ads

Selasa, 18 Disember 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Bekas Adun sertai PKR <b>di Kudat</b> - CJMY - Citizen Journalist Malaysia

Posted: 28 Nov 2012 01:28 AM PST

Seorang lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sabah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kudat pada Ahad baru-baru ini.

Datu Abdul Salam Datu Harun mengumumkan penyertaan beliau di hadapan kira-kira  10,000 orang yang hadir untuk mendengar ceramah ketua umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau, yang merupakan bekas Adun Bengkoka pada era Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan mempunyai tali persaudaraan dengan Tun Datu Mustapha, bertindak memasuki PKR kerana merasakan hak-hak Sabah masih dinafikan oleh kerajaan.

Sebelum ini, beberapa ahli politik seperti Datuk Kalakau Untol, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datu Seri Lajim Ukin, Tan Sri Menudin Othman dan Datuk Yahya Lampong telah bertindak keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan mereka untuk pembangkang.

kudat

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Bibiy Ferhanah : Trip to <b>Ranau</b> & Kundasang

Posted: 17 Dec 2012 04:51 AM PST

hai :)
tiada mau cakap banyak. okay, straight to the point. hari ahad kelmarin dan hari ne. saya dan keluarga.... aiseh. skema juga ayat tu. haha. okay, serius. kelmarin (16/12/2012) kami sekeluarga pergi Ranau & Kundasang. for what? tujuan utama untuk pergi majlis perkahwinan cousins. so yea, entah plan siapa yang bawa terus pergi bercuti. orang bilang alang2 kan? hehe. memang sudah plan awal mau bercuti di Ranau & Kundasang. so yea, tarikh pergi bercuti tu di percepatkan. tenene :p
kami menginap di Walai Tokou Homestay, Kundasang. tiada apa saya mau cakap pasal homestay ne melainkan suasananya yang sangat teramat sejuk asdfghjkl. hahaha. well, kawasan pergunungankan. boleh nampak gunung kinabalu dari sana. so sangat sejuk okay. grrr.. macam kau tinggal dalam peti ais! serius. tiada tipu. haha. boleh beku kalau tinggal sana lama-lama. nda boleh hidup oh kalau saya tinggal sana tu. mati kesejukan. erkkk -___-' okay. teruskan cerita.
FIRTS DAY (16 Disember 2012)

gerak dari rumah dalam jam 10 sebenarnya. tapi oleh kerana ada masalah teknikal, terpaksa jalan dari rumah jam 12 tengahari. huhu. dari rumah terus bersiap pakai baju kurung okay. pendekkan cerita, sampai Kundasang dalam jam 2 lebih. terus pegi Walai Tokou Homestay, wah... sejuk... nyaman.. haha
inilah muka depan homestay kami :) kira macam sewa rumah lah tapi untuk 2 hari 1 malam ja. haha
ini dalam homestay tu. okay jugalah. not bad. tiada kipas, tiada aircond. ini tempat special sikit ada 'aircond semulajadi'. heh?

 persekitaran dekat homestay tu. cantik betul :)
do you see what i see? tolonglah nampak. haha
 kakak pertama. sudah kawin ada anak 1. okbai. haha
 itu lah anak kakak saya. Asyraf given name. sangat nakal. omg :O haha
 okay, ini kami telah berada di rumah pengantin. dorang berduet okay. oh so sweet :)
hari pertama tiada banyak gambar. ini ja lah yang saya kasi masuk. haha. so.... the next day.
SECOND DAY (17 Disember 2012)

hari kedua bangun awal pagi. plan mau pegi Poring. so bangun awal, bersiap terus pegi breakfast dekat restoran bawah. ngee~ lepas ja breakfast tu terus balik homestay then gerak pegi Poring :)
 awal pagi on the way pergi breakfast. ibu & mummy!
 ini lah tempat yang sejuk-gila-mau-mati tu. haha
 2 kakak dan 1 abang saya (yang botak). haha. yang depan tu saudara kami ja
 Asyraf. kesiokkan weh mandi kolam. haha. comel bha anak buah auntie ne :)
 lahvvvvv~ 3>
 abang saya. status : not available. okbai.
si ibu. banyak betul posing dia suruh saya ambil gambar. tapi biarlah ini ja yang saya tayangkan. haha
pendekkan cerita lagi, balik dari poring dalam jam 12 lebih. lepas dari sana singgah pekan beli buah-buahan. yang wajib durian. okay, itu pasti. haha. sedap gilaaaa. siapa nda pandai makan durian, RUGI. haha. lepas dari pekan, dorang ibu terus balik rumah. tapi saya and le sisters and le brothers singgah pegi Desa Dairy Farm, Kundasang. banyak lembu mooo~ mooo~ haha. macam kau berada dalam New Zealand ja. nda pun Nashville. haha. lawa lembu dia hitam putih hitam putih. hehe
moo moo~

macam di luar negara weh. haha

sini ada jual susu Desa. fresh milk okay. yummy~


dengan abang. wah, abang gitewww.

macam mau terjatuh ja saya bha. haha

take four

and the last....

take 5.
WARGHHHHH! (kena suruh buat muka teriak masa ne. haha)
haha. best best. saya pendekkan cerita lagi. okay, cukup sampai di sini, eh? hahaha. well, malas sebenarnya mau menaip panjang-panjang ne. buat entry ne pun rushing. nda tau lah sebab apa, tapi saya memang mau cepat. oh tolonglah faham saya. haha. so lepas dari sini, terus balik rumah. selamat pergi dan balik. alhamdulillah :)
see you again Kundasang. i will miss you, again :)
(kasut sudah rosak. abaikan)
okay, lepas ne mau pegi Paris. siapa percaya dia gila. okbai.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Kes Bunuh Penyelia Ladang <b>Di Beluran</b> | Anjung Maya

Posted: 10 Sep 2012 07:11 PM PDT

BELURAN — Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penyelia sebuah ladang kelapa sawit di sini, yang mati ditetak dalam satu pergaduhan semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP Sivanathan Velautham berkata, lelaki itu hanya dikenali sebagai Arsel berusia dalam lingkungan 20-an. Sivanathan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Manuel Quimson, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Sebelum kejadian, beliau berkata, mangsa telah menegur tiga pekerjanya mengenai sikap mereka yang sering meminum minuman keras.sumber

Tags: , ,

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


KEJAYAAN BN <b>DI SABAH</b>!!! Menjadikan <b>Sabah negeri</b> termiskin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 06:42 AM PDT


Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas 49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.

Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah, Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.


Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

ReJaM© " Pairin Kitingan mahu tipu siapa? Rakyat atau diri sendiri? "

Adakah Pulau Labuan Terletak <b>Di Negeri Sabah</b>?

Posted: 08 Aug 2012 07:21 AM PDT

Mungkin ramai yang keliru terutamanya orang luar Sabah  tentang status Labuan samada ia terletak di Sabah atau tidak? Pulau Labuan bolehlah diibaratkan seperti Kuala Lumpur…kenapa?

Kuala Lumpur dari segi geografi memang terletak di dalam negeri Selangor (malah Kuala Lumpur asalnya adalah wilayah selangor sehingga bulan Januari 1974).

Bermula 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan dan tidak lagi dianggap sebagai milik Selangor.

Berbalik kepada Labuan, kita telusuri sedikit sahaja sejarahnya seperti berikut:

Nama Labuan berasal daripada perkataan labuhan dan pulau ini terletak tidak jauh daripada pantai negeri Sabah.

Sekitar tahun 1840an, Labuan dilaporkan sebagai sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan ianya merupakan wilayah Negara Brunei.

Menurut sejarah, pada tahun 1846, Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin II menyerahkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil di sekitarnya kepada pihak British.

[info] Jumlah luas Pulau Labuan dan pulau-pulau sekitarnya adalah 91.64 km persegi [/info]

Tujuan penyerahan ini dikatakan untuk menjadikan Labuan sebagai pangkalan British menentang lanun. Selepas penyerahan kepada British, Labuan mengalami banyak pertukaran pentadbiran.

Labuan pernah ditadbir oleh Raja Putih yang pertama, James Brooke dari Sarawak, pada tahun 1890 ianya dibawah pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara dan kembali kepada pihak British pada tahun 1904.

Pada tahun 1906 pula, Labuan diletakkan di bawah Negeri-Negeri Selat dan dikawal dari Singapura. Pulau ini juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penaklukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945.

Akhirnya pada 15 Julai 1946, Labuan menjadi sebahagian daripada Borneo Utara yang akhirnya dikenali sebagai Sabah.

Semasa Sabah menjadi sebahagian Malaysia pada tahun 1963, Labuan adalah milik negeri Sabah sehinggalah pada tahun 1984 apabila satu perjanjian dibuat antara Kerajaan Negeri Sabah (Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah Harris Salleh) dan kerajaan pusat.

Perjanjian yang kontroversi itu menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang kedua pada 16 April 1984 hinggalah sekarang ini.

Jadi..jawapan bagi tajuk artikel ini adalah…Labuan tidak terletak atau berada di dalam negeri Sabah TETAPI tidak jauh..cuma 8 km je jarak Labuan dan Sabah.

Peta Labuan dari Google Maps.


View Larger Map

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> | my <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

| 17/12/2012 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

Category: Berita Sabah, Sarawak

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved