ads

Selasa, 22 Oktober 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


be a one ~ : kemalangan maut <b>di semporna</b>

Posted: 23 Jul 2013 07:49 AM PDT



gambar  nie ambil kat FB.. tapi Lia dah edit sikit bahagian yang dihitamkan tue sebab tue orang yang terlibat dalam kemalangan ..
Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah... Takziah kepada mangsa
Berdasarkan info dari FB, kemalangan nie berlaku di antara kawasan Semporna ke TawauSabah..
Bukan nak cakap apalah, tapi bas dari Syarikat nie... Syarikat Manis selalu accident antara satu sama lain ... Macam yang anda tengok di atas nie... Mungkin dah takdirkan tapi adakalanya semua nie berlaku sebab kecuaian pemandu yang suka sangat memandu laju ... 
Jalan kat Sabah nie, bukan ada jalan yang lurus.... Hampir 80% jalan di Sabah nie macam jalan ular ditambah lagi jalan yang kurang rata... bukit tue memang tak payah cakaplah... 
Lia memang sangat berpengalaman dengan bas-bas ekspress nie.. Eyalah, dulu-dulu selalu je naik bas pulang balik Sandakan ke Kota Kinabalu dan sebaliknya... 
Harap-harap lepas nie, tiadalah lagi kejadian seperti ini ... Pemandu-pemandu janganlah suka sangat memandu laju, kalau nak rasa memandu laju tue, pi lah Formula One ka... 
Tadi juga Lia terima berita pakcik Lia dilanggar ... Kereta Kancil langgar kereta yang dia pandu di traffic light ... alhamdulillah, pakcik ok juga.. kereta pun rosak sikit je, cuma kereta yang melanggar yang rosak teruk ... 
Apapun.. berhati-hatilah dijalan raya... 

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tenom</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 07:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tenom</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 07:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DAP/PKR Jadikan Ahli Parti <b>Di Tenom</b> Sebagai "Hamba" Dapatkan <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2013 11:14 PM PDT


GARA-GARA tidak mendapat sokongan yang padu daripada pengundi dan masyarakat di Tenom, parti DAP/PKR telah menjadikan ahli-ahli mereka yang kebanyakannya orang Tenom sebagai "HAMBA" untuk mendapatkan sokongan rakyat. Waduhhhh.....melampau juga????
Rombongan mereka sekitar dalam 50 orang itu telah dikerahkan untuk berlegar-legar di kawasan pekan Tenom sempena lawatan Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke Tenom pagi tadi, 24 April 2013.

Taktik yang digunakan oleh DAP/PKR itu adalah jalan pintas untuk berjumpa dengan pengundi tanpa perlu bersusah-payah mengeluarkan kewangan. Kehadiran masyarakat dari seluruh pelusuk daerah Tenom ketika itu yang ingin menemui PM dipergunakan dengan licik oleh DAP/PKR tanpa menyedari bahawa mereka telah diekori. Sempat lagi mereka itu kasi promosi kapada kami. Hahaha.....naaaa....kadapatan suda kamurang tu.

Melalui taktik yang digunakan itu, saya....hihihi...."MR. TJ" sampat di kasi kempen lagi oleh mereka. Sia make 'donno' ja la padahal dalam hati sia ketawakan mereka. Cakap pun tidak pandai, macam mana mahu berkempen. Fakta tidak ada, merapu, kutuk kerajaan padahal anak-anak mereka menerima bantuan daripada kerajaan.....malah hantam jak suru pengundi supaya sokong DAP/STAR. Hahaha....kesian mereka tu.

Tinjauan "Mr. TJ" dengan menemui semula beberapa orang masyarakat yang di kasi kempen oleh mereka sebelumnya.....kebanyakan mereka 'kabur-kaabur' dan tidak faham penerangan oleh DAP/PKR itu. Menurut mereka lagi bahawa kedatangan mereka ke pekan Tenom adalah untuk memberikan sokongan kepada kerajaan dan dan kedatangan PM.

Apa yang melucukan juga ialah apabila 3 orang yang "MR. TJ" temui itu adalah kebetulan penyokong PKR. Sempatlah "MR. TJ" risik-risik pendapat mereka tu berkaitan dengan PKR dan BN. Menurut mereka,...."kami ni mana-mana saja, memang kami sokong PKR tapi kadang kala kami tidak yakin dengan PKR kerana susah mau cakap la. Tingu la nanti."

Menyentuh berkaitan peluang calon bagi kerusi P.181 Tenom iaitu MASDIN BIN TUMAS, pengundi ketika ditanya ada yang tidak mengenali beliau dan tidak yakin bahawa beliau boleh mencabar. "MR. TJ" juga sempat bertanya berkaitan peluang calon parti pembangkang lain iaitu HASMIN @ AZROY BIN ABDULLAH, parti STAR;  JAINEH BIN JUAYA @ JIMMY JAWATAH, parti SAPP; MUTANG @ SYLVESTER BIN DAWAT, parti KITA.....menurut mereka, macam rojak sudah muka-muka calon tu sampai tidak tahu siapa mahu pilih tetapi mereka yakin akan sokong parti yang sudah berjasa kepada rakyat.

Apa macam itu PKR/DAP???? Jangan jadikan ahli-ahli parti kamurang tu sebagai "Hamba" untuk memenuhi percaturan kamurang tu di peringkat pusat. Susah la kalau itu macam. Aiyaaaaa............

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


PERLAYANANKU <b>DI SIPITANG</b>: DOA KELOMPOK BERSAMA <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2013 07:32 PM PDT

Shallome,
Tanggal 26 September 2013, rombongan KBK SYSP dan Karismatik bersama umat SFI Katolik telah melawat ke Kem PLKN Mesapol Sipitang bagi tujuan doa kelompok. Ini merupakan lawatan kali ke-2 dan aktiviti tersebut telah memberi kesempatan kepada KBK SYPS dan Umat untuk lebih berkenalan dan mengenal pelajar Plkn yang datang dari pelbagai sudut daerah di Sabah disamping dapat berkongsi iman dan pengalaman Tuhan. Aktiviti dimulakan dengan sesi icebreaking dengan nyanyian "apa khabar" dan disusuli dengan puji-pujian dan penyembahan, doa senandung. Pada malam tersebut Sr. Clarice telah menyampaikan firman dan homily berkenaan Yohanes yang dipenggal kepalanya oleh Herodes. Antara lain homily Sr. menekankan sikap untuk bersedia menghadapi cabaran yang dihadapi belia pada masa kini dan godaan-godaan duniawi. Selepas sesi homily, sharing dibuka kepada para belia PLKN dan di akhiri dengan doa permintaan dan doa penutup. Semoga berjumpa lagi ...AMEN. 









10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 03:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 03:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | Persada sites | Sains <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 09:40 PM PDT

Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.

Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.


BULAN <b>DI KUNAK</b> | ABU NUHA CORNER

Posted: 24 Apr 2013 08:57 AM PDT

Abu Nuha Corner mengalu-alukan para pembaca :

1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.

2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.

3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.

4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.

Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.

Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


31 warga asing diserbu <b>di</b> kawasan setinggan <b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 03:11 PM PDT

by I.Sab Khan Mukarab Shah, utusanborneokk@gmail.com. Posted on October 17, 2013, Thursday

RATAN menunjukkan pedang samurai yang dirampas bersama barangan lain yang dipercayai dicuri dalam serbuan di sebuah kawasan setinggan berhampiran Taman Indah Bundusan.

PENAMPANG: Dua lelaki dipercayai penagih dadah adalah antara 31 orang yang ditangkap pihak berkuasa dalam Ops Cantas di kawasan setinggan Taman Indah, Bundusan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh, berkata operasi yang dijalankan selama dua jam itu menyaksikan 15 rumah setinggan diserbu pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Narkotik, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (JPAM).

"Dua lelaki berumur lingkungan 30an ditahan selepas polis menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan putih dipercayai syabu dalam milikan mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ratan berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, perhiasan dan kamera yang dipercayai barangan curi.

"Polis juga menemui beberapa bilah parang dan pedang samurai ketika serbuan," katanya.

Singh berkata seramai 31 pendatang tanpa izin (PTI) itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk siasatan lanjut.

"Antara mereka yang ditahan adalah tiga lelaki, tujuh wanita, 17 kanak-kanak dan dua bayi," katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Gambar-Gambar MASWINGS Terbabas <b>di Kudat</b>, Sabah, Jam 2.50 <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 02:00 AM PDT






Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis 'Twin Otter' milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat di bahagian Utara Sabah. Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.50 petang, hari ini. 
Difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang. Semua penumpang telah dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan segera.
Status Update
By MASwings
[MEDIA STATEMENT: 7.00pm] MH3002 Incident at Kudat, Sabah
Malaysia Airlines regretfully confirms that there has been one fatality following the MASwings' Twin Otter, DHC6 9M-MDM MH3002 crash incident. The total number of injuries is five. The total number of passengers and crew on-board were 16 persons. The crash happened in the vicinity of Kudat Airport at 2.50pm on 10th October 2013.
Malaysia Airlines' Group Chief Executive Officer/MASwings Chairman, Ahmad Jauhari Yahya is on his way to Kota Kinabalu for a press conference to address the incident at 10.00pm today, 10 October 2013 at the Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. This is the first incident involving MASwings at Kudat. Updates on the injured passengers will be confirmed in the upcoming statement.
The cause of the incident is still under investigation. Focus of the airline is on the well-being of the passengers, crew and other affected parties. Malaysia Airlines together with MASwings will also continue to monitor the situation at the crash site and update on the situation.
Families of passengers who were on-board may call +603- 78841234 for further enquiries. The media hotline is +603- 87871276. The contact number in Kota Kinabalu, Sabah is +088-515320
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved