ads

Rabu, 17 Oktober 2012

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Masalah tanah <b>di</b> Kg Kirokot <b>Ranau</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 13 Oct 2012 01:10 PM PDT

Kelmarin, aku hantar isteri dan anak aku balik kampung. Ada mesyuarat di kampung pasal tanah-tanah orang kampung yang diambil oleh sebuah syarikat.

Baru aku tahu di Sabah ni, hak tanah-tanah adat sebenarnya yang ada Native Title bergantung kepada keluasan setiap kampung. Maksudnya, kalau tanah itu terletak dalam sempadan kampung A, jika orang hendak membeli tanah tersebut perlu mendapat kelulusan ketua kampung atau pengerusi kampung tersebut.

Dalam kes kampung isteri aku ni, tanah-tanah orang kampung isteri aku diambil telah dijual oleh ketua kampung sebelah. Jadi mesyuarat tu untuk menentukan sempadan yang sebenar di antara Kg Kirokot (kg isteri aku di Ranau bukan Kg Kirokot Tambunan) dan Kg Lobou.

Dalam mesyuarat tu nanti dihadiri oleh wakil dari kampung-kampung, wakil dari syarikat dan wakil dari mahkamah anak negeri Ranau. Mungkin mereka akan menentukan sempadan dengan menggunakan peta dari Jabatan Tanah.

Yang aku kasihan ni, syarikat yang membeli ni dengan orang kampung sebelah, membersihkan kawasan tanah tu tanpa berbincang dahulu dengan orang-orang kampung isteri aku ni. Jadi semua sawit, pokok buah-buahan, padi, pondok dan lain-lain semua mereka kasi bersih. Orang-orang kampung isteri aku sedar bila sudah bersih kawasan tu.
Ada orang kampung yang pengsan tengok punca pendapatan mereka hilang.

Minta-minta mesyuarat tu nanti dapat menyelesaikan masalah di kampung isteri aku tu. Sekiranya, tanah-tanah tersebut di dalam kawasan kg Lobou atau kg Kirokot pun, diharapkan pihak syarikat dapat membayar gantirugi pokok-pokok yang ditebang.

Wallahua'lam.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Aku dan DOTdotDOT: Welcome to <b>Nabawan</b>

Posted: 17 Oct 2012 04:14 AM PDT

Welcome to Nabawan....

Im very glad because yesterday 17 new intake English teacher posting around Nabawan. (haha..sudah la tu...jenuh pikiaq ckp omputih ni..huhu. My bad English...)

Tahniah dan selamat datang kepada guru-guru baru TESL yang telah ditempatkan di Nabawan bermula semalam, 16 November 2012. Kehadiran kalian banyak menampung kekosongan guru-guru English di daerah ini.

So aku dan rakan-rakan setugasku di SK Pementerian menerima seorang lagi guru English bagi melengkapkan quota yang sepatutnya. Sebelum ini pada bulan Januari, seorang guru telah join company selepas berpindah dari Sarawak ke sekolah aku. So kali ni yang masuk seorang lagi cikgu BI so semakin kuatlah jentera-jentera pendidik SK Pementerian selepas ini. huhu

Selamat datang...selamat datang...selamat datang..

sukahati : <b>nabawan</b>-kinabatangan= 340km.

Posted: 14 Oct 2012 03:31 AM PDT

salah satu cabaran yang mesti di tempuhi pasal cinta jarak jauh ni.

pasal cinta jarak jauh ni, kereta yang bagus adalah satu keperluan bukan lagi satu kehendak. kereta tu suda macam darah daging sendiri. jalan raya sabah yang berbukit bukau dan berlubang-lubang sudah sebati dalam diri. ececeh. best juga cinta jarak jauh ni.. banyak masa dalam perjalanan, jadi anggap ja diri sentiasa pergi vacation. haha. lepas tu mungkin juga pasal jarak jauh ni hubungan kami sebelum kawin - selepas kawin masi sama. masih sms tidak pandai berhenti. masih tidak sabar-sabar berjumpa. masih bertukar-tukar gambar mms. masih rasa macam bf dan gf kecuali sekarang kalau keluar dating tiada orang marah hoho. masih tidak pandai masak haha.

tapi kalau fikir pasal perasaan setiap hari ahad iaitu time fred pulang kinabatangan, fikir pasal keselamatan di jalan raya yang risiko tinggi tu, fikir pasal sakit leher dalam kereta tu, fikir pasal rindu 24jam, arghh! tolong la ya Allah, perkenankanlah doa kami, luluskan lah permohonan pertukaran tu :( jadikan lah tempat terbaik bagiku adalah di sisi suamiku. amin.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Adakah Pulau Labuan Terletak <b>Di Negeri Sabah</b>?

Posted: 08 Aug 2012 07:21 AM PDT

Mungkin ramai yang keliru terutamanya orang luar Sabah  tentang status Labuan samada ia terletak di Sabah atau tidak? Pulau Labuan bolehlah diibaratkan seperti Kuala Lumpur…kenapa?

Kuala Lumpur dari segi geografi memang terletak di dalam negeri Selangor (malah Kuala Lumpur asalnya adalah wilayah selangor sehingga bulan Januari 1974).

Bermula 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan dan tidak lagi dianggap sebagai milik Selangor.

Berbalik kepada Labuan, kita telusuri sedikit sahaja sejarahnya seperti berikut:

Nama Labuan berasal daripada perkataan labuhan dan pulau ini terletak tidak jauh daripada pantai negeri Sabah.

Sekitar tahun 1840an, Labuan dilaporkan sebagai sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan ianya merupakan wilayah Negara Brunei.

Menurut sejarah, pada tahun 1846, Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin II menyerahkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil di sekitarnya kepada pihak British.

Jumlah luas Pulau Labuan dan pulau-pulau sekitarnya adalah 91.64 km persegi

Tujuan penyerahan ini dikatakan untuk menjadikan Labuan sebagai pangkalan British menentang lanun. Selepas penyerahan kepada British, Labuan mengalami banyak pertukaran pentadbiran.

Labuan pernah ditadbir oleh Raja Putih yang pertama, James Brooke dari Sarawak, pada tahun 1890 ianya dibawah pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara dan kembali kepada pihak British pada tahun 1904.

Pada tahun 1906 pula, Labuan diletakkan di bawah Negeri-Negeri Selat dan dikawal dari Singapura. Pulau ini juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penaklukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945.

Akhirnya pada 15 Julai 1946, Labuan menjadi sebahagian daripada Borneo Utara yang akhirnya dikenali sebagai Sabah.

Semasa Sabah menjadi sebahagian Malaysia pada tahun 1963, Labuan adalah milik negeri Sabah sehinggalah pada tahun 1984 apabila satu perjanjian dibuat antara Kerajaan Negeri Sabah (Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah Harris Salleh) dan kerajaan pusat.

Perjanjian yang kontroversi itu menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang kedua pada 16 April 1984 hinggalah sekarang ini.

Jadi..jawapan bagi tajuk artikel ini adalah…Labuan tidak terletak atau berada di dalam negeri Sabah TETAPI tidak jauh..cuma 8 km je jarak Labuan dan Sabah.

Peta Labuan dari Google Maps.


View Larger Map

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Guru didakwa liwat murid <b>di Penampang</b>

Posted: 14 Oct 2012 11:57 PM PDT

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, murid Tahun Satu di sebuah sekolah, di Penampang, didakwa diliwat  gurunya  bulan lepas.

Ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing. Dia, bagaimanapun, kecewa sebab tidak mendapat salinan laporan itu.

Menurut wanita tersebut, seorang ibu tunggal, semasa dia memandikan anaknya pada bulan lepas, anaknya mengadu sakit pada bahagian duburnya.

"Apabila saya melihat lebih dekat, saya mendapati ada bengkak di bahagian sekeliling duburnya. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku, dan dia menceritakan apa yang terjadi. Dia mengatakan seorang guru lelaki membawanya ke tandas dan menguncinya.

"Guru itu kemudian memintanya menanggalkan seluarnya, selepas itu dia (guru) menyapu gel ke dalam duburnya (budak). Katanya, dia berasa sakit apabila guru itu memasukkan kemaluannya.

"Anak saya juga mengatakan ini bukan kejadian pertama kerana dia pernah diliwat beberapa kali," kata ibu tersebut.

Wanita itu membuat laporan polis pada malam itu juga kerana dia merasakan perkara itu perlu disegerakan.

Pada hari esoknya, dia membawa anaknya ke hospital untuk diperiksa dan doktor memberitahunya terdapat kesan melecet di dalam duburnya.

Budak lelaki itu dan kakaknya tidak ke sekolah sejak itu kerana takut dijadikan mangsa, menurut ibu mereka.

Ibu budak itu berkata dia akan membawa anaknya ke hospital untuk kaunseling pada minggu hadapan seperti dinasihatkan.

"Walaupun saya ditegah pihak tertentu, saya mesti memberi amaran kepada ibu bapa lain melalui media kerana saya tidak mahu kanak-kanak lain mengalami nasib serupa," katanya.

Polis difahami sedang menyiasat kes itu.

Sumber:

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved