ads

Sabtu, 9 Julai 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search

Perjuangan Akinabalu Puteri: USUL KERUSI UMNO <b>DI KOTA MARUDU</b>

Posted: 09 May 2011 05:48 AM PDT

Oleh : Admin

1 kerusi di kawasan Kota Marudu. Sekali lagi usual ini dibawa oleh perwakilan puteri umno cawangan-cawangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat cawangan bulan Mac yang lepas. Perkara ini disampaikan oleh ketua pergerakan Puteri UMNO dalam ucapannya semasa majlis perasmian mesyuarat perwakilan puteri umno bahagian tersebut.

Sebenarnya perjuangan menuntut kerusi diberi kepada UMNO ini bukan baru tahun ini sahaja, malahan sepanjang 2 tahun lepas. Perkara sama dizahirkan oleh Ketua Bahagiannya Mohd Fitri @ Wetron Bahanda dalam ucapan ketika perasmian mesyuarat UMNO bahagian Kota Marudu yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Mahyudin Yassin. Permintaan Dan keluhan ahli UMNO. Jelas permintaan itu bukan terhasil dare kepimpinan sendiri tetapi ianya dari akar umbi.

Tahun lepas, saya pernah menyertai program Puteri sebanyak 2 kali. Bertemu masyarakat terutama ahli UMNO. Menyatakan pengabaian berlaku terhadap mereka. Jika umno Kota marudu tidak privation, sudah pasti situasi mereka lebih teruk. Hmmmm... Saya tidak Akan ulas panjang. Cukuplah apa yang telah saya dengar ketika itu telah saya Dan rakan lain sampaikan ke pihak atasan untukan tindakan selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search

Teacher Teh&#39;s Life and Love: <b>SEMPORNA</b> 1

Posted: 05 Jul 2011 01:33 PM PDT

Banyak suka duka di Semporna.

Kawan pertama aku masa di Semporna ialah si comel Nik Asma'. Itulah kawan susah senang aku masa aku kat sini. Kawan yang tak pernah berkira dan sangat baik. Selenga dan sengal pun ye jugak. Kadang-kadang geram dengan telatah dia. Kadang-kadang nak tergelak pun ada.

I really appreciate our friendship. We share our friends and never let each of us being alone. Mesti saling ingat mengingati dalam segala hal. Kalaupun ada selisih faham, kutuk sesama sendiri atau tak puas hati, we forgive and forget. After that, we accept each other.

Ye la, tiada manusia yang sempurna.

Masa mula-mula sampai sini, memang berani betul Nik tegur aku. Aku ni sombong. Seriously! Tak pernah lagi ada orang bg first impression kat aku, aku ni peramah or wutsoever. Sombong is my key words. Takde kejenya aku nak tegur tegur orang. Dahla tengah serabut masa tu sebab rasa macam dok kat planet asing.

Lepas tu kitorang start satu rumah, pindah satu rumah lagi dan akhirnya aku sendiri dapat pindah.

She my ups and downs friends. Di mana-mana walau di mana aku berada. Walau apa perasaan aku. Kalaupun aku tengah emo dan marah. Dia tetap di situ dengan muka heartless dia.

Kitorang berkongsi macam-macam cerita. Dan dari cerita itu kami kenal masing-masing true colours. Biar apapun kisah hidup kami, apapun perasaan kami, kami terima seadanya. Tidak pernah menolak ketidaksempurnaan antara kami.

Saat paling tak boleh lupa, bila kami rasa seperti seorang yang teraniaya. Pernah ke orang bagi short notice, less than two weeks nak pindah rumah without discussing?. Beritahu aku pun tidak. (dia ingat dia bagi kunci rumah dengan duit Astro tu sebagai pemberitahuan?). Maka, berfikir-fikir la kami dan akhirnya we decided to stay just the two of us. Kalau ada housemate, fikir-fikir dulu sebab tak nak pisang berbuah dua kali.

Tapi sekarang Nik tinggal sorang pulak. Tapi dia tak kisah. She can pay for the rent. Cuma, kalau nak keluar, keluarlah secara orang beradab.

Kitorang ni bukan baik sangat, tapi tak suka tengok orang susah. Orang sehelai sepinggang datang, kitorang bagi semua benda sebab dah rasa macammana susahnya kitorang masa memula datang sini. Aku dengan Nik adalah first batch cikgu akademik dari semenanjung yang posting Semporna. Tapi, akhirnya takde penghargaan pun malah dibakarnya lagi hati kami. Benda kecik macam tu pun nak berebut, toleransi pun takde.

Pernah juga bila aku tersilap langkah dalam percaturan hidup. Perlahan-lahan dia pergi dari aku. Dalam diam juga dia minta kawannya cuba menasihati aku. Aku fahamla kenapa kan? Takut nanti aku melenting ke kan. Lagipun kami satu rumah, rasa tidak sesuai nak sound depan-depan ni.

Ok, tu je dulu cerita aku dengan Nik.

Nanti aku cerita lagi.

Yang pasti, aku mesti akan rindukan dia sangat-sangat.

Inilah Nik. Gambar di cilok dari blog dia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search

24 sekolah rendah <b>di Papar</b> terima sumbangan buku - Komunitikini

Posted: 04 Jul 2011 12:57 AM PDT

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Hj. Abd. Rashid Shirlin menyumbangkan Modul 'Bijak Mengarang' berjumlah 210 buah kepada 24 buah sekolah kebangsaan di Parlimen Papar pada Program Pelancaran Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia di padang daerah Papar, Sabtu lepas.

Sekolah-sekolah terbabit ialah SK Gana, SK Padawan, SK Kogopan, SK Limputong, SK Sabandil, SK Mandalipau, SK Mook, SK Tampasak, SK Tanaki, SK Rampazan, SK Kinarut, SK Kawang, SK Pekan Papar, SK Pengalat Besar, SK Pengalat Kecil, SK Pantai Manis, SK Kuala, SK Kelanahan, SK Buang Sayang, SK Surati, SK St. Joseph, SK Kaiduan, SK Benoni dan SK Beringgis.

"Sumbangan ini bertujuan untuk membantu murid memantapkan kemahiran dan memahami teknik-teknik menjawab Bahasa Melayu (BM) Penulisan khususnya pelajar tahun enam," katanya menambah bahawa modul tersebut diagihkan mengikut keperluan dan bilangan yang sesuai oleh Pejabat Daerah Papar melalui bahagian kurikulum unit bahasa.

Related article

Clifford Jeffery

is a Citizen Journalist trained by Citizen Journalists Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search

SabahKita.Net » Ceramah Presiden PAS <b>di Kota Belud</b> mendapat sambutan

Posted: 04 Jul 2011 11:14 PM PDT

Kota Belud, 4hb: Sambutan penduduk Kota Belud terhadap kehadiran Dato Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang diluar jangkaan apabila dewan lokasi ceramah ajuran PAS Kota Belud penuh dengan tetamu yang hadir. Turut sama pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Saudara Aminuddin Aling, YDP PAS Kota Belud Ustaz Mustaqim Aling, ahli Parlimen DAP Dr Hiew King Cheu, Setiausaha PKR Negeri Sabah dan juga Ketua Cabang PKR Kota Belud, Saudara Saidil Simoi.

Menurut Ust Mustaqim di dalam ucapannya, beliau menyatakan terdapat pihak tertentu yang tidak membenarkan bendera PAS dinaikkan diluar dewan. Ini merupakan sistem demokrasi yang songsang apabila pemimpin UMNO hadir, bendera UMNO boleh dinaikkan, namun apabila ada pemimpin PAS yang hadir sebaliknya pula.

Dato Seri Presiden ketika menyampaikan ucapan beliau

Kehadiran tetamu yang memenuhi setiap ruang dewan

Kemuncak ceramah tersebut ialah pada sesi ucapan Presiden PAS, dimana DS Tn.Guru Hj.Abd Hadi Awang telah menerangkan sejelasnya tentang konsep 'Ke Arah Negara Berkebajikan'. Konsep ini, bukan sahaja menumpukan kepada kehidupan rakyat yang sejahtera, namun juga merujuk kepada kepimpinan negara yang adil, amanah dan bersih. Namun apa yang berlaku sekarang, kekayaan negara telah diagihkan kepada ahli keluarga pemimpin dan kroni-kroni terdekat. Inilah yang menyebabkan rakyat terus hidup di dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mengenai perhimpunan BERSIH yang akan diadakan, PAS komited bahawa perhimpunan tersebut aman dan tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan. Sebaliknya UMNO melalui PERKASA yang mengugut ingin menumpahkan darah dan menimbulkan huru-hara.

Tn.Guru Presiden merasmikan 'Pelancaran Borang Tanah Felda Plantation' peringkat Kota Belud

Pada majlis tersebut juga, Pengerusi NGO ANAK, Mazlan Aliman telah melancarkan 'Borang Tanah Felda Plantation'. Menurut beliau, agenda Buku Jingga yang akan mengembalikan Felda Plantation kepada rakyat akan dilaksanakan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Menurut beliau lagi, di Sabah sahaja terdapat 100 ribu ekar tanah Felda Plantation yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah yang berkelayakan. Apa yang penting, kerajaan Barisan Nasional mesti ditumbangkan pada PRU ke13 nanti sekiranya ingin melihat agenda ini dapat dilaksanakan, menurut beliau.

Lagi gambar sepanjang program:

Penyokong Pakatan Rakyat dari Pitas (3 jam perjalanan) turut hadir mendengar ceramah

Kaunter pendaftaran borang tanah, daftar pemilih dan ahli PAS turut dibuka

Saudara Aminudin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah) ketika menyampaikan ceramah beliau

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut sama hadir menyerikan majlis

Gambar terbaik dari Islamreturn untuk para pembaca:

Pemimpin berjiwa rakyat: Dato Seri Presiden ketika menjamu selera, di sebelah beliau saudara Zulfikar Abd Mijan yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Sepangar

Program Dato Seri Tn.Guru Abd Hadi Awang sepanjang di Sabah:

Menyambut Tn.Guru Presiden di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Sidang Media di Pejabat PAS Putatan

Sebelum berangkat ke Kota Belud, Presiden PAS telah sudi merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan yang kini menjadi milik (aset) PAS di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu (Pejabat PAS Putatan, rujuk disini). Seterusnya Dato Seri Presiden telah mengadakan 'sidang media' sejurus selepas merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan (disini dan disini).

Keesokannya beliau akan bergerak ke Pulutan, Pensiangan dan menziarahi penduduk pendalaman Sabah. Manakala pada sebelah malamnya pula, beliau akan berceramah di di Hotel Juta, Keningau.

-nantikan berita rombongan presiden di Sabah-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

abu asy-syaffaa&#39;: Ceramah Presiden PAS <b>di Kota Belud</b> mendapat sambutan

Posted: 04 Jul 2011 10:35 PM PDT

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search

Sahabat-Gunung: Belia <b>Tenom Di</b> Gesa Sertai Askar Wataniah- Jamawi

Posted: 15 Dec 2009 12:00 AM PST

Tenom- Golongan belia khususnya di luar bandar daerah ini digesa menyertai askar wataniah jika masih belum terlibat dalam mana-mana persatuan beruniform.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penyertaan itu akan menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

"Bilangan belia yang menyertai askar wataniah masih lagi kurang sedangkan daerah ini mempunyai jumlah belia yang ramai. Apa yang paling penting, langkah ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam jiwa mereka selain mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenom.

Jamawi berkata, penerangan dan penjelasan mengenai askar wataniah perlu dilakukan secara lebih aktif bagi menarik lebih ramai remaja yang merupakan golongan sasar.

Sejajar dengan itu, katanya, penubuhan Kompeni Askar Wataniah bukan sahaja di Tenom tetapi di seluruh negara adalah satu langkah yang tepat sekali.

"Kita harap golongan belia di setiap daerah khususnya di daerah ini menyertai askar wataniah. Penyertaan ini merupakan bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat mempertahankan negara.

Dengan cara ini, mereka akan menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan dipikul pihak berkuasa semata-mata," ujarnya.

Menurutnya, difahamkan 125 daripada 222 kawasan Parlimen sedang dalam proses untuk menubuhkan kompeni tersebut secara berperingkat dan dijangka selesai pada 2011.

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search

My Life In Mono: Mari Mengenal Pekan <b>RANAU</b>

Posted: 21 Jun 2011 07:57 PM PDT

Selamat Sejahtera Semua!!

Hari ini kita belajar pelajaran geografi ya kawan-kawan... Untuk beberapa entry seterusnya, semua entry aku mungkin berkenaan dengan Negeri Di Bawah Bayu, so jangan lak korang muak membaca ya! Hahaha.... Maklumlah seminggu kat sana, mestilah banyak benda yang aku nak ceritakan... Dari makanan, masyarakat, shopping dan macam-macam lagi! Hahahaha

Pada yang dah tau, aku ke Sabah sebab menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku ni, dapat budak Ranau gitu.... Maka seminggulah aku berkampung di Sabah. Stay beberapa malam di Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu. Sambil Menyelam minum airkan.. Bukan selalu dapat holiday macam ni. Jadi banyak tempatlah aku berjalan!

On the way ke Ranau, pose tepi jalan jap! Hahaha

Bertemankan Wikipedia, aku nak bercerita ringkas tentang Daerah Ranau yang sangat menarik perhatian aku! Serius, orang sana cantik-cantik ok! Dan hensem-hensem! Haahaha.... Kulit putih, mulus! Grrrrrrr!!

"Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang. Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30' U dan 6° 25' U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30' dan 117° 5' T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud."
Haaaa... Itulah serba sedikit latar belakang Ranau, Perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Perjalanan yang menarik dengan permandangan berlatar belakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah. FYI, Ranau ni terletak tinggi dari aras laut, maka hawa boleh dikatakan agak redup dan dingin. Macam Kundasang gak, nyamannnnn! Hahaha.....
Takda nak cerita banyak tentang Ranau, just nak bagitahu Ranau sebuah pekan kecil yang sangat mesra penduduknya, serta murah-murah makanannya....  Terima kasih kepada masyarakat Ranau yang sudi menerima kedatangan kami! Hahaha....
Jom tengok gambar-gambar pekan Ranau ya! Enjoy!

Asal-usul nama Ranau  

"Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon. Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini."

p/s : Kena saman kat Ranau, sebab parking kereta kat tempat yang tak dibenarkan! Damn! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 
BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved