ads

Jumaat, 29 Jun 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Masalah perparitan punca banjir kilat <b>di Sandakan</b> | Inimajalah dot <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2012 06:28 PM PST

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Pengantin 1Malaysia selamat bersanding <b>di</b> Kg.Bundusan,<b>Papar</b>

Posted: 13 Jun 2012 01:15 AM PDT

PENGANTIN 1MALAYSIA PENGANTIN 1Malaysia...Cik Norafezah Sairin(tiga kanan) Nur Aisyah Liew Abdullah (dua kanan) Anisah Ahmad(kanan) sempena majlis Malam Berinai di Kampung Bundusan,Papar. (GAMBAR BAWAH): PENGANTIN 1MSIA...Mohd.Nazmi Sairin(dari kiri ke kanan);Mohd.Nizal Sairin;Mohd Nizam Sairin;Noraziarah Sairin sempena majlis malam berinai di Kampung Bundusan,Papar PAPAR: Pasangan Encik Sairin Tamin dan Puan radiah Haji Darus dari Kampung Bundusan telah melakar sejarah apabila menikahkan keempat-empat anak mereka dengan pasangan dari sukukaum Murut;Cina dan Melayu Brunei pada satu masa (10/6/2012) sehingga mendapat jolokan Pengantin 1Malaysia. Sejarah itu bukan sahaja bagi kampung Bundusan malah sejarah pertama bagi Daerah Papar. Anak pasangan Sairin dan Radiah ialah Mohd.Nazmi Sairin dengan pasangannya Cik Nur Aisyah Liew Abdullah(China);Mohd Nizal Sairin dengan pasangannya Cik Anisah Ahmad(Brunei); Mohd Nizam Sairin dengan pasangannya Cik Norafezah Abd.Rahman(Bajau) sementara Cik Noraziarah Sairin dengan pasangannya Jasly Lontoh(Murut). Hadirsama meraikan pasangan-pasangan pengantin itu Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Ahli Parlimen papar dan Ketua Puteri UMNO Malaysia;Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Datuk Haji Ghulam Haidarhaidar@Yusof bin Khan Bahadar merangkap ADUN Kawang; Pemimpin Unit Kemajuan rakyat Dun Kawang,Encik Juil Nuatindan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Parlimen papar. Encik Sairin yang juga salah seorang kakitangan UPKR Kawang,mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pemimpin,sanak saudara,sahabat handai dekat dan jauh yang turut meraikan majlis malam berinai dan majlis persandingan itu.Oleh:ARSHAD HUSSIN

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


2 Maut Tertimbus Tanah Runtuh <b>Di Lahad Datu</b> | ZerousVortex[dot <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 06:34 PM PST

Kejadian selepas hujan ranapkan rumah mangsa di lereng bukit 
LAHAD DATU: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun bersama ibu saudaranya maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga mereka parah dan meranapkan seba-hagian rumah di Kampung Terusan, di sini semalam.
Kejadian jam 1.30 pagi itu mengorbankan Nisdawati Jamal dan ibu saudaranya, Faridah Jompah, 40, manakala suami Faridah, Masdar Naning, 50, patah kaki. Faridah dan Nisdawati dipercayai tertimbus, manakala Masdar dihanyutkan aliran lumpur.
Ketiga-tiga mangsa bersama empat ahli keluarga mereka mendiami rumah di lereng bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, ranap akibat kejadian berkenaan. 
Difahamkan, Nisdawati bersama ibu dan bapa saudaranya itu tidur dalam bilik di ruang belakang. 
Tiga anak Masdar dan Faridah, iaitu Suhardi, 24; Mariam 19, dan Mohd Azizul 15, bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan membawa bersama cucu Masdar yang berusia empat bulan, Nurasheema Humaira Abd Rashid. 
Ketika kejadian, semua mangsa tidur dan tersedar selepas mendengar bunyi tanah menggelungsur di belakang rumah, dipercayai berikutan hujan berterusan sejak jam 8 malam kelmarin. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.53 pagi dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. 
"Mayat Nisdawati ditemui jam 10.55 pagi tadi (semalam), manakala mayat Faridah ditemui 15 minit kemudian di bilik sama. Keadaan rumah yang hampir 50 peratus tertimbus menyukarkan usaha menyelamat serta mencari mangsa. 
"Kedua-dua mayat hanya ditemui selepas pasukan penyelamat menggunakan jengkaut. Usaha mencari turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan bomba sukarela," katanya. 
Mohd Apandi berkata, Masdar yang dihantar ke Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan tengah hari semalam. -BH
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Geng Pancing Pecah Pala: Lohan Akuakultur <b>Ranau</b>

Posted: 12 Jun 2012 06:08 AM PDT

Lama tidak update fishing spot walaupun ada trip ke tempat-tempat yang ada dalam post-post sebelum ini. Kali ini GPIII akan berkongsi satu spot yang terdapat di Ranau. Oleh kerana susah mahu mencari port memancing di Ranau, GPIII muat naik Map/Peta untuk ke Lohan Akuakultur.

Map jika dari Pekan Ranau. Silalah bertanya dengan penduduk setempat jika tidak dapat mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh GPIII ini. Maaf kerana Google Maps tidak begitu clear di tempat ini.

Full map Lohan Akuakultur
Close up Lohan Akuakultur
Sedikit gambar-gambar dari trip-trip/post yang lama untuk tatapan :P


10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Ucapan Anwar Ibrahim <b>di Kinabatangan</b> - KEPIMPINAN ANAK <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 04:48 AM PDT

Ucapan Anwar Ibrahim di Kinabatangan

KINABATANGAN ; Rakyat bukanlah kuli penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Menurutnya, hak rakyat mesti dijaga oleh pemimpin termasuklah mendapatkan maklumat adil dan bebas. 
"Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan. 
"Kekayaan Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat" Katanya pada sambutan Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang KEADILAN Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong. 
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dan Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Tamrin Jaini.
Mengulas isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang memanipulasi sijil sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat dirampas dan diserah kepada syarikat kroni. 
"orang kampong yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membiayai peguam untuk memastikan hak mereka terbela. 
"Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut nadi rakyat" tegasnya.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Tanah KEADILAN Sabah yang juga bekas Exco Kerajaan Sabah, Datuk Kong Hong Ming mendedahkan bahawa leih 32,000 kes rampasan tanah berlaku di Sabah.
Namun tidak didedahkan media selain kurangnya pengetahuan undang-undang dalam diri pemilik tanah.
Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah rajin mengambil tahu isu semasa selain membandingkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri pimpinananya dan pentadbiran Umno BN di Sabah.
Menurutnya, pentadbiran Umno BN kekal melingkari rasuh dan pemborosan berbanding pemerintahan Pakatan Rakyat yang bersifat berkebajikan untuk rakyatnya.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk universiti RM1,000, meninggal dunia RM2,500, air percuma dan sebagainya demi memgembalikan hak rakyat. 
"Kita baru perintah tiga tahun, sudah beri macama-macam.
"Kerajaan Negeri Sabah hanya beri air hujan percuma," Sindir Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
Oleh itu, Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan berani melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memastikan undi hanya untuk Pakatan Rakyat.
"Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN. 
"Buat diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil, kerana itu hak rakyat. Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat.
"Kita jangan jadi hamba penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kemiskinan harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan, diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti dimartabatkan" Gesa Anwar.
Anwar turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.-Sabah Kita-

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved