ads

Sabtu, 14 April 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Bulan 8 <b>di Sandakan</b> | Mesra Online

Posted: 04 Apr 2012 07:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kerjaya · Niaga · Santai · Sukan · Teknikal · Command Prompt · Domain · Facebook · Google · Linux · Security · SEO · Website · Windows · Wordpress · Teknologi · Random Article · Santai »; Bulan 8 di Sandakan ...

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Flower Gurl: Percutian Singkat <b>di SEMPORNA</b>

Posted: 09 Apr 2012 11:26 PM PDT

Hari Khamis malam kami memulakan

perjalanan ke Semporna.. Tepat 5.15am kami sampai gak

akhirnya ke Bandar Semporna, tanpa membuang masa kami pun

memulakan perjalanan ke Hotel tempat kami menginap

di Dragon Inn, Flooting. Setelah selesai berehat kami pun keluar

mencari sarapan pagi Nasi Kuning.. coz Semporna terkenal dgn Nasi Kuning

Ikan Belawis... Setelah kepenatan mencari Nasi Kuning akhirnya

kami jumpa Nasi Kuning yang di Jual di pondok2 memang sedap & Menyelerakan

setelah selesai kami pun kembali ke Hotel untuk merehatkan diri..

Pada sebelah petang plak kami di bawa jalan2 oleh kwn sorg nie.. dia bawa kami

jalan2 pusing2 bandar Semporna.. kami sempat

menjamu Selera Seafood dan meneruskan perjalanan kami

ke Bukit Tengkorak & terus Ke Tampi2...

layannnnnnnnnn gambar2 kami...

Sempatttttttttttt je posing...

Nice view at Tampi-tampi....

Posing wit Rita, Sara & Eyza

Nice posinggg yeahhh...

Nice view di Bukit Tengkorak, Semporna

Nie bukti yg kami akhirnya sampi

ke Bukit Tengkorak..

Share This Post to Others:

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR DEMO UPSI <b>DI PAPAR</b> KAN <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2012 10:50 PM PST


Jam 5 petang

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10 petang

Jam 10pm,kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI.Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya,berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan "we love upsi ".Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi.Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar.Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Jam 2.10 pagi

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua,anjing) terhadap Perdana Menteri,Kementerian Pengajian Tinggi,kerajaan,UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU.Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan,bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

Jam 2.20pagi

2.20am


Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa,kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya,bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia.Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet,pelajar undang2 um (pakai baju merah,muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis.Polis sekadar mengawasi,tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

Jam 2.35pagi

2.35am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan "Buka Pintu" dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya "membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO". Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka ,ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat,ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus.Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman,mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa.Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul,mereka yang melawan sehingga terjatuh,malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.



Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel.Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi,sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO' DR JUNAIDY ABU BAKAR

10 di tuaran - Google Blog Search


Kem Remaja Islam (KRIS) <b>Tuaran</b> 2012 ~ Persatuan Siswazah Sabah

Posted: 07 Apr 2012 02:37 AM PDT


Ya KRIS Tuaran ke-6, 2012 telah berlalu pergi menjadi sejarah seperti juga KRIS pertama. Sejarah kita bersama. Kisah kita bersama. Satu arah tujuan. Kerana tujuan itu kita sanggup bersengkang mata, sanggup mengerah tenaga dan fikir, sanggup berkeringat, sanggup menyumbang wang ringgit dan harta yang ada, sanggup datang menghulur bantu, sanggup mengirim doa dari kejauhan, sanggup menjenguk walau cuma seketika dek komitmen dengan program lain. Mengapakah begini kesanggupan kita? Kerana tujuan itu sungguh murni. Ibarat usaha Sang Burung menyiram api yang sedang marak menjulang memamah jasad Nabi Ibrahim. Walau tampak kecil, namun butir bicara Sang Burung menembusi hati nurani. Membangkit sedar penciptaan kita jauh lebih hebat daripada Sang Burung.
Di Tuaran kita bermula atau lebih spesifik lagi di SMK Badin, Tuaran. Kini, KRIS semakin mekar melakar sejarah masing-masing. Bercambah mencipta keunikan pembentukan komuniti KRU dan PSS di tempat masing-masing. KRU dan PSS Tuaran punya keunikan tersendiri. Jika ditinjau, warga PSS Tuaran majoriti terdiri daripada individu-individu yang berasal dari pelbagai latar tempat. Meskipun begitu, keinginan mereka untuk berbakti di Bumi Tuaran tidak pernah mengenal perih. Bumi Tuaran bertuah didatangkan insan seperti mereka. KRU Tuaran pula, menjadi insan-insan yang lebih menghargai, cuba berdikari, kental semangat juangnya dan sentiasa menyemai prinsip 'what you give you get back', 'what you get you give back'. Itulah tarbiyyah yang diterima lewat pengalaman. Gabungan mantap PSS dan KRU Tuaran terus mengukir lanskap dakwah di Bumi Tuaran dengan kerjasama sabahat sahabiah sekalian. Jangan jemu.
KRIS berlalu, tugasan masih belum berhenti setakat itu, terutama fasilitator dikalangan KRUT. Ukhuwwah yang telah terjalin dengan adik-adik peserta jangan dibiarkan layu kemudian mati begitu sahaja. Apa yang perlu dibuat? Bagaimana? Fikir dan bertindak. Adik-adik peserta sayangilah abang-abang dan kakak-kakak fasi kalian. Kasih yang sudah bersemi sirami dan bajai dengan ikatan ukhuwwah islamiyyah. Sehingga ketemui lagi di lain program. Program terdekat Qiamullail Bulanan pada 21-22 April 2012. Jom datang ramai-ramai mengimarahkan rumah Allah, Masjid An-Nur, Tuaran.
Sekalung terima kasih buat semua sahabat sahabiah yang membantu menjayakan KRIS Tuaran '12. Baik dari dekat mahupun jauh. Warga Politeknik Kota Kinabalu, IPG Keningau, IPG Kent merangkap ahli PSS Tuaran, KRUKK, PSS Sipitang, UNITAR, tidak ketinggalan pembantu AJK Makanan Adik Hasrul yang sangat rajin dan cergas sekali dan semestinya krew-krew KRUT. Tahniah kepada adik-adik peserta seramai 141 orang dari SMK Badin, SMK Telipok, SMK Tamparuli , SM ST John, SM ST James, SMK Tenghilan, SMK Sri Nangka dan dari jauh SMA Mohamad Ali Ranau (Tahniah Ain & Mina).
Tugas tidak pernah berakhir. Hujung minggu ni berkampung di SMKT pula. KRU Muslimat terutama lepasan SMKT sila turun padang. Sambil lalu boleh lihat rumah terbalik.
Kuliah Subuh: Contohi Sultan Muhd. Al-Fateh
 Pengendali Malam Kesenian Islam
Siapa yang berminat ambil pelakon watak 'pembuli'?
Nilah Adik Hasrul, KRU Tunas
Tu dia, masak nasi......Boleh jadi calon ni....Calon MasterChef
Masak sedap-sedap. Halalan toiyibah
Perubahan positif. Teruskan ^_^
Sentiasa ceria walau keletihan

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: PUSAT MAKLUMAT PELANCONG <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 19 Mar 2012 10:38 AM PDT


KERAJAAN negeri akan berusaha mempercepatkan usaha mewujudkan pusat maklumat pelancong di Lahad Datu bagi memperkenalkan daerah berkenaan sebagai destinasi pelancongan penting di Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun.

Masidi berkata pada masa ini, ramai pelancong termasuk dari luar negara yang berkunjung ke Lahad Datu tidak menggunakan pakej-pakej pelancongan dan sehubungan itu pusat maklumat pelancong amat diperlukan ketika mereka datang ke sini.

"Saya telah memberi komitmen untuk mencari dana membangunkan pusat maklumat pelancong di Lahad Datu. Pejabat Daerah Lahad Datu sudah ada bangunan lama untuk tujuan itu. Apa yang perlu ialah untuk membaiki dan mengubahsuai bangunan tersebut sebagai pusat penerangan pelancong.

"Saya akan mengesyorkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam mesyuarat kabinet akan datang dan berharap dana tersebut dapat dikeluarkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)," katanya kepada pemberita selapas mewakili Ketua Menteri merasmikan kawasan rekreasi Menara Kayangan di Gunung Silam di sini, pada Isnin. (BERNAMA)

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Escape to “Little <b>Ranau</b>” | BEATY&#39;s BLog

Posted: 11 Apr 2012 10:05 PM PDT

My last visit to this place was on 2010. Since then, there were some changes in this place. Additional buildings. But like last time, what I love about this place is..it is "smells" like Ranau. Yay..I think in KK, only this place got a mist..Sejuk-sejuk bah. And I call it Little Ranau.

It is unplanned visit actually. After got my wedding heels (yay! I found my wed heels!I will blog about it later), we decided to go to this place and just enjoying the view of KK city. Unfortunately, after few minutes staying there,…it raining! :( . But at least I this place give me a fresh blow of strength!

Have a great Thursday everyone!

Photobucket
Photobucket
Photobucket

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


OPERASI MENCABUT SAKA <b>DI</b> SUNGAI <b>KINABATANGAN</b> SABAH

Posted: 06 Apr 2012 01:33 AM PDT

3 & 4 APRIL 2012

Bertolak dari kota kinabalu ke sungai kinabatangan untuk mencabut saka.
selama dua malam berada di kinabatangan berhampiran sukau operasi mencabut saka keluarga hamba Allah yang memerlukan bantuan.

Alhamdulillah operasi berjaya.

kepada orang ramai yang berhajat mencabut saka dan menyelesaikan apa jua masalah ganguan makhluk halus silalah buat temujanji.

sekarang sehingga 25 April berada di negeri sabah untuk membantu orang2 di sana.

25 April akan pulang ke Kuala Lumpur kepada yang sedang menanti harap sabar semoga akan berjumpa nanti.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


At KK | <b>Di</b> KayKay | <b>Kota Kinabalu</b> dusk till down | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 04:39 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]At KK | Di KayKay | Kota Kinabalu dusk till down. ... At KK | Di KayKay | Kota Kinabalu dusk till down. Comments and faves. Want to format your comment? By azmanjumat68@yahoo.com | +6 0138895959 AzmanJumat+ Add ...

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BUGIS <b>SABAH</b> MESTI ADA WAKIL <b>DI</b> DALAM RCI DAN <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:40 PM PDT

Beberapa artikel penulis sebelum ini mendapat respon dari pembaca di Sabah. Namun pagi ini, penulis tersentak membaca artikel di bawah. Bagaimanakah YB Jimmy Wong, DAP, Sri Tanjung boleh diberi harapan permohonannya menjadi Anak Negeri Sabah. Bagaimanakah masyarakat Bugis Sabah yang sudah beratus tahun atau berpuluh tahun yang lahir di Sabah, ibu bapa mereka lahir di Sabah, ibu bapa mereka berada di Sabah sebelum tahun 1957, atau sebelum tahun 1963, atau ibu bapa mereka yang bekerja dengan Kerajaan British di Sabah, bersekolah dari Tadika hingga bekerja dan banyak lagi kategori...apakah beza mereka ini dengan YB Jimmy Wong ini.

Baca Laporan berita di bawah,

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan


KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ingin mencadangkan supaya wakil-wakil Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia, Kecapi dan lain-lain NGO Bugis supaya mengambil bahagian di dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kedua-dua saluran ini akan memberi banyak keuntungan kepada masyarakat Bugis di Sabah.
Hanya pandangan penulis, kita mestilah akur kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Jika Rexy Mainaky dari Indonesia, Yuan Yu Fuang dari China dan banyak lagi yang diberi taraf kerakyatan Malaysia kerana sumbangan mereka kepada negara Malaysia, maka anda yang sememangnya layak sudah tentu tidak mempunyai masalah. Hanya nasehat penulis, ikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

<b>Sabah</b> Today.com » Blog Archive » UCAPAN PENGGULUNGAN <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 05:29 AM PDT

Tuan Speaker,

1.    Terlebih dahulu, izinkan saya  untuk merakamkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih ke atas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah pada 22 Mac 2012, terutama sekali mengenai dengan perkara-perkara yang menyentuh tanggungjawab-tanggungjawab di bawah Kementerian saya.  Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah di atas Ucapan Dasar Kerajaan pada hari khamis, 22 Mac 2012 yang lalu.

2.    Perkembangan dan kemajuan perdagangan dan pelaburan di Sabah secara khusus  dan di Malaysia amnya banyak dipengaruhi oleh keadaan dan persekitaran ekonomi sedunia.   Jika tanda-tanda pemulihan yang sedang berlaku di Eropah dan di Amerika Syarikat berterusan dan bertambah stabil maka ianya akan memberikan impak yang positif kepada kita dan sudah tentu akan merancakkan suasana perdagangan dan pelaburan.

3.    Dalam hebahan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Sabah merupakan Negeri ketiga yang tertinggi menerima kemasukan pelaburan dalam pelbagai sektor dengan mencatat nilai pelaburan sebanyak RM13.7 billion sepanjang tahun 2011.

4.    Ini menunjukkan bahawa Negeri Sabah merupakan destinasi pelaburan yang menarik.    Meskipun kita masih menghadapi beberapa kekurangan tetapi potensi yang terdapat di Negeri Sabah terus menjadi daya tarikan kepada para pelabur  dari dalam dan luar negara.

5.    Dengan tersedianya beberapa komoditi utama seperti kelapa sawit, minyak dan gas serta potensi aktiviti-aktiviti Tenaga Boleh Baharu (Renewal Energy,) saya yakin Sabah dalam sedikit masa lagi akan menjadi Negeri yang utama bagi kemasukan pelaburan yang lebih besar.  Ini termasuklah projek-projek permulaan di bawah ETP (Economic Transformation Programs) seperti yang telah digariskan di dalam Ucapan Dasar oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri pada 22 Mac yang lalu.

6.    Kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, perpaduan, kestabilan dan kebijaksanaan pucuk pimpinan Negeri Sabah tertutama sekali Yang Amat Berhormat Ketua Menteri  merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian ini.    Sukalah saya menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa sokongan padu dan mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah kepada Kerajaan selama ini telah membolehkan kita menikmati pembangunan yang menyeluruh dan setiap dari kita tiada yang tertinggal.

7.    Saya pasti rakyat keseluruhan akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada Kerajaan dan kepimpinan yang dinamik dan berpandangan jauh.

8.    Kementerian saya akan terus melipatgandakan usaha untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan untuk Negeri Sabah.  Kita akan terus melibatkan diri di dalam expo-expo perdagangan atau menganjurkannya samada yang diadakan di peringkat Negeri atau di peringkat Antarabangsa.    Selain mempromosi produk-produk keluaran tempatan, kita juga mempromosi potensi pelaburan Negeri Sabah.

9.    Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas cadangan-cadangan, idea-idea serta komen-komen yang membina sepanjang dewan ini bersidang.

10.    Bagi menjawab cadangan Ahli Yang Berhormat dari Gum-Gum, SEDCO melalui anak syarikat Perkasa Realty telah pun menyiapkan kerja-kerja  infrastruktur di atas kawasan seluas 5 ekar di Sungai Tiram dengan kos RM939,600 dan pembinaan lapan unit dua tingkat rumah kedai  akan dibina pada tahun 2014.

11.    Sementara pihak SUDC telah juga merancang untuk membangunkan  satu blok 10 pintu premis kedai di kawasan Gum-Gum.

12.    Mengenai cadangan pembinaan pusat-pusat R & R (Rest and Retreat) tambahan di sepanjang lebuhraya Pantai Timur ke Pantai Barat, pihak SEDCOVEST merancang pembinaannya merangkumi lokasi di Maliau Basin, Jalan Nabawan-Kalabakan. Ini adalah tambahan kepada yang sudah dibina di Batu 32, Ulu Dusun Sandakan, Kampung Paris di Kinabatangan, Balung di Tawau dan Bundu Tuhan di Ranau.

13.    Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat N13 Inanam supaya memberikan 100 ekar dari tanah di Kayu Madang  untuk menempatkan generasi seterusnya bagi penduduk yang terlibat dengan pembangunan KKIP, suka saya menyatakan di   Dewan yang mulia ini, bahawa pada 22 Mac 2011 Mahkamah  Persekutuan telah memutuskan kes Suit No K22-181/2002 mengenai pertikaian tanah seluas 749 ekar di Kayu Madang ianya telah memihak kepada Kerajaan Negeri dan keputusan ini adalah muktamad.

14.    Bagi pihak KKIP pada ketika ini telah mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk  mendapatkan sebahagian dari kawasan tersebut. Pada ketika ini pihak KKIP belum dapat memberikan apa-apa kepastian ke atas cadangan Ahli Yang Berhormat dari Inanam sehingga KKIP mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

15.    Menyentuh saranan Ahli Yang Berhormat dari Tungku untuk menggalakkan lebih banyak kilang memproses rumpai laut, suka saya menyatakan di dewan ini bahawa industri pemprosesan rumpai laut merupakan industri yang baru. Setakat ini hanya terdapat dua buah kilang yang memproses rumpai laut kering di Sabah, iaitu Syarikat Tacara (takara) dan Syarikat Omnigel.

16.    Kapasiti pengeluaran kedua-dua kilang ini ialah 2,000 tan sebulan atau 24,000 tan setahun tetapi bekalan bahan mentah yang diperolehi dari dalam negeri hanya 23,000 tan. Pada ketika ini kedua-dua kilang tersebut hanya berupaya beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.  Mereka terpaksa mendapatkan  bekalan bahan mentah dari luar negara seperti Indo-China, Filipina dan Indonesia.

17.    Oleh hal demikian kemajuan industri  ini banyak bergantung kepada inisiatif pihak swasta dan tersedianya bekalan bahan mentah yang mencukupi.

18.    Sebelum  saya mengakhiri ucapan penggulungan ini,  saya merayu agar semua pihak dari berbagai peringkat dan sektor hendaklah mengembling tenaga dan usaha untuk mengujudkan suasana mesra perniagaan, perdagangan dan pelaburan.

19.    Yakinlah bahawa potensi yang ada di Negeri Sabah akan menjadi idaman para pelabur yang sedang mencari peluang di merata tempat di seluruh dunia. UNCTAD dengan izin (United Nations Conference on Trade and Development) telah mengunjurkan bahawa pengaliran FDI dengan izin (Foreign Direct Investment) dijangka meningkat dari US$1.6 trillion pada tahun 2011 kepada US$1.7 trillion dalam tahun 2012 dan dijangka mencapai US$1.9 trillion dalam tahun 2013.

20.    Kita berharap pemulihan ekonomi di negara-negara maju akan berterusan dan Sabah akan menjadi tempat untuk para pelabur dari dalam dan luar negara menanam modal pelaburan mereka di sini.

21.    Setelah mengambilkira penjelasan yang saya huraikan sebentar tadi, Kementerian saya akan melipatgandakan lagi usaha untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri perindustrian yang maju.  Di samping itu, agensi-agensi di bawah Kementerian saya akan menjadi pengerak utama untuk mencapai hasrat ini.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved