ads

Rabu, 31 Julai 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


pencawang digi <b>di</b> kampung tanjung batu, <b>kota</b> <b>...</b> - i love <b>marudu</b>

Posted: 27 Jul 2013 12:18 AM PDT

KOTA MARUDU, 13 Julai (Bernama) -- Tiga syarikat telekomunikasi mengalami
kerugian kira-kira RM24,000 apabila pencawang DIGI di Kampung Tanjung Batu dekat
sini dipecah masuk pencuri.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu DSP Mohd Isa Yusof berkata kejadian itu
berlaku antara awal bulan Jun dan 10 Julai lepas, dan hanya disedari apabila
seorang kontraktor Digi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan 24 bateri
Maxis dan 24 bateri Celcom yang diletak dalam kawasan berpagar pencawang itu.

"Siasatan awal pihak polis mendapati pencawang itu dikongsi tiga syarikat
telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis serta Digi dan suspek masuk ke kawasan
pencawang dengan cara memotong kunci mangga pintu pagar utama sebelum memotong
mangga pintu kabin tempat bateri itu dipasang," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati jarak tapak cawangan dari jalan utama
adalah sekitar 100 meter dari rumah penduduk kampung dan tiada pengawal
keselamatan di kawasan pencawang itu yang hanya dipasang penggera keselamatan.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan pekedai yang membeli barang
lusuh agar tidak membeli harta curi, sebaliknya mereka diminta menghubungi Balai
Polis Kota Marudu di talian 088-662 449 atau pegawai penyiasat Inspektor
Zulkairi di talian 012-8344 368," katanya sambil menambah kes itu yang ketiga
berlaku di daerah Kota Marudu pada tahun ini.

Mohd Isa turut menasihatkan syarikat komunikasi agar mempertingkat langkah
pencegahan dengan membina penghalang jalan lebih kukuh bagi mengelak kenderaan
atau penjenayah masuk ke kawasan pencawang dengan mudah.
-- BERNAMA
NBK NT SBB

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Aktiviti memasak punca kebakaran ragut tiga nyawa <b>di Sandakan</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 07:15 AM PDT

SANDAKAN – Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mendapati kebakaran yang meragut tiga nyawa di Kampung Muhibbah berpunca daripada aktiviti memasak.

Pengarahnya Nordin Pauzi berkata bahan binaan mudah terbakar turut menjadi faktor api pantas merebak.

"Penemuan ketiga-tiga mayat di dalam tandas menunjukkan mereka cuba menyelamatkan diri, namun gagal kerana api merebak dengan cepat dan rumah berkenaan terbakar keseluruhan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

Kebakaran itu mengorbankan Juliana Sikin, 24, yang kurang upaya, adiknya Kamisah, 17, dan anak saudara mereka, Nurnilam Sari Solong, 6.

Nordin berkata kejadian kebakaran itu perlu diambil serius oleh penduduk kampung atas air itu dan mereka perlu menyedari penempatan di situ agak padat, tiada laluan keluar atau laluan kecemasan yang sesuai di samping struktur binaan tidak kekal dan mudah terbakar.

Menurutnya rumah yang musnah terbakar merangkumi tujuh bilik dan lima daripadanya kosong, manakala sebuah bilik dijadikan kedai oleh penyewa dan sebuah bilik disewa oleh dua beradik yang maut dalam kejadian itu.

Nordin menasihatkan orang ramai mengambil langkah selamat dan berhati-hati dalam penggunaan bahan api dan peralatan elektrik khususnya semasa musim perayaan. – Bernama

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Sidang Rakyat: 1,000 unit rumah PPR dibina <b>di Kota Belud</b>

Posted: 25 Jun 2013 09:09 PM PDT


KERAJAAN akan membina 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Belud  bagi fasa pertama dan akan ditambah lagi 500 unit  untuk  fasa kedua dan perlaksanaannya akan bermula tahun ini, sebaik sahaja kementeriannya mendapat laporan lengkapberhubung  lokasi perumahaan itu," umum Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan selepas merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Sorob Tambulion di Kota Belud, baru-baru ini.

Rahman mengatam  padi sebagai sembolik perasmian Pesta Kaamatan Kampung Sorob Tombulion. - OLEH GINDANAU SAKAT


10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kalau bukan KITA,SIAPA lagi: Kisah battle of the band <b>di Tawau</b>

Posted: 28 May 2013 10:26 AM PDT


Punya lama saya tak update dengan blog ini.Fuiyooooo, macam kena kasi abai sudah tau.Tapi,mau buat macamana jugak kan.Terlalu banyak perkara yangmau di buat.Inilah akibatnya.Kalau dulu setiap hari ada jak artikel saya buat.Tapi,indak apalah.Kali ini,saya nak berkongsi ceria mengenai Battle of the band yang berlngsung di Tawau minggu lepas.

Haaaa, memang terkejut juga bidal dapat maklumat 4-5 bulan lepas dari beberapa orang sahabat yang berada di Tawau.Dia bagi tau,dimana tak lama lagi tawau nak anjurkan battle.Dia cakap,ok kah?Hishhhh, siapalah saya mau jawab soalan tu kan.Perkara baik,mestilah diharapkan ok sahaja.

Seminggu sebelum battle, saya mendapat tugasan di daerah Tawau.Almaklumlah,dah krja kesana kesini sekitar Sabah.So,saya dapat peluang bersua muka dengan orang kuat disebalik penganjuran battle of the band di Tawau ini.

KELAB PEMUZIK 1 MALAYSIA TAWAU, adalah pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran battle of the band yang menjadi titik tolak kebangkitan semangat pemuzik pemuzik didaerah Tawau ini dan yang hampir dengannya.KP1MT dibawah pimpinan brader ASDAR telah memberanikan diri untuk mencari satu medium bagi belia belia Tawau dan juga tidak ketingga;an Beliau Beliau yang memang telah bergiat aktif dalam seni muzik ini.Jangan ingat usia mereka dah berstatus beliau,mereka tak hebat.Kalau di ikutkan dari segi tenaga atau showmanship,memang YA,mereka tak sehebat 20-30 tahun lalu.Tetapi, kalau di bandingkan pengalaman mereka,sudah tentu wang ringgit tak mampu dijadikan tukaran.

Pada mulanya, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mencari 20 buah kumpulan sahaja yang ada di Tawau (tertutup Tawau). Akan tetapi, disebabkan permintaan terlalu ramai dari luar Tawau, last minit,penganjur telah membuat keputusan untuk MEMBUKA kepada mana mana band sekitar Sabah.

Sewaktu dijemput hadir semasa mesyuarat penganjur 5 hari sebelum battle, beberapa AJK penganjur ada juga bertanyakan saya mengenai pengalaman melihat battle di Kota Kinabalu.Saya yang kurang arif ini hanya mampu berkongsi beberapa tips dan pengalaman sahaja.Selebihnya terpulang kepada penganjur untuk menilai baik buruk yang bakal berlaku.

Ternyata, persiapan rapi dari pihak penganjur membuatkan saya yakin dan teringin menghadiri acara selama 2 hari tersebut yang jatuh pada tanggal 25 & 26 May lepas Tetapi,apa kan daya.Dalam minggu tersebut saya terpaksa melaksanakan tugasan luar sehingga hari khamis malam.Memang ada kecewa sedikit sebab tak dapat nak lihat band band Tawau perfom.Almaklumlah, saya tak berapa kenal band band lama di Tawau ini.Yang saya kenal hanya band band baru yang terdiri dari kalangan belia belia muda.Serta beberapa rekoding studio.

Setelah melihat koleksi gambar gambar yang ada di laman page KP1MT,saya dah tahu bahawa event tersebut memang gempak dan havoc.Mana tidaknya, bukan setakat battle,pelbagai acara telah di aturkan untuk warga Tawau.Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Karaoke, booth jualan makanan serta pakaian dan maca macam lagi.

Kepada yang ingin melihat gambar gambar battle, anda boleh lihat di sini Tawau Fiesta 2013.Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada penganjur iaitu KP1MT atas kejayaan mengendalikan program ini.Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku mengenai ketidakpuashati peserta terhadap penjurian, ianya adalah asam garam dalam mana mana pertandingan.Sedangkan WORLD CUP pun ada protess, ini lagi battle yang macam ni kan..:)

Diharap, selepas ini, program ini dapat dimasukkan kedalam kalender tahunan Sabah dan sedikit sebanyak ianya dapat menjana sektor pelancongan di Tawau.Ianya dapat membuka peluang perniagaan kepada warga tawau sendiri selaian menikmati hiburan serta program yang bakal di laksanakan.

p/s
Insyallah, next time OnlineFM dapat berkolaborasi dalam menjayakan acara tahunan ini...:)

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved