ads

Sabtu, 13 Ogos 2011

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


sabahkini.net: TIADA RAMPASAN TANAH <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 09 Aug 2011 09:49 AM PDT


Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI PARLIMEN Malaysia (Kota Belud), Datuk Abdul Rahman Dahlan, menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah adat di kawasannya.

Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu menuduh Rahman 'menggadai' 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.

Tanah berkenaan merangkumi kawasan pantai yang akan menjadi lokasi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang syarikat terbabit sebagai sebahagian daripada projek pelancongan.

Menurut Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut.

Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Musa Aman.

"Kota Belud adalah daerah yang masih miskin, mundur dan dahagakan pembangunan, jadi sudah tentu saya gembira kerana projek berkenaan dipindahkan ke sini," katanya kepada FMT.

"Bukan mudah untuk projek pembangunan dibawa di Kota Belud dan yang ini tiba bagaikan bulan jatuh ke riba."

Syarikat berkenaan, bagaimanapun, mempunyai pandangan berbeza kerana perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam.

Bagaimanapun, selepas menyelidik kawasan yang dikatakan itu, pemajunya berpendapat pantai di Rampayan akan menjadi lokasi utama kerana ia tidak diduduki dan berhampiran dengan jalan utama.

"Saya membincangkan lokasi pilihan itu dengan Wakil Rakyat kawasan Tempasuk kerana tanah adalah urusan negeri," katanya.

"Semuanya bersetuju, maka langkah berikutnya ialah mengesahkan pemilikan tanah dengan Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC)."

"Keluasan tanah yang terbabit ialah 853 ekar dan bukan 1,200 ekar seperti dilaporkan. Bagaimanapun, ia masih bersaiz besar dan pihak yang berkuasa meluluskan penggunaannya hanyalah Kabinet Negeri."

Rahman masih mengingati dua mesyuarat LUC pada (2010). Dalam mesyuarat pertama, Jawatankuasa Penggunaan Tanah dimaklumkan beberapa individu ada memohon untuk mendapatkan hakmilik ke atas tanah terbabit.

Dalam mesyuarat kedua, Jabatan Tanah dan Ukur mengesahkan tiada permohonan yang telah diluluskan. Dalam erti kata lain, pantai Rampayan masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Di akhir mesyuarat itu, status tanah berkenaan adalah jelas dan isu NCR langsung tidak dibangkitkan oleh semua ahli mesyuarat (termasuk Jabatan Tanah Kota Belud). Tahu-tahu selepas itu, masyarakat setempat memprotes dan mendakwa tanah warisan mereka dirampas," katanya.

TANAH BELUM DILULUSKAN

Tiga bulan lalu, satu mesyuarat diadakan antara Rahman, Adun Tempasuk Musbah Jamli, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan dan Pegawai Daerah.

Ia berakhir dengan pegawai daerah menasihatkan Jawatankuasa Bertindak supaya membuat aduan bertulis berserta bukti (dan hujah mereka) kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

"Mereka belum mengemukakan dokumen yang membuktikan ia adalah tanah NCR dan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri tidak boleh bertindak berdasarkan tuntutan lisan semata-mata," kata Rahman.

"Justeru, kami menemui mereka membincangkan penyertaan penduduk dalam pembangunan jika (kerajaan negeri) mahu projek itu diteruskan."

"Jawatankuasa Bertindak memberi beberapa cadangan dan bersetuju untuk kembali dengan senarai lebih teratur tetapi sehingga sekarang kami belum mendengar khabar berita daripada mereka sejak itu."

Rahman turut menafikan dakwaan penduduk tertentu kononnya beliau menipu mereka dengan menulis surat sokongan bagi projek itu dan menyaksikan persetujuan pelan pembangunan pada Ogos 2010.

"Saya memberi surat itu sebelum mesyuarat LUC pertama lagi dan ia adalah surat yang biasa saya buat untuk banyak permohonan projek-projek lain. (Tambahan pulak, saya dimaklumkan sebelum surat itu diberi bahawa kerajaan negeri menyokong permohonan itu)" jelasnya.

"Mungkin mereka baru mendapat tahu mengenai surat itu dan mengandaikan saya menikam mereka dari belakang."

"Apa yang lebih penting, tanah itu belum diluluskan oleh kabinet negeri untuk pembangunan berikutan pertikaian berhubung isu NCR."

Rahman menekankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain memeriksa status tanah itu berkali-kali bagi memastikan ia bukan tanah NCR, malah menegaskan beliau sendiri akan menentang projek pembangunan itu jika ia adalah tanah NCR.

"Saya tidak mahu menipu penduduk," katanya. "Tiada apa perlu saya sembunyikan dan saya tidak rugi apa-apa jika projek pembangunan ini dibatalkan."

"Saya menghormati mana-mana tanah NCR dan begitu juga kerajaan negeri tetapi buat masa sekarang, pendaftar tanah menunjukkan kawasan itu adalah milik kerajaan negeri, baik dari segi undang-undang mahu pun status rasmi."

Rahman mengakui permintaan penduduk terbabit yang mahu tanah itu dibahagikan di kalangan mereka tetapi persoalannya ialah pulangan ekonomi terhadap daerah itu secara menyeluruh.

"Kita ada juga penduduk sekitar disitu yang mengalu-alukan peluang pekerjaan susulan pembangunan ini," katanya.

"Oleh itu, dilema saya (dan wakil-wakil rakyat yang lain) ialah antara mengutamakan kehendak yang membangkang berbanding keperluan kelompok yang lebih besar. Apa pun, kita perlu membina kekuatan ekonomi Kota Belud dan kekuatan itu ialah sektor pelancongan dan pertanian."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa: <b>Ranau</b> - Kundasang

Posted: 04 Aug 2011 08:41 PM PDT

Akibat kekeringan minyak kereta Pak Tuan membuat keputusan untuk pergi ke Ranau terlebih dahulu untuk mengisi minyak. Terpaksa keluar dari Taman Negara Kinabalu dan menurut penjaga tiketnya kami sekeluarga boleh masuk kembali tanpa bayaran kerana tiket tersebuat sah untuk sehari dan bagi pengunjung yang bermalam pula tiket tersebut sah di gunakan untuk 3 hari.
Sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik dengan gunung-ganang dan hutan memukau mata memandang. Melalui Kundasang yang di penuhi kebun sayur saujana mata memandang dan rumah-rumah berbalam-balam di celahan bukit, hati tertanya-tanya bagaimana cara mereka untuk sampai ke sana. Tiada jalan raya sehebat kita di Semenanjung cuma jalan tanah merah yang hanya mampu di lalui oleh pacuan empat roda!
Setiba di Ranau tentulah stesyen minyak yang di tuju. Pak Tuan membuat keputusan untuk makan tengahari di Ranau. Di sebabkan kakak dan abang telah muntah di dalam perjalanan masing-masing hanya berani memakan roti canai sahaja termasuk Junior. Mama pula hilang selera makan akibat keletihan turut meminta roti canai, hanya pak tuan yang makan nasi. Walaupun hanya roti canai anak-anak menghabiskan 2 roti canai seorang. Pekan Ranau hanyalah sebuah pekan kecil dengan deretan kedai biasa, walaupun terletak jauh dari bandar tetapi harga makanan tidaklah mahal.
Selepas singgah solat zohor di masjid Ranau kami meneruskan perjalanan untuk ke Taman Negara Kinabalu semula dan akan singgah di Kundasang juga seperi yang dijanjikan Pak Tuan. Singgah sebentar di kawasan penjualan sayur-sayuran di Kundasang. Sayur-sayurannya sangat menarik dan murah harganya tetapi tiada apa yg di beli kecuali buah-buah siap potong. Semasa sedang berjalan-jalan azan asar bergema dari Masjid Kundasang dan kami terus singgah solat di situ. Masid terletak di tebing bukit, semasa berwuduk sejuk airnya terasa hingga ke tulang (over acting tp memang sejuk macam mana agakny rasa air tu waktu subuh).
Berehat di Masjid Ranau setelah solat zohor di situ.
Pemandangan sekitar Kundasang. Rumah-rumah yang terdapat di situ nampak umpama permainan. Sanggup ke nak berjalan naik ke sana sedangkan rumah yang di tingkat dua sudah terasa sengal-sengal lututnya memanjat.
 
Gerai sayur-sayuran dan buah-buahan di Kundasang. Strawberrynya kecil-kecil sahaja dengan harga Rm10/pek, tidak berbaloi untuk dibeli.
 Tengoklah kesegaran sayur-sayurannya. Setiap pek mengandungi brocolli, bunga kubis, beberapa biji tomato, lada benggala dan daun bawang yang besar. Di jual dengan harga Rm6 tetapi kalau membeli 2 pek hanya Rm10 sahaja. Memang segar dan berbaloi kalau beli tp memandangkan jauh sangat hendak di bawa balik aina pendamkan sahaja walaupun dalam hati ada taman teringin sangat nak beli.

 Bunga-bunga yang segar di tanah tinggi dan belum tentu segar sebegitu bila di bawa balik ke Kuala Lumpur.

Lagi gambar sayur-sayuran dan pelbagai makanan ringan yang di jual di sini.
Masjid Kudasang. Semasa kami sampai solat asar baru saja selesai, jemaah mulai keluar dari kawasan masjid. Walaupun boleh sahaja solat jamak tetapi Pak Tuan mengambil keputusan untuk solat seperti biasa disamping dapat menziarah masjid sekitar laluan perjalanan kami. Syukur alhamdulillah...
 Pemandangan sekitar Kundasang yang berbukit bukau.

Jalan ini baru sahaja siap, sekiranya dari jalan besar kita akan nampak ia dibina khas untuk kemudahan penduduk pergi ke masjid. Jalan ini tidak mati di sini mungkin turut menghubungi kampun-kampung lain di pedalaman.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Firzie_Roses83 Selamanya Insyaallah: IPD <b>Sipitang</b>

Posted: 11 Aug 2011 08:42 PM PDT

Bercakap pasal IPD Sipitang ni...
Sejak PM dtg sini masa rasmikan Pesta GATA akhir bulan 6 ritu...ha cuba click sini PM PM da umumkan untuk kasi peruntukan 30juta utk bina IPD / Balai dan Berek Sipitang yg baru...ce kwn2 tgk gmbr kat atas tu...da sah-sah amat Sadisssssssss kan??? Yg kesiannya skrg ni family2 yg dok di berek sumanya kena cari rumah sewa memandangkan x lama lagi semuanya akan dirobohkan...huhu..Sian kan???...bukan sng nak cari rumah sewa di Sipitang ni...X caya ke??? nanti saya cerita dlm entry yg akan2 dtg ya... Ok la...nanti kita sambung lagi ;)

*** Ce tgk kat gmbr yg ada saya kotakkan merah tu...hehe...situlah rumah2 yg slalu jadi port lepak saya di berek...masa PM dtg tu kami ada kat rumah tingkat 3...kami dok lambai2 heli yg PM naik tu yg PM kasi peruntukan 30juta tu...hikhik...perasan kan???...haha...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


HARTA YANG ADA <b>DI</b> DALAM DAN <b>...</b> - Catholic Diocese of <b>Keningau</b>

Posted: 23 Jul 2011 09:00 AM PDT

Renungan Hari Minggu Biasa Ke – 17 (Tahun A)

1Raj 3:5.7-12; Rom 8:28-30; Mat 14:1-12

"Dia menjual seluruh miliknya, lalu mambeli ladang itu."

Novel, sejarah, cerpen atau tulisan apa saja yang ada kaitan dengan kisah cinta memang mengasyikkan untuk dibaca. Salah satu kisah cinta yang menarik tersebut adalah tentang raja Edward ke 8, pengganti takhta England yang layak. Sama ada dia boleh menjadi raja atau tidak, bergantung kepada keputusannya yang menentukan. Dia jatuh cinta dengan seorang janda warga Amerika, Wally Simpson. Sekiranya ia mengahwini janda tersebut maka dia terpaksa melepaskan takhta tersebut. Kemungkinan pada mulanya raja Edward merasa tertekan terhadap perkara tersebut buat seketika. Namun oleh kerana kasihnya yang begitu mendalam terhadap wanita tersebut, maka takhta tersebut dilepaskannya begitu sahaja. Dia menganggap wanita itu lebih berharga bagi hidupnya dibandingkan dengan takhta yang menjanjikan kuasa dan kemasyuran itu. Keputusannya yang muktamad itu akhirnya menjadi sejarah. Dia rela melepaskan takhta lalu mengahwini Wally Simpson, si jantung hatinya itu.

Kisah cinta raja Edward dari England ini, sekurang-kurangnya membantu kita untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Yesus ketika Ia menceritakan tiga perumpamaan tentang kerajaan Allah di dalam Injil hari ini.

Kerajaan Allah digambarkan sebagai harta yang terpendam di ladang dan mutiara yang sangat mahal nilainya. Peladang yang membajak ladang tersebut telah menemukan harta terpendam. Pedagang yang mencari mutiara akhirnya telah menemukannya. Reaksi kedua orang tersebut sama sahaja, iaitu penuh kegembiraan. Bagi mereka harta karun dan mutiara itu adalah sangat berharga sehingga masing-masing mereka memutuskan untuk menjual segala apa yang mereka miliki hanya untuk membeli ladang dan mutiara tersebut.

Perumpamaan yang ketiga pula adalah mengenai pukat yang dilabuhkan di laut, lalu mengumpulkan berbagai jenis ikan yang baik dan tidak baik. Melalui perumpamaan ketiga itu, Yesus sebenarnya mahu menjelaskan gambaran tentang akhir zaman di mana sang Anak Manusia memberi ganjaran kepada orang-orang yang baik dan menghukum orang-orang yang jahat.

Perumpamaan tentang harta terpendam dan mutiara yang berharga itu pula menegaskan tentang ciri-ciri yang baik yang harus ada pada setiap pengikut Yesus. Pada masa yang sama perumpamaan tersebut juga menunding jari kepada pengikut-Nya yang hanya "hangat-hangat tahi ayam." Seorang pengikut yang sejati adalah yang menerima Sabda Yesus lalu memberi respon kepada-Nya dengan penuh semangat melebihi daripada pengikut-pengikut-Nya yang biasa. Orang-orang yang bersemangat ini sungguh menghayati bahawa kerajaan yang disampaikan oleh Yesus itu adalah merupakan harta dan mutiara yang tidak ternilai harganya yang sungguh memperkayakan kehidupannya serta memberi nilai yang sungguh bermakna dan memberi kebahagiaan yang sejati.

Namun untuk menjadi semakin dekat dengan Tuhan ini pun bukan mudah, perlu menjalani suatu proses yang cukup lama juga. Cerita berikut ini mungkin boleh kita jadikan renungan. Ada seorang peladang yang sudah bertahun-tahun membajak tanah yang kering dan berbatu-batu untuk dapat tetap bertahan hidup, akhirnya menyerah kalah. Dia mendengar khabar bahawa orang-orang mulai menemukan berlian di segala penjuru negeri itu, lalu ia menjual ladangnya itu dan mulai mencari berlian.

Setelah sia-sia mencari bertahun-tahun, ia meninggal dunia tanpa wang satu sen pun dalam keputusasaan. Suatu hari, orang yang dahulu membeli tanah ladangnya melihat ada batu karang yang aneh di sudut ladang itu. Dengan rasa ingin tahu ia membawanya ke dapur dan mencuci serta mengelap batu itu. Rupa-rupanya batu itu adalah batu berlian. Ladang yang nampaknya tidak berguna itu dahulu, sekarang adalah lombong berlian Kimberly di Afrika Selatan. Jika pemilik pertama itu tidak cepat putus asa pastilah harta tersebut menjadi miliknya. Memang betul kata orang tua-tua, orang yang tidak tabah dan tidak sabar itu selalu rugi. Jadi, apapun yang kita lakukan, amalkan sikap yang sabar. Ibu Teresa pernah mengatakan "Kesetiaan lebih penting daripada kejayaan."

Dalam mencari kerajaan Allah ini saya telah bertemu ramai orang yang dahulunya hanyalah umat katolik yang biasa-biasa saja, pergi misa, menyambut sekali sekala dan itu sahaja. Tetapi setelah mengikuti pelbagai kursus, retret, seminar-seminar kerohanian misalnya seminar hidup baru dalam roh, iman dan minda mereka terhadap kerajaan Allah berubah banyak yang membuat kesaksian bahawa mereka betul-betul menyesal kerana mensia-siakan hidup mereka di masa lalu.

Sampai sekarang saya masih ingat kenalan saya bernama Vincent seorang pramugara berhenti daripada kerjayanya yang menjanjikan kemewahan itu sekarang bekerja sepenuh masa di salah satu paroki di Singapura. Demikian juga seorang kenalan, Joseph dari Sarawak yang dulunya bekerja dengan syarikat Shell, gaji mencapai lima angka, tetapi telah dijamahi oleh kuasa roh kudus apabila menyertai pelbagai seminar rohani di dalam mahupun di luar negara, dia mengubah haluan hidupnya dengan bekerja secara sukarela untuk Gereja.

Persoalannya, apakah nilai-nilai dan keutamaan-keutamaan hidup kita ini? Wang, keseronokan, pangkat, nama? Bohonglah kita kalau mengatakan itu semua tidak berguna. Sebab semasa kita di dunia perkara-perkara seperti itu tetap penting bagi hidup kita. Apa yang Yesus mahu kita lakukan selain daripada hal-hal duniawi itu adalah supaya kita jangan pernah melupakan harta kita yang sebenar, iaitu persahabatan kita dengan Tuhan: "Carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenaran-Nya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu" (Mt 6:33). (JL)

Cadangan soalan untuk refleksi peribadi dan perkongsian KKD:

1. Apakah harta yang paling berharga yang sentiasa ada di dekat dan di dalam diri kita masing-masing?

2. Menurut anda apakah keutamaan hidup anda yang paling berharga ketika ini?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Wakaf Masjid <b>Penampang</b> « Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri Sabah

Posted: 05 Aug 2011 09:08 AM PDT

Home > Uncategorized > Wakaf Masjid Penampang

Sempena Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan, infakkanlah sebahagian rezeki kurniaan Ilahi untuk disumbangkan kepada projek pembinaan Wakaf Masjid Penampang bagi memudahkan masyarakat Islam di Penampang melaksanakan ibadah dan mempelajari dan menambah ilmu. Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG di Bank Islam Malaysia Berhad, 10016010074517 atau hubungi Sekretariat Wakaf Masjid Penampang di talian 088-212080.

"Barang siapa mendirikan sebuah masjid di dunia ini dengan ikhlas kerana Allah s.w.t, nescaya Allah mendirikan baginya sebuah mahligai di Syurga". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved