ads

Isnin, 12 September 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


34 kemalangan maut <b>di</b> laluan <b>Lahad Datu</b> | my Sarawak – News <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 07:06 AM PDT

Posted on 25 August 2011.

-PERIKSA BUNGA TAYAR.. Rahim (kiri) turut meninjau disekitar Terminal Bas Utara Inanam bersama pegawai JPJ.

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mencatat sebanyak 34 kemalangan maut setakat ini daripada 64 jumlah keseluruhan pada tahun lalu yang berlaku di sekitar Jalan Kinabatangan-Lahad Datu dan Lahad Datu-Kunak.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri, kemalangan di kawasan berkenaan kerap berlaku ekoran perubahan dari segi infrastruktur dan penyelenggaraan terhadap beberapa laluan.

Katanya, kemalangan itu juga ekoran pemandu yang tidak biasa memandu di jalan-jalan terbabit, terutama yang baru dan tidak biasa melaluinya.

"Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba, pihak JPJ akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan berkenaan bagi memastikan keselamatan para penggguna yang melalui kawasan ini ketika pulang bercuti dan balik ke tempat bertugas nanti," katanya.

Rahim berkata demikian pada satu sidang media sempena Operasi Musim Perayaan Aidilfitri 2011, dekat Terminal Bas Utara Inanam, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, bersempena dengan musim perayaan tahun ini, seramai 30 anggota penguatkuasa JPJ telah ditempatkan di tiga buah terminal bas di negeri ini sejak 14 Ogos lalu sehingga 14 September depan.

"Terminal-terminal bas yang terlibat adalah Terminal Bas Utara Inanam dengan seramai 15 angggota, Terminal Bas Tawau (4), Terminal Bas Sandakan (4) dan selebihnya akan membuat rondaan di Terminal Bas Lahad Datu dan Keningau," katanya.

Tambahnya, para anggota berkenaan akan mengadakan rondaan dan memberi tumpuan kepada 'death stretch' atau jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan supaya 'visible enforcement' dapat dilihat oleh para pengguna, meliputi daerah-daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, penguatkuasaan 16 jam sehari akan dijalankan secara statik.

Rahim turut mengatakan antara usaha dan kaedah JPJ Sabah dalam meningkatkan keselamatan terhadap pengangkutan pada musim perayaan ini adalah dengan melakukan pemeriksaan ke atas bas-bas di depoh-depoh sejak 5 hingga 12 Ogos lalu di mana sebanyak 82 bas telah diperiksa daripada 112 buah keseluruhan yang beroperasi di Sabah.

"JPJ juga mengadakan pemeriksaan ke atas tayar, brek, buku log pemandu kedua, lesen memandu, permit dan sebagainya, selain pihak Polis Bahagian Narkotik akan turut mengadakan ujian air kencing terhadap para pemandu," katanya sambil menambah sesi perjumpaan bersama pemandu turut dijalankan.

Bagi tujuan itu, tambahnya, orang awam khususnya para pengguna kenderaan di jalan raya yang pulang ke kampung halaman diminta agar mengambil gambar atau merakam sebarang kesalahan trafik dan melaporkannya kepada pihak JPJ melalui talian 088-511820 atau melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my .

"Justeru, saya nasihatkan kepada semua pemandu yang akan pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini agar merancang perjalanan dengan baik dan elakkan diri daripada melakukan kesalahan trafik yang boleh mengundang kemalangan," ujar Rahim.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved