10 di tuaran - Google Blog Search |
Kem Remaja Islam (KRIS) <b>Tuaran</b> 2012 ~ Persatuan Siswazah Sabah Posted: 07 Apr 2012 02:37 AM PDT Ya KRIS Tuaran ke-6, 2012 telah berlalu pergi menjadi sejarah seperti juga KRIS pertama. Sejarah kita bersama. Kisah kita bersama. Satu arah tujuan. Kerana tujuan itu kita sanggup bersengkang mata, sanggup mengerah tenaga dan fikir, sanggup berkeringat, sanggup menyumbang wang ringgit dan harta yang ada, sanggup datang menghulur bantu, sanggup mengirim doa dari kejauhan, sanggup menjenguk walau cuma seketika dek komitmen dengan program lain. Mengapakah begini kesanggupan kita? Kerana tujuan itu sungguh murni. Ibarat usaha Sang Burung menyiram api yang sedang marak menjulang memamah jasad Nabi Ibrahim. Walau tampak kecil, namun butir bicara Sang Burung menembusi hati nurani. Membangkit sedar penciptaan kita jauh lebih hebat daripada Sang Burung. Di Tuaran kita bermula atau lebih spesifik lagi di SMK Badin, Tuaran. Kini, KRIS semakin mekar melakar sejarah masing-masing. Bercambah mencipta keunikan pembentukan komuniti KRU dan PSS di tempat masing-masing. KRU dan PSS Tuaran punya keunikan tersendiri. Jika ditinjau, warga PSS Tuaran majoriti terdiri daripada individu-individu yang berasal dari pelbagai latar tempat. Meskipun begitu, keinginan mereka untuk berbakti di Bumi Tuaran tidak pernah mengenal perih. Bumi Tuaran bertuah didatangkan insan seperti mereka. KRU Tuaran pula, menjadi insan-insan yang lebih menghargai, cuba berdikari, kental semangat juangnya dan sentiasa menyemai prinsip 'what you give you get back', 'what you get you give back'. Itulah tarbiyyah yang diterima lewat pengalaman. Gabungan mantap PSS dan KRU Tuaran terus mengukir lanskap dakwah di Bumi Tuaran dengan kerjasama sabahat sahabiah sekalian. Jangan jemu. KRIS berlalu, tugasan masih belum berhenti setakat itu, terutama fasilitator dikalangan KRUT. Ukhuwwah yang telah terjalin dengan adik-adik peserta jangan dibiarkan layu kemudian mati begitu sahaja. Apa yang perlu dibuat? Bagaimana? Fikir dan bertindak. Adik-adik peserta sayangilah abang-abang dan kakak-kakak fasi kalian. Kasih yang sudah bersemi sirami dan bajai dengan ikatan ukhuwwah islamiyyah. Sehingga ketemui lagi di lain program. Program terdekat Qiamullail Bulanan pada 21-22 April 2012. Jom datang ramai-ramai mengimarahkan rumah Allah, Masjid An-Nur, Tuaran. Sekalung terima kasih buat semua sahabat sahabiah yang membantu menjayakan KRIS Tuaran '12. Baik dari dekat mahupun jauh. Warga Politeknik Kota Kinabalu, IPG Keningau, IPG Kent merangkap ahli PSS Tuaran, KRUKK, PSS Sipitang, UNITAR, tidak ketinggalan pembantu AJK Makanan Adik Hasrul yang sangat rajin dan cergas sekali dan semestinya krew-krew KRUT. Tahniah kepada adik-adik peserta seramai 141 orang dari SMK Badin, SMK Telipok, SMK Tamparuli , SM ST John, SM ST James, SMK Tenghilan, SMK Sri Nangka dan dari jauh SMA Mohamad Ali Ranau (Tahniah Ain & Mina). Tugas tidak pernah berakhir. Hujung minggu ni berkampung di SMKT pula. KRU Muslimat terutama lepasan SMKT sila turun padang. Sambil lalu boleh lihat rumah terbalik. Kuliah Subuh: Contohi Sultan Muhd. Al-Fateh Pengendali Malam Kesenian Islam Siapa yang berminat ambil pelakon watak 'pembuli'? Nilah Adik Hasrul, KRU Tunas Tu dia, masak nasi......Boleh jadi calon ni....Calon MasterChef Masak sedap-sedap. Halalan toiyibah Perubahan positif. Teruskan ^_^ Sentiasa ceria walau keletihan |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan