiwan. Mereka adalah antara individu yang banyak membantu saudara-saudara baru di sini. Ustaz Hafiz bukanlah penduduk asal di Kampung Nabawan. Beliau berasal dari Johor dan telah menetap di kampung Pandiwan selama 11 tahun.

 Golongan reamaja di nabawan diberikan pengisian yang lebih bercorak perbincangan.

 Sukarelawan dan penduduk kampung bergotong-royong menyiapkan khemah.

 Aktiviti bersama anak-anak Nabawan. Sepanjang tiga hari ini kanak-kanak disini diajarkan tentang Islam melalui pelbagai cara seperti menyanyi.

 Para sukarelawan berbincang menganai aktiviti dan perencanaan untuk keesokan hari.

Sepanjang tiga hari, penglibatan dari masyarakat disini sangat menggalakkan. Keperluan meraka bukan sekadar untuk mendapatkan tenaga guru agama tetapi juga terdapat beberapa keluarga yang sangat memerlukan bantuan material. Sehubungan dengan itu, penganjur program juga telah menyediakan sedikit sumbangan yang telah diserahkan sendiri oleh Dr. Abdullah Bade yang merupakan Yang DiPertua ABIM Sabah sewaktu majlis penutupan program Iqra' ini.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Kunakians: BEKALAN AIR <b>DI KUNAK</b> - YANG MEMERLUKAN DAN <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 07:01 AM PDT

Banyak kawasan penempatan ataupun perumahan, baik di dalam mahupun di luar negara yang mengalami masalah ketidakcukupan bekalan air paip, termasuklah Daerah Kunak. Walau bagaimanapun Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat di semua kawasan.
Hari ini, bekalan air ke kawasan Kampung Simpang Empat Kunak terputus lagi berikutan kerosakan pam yang membekalkan air dari loji di Sungai Kalumpang ke kawasan tersebut. Pihak Jabatan Air terpaksa menyewa lori tambahan, selain daripada lori tangki Majlis Daerah Kunak, untuk mengangkut air kepada penduduk yang terlibat.
Sementara penduduk Kg Simpang Empat mengeluh ketiadaan bekalan air, segelintir penduduk di dua buah kampung lain yang sempat kami lawat bersama Yang Berhormat Datuk Nilwan (ADUN N51 Kunak), membazirkan kemudahan asas tersebut dengan tidak mengendahkan keadaan paip bekalan air mereka yang bocor. 
Sebagai contoh, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, paip bekalan pecah kerana sikap 'tidak apa' pemilik yang membiarkan paip terdedah di atas jalan. Akibatnya ia pecah setelah kenderaan melalui jalan tersebut. Pada pandangan saya tidaklah terlalu sukar untuk menimbus paip tersebut.
Jika kebocoran ini berlaku selepas melalui meter bekalan air pengguna berkenaan tentunya dia sendiri yang akan menanggung kerugian, kemudian akan menjadikannya isu bahawa pihak Jabatan Air Kunak mengenakan bil yang tidak berpatutan. Pemeriksaan kami mendapati meter air di kampung tersebut terletak berkumpul di satu kawasan penyambungan 'T' seperti dalam gambar di bawah. Bermakna kebocoran yang disebutkan di atas adalah selepas melalui meter bekalan melainkan jika penymabungan dilakukan di tempat lain yang tersembunyi.
Di kampung yang satu lagu kami dapati penyambungan bekalan air dilakukan menggunakan hos biasa (lihat gambar di bawah). Kebocoran yang deras menyebabkan jalan kampung yang berhampiran digenangi air.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


sabahkini.net: <b>PENAMPANG</b> NIKMATI LIMPAHAN PEMBANGUNAN <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 06:23 PM PDT


Oleh : SITI ZUBAIDAH ABDULLAH

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" menurut anak tempatan Penampang berusia 38 tahun, Reginald Kevin Langsing. Berbekalkan pengalaman selama empat tahun di beberapa syarikat grafik dan percetakan, ahli perniagaan Kadazan-Dusun ini mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang itu selepas mendapat bantuan kerajaan di bawah program keusahawanan bagi perniagaan Industri Kecil Dan Sederhana (SME).

Anak sulung daripada enam adik-beradik, Kevin berkata beliau berani untuk menceburi bidang perniagaan grafik selepas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memperkenal pelbagai program untuk membantu usahawan muda.

"Saya menceburi bidang grafik kerana minat mendalam sejak dulu. Saya pernah menimba pengalaman di beberapa syarikat selama empat tahun sebelum membuka syarikat sendiri," kata Kevin yang berasal dari Kampung Inobong, Penampang kepada Bernama.

Beliau berkata Penampang kini banyak berubah kesan daripada pelbagai program pembangunan kerajaan negeri BN dan beberapa projek Petronas.

Bantuan Kerajaan, Transformasi

Kevin berkata beliau gembira dengan pemberian RM100 kepada anaknya di sekolah rendah.

"Wang itu merupakan bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada semua pelajar. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat tanpa mengira kaum dan pendapatan," kata Kevin yang menasihatkan anaknya supaya menyimpan wang itu di dalam Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Emak mentua saya pun yang terlantar sakit di Papar, turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, walaupun tidak memohon," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan Kevin sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang mengotakan janji.

"Bila Najib kata rakyat didahulukan, beliau benar-benar menunjukkkan yang rakyat harus didahulukan," katanya merujuk kepada program yang boleh meringankan beban rakyat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kevin berkata tahap keselamatan di Penampang dan kawasan sekitarnya juga bertambah baik melalui usaha mengurangkan kadar jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan.

"Anggota polis dan RELA sentiasa ada mengawasi dan meronda siang dan malam...jadi pekerja-pekerja saya tidak takut bertugas pada bila-bila masa," katanya.

Katanya penduduk Penampang dilihat lebih bersemangat sejak Najib menjadi perdana menteri dan amat berpuashati dengan pelbagai program bantuan kerajaan.

Kerancakan Ekonomi

Pandangan Kevin turut disokong pesara kerajaan Paul Soon, 54, dari Kampung Hungap, Penampang.

Beliau berkata pembangunan pesat berlaku di kebanyakan kawasan di Penampang.

"Contohnya di tempat saya, di Kampung Hungab, yang mempunyai penduduk paling ramai di daerah Penampang, sejak lima tahun lepas banyak (pembangunan) terutama infrastruktur dijalankan," kata Paul yang menetap selama lebih 20 tahun di Penampang.

Harin Chei An, 63, dari Kampung Terawi berhampiran Kepayan, turut menyambut baik semua langkah kerajaan menyediakan kemudahan asas, seperti jalan raya, elektrik dan air, di kawasan itu.

"Kepayan sudah jauh maju. Kalau dibandingkan dahulu, hanya ada rumah-rumah kampung sahaja, tetapi sekarang sudah banyak bangunan tinggi, kedai-kedai dan kawasan perumahan," katanya

Beliau berkata Najib ialah pemimpin mesra rakyat kerana itu beliau sentiasa berusaha untuk memuaskan semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah, dengan menyediakan pelbagai bantuan dan infrastruktur.

"Pendekatan seumpama ini yang diperlukan rakyat," katanya.

Program Baik Pulih Rumah

Christina Saraja, 82, cukup terharu kerana masih ada pihak yang sudi membaik pulih rumah usang yang didiami bersama mendiang suaminya sejak mendirikan rumah tangga kira-kira 60 tahun dahulu.

"Saya berasa terharu dengan keprihatinan kerajaan untuk membaik pulih rumah saya yang telah usang ini...tiada apa dapat saya luahkan kecuali ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kerana sudi menghulur bantuan kepada saya," katanya.

"Kerajaan amat mengambil berat ke atas penduduk seperti saya," kata Christina dari Kampung Putaton, Penampang.

Ibu kepada dua anak itu, antara 34 keluarga yang menerima bantuan melalui program Baik Pulih Rumah Rakyat Miskin anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Yayasan Salam Malaysia dan pemimpin BN di Penampang.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Margaret Leng Tsudai, 82, dari Kampung Inobong turut terharu dengan bantuan BR1M daripada kerajaan BN.

"Saya dapat BR1M itu...saya boleh buat belanja sendiri...saya beli beras dan makanan harian lain," katanya yang mempunyai 12 anak. Margaret juga menerima bantuan RM300 sebulan daripada kerajaan negeri BN.

Seorang lagi ibu tunggal, Josephine Matthew, 64, dari Kampung Monsipiad berkata kehidupannya kini bertambah baik berbanding beberapa tahun lalu.

"Sejak kematian suami empat tahun lepas, saya berniaga sayur-sayuran untuk mendapat belanja sendiri...walaupun pendapatan tidak seberapa tapi saya boleh lagi menampung kehidupan tanpa susahkan anak-anak," katanya.

Transformasi Pembangunan Penampang

Menurut laman web DPinfo atau 'Daerah Penampang Information', kawasan Parlimen P.174 Penampang mempunyai keluasan 411.47 km persegi dan mempunyai lebih daripada 130,000 penduduk. Kadar pertumbuhan purata tahunannya sebanyak 4-5 peratus.

Penampang merupakan daerah paling terkenal di negeri Sabah berikutan daerah itu terletak di Residensi Pantai Barat dan hanya 11km dari Kota Kinabalu.

Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), menang kerusi Parlimen Penampang pada pilihan raya umum 2008.

Pada satu majlis di Penampang, Dompok berkata BN bertanggungjawab merubah Penampang di bawah pelbagai program transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi.

Macam <b>Di</b> KK...: <b>Penampang</b> Jadi Terminal Sejahtera Pertama <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 05:54 PM PDT


Penampang merupakan bandar pertama di Sabah yang mendapat manfaat daripada Program Terminal Sejahtera, menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin. Kini terminal tersebut dalam fasa akhir pembangunan dan akan mula beroperasi tidak lama lagi. 

Menurut beliau lagi, pembangunan terminal itu dibiayai melalui peruntukan RM890,000 yang disalurkan oleh kementeriannya kepada Majlis Daerah Penampang tahun lepas. Selain Penampang, katanya enam terminal dibangunkan di sekitar Kuala Lumpur, manakala 10 lagi di bandar lain. Terminal Sejahtera itu dilengkapi sebuah makmal komputer bertujuan pembelajaran secara dalam talian serta sebuah bilik tutorial untuk kegunaan pelajar sebagai persiapan sebelum menduduki peperiksaan.

"Harapan saya ialah agar terminal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin, terutama anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting," katanya pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang.-New Sabah Times
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved