ads

Isnin, 12 September 2011

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Lontugi.com » Blog Archive » Kolej KDM akan dibina <b>di Tambunan</b> <b>...</b>

Posted: 28 May 2011 08:29 PM PDT

Posted on May 29, 2011 | Category: Pendidikan

TAMBUNAN: Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM akan dibina di kawasan Kaingaran, di sini, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata pegawai Daerah Tambunan telah diarah untuk mengenalpasti lokasi sebenar pembinaan kolej itu.

"Saya sendiri akan buat tindakan susulan (follow-up) perkara ini dengan pihak yang berwajib untuk memastikan cadangan penubuhan Kolej KDM ini dapat direalisasikan," katanya yang juga pemimpin Agung Kadazandusun Huguan Siou.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Kaamatan peringkat derah Tambunan di sini Sabtu.

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut (Pekadin) sebelum ini mencadangkan penubuhan Kolej KDM di Sabah untuk membantu menyerlahkan peranan masyarakat Kadazandusun dan Murut dalam pendidikan seiring dengan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Terdahulu, Persatuan kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) menggesa kerajaan agar mengiktiraf Huguan Siou dengan mewujudkan Huguan Siou sebagai sebuah institusi yang diperakui kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Perhubungan KDCA Tambunan, Daniel Kinsik berkata pengwujudan institusi Huguan Siou bukan sahaja mengiktiraf peranan masyarakat Kadazandusun dalam menyumbang kepada pembangunan negara tetapi juga memastikan keterlibatan langsung masyarakat itu. – BERNAMA

Sumber: mstar

» Filed Under Pendidikan

Leave a Reply

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Borneo Herald: Bumburing Menghitung Amanah Hari Terakhir?

Posted: 07 Sep 2011 04:52 PM PDT

Oleh : HAJI GHULABDIN ENJIH

KEPUTUSAN yang diumumkan oleh Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing untuk tidak mempertahankan jawatannya di bahagian Tuaran bagi memberikan laluan kepada pemimpin muda atau generasi baru sewajarnya dihormati dan diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak.

Pengerusi Majlis Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT), Marsah Muyong yang mengulas pengumuman Timbalan Presiden parti itu di Mesyuarat Tritahunan UPKO di Tamparuli baru-baru ini berkata, sebagai seorang ahli politik yang telah berkecimpung selama 30 tahun dalam perjuangan pelbagai parti di Bahagian Tamparuli menerusi PASOK, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kini UPKO; keputusan berat yang cukup berani dilakukan oleh Bumburing itu adalah tepat.

Ketika ini, kata Marsah, UPKO berada dalam situasi yang terbaik dan sudah tentu masa dan saat terbaik bagi beliau menyerahkan tanggungjawab ini kepada pemimpin muda untuk memenuhi tuntutan tranformasi politik Barisan Nasional (BN) seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Marsah yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran mengakui pengumuman Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran itu sesuatu pengumuman yang tentu mengejutkan ahli-ahli UPKO khasnya dan memeranjatkan kesemua penyokong BN di mana juga di negeri ini; namun hakikat ini harus diterima dan diakui kerana ia dilakukan bukan memikirkan kepentingan peribadi Bumburing tetapi demi kebaikan BN pada keseluruhannya.

"Selaku sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Tuaran, MANDAT merasakan keputusan yang dibuat oleh Bumburing adalah satu kehilangan terhadap perjuangan untuk memantapkan BN di negeri ini; malah dalam situasi ini MANDAT yang berpaksi kepada perjuangan Suara Anak-Anak Daerah Tuaran melihat pengunduran Bumburing ini satu pengorbanan bagi memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk menggalas tanggungjawab dalam perjuangan BN selanjutnya," kata Marsah yang pernah menjawat jawatan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di Tuaran.

Marsah yang amat teruja dengan kata-kata Bumburing; "Jawatan tidak penting bagi saya, apapun peranan yang dipegang kalau kita teruskan berkhidmat kepada masyarakat, kita masih boleh menyumbang sesuatu yang lebih baik kepada rakyat".

Terdahulu semasa ditemui pemberita selepas berucap di Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran 2011 di Dewan Tun Hamdan Tamparuli baru-baru ini, Bumburing berharap kepada semua penyokong UPKO tidak mempunyai keraguan atau pertikaian mengenai kesetiaannya terhadap Parti UPKO.

"Saya ingin menjelaskan penyertaan saya dalam satu badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) baru-baru ini bukan penyebab saya melepaskan jawatan dalam UPKO tetapi hanya penyertaan yang secara kebetulan dengan pengumuman tidak mempertahankan jawatan dalam parti," katanya yang juga Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Bumburing memberitahu penyertaannya dalam AMANAH memang sudah diketahui oleh Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan beliau tahu bahawa AMANAH bukanlah sebuah parti politik tetapi merupakan NGO di peringkat kebangsaan yang dipimpin oleh Bekas Menteri Kewangan Malaysia,Tan Seri Tengku Razalih Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Bumburing yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata pihaknya sudah mempunyai 17 bahagian di Sabah dan sedang giat mengujudkan jumlah yang lebih banyak bahagian di Sabah.

Selain dari Bumburing, beberapa pemimpin tempatan dari Tuaran menyertai AMANAH terdiri daripada Bekas Ahli Parlimen Tuaran,Datuk Monggoh Orow, Denis Gimpah, Darshan Singh, Ramli Hakim, Balanting Erom, Sylvester Saraban Daniel, Soguli Olid, Haji Awang Puasa Jambul, Haji Ghulabdin Enjih dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu Marsah yang juga Ketua Cawangan UMNO Pulau Tengah Tuaran, berharap kepada semua kepimpinan parti dalam Barisan Nasional (BN) di negeri ini mencontohi pengorbanan Bumburing, terutama kepada pemimpin yang telah lama memberikan perkhidmatan kepada parti masing-masing.

Demi merasakan telah ada suara-suara akar umbi yang meminta pemimpin seperti ini untuk menyingkatkan tempoh perkhidmatan, maka pemimpin berkenaan kata Marsah harus akur demi memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk menyambung tanggungjawab itu demi kebaikan BN negeri pada masa hadapan terutama ketika mendepani Pilihan Raya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.

Sementara itu kata Marsah, Ahli Jawatankauas MANDAT bercadang akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Bumburing bagi menawarkan hasrat NGO yang baharu ditubuhkan di Tuaran untuk melantik Ahli Parlimen Tuaran itu sebagai salah seorang penaung MANDAT.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


34 kemalangan maut <b>di</b> laluan <b>Lahad Datu</b> | my Sarawak – News <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 07:06 AM PDT

Posted on 25 August 2011.

-PERIKSA BUNGA TAYAR.. Rahim (kiri) turut meninjau disekitar Terminal Bas Utara Inanam bersama pegawai JPJ.

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mencatat sebanyak 34 kemalangan maut setakat ini daripada 64 jumlah keseluruhan pada tahun lalu yang berlaku di sekitar Jalan Kinabatangan-Lahad Datu dan Lahad Datu-Kunak.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri, kemalangan di kawasan berkenaan kerap berlaku ekoran perubahan dari segi infrastruktur dan penyelenggaraan terhadap beberapa laluan.

Katanya, kemalangan itu juga ekoran pemandu yang tidak biasa memandu di jalan-jalan terbabit, terutama yang baru dan tidak biasa melaluinya.

"Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba, pihak JPJ akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan berkenaan bagi memastikan keselamatan para penggguna yang melalui kawasan ini ketika pulang bercuti dan balik ke tempat bertugas nanti," katanya.

Rahim berkata demikian pada satu sidang media sempena Operasi Musim Perayaan Aidilfitri 2011, dekat Terminal Bas Utara Inanam, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, bersempena dengan musim perayaan tahun ini, seramai 30 anggota penguatkuasa JPJ telah ditempatkan di tiga buah terminal bas di negeri ini sejak 14 Ogos lalu sehingga 14 September depan.

"Terminal-terminal bas yang terlibat adalah Terminal Bas Utara Inanam dengan seramai 15 angggota, Terminal Bas Tawau (4), Terminal Bas Sandakan (4) dan selebihnya akan membuat rondaan di Terminal Bas Lahad Datu dan Keningau," katanya.

Tambahnya, para anggota berkenaan akan mengadakan rondaan dan memberi tumpuan kepada 'death stretch' atau jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan supaya 'visible enforcement' dapat dilihat oleh para pengguna, meliputi daerah-daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, penguatkuasaan 16 jam sehari akan dijalankan secara statik.

Rahim turut mengatakan antara usaha dan kaedah JPJ Sabah dalam meningkatkan keselamatan terhadap pengangkutan pada musim perayaan ini adalah dengan melakukan pemeriksaan ke atas bas-bas di depoh-depoh sejak 5 hingga 12 Ogos lalu di mana sebanyak 82 bas telah diperiksa daripada 112 buah keseluruhan yang beroperasi di Sabah.

"JPJ juga mengadakan pemeriksaan ke atas tayar, brek, buku log pemandu kedua, lesen memandu, permit dan sebagainya, selain pihak Polis Bahagian Narkotik akan turut mengadakan ujian air kencing terhadap para pemandu," katanya sambil menambah sesi perjumpaan bersama pemandu turut dijalankan.

Bagi tujuan itu, tambahnya, orang awam khususnya para pengguna kenderaan di jalan raya yang pulang ke kampung halaman diminta agar mengambil gambar atau merakam sebarang kesalahan trafik dan melaporkannya kepada pihak JPJ melalui talian 088-511820 atau melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my .

"Justeru, saya nasihatkan kepada semua pemandu yang akan pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini agar merancang perjalanan dengan baik dan elakkan diri daripada melakukan kesalahan trafik yang boleh mengundang kemalangan," ujar Rahim.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


<b>Sipitang</b>|GATA <b>Sipitang</b>|Esplanade Waterfront <b>Sipitang</b>|<b>Sipitang</b> <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2011 04:06 AM PDT

CERIA…Seabahagian pelajar wanita muslim yang turut serta di majlis tersebut.
TERTIB…Sebahagian Pelajar UPSR Sipitang sedang membaca surah yassin memohon keberkataan di majlis tersebut.

d)

BACA YASSIN…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad sedang membaca surah yassin di majlis tersebut.
SOLAT HAJAT…Sapawi bersama kamarlin dan Ahmad menunaikan solat sunat hajat perdana UPSR Sipitang di majlis tersebut.

b)

PENENANG HATI…sebahagian ibu bapa dan pelajar yang mengambil air minuman yang di bacakan surah yassin di majlis tersebut.

JIKA diukur tahap pendidikan di luar bandar sememangnya berbeza dengan pencapaian yang dicatat di bandar. Namun perbezaan itu bukanlah penghalang khususnya di kalangan pelajar luar bandar bagi mencatatkan keputusan cemerlang dalam pendidikan.

Sudah banyak bukti bahawa pelajar di luar bandar bukan sahaja berupaya menyamai pencapaian pelajar di bandar tetapi berupaya mengatasi kecemerlangan mereka meskipun pelajar itu berdepan dengan kemudahan prasarana pendidikan yang mungkin tidak sehebat pelajar di bandar.

Komitmen, kesungguhan dan keazaman pelajar yang disokong serta didokong oleh ibu bapa merupakan azimat penting untuk mencapai kejayaan dan azimat inilah juga yang digunapakai oleh pelajar di bandar.

Perkara inilah juga yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis solat hajat perdana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Masjid Haji Hashim di Sipitang kelmarin.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO Sipitang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah dan Jawatankuasa Masjid Haji Hashim dengan tujuan meningkatkan motivasi keyakinan diri di kalangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR minggu depan.

Sapawi berkata setinggi manapun keazaman serta kesungguhan seorang pelajar untuk berjaya dalam pelajaran masih memerlukan sokongan dan dokongan daripada ibu bapa.

"Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini kerana ibu bapalah juga yang menambahkan lagi keyakinan mereka sesudah mendapat galakan daripada pihak guru yang bukan sahaja memberi tunjuk ajar dan bimbingan," katanya.

Menurutnya usaha tersebut turut memerlukan doa daripada ibu bapa selain pelajar itu sendiri.

Katanya sebab itulah pelajar yang mahu mencapai kejayaan perlu menghormati ibu bapa dan juga guru.

"Tidak mungkin seseorang pelajar itu akan berjaya jika membelakangkan ibu bapa dan guru…ingatlah untuk berjaya jangan sesekali lupa atau tidak menghormati ibu bapa dan guru," katanya lagi.

Pada majlis tersebut Sapawi mengumumkan pelajar yang berjaya memperolehi 5 A pada peperiksaan UPSR itu akan menerima RM500 sebagai hadiah atas kejayaan yang dicapai.

Lebih 1,000 ribu orang pelajar UPSR dan ibu bapa yang hadir dan termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Pelajaran Sipitang Razak Karim, Pengerusi Majlis Guru-Guru Besar Sipitang Asli Moksin, Iman Masjid Haji Hashim Rafahi Salleh dan Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad

a)

c)

e)

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Pekadin sokong wujud kampus UMS <b>di Keningau</b> | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 06:34 PM PDT

Posted on September 12, 2011, Monday

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyifatkan keputusan kerajaan untuk mewujudkan kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Keningau, bahagian pedalaman Sabah, sebagai langkah bijak serta sesuai dengan tuntutan semasa.

Penasihat Pekadin, Latif Kandok berkata pengwujudan kampus cawangan itu akan membolehkan lebih ramai pelajar luar bandar berpeluang meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menara gading.

"Ini merupakan idea yang baik, sekaligus membuktikan kerajaan benar-benar mengutamakan kepentingan pelajar luar bandar atau pedalaman selaras dengan aspirasi 1Malaysia.

"Apa juga inisiatif yang baik untuk rakyat kita sokong dan Pekadin berharap kampus cawangan UMS itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Latif berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan UMS mewujudkan kampus cawangan di Keningau yang mana projek pembinaannya dijangka bermula penghujung tahun ini.

Jumaat lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dipetik berkata bahawa kerajaan Sabah bersedia meluluskan permohonan UMS untuk mendapatkan kawasan tanah seluas 12 hektar di Kampung Apin-Apin, Keningau yang sudah dikenal pasti untuk tujuan itu.

"Selain kampus induk UMS di Kota Kinabalu yang tersergam indah, UMS juga ada cabang di Labuan dan Sandakan yang sekarang ini hampir siap, dan InsyaAllah kampus cawangan Keningau akan mula dibangunkan tidak lama lagi," kata Musa.

Untuk permulaan, kampus cawangan Keningau hanya menawarkan program asasi sains.

Sementara itu, Latif turut berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan Kolej KDM di Sabah.

Pada 21 Mei lepas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan bahawa Kolej KDM akan dibina di kawasan Kaingaran, Tambunan.

Beliau berkata, pegawai daerah Tambunan telah diarah untuk mengenalpasti lokasi sebenar pembinaan kolej itu.

"Saya sendiri akan buat tindakan susulan (follow-up) perkara ini dengan pihak yang berwajib untuk memastikan cadangan penubuhan Kolej KDM ini dapat direalisasikan," kata Pairin.

UMS Tambah Kampus <b>Di Keningau</b> Dan Hospital Universiti UMS <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 01:06 AM PDT

KOTA KINABALU 9 Sept. – Dua projek pembangunan bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memantapkan bidang pengajian tinggi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ia merangkumi pembinaan kampus UMS cawangan Keningau dan hospital universiti untuk melengkapkan kewujudan Sekolah Perubatan di universiti tersebut.

Musa yang juga Pro Canselor UMS berkata, bagi kampus cawangan Keningau, sebidang tanah seluas 12 hektar telah dikenal pasti di Kampung Apin-Apin bagi membina kampus tersebut.

"Pemilihan Keningau sebagai lokasi tersebut dibuat kerana ia sesuai sebagai pusat asasi dan penyelidikan pertanian serta penternakan, malah ia terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis lafaz ikrar dan akujanji siswa siswi baru UMS dan minggu suai mesra sesi 2011/2012 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Seri Kamaruzaman Ampon.

Mengulas lanjut, Musa berkata, pembinaan Hospital Universiti UMS pula akan bertindak sebagai pusat latihan dan praktikal kepada pelajar yang mengambil jurusan perubatan.

Jelasnya, pembinaan dua buah projek tersebut akan melengkapkan UMS sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang menjadi tumpuan pelajar, sama ada dalam atau luar negara.

Katanya, UMS ketika ini sudah mempunyai beberapa cawangan seperti UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dan kampus cawangan Sandakan, selain memiliki pusat penyelidikan sendiri seperti pusat penyelidikan Bio Banjaran Crocker di Kimanis, Pusat Khidmat Kesihatan di Matunggong, Kudat dan Pusat Penyelidikan Marin di Semporna.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved