ads

Selasa, 1 Oktober 2013

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pusat pendidikan kedua untuk kanak-kanak tiada dokumen dibuka <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2013 08:50 AM PDT

September, 21, 2013 - 11:50 pm

SANDAKAN: Pusat pembelajaran yang dibuka Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) di Kampung Bahagia di sini, memberi peluang pendidikan kepada kira-kira 1,200 kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan lengkap di daerah ini.

Pusat pendidikan alternatif itu yang dilancarkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap hari ini, beroperasi sejak Jun tahun lepas. Ia merupakan pusat pendidikan kedua dibuka di Sabah dengan yang pertama di Kampung Numbak, Kota Kinabalu.

Timbalan Perwakilan Unicef Dr Victor Karunan berkata pusat pendidikan yang dibuka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu kini menempatkan 510 kanak-kanak bukan warganegara berumur antara tujuh hingga 15 tahun yang tidak memiliki dokumen lengkap.

Beliau berkata penubuhan pusat pendidikan itu bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan saksama meskipun mereka yang berdepan dengan bermacam halangan.

"Golongan kanak-kanak ini tidak pernah bersekolah sebaliknya mereka menghabiskan zaman kanak-kanak melepak di tepi jalan, bekerja sebagai buruh kanak-kanak dan terdedah kepada gejala sosial dan tidak sihat," katanya.

Beliau berkata pendidikan alternatif perlu disediakan untuk mereka yang tidak memperoleh pendidikan di bawah sistem pendidikan negara, terutama di Sabah agar dapat memenuhi hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak dan mencapai objektif pendidikan untuk semua dan matlamat pembangunan millenium sebelum tahun 2015.

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Aug 2013 11:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 11:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Aug 2013 11:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Apr 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sabahterkini2u: <b>KOTA MARUDU</b> BAKAL MILIK PAKATAN RAKYAT!

Posted: 25 Apr 2013 11:20 AM PDT


Oleh: Pemerhati Kota Marudu
Pakatan dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort. 8 kerusi lagi yang diintai Pakatan ialah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang. Selain itu Kimanis, Kota Belud, Sipitang dan Pensiangan yang turut mempunyai isu-isu tempatan turut di masukkan dalam senarai yang boleh ditawan.
Kali ini kita meninjau Kerusi Parlimen Kota Marudu yang bakal melihat pertembungan penjuru antara BN, PR, STAR dan SAPP. Walaupun pertembungan PR, STAR dan SAPP 3 pembangkang di kawasan Kota Marudu ini dilihat merugikan namun persaingan lebih tertumpu antara Maximus Ongkili (BN) dan Maijol Mahap bekas Naib Presiden UPKO pemimpin berasal dari Kota Marudu ini.
Maximus seorang ahli Kabinet Persekutuan yang juga Timbalan Presiden PBS  tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan Maijol Mahap bekas Senator di Parlimen yang banyak bersuara ini. Maijol sudah membuktikan kehadiran rakyat Kota Marudu di kediamannya semasa pengumuman beliau keluar BN.


Suara-suara lantang Maijol sebelum ini mengenai RCI dan NCR (Tanah Adat) membuka mata rakyat mengenai usaha-usaha membela rakyat. Misalnya isu tanah adat di Kota Marudu yang di ceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendapat kebenaran kerajaan Negeri (Musa Aman) untuk membangunkan tanah milik rakyat yang diduduki sejak turun temurun oleh mereka.
Begitu juga dengan RCI, hanya beberapa hari Maijol Mahap meninggalkan parti, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengumumkan RCI. Gimik-gimik politik BN ini akhirnya terpaksa dibuat bagi meredakan kemarahan rakyat bagi menyiasat tentang projek IC di Sabah. 
Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 
Kali ini tahun 2013 pengundi Kota Marudu ialah 42,197. Apakah 8,939 pengundi ini akan kembali kepada BN atau pengundi PR akan bertambah? Dengan isu-isu yang berlaku di Kota Marudu, sikap wakil rakyat yang jarang turun ke Kota Marudu, tentu rasa tidak puas hati rakyat makin membuak betapa bencinya mereka kepada pemimpin parti komponen seperti PBS dan UPKO yang kini sudah termakan telunjuk Musa Aman UMNO. Syarikat-syarikat besar yang merampas tanah adat melalui kelulusan Ketua Menteri telah menghalau dan memusnahkan tanaman rakyat Kota Marudu yang dimiliki sejak turun-temurun. 


Begitu juga kerusi Dun Matunggung yang diwakili Jelani Hamdan dan di Dun Tandek calon PKR Parlimen tahun 2008 Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau bertanding. Apakah Sarapin Magana (BN- majoriti 2,982) dan Lasiah Baranting (BN- Majoriti 2,237) mampu bertahan kerana lawan mereka dalam PR bukan calang-calang. 
Apakah mereka akan mengundi BN? sama-sama kita nantikan apakah keinginan rakyat?Sejauh mana undi meningkat dan menurun di Parlimen dan Dun. 5 Mei akan menjawab segalanya. 

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Sep 2013 11:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Aug 2013 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jul 2013 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Gempa Bumi berlaku <b>di Kudat</b> Sabah, Magnitud 3.6 skala Ritcher <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 11:05 PM PDT


KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.

Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.

Jabatan itu sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar}: Tempat-tempat Menarik <b>di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 04:59 PM PDT

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Pada 24-25 Februari lalu saya berpeluang ke Sabah atau lokasi lebih tepat lagi ke daerah Kudat. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini dan kali pertama ke pekan Kudat. Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling Utara bagi negeri Sabah ini. Ia terletak lebih kurang 153km ke utara Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan kalian semua, ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo ini. Tempat yang dikenali dengan nama penghujung tanduk Borneo ini adalah Tanjung Simpang Mengayau atau The Tip of Borneo.
Jom kita layan sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Kudat :-
stand by to depart..masa ini masih berada di KLIA lagi ....tunggu pak pilot...tunggu saya hihihihh....

online check in boleh pilih seat..saya pilih antara seat paling hujung belah kiri sebelah tingkap..seat 24A .....economy class je tau..bisness mmg saya tak layak...hihihihhh...flight pukul 12 tengahari...

kira-kira jam 3.00 ptg kami sampai di airport, seorang sahabat telah menunggu saya di airport...sampai sahaja, terus beliau membawa kami solat jamak takhyir asar & zohor di masjid terapung Likas..masa tue, jam 3.45 dah masuk Asar...kemudian kami minum petang di situ dan meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat..jam 7.30 malam kami sampai di Kudat dan ketika itu sudah kedengaran azan Isyak...kami menginap di Hotel Ria, Kudat.
Itu adalah gambar pekan Kudat yang terdapat di hotel ini. Jelas kelihatan bahagian paling hujung dalam Kepulauan Borneo ini di gambar tersebut.
Gambar pekan Kudat. Jangan terkejut jika saya mengatakan gambar ini dirakam pada jam 6.30 pagi. Waktu itu pekan Kudat telah terang benderang.

Inilah gambar Hotel Ria, Kudat pada waktu siang. Saya boleh katakan hotel ini merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di pekan Kudat ini.

Ini merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan pekan Kudat dengan kawasan kampung yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu ini adalah pengangkutan awam. Saya ingat ia hanya membawa barang, rupanya ia membawa orang sekali....
Setelah urusan kerja saya selesai, saya sekali lagi dibawa oleh sahabat saya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke K. Kinabalu, kami dibawa oleh sahabat saya tadi ke The Tip of Borneo. Sila jangan terkejut kerana ia adalah jalan utama ke The Tip of Borneo tersebut...huhuhuhhh...

Walaupun jalan ke sana agak teruk, tetapi apabila sudah sampai ke tempatnya, suasana di situ teramatlah cantik dan nyaman.


Inilah tanda aras The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pada sesiapa yang telah dan akan ke Kudat, tetapi tidak ke sini saya boleh katakan kunjungan kalian tidak lengkap kerana inilah satu-satunya tempat paling hujung di Kepulauan Borneo.
Disini kalian boleh lihat dua laut bertemu iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu..Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.
                                     Dapat juga saya bergambar di penghujung Borneo ini.
Gambar di penanda aras di The Tip of Borneo @ Tanjong Simpang Mengayau..

Kemudian, setelah selesai kami bertolak semula ke K. Kinabalu. Sampai di KK, sebelum check in  hotel sahabat saya membawa kami makan malam dahulu di sebuah gerai makan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah 1Borneo...Lihat sotong itu, sangat besar kan huhuhuhh..

Itu sahaja catatan perjalanan saya sepanjang berada di Kudat. Entri akan datang saya akan ceritakan catatan perjalanan ke K. Kinabalu dan Beaufort. Ketika di K. Kinabalu lah pencerobohan Lahad Datu telah bermula....Jumpa lagi ye kawan2..Assalamualaikum

11/07/2013: Lembaga Bandaran <b>Kudat</b> diminta mencari pendekatan <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 10:35 PM PDT

Pihak Lembaga Bandaran Kudat (LBK) diminta mencari pendekatan terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat di daerah tersebut. Ini termasuklah aspek kebersihan bandar dan penambahan perolehan pendapatan tahunan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Noor yakin, LDK mampu mengatasi pelbagai isu di kawasannya berikutan kecemerlangan yang pernah dicapau sebelum ini.

Beliau berkata demikian di Kudat.

Mengulas cadangan pembinaan pejabat baharu LBK, Datuk Hajiji berkata, kementeriannya sedia mempertimbang cadangan tersebut ke arah memperkasa peranan Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

LBK kini beroperasi di Dewan Tun Mustapha Kudat yang kurang sesuai untuk dijadikan pejabat.

Rtka/Rtka (Maria/Cov-Int)

~mfja~

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Tiada pertempuran <b>di Lahad Datu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 12 Aug 2013 05:04 PM PDT

Posted on August 13, 2013, Tuesday

LAHAD DATU: Ketua Pengarah Kawasan Kese-lamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek semalam  menafikan laporan media Filipina kononnya lapan anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu baru-baru ini.

Sambil menyifatkan ke-nyataan kumpulan yang mendakwa kesultanan Sulu di akhbar negara itu baru-baru ini sebagai propaganda dan tidak berasas, beliau berkata sejak gerakan ofensif pasukan keselamatan terhadap pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo di sini Februari lepas, tiada pertempuran lain antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas Sulu.

"Bagaimana mereka (Kesultanan Sulu) boleh membuat dakwaan itu apabila tiada pertempuran berlaku. Dakwaan itu tidak berasas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Mohammad diminta mengulas laporan beberapa akhbar Filipina baru-baru ini kononnya berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata Sulu yang mengorbankan lapan askar Malaysia.

Mohammad berkata laporan itu bertujuan untuk mencerminkan keadaan di negeri Ini tidak stabil selain usaha untuk membangkitkan kekacauan.

Pada 19 Jun, Mohammad menolak laporan akhbar Filipina kononnya berlaku Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kira-kira 400 militan Sulu di Kampung Dengan Tungku berhampiran Lahad Datu. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Surat kpd Pengarang/ Banjir <b>di</b> KG Binsilon, Tumantalik, <b>Tenom</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2013 02:26 AM PDT

September, 19, 2013 - 5:26 pm
Noorita and a villager pointing to the flooded areas.

Noorita and a villager pointing to the flooded areas.

KAMPUNG BINSILON terletak lebih kurang 5 km perjalanan dari Pekan Tenom ke Taman Pertanian Lagud Seberang dan merupakan salah sebuah kampung terletak di kawasan tanah rendah, yang sering dilanda banjir.

Penduduk kampung yang berjumlah lebih kurang 150 lebih penduduk dan terdiri daripada majoriti berbangsa cina dan murut hidup bergantung kepada hasil pertanian iaitu penanaman kelapa sawit, getah dan buah – buahan seperti jambu untuk menampung kehidupan sehari – harian.

Walau pun penduduk kampung akur dengan keadaan muka bumi kampung mereka yang rendah, namun penduduk kampung amat mengharapkan agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa untuk membantu mereka melebarkan dan mendalamkan system perparitan yang sedia ada bagi memudahkan air banjir mengalir keluar seterusnya mempercepatkan proses pengeringan tanah selepas berlakunya banjir.

Menurut Encik Lai, salah seorang penduduk kampung Binsilon, JKK kampung Binsilon telah pernah membuat aduan kepada Jabatan Perparitan dan Saliran daerah Tenom berhubung dengan permasalahan sistem perparitan di kampung mereka tapi tidak ada tindakan yang diambil sehingga ke hari ini.

Menurut Encik Lai lagi, parit yang sedia ada berukuran lebih kurang 6 kaki lebar X 4 kaki dalam, sudah tidak diselanggar oleh pihak  berkenaan lebih kurang 3 tahun menyebabkan apabila berlakunya banjir, air banjir lambat surut sehingga kadang – kadang mengambil masa 1 minggu untuk surut, hal ini memberi kesan kepada pokok – pokok tanaman sehingga ada pokok – pokok tanaman mereka yang mati.

Penduduk kampung Binsilon sangat mengharapkan agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dapat campur tangan dan mengambil berat tentang permasalahan sistem perparitan di kampung mereka.

Penduduk kampung sangat mengharapkan agar parit yang sedia ada di lebar dan didalamkan dan Kalbot yang sedia ada diganti dengan Kalbot yang bersaiz lebih besar, dan seterusnya pihak kerajaan dapat membantu mereka untuk campur tangan dan mencari penyelesaian dengan hal tuan tanah yang tidak bersetuju dalam hal perparitan di kampung tersebut tersebut.

Noorita

Melalap

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 01:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SADIS : [18SG] Keadaan Mangsa Samun <b>Di Sipitang</b>, Sabah (2 <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 12:00 AM PDT

Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam.
2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.
3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.
4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Lima termasuk tiga anggota polis maut nahas jalan raya <b>di Beluran</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2013 11:48 PM PDT

August, 30, 2013 - 2:48 pm

BELURAN: Lima orang termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam nahas jalan raya di kilometer 53 Jalan Beluran-Telupid semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira 4.50 petang apabila kereta dinaiki empat anggota polis itu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki dan empat perempuan.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata tiga anggota polis yang maut dikenali sebagai Kpl Saudi Meting, 48, Kpl Hedzrin Ginan, 36, dan Lans Kpl Khairul Firdaus Abrahim, 25.

Katanya seorang lagi, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, 28, cedera parah dan dihantar menerima rawatan di Hospital Beluran sebelum dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Saudi dan Hedzrin merupakan anggota polis trafik, manakala Khairul dan Mohd Zaini bertugas di cawangan Unit Peronda.

Sivanathan berkata dua penumpang kenderaan pacuan empat roda itu turut maut iaitu dua adik beradik perempuan dikenali sebagai Masiah Jailani, 47, dan adiknya Layni, 45.

Lelaki memandu kereta berkenaan Arry Ak Gani, 24, mengalami cedera parah, manakala dua lagi perempuan yang menaiki kereta sama iaitu Imawati Siru, 20, dan Regnawati Siru, 22, cedera ringan.

Sivanathan berkata insiden berlaku ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan balik ke Beluran selepas melakukan tugas di Telupid.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Sep 2013 01:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dompok, MDP tahu projek bina masjid <b>di Penampang</b> | Borneo Herald

Posted: 02 Sep 2013 01:16 AM PDT

Oleh Percy Goliu

KOTA KINABALU: "Tidak timbul soal tidak mendapat kebenaran untuk membina masjid di Penampang dan kerajaan tempatan serta bekas pemimpin di daerah ini sudah lama maklum mengenainya," kata jurucakap Wakaf Masjid Penampang (WMP) di sini.

Katanya, Majlis Daerah Penampang (MDP) juga meluluskan jalan raya sementara untuk memudahkan kerja-kerja menimbun tanah di tapak yang dicadangkan. Kerja-kerja ini tidak bersifat illegal (haram).

Jurucakap Wakaf Masjid Penampang (WMP) berkata demikian dalam komennya mengenai isu pembinaan masjid yang kini mendapat bantahan daripada penduduk tempatan di sini.

"Sebelum melaksanakan projek, sekretariat sudah memaklumkan secara bertulis kepada mereka, malah pentadbir di MDP secara lisan membenarkan projek ini dilaksanakan," kata admin blog WMP dalam komen berita 'Penduduk bantah bina masjid di Penampang' yang disiarkan Free Malaysia Today, baru-baru ini.

Menurutnya, mantan Ahli Parlimen Penampang Tan Sri Bernard Dompok pun sebenarnya sudah tahu akan projek ini dan beliau (Dompok) sendiri mengarahkan supaya projek ini ditangguhkan buat sementara waktu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu diadakan.

Penangguhan oleh Dompok itu katanya dibuat, atas alasan keselamatan PRU13 dan bimbang ia akan menghalang kempen beliau.

Menurut jurucakap itu lagi, Dompok mengarahkan supaya projek itu disambung semula selepas PRU13 dan walaupun sudah bertukar MP (Ahli Parlimen), mereka akur yang projek ini mesti diteruskan untuk kemudahan penduduk Islam di Penampang.

Dompok dari parti UPKO yang juga bekas menteri kerajaan persekutuan kalah dalam PRU13 dan beliau diganti oleh Darrell Leiking dari parti pembangkang PKR.

Portal ini minggu lalu, menyiarkan bahawa tidak ada pihak yang berani mengesahkan mengenai sama ada benar wujud projek membina masjid di daerah Penampang. Malah, Pegawai Daerah Penampang juga dikatakan tidak tahu menahu mengenainya.

Masjid dipercayai bernilai RM4 juta itu, dibina atas sebidang tanah yang dulunya merupakan kawasan penanaman padi di daerah yang majoriti penduduknya adalah Kadazan-Kristian.

Sembunyi maklumat?

Dompok dan beberapa pemimpin lain juga dikatakan tidak tahu mengenai sebarang rancangan itu walaupun isu ini sudah 'diperkatakan' ramai menyebabkan penduduk tertanya-tanya sama ada mereka menyembunyikan maklumat itu daripada diketahui umum.

Cubaan wartawan untuk menghubungi Wakaf Masjid Penampang di talian 088-212080 selama dua hari untuk mendapatkan penjelasan lanjut isu itu, tidak berjaya kerana sama ada talian sibuk atau disambungkan terus ke mesin faks.

Bagaimanapun, jurucakap WMP memberikan banyak komen dalam posnya untuk menjawab dan menepis dakwaan ramai warga netizen yang menyuarakan pendapat, di mana hampir semua membantah pembinaan masjid itu di Penampang.

Menurut WMP, walaupun Bumiputera Muslim hanya berjumlah 11 peratus  (mengikut fakta pilihanraya), namun mereka sepatutnya mendapat hak untuk ada rumah ibadat.

"Tinjauan admin di Penampang menunjukkan ramai yang mempunyai keluarga campur, malah di kalangan ahli keluarga Kristian juga ada yang menggalakkan pembangunan masjid supaya saudara mereka yang Muslim boleh belajar Islam dan solat dengan baik.

"Selain itu, tinjauan admin juga mendapati banyak kejadian penceraian di kalangan saudara baru kerana masalah didikan agama yang kurang dan masalah remaja Islam yang tidak mendapat bimbingan agama yang sebaiknya," katanya.

Menurut jurucakap itu, masalah ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai tempat rujukan khusus di Penampang untuk mengadu masalah. Dengan adanya institusi masjid ini nanti, ia berperanan besar menyelesaikan masalah umat Islam di sini.

Selain itu katanya, masjid ini juga bertujuan memudahkan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta peniaga Muslim untuk

menunaikan solat Jumaat tanpa bersusah payah berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya dan membuang masa yang lama untuk ke Kota Kinabalu atau Putatan.

Kesan migrasi

Kesan migrasi di kalangan penjawat awam dan swasta ke Penampang kata jurucakap Wakaf, adalah menggalakkan. Mereka adalah guru-guru, pekerja bank, ahli perniagaan, anggota polis dan ahli bomba yang menabur budi kepada penduduk Penampang.

"Adakah mereka perlu dianak tirikan dalam soal ibadah dan muamalat Islam?" soalnya.

Mengenai perumahan setinggan yang didiami oleh 'pendatang asing' dekat tapak masjid itu, jurucakap Wakaf memberitahu, tanah yang mereka diami itu adalah milik penduduk tempatan Kadazan beragama Kristian.

Beliau mendakwa, tuan tanah mengambil keuntungan dengan mengambil sewa bulanan daripada penduduk itu.

Oleh sebab itu, apabila kerajaan tempatan ingin mengambil tindakan merobohkan rumah-rumah itu, 'orang atas' yang dimaksudkan adalah tuan tanah bertindak mengarahkan majlis tempatan membatalkan kerja-kerja meroboh itu.

Menjawab komen gaya hidup penduduk tempatan yang masih ramai memelihara babi dan membiarkan haiwan itu berkeliaran di sana-sini dan bimbang mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti tradisi itu jika sudah ada masjid, admin WMP berkata:

"Saya sendiri tinggal dengan dikelilingi kakang (anak babi) dan wogok (babi dewasa) yang berkeliaran tepi pagar rumah."

Tiada masalah

"Namun saya sendiri pegang kakang dan usap-usapnya dengan tangan. Selepas beberapa minit, saya lepaskan kemudian saya cuci tangan dengan air bersih. Saya tidak ada masalah memegang kakang.

"Peliharalah wogok dan kakang banyak-banyak dan jadikan ia sebagai sumber rezeki kamu, kayakan diri kamu dengan memelihara wogok dan kakang, juallah sinalau bakas (daging babi dipanggang) di tempat yang ditetapkan," katanya.

Menurut admin, beliau berdamping dengan masyarakat Kadazan-Dusun yang beragama Islam, dan keluarga mereka berkembang dengan keluarga campur Kristian dan Islam dalam suasana aman dan damai.

Katanya, mendirikan masjid itu juga adalah saranan dan cadangan salah seorang penduduk Islam berbangsa Kadazan.

"Ia bukan desakan daripada orang luar. Cadangan ini disokong oleh masyarakat Islam seluruhnya, dengan menderma kepada wakaf tunai untuk membeli tanah dan bangunan," katanya menambah meminta izin itu bukanlah masalah yang besar.

Kebenaran bertulis katanya, sudah dihantar kepada mantan Ahli Parlimen Tan Sri Bernard Dompok dan pemimpin-pemimpin politik tempatan yang lain.

Seorang netizen yang tidak menyokong pembinaan masjid di daerah ini berkata, ini merupakan kisah sedih bagi penduduk Penampang yang lebih 90% adalah Kadazan yang beragama Kristian, kebanyakannya Katolik.

"Ketua Menteri pernah menyebut bahawa semua tanah dengan status NT (Native Land) untuk penanaman padi, tidak boleh diubah untuk tujuan yang lain tetapi sedih melihat apabila suku daripada tanah itu sudah ditimbun untuk pelbagai tujuan.

"Hanya jabatan tanah Penampang yang tahu tujuan tanah itu ditimbun. Kesian mereka yang masih mahu menanam padi kerana apabila hujan, tanah yang ditimbun akan mengalir ke sawah padi hingga menjejaskan kualiti tanah."

Adakah begitu mudah mengubah tanah NT untuk tujuan komersial? Apakah status sebenar tanah yang bakal didirikan dengan masjid itu?

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved