Tempat ceramah: Masjid Besar Nurul Jihad, Taman Kinabatutan Ria, Jln Apas Bt 5. 91007. Tawau Sabah
Tarikh : Pada 16hb Sept 2013, Jam selepas Magrib sampai………….. setakat sudi
Tajuk : Bagaimana caranya untuk ingat kepada Allah, supaya jangan lupa selamanya…………………..
Rujukan : Sila hubungi Wali Allah Nurul Syuhada ditalian 019-843 6360
Kepada Nurul Syuhada diTawau, pesawat saya dijanggka mendarat dilapangan terbang tawau pada jam 9.00 pagi. Untuk itu, pada jam 10.00 pagi (isnen) saya mahu Nurul Syuhada aturkan pertemuan saya dengan semua saudara-saudara baru "mualaf".
Aturkan disuatu tempat, samaada dihotel tempat saya menginap atau dewan atau dimana-mana rumah yang agak boleh saya buat kuliah. Sapa-sapa yang berhajat, tidak kiralah walau yang hadir hanya sekadar satu orang.
Pada sebelah petang saya mahu. ananda Wali Allah Tuan Guru Fairul (Guru persilatan seluruh Sabah) datang dari Sandakan aturkan pertemuan saya dengan ahli-ahli persilatan seluruh Tawau. Dan pada belah malamnya saya akan berceramah diMasjid Nurul Jihat Kinabatutan.
Pada sebelah pagi 17hb Sep (hari selasa), saya bersama 3 orang rombongan sahabat dari Kuala Lumpur yang ikut serta bersama saya, akan bertolak dari Taewau ke Sandakan melalui jalan darat, yang memakan masa hampir 5 ke 6 jam perjalanan. Selepas zuhur, berkemungkinan sampai keSandakan dengan izin Allah.
Dengan izin Allah juga, pada jam 3 petang kita akan adakan sesi soal jawab agama di Kota Sandakan sehingga jam magrib. Manakala selepas magrib mungkin ananda Fairul ( 012- 8648 461) berkemungkinan sudah mengatur untuk ceramah dimasjid yang belum lagi diketahui lokasinya.
Pada keesukan harinya jam 8.00 pagi, sebelum berangkat pulang ke kuala lumpur jam 6.00 petang, kita adakan sesi soal jawab dengan anak murid ahli persilatan Sandakan, seberapa ramai yang mungkin seperti perhimpunan perjumpaan kita pada tahun lepas. Kita adakan sesi soal jawab agama dari jam 8.00 pagi sehingga jam magrib. jam 9.00 malam saya dan 3 orang rombongan akan ke airport Sandakan, untuk berangkat balik ke Kuala Lumpur.
Semoga kita dirahmati Allah. Gunalah dan menafaatkanlah sepenuhnya kedatangan saya……………………drp Hj Shaari
Like this:
Like Loading...