ads

Isnin, 17 Mac 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Cerita dr Sabah: Day 2 Aku <b>di Semporna</b>! | akuayut

Posted: 15 Mar 2014 03:17 PM PDT

Assalamualaikum. ..
Sebenarnya hari ni dah hari ke 3 aku berada di Sabah.Tapi mestilah cerita kat sini hari sebelum hari ni.Kenangan katanya.Baru betul. :) Hari ni suami kerja.Dia duty.Dia amanahkan jaga umah dan kemas umah.Baik bos! Tapi ngelat jap ea nak update blog jap.hihihi.Sayang big bos umah kita! :)
Hari kedua aku dan suami berangkat ke Semporna. Kem suami di Semporna. Perjalanan daripada Tawau ke Semporna semalam lebih kurang 1 jam lebih cikit. Jalannya kiri kanan pokok.Sesetengah kawasan je banyak kedai. Lepas tu pokok balik.huhuhu.
Petangnya tu kitorang keluar dating pulak ke Pekan Semporna. Selain dating berdua tu sebenarnya ada misi yang nak dicari.Pekan Semporna tak besar mana pon.Pusing-pusing situ jela.Ada Giant! Tapi kedai ala-ala Giant pon ada je jugak. Kitorang sampai mulalah melakukan pencarian misi kami.Pergi 3 4 kedai akhirnya kami jumpa apa yang dicari mengikut budget yang telah dipersetujui oleh kami berdua.Kena survey dulu tau.Kalau tak memang peratus nak kena tipu tu sangatla tinggi.Lagi-lagi diorang tahu kita orang luar kan.Penat sikit tapi berbaloi dari buang duit gitu je.huhuhu.ok.Setel.
Total kitorang bayar = RM410.00
Nak dapatkan RM400 tauke tu tak bagi.hahaha.Alhamdulillah.Kat Semporna ni barang semua harga lebih tinggi daripada semenanjung kan. :)
Lepas tu pergi hantar dulu barang balik kem.Sanggup lagi pulak tu keluar balik pergi Pekan Semporna cari barang dapur. Hahaha.Gigihla kami berdua ni ulang alik setengah jam perjalanan dengan menaiki motor!Caralah...hahaha.Adehhh.
Petang dah sakit pinggang semua tu pergi lepak kejap tepi jeti mana pon tak tahulah tu.Lepak dalam setengah jam pukul 6.15pm gelap dah.Magrib pon dah masuk kitorang pon berangkatlah pulang.Letih sungguh tapi seronok! :)
Malamnya kitorang main masak-masak.Masak apa tu nanti malam aku bagitau balik.Sekarang nak manjalankan amanah suami tersayang kejap untuk kemas umah.huhuhu.Nanti aku blogwalking petang sikit ye kawan-kawan.Lama dah ni hutang. :)

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 11:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

10/11/2013: 1Avenue jadikan daerah <b>Kota Marudu</b> hab ekonomi <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2013 02:31 AM PST

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.

Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.

Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.

Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.

Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.

Maria (Maria/Brna)

 ~mfja~

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.(25) Maria(Maria/Brna)

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Nelayan Dikhuatiri Lemas <b>Di</b> Perairan Rampaian Laut, <b>Kota Belud</b> <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 09:15 PM PST

23/2/2014, Kota Belud ~ Dua nelayan berusia 40-an dikhuatiri lemas selepas keluar menangkap ikan di perairan Rampaian Laut Kota Belud, pagi tadi.

Kedua-duia mereka dikatakan hilang disebabkan bot yang dinaiki tidak dijumpai dan mereka gagal dihubungi.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah kota Belud, Zulkifli Narawi berkata, mangsa tersebut ialah Arman Junaidi dari Pulau Mantanani dan Sallaudin dari kampung Rampaian Laut, Kota Belud.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi tadi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

Beliau dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan 10 anggota Bomba dan Penyelamat.

~Juliana (Mun/Wn)

~mdre

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Petanda Tsunami <b>di Lahad Datu</b>? | Umum - Rakyat News

Posted: 24 Dec 2013 06:30 AM PST

alt

LAHAD DATU 24 Dis - Penduduk di Kampung Tembisan Darat, di sini digemparkan dengan insiden ribuan ekor ikan 'naik' ke darat sekitar jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu yang sempat dirakamkan di laman Youtube itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Meteorologi telah menafikan dakwaan akan berlaku tsunami walaupun mengesahkan ianya pertama kali berlaku di kawasan berkenaan.
 

alt

Akan tetapi, jabatan terbabit akan sentiasa memantau dan menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Semalam, satu kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher telah berlaku di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum, Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Last Updated on Tuesday, 24 December 2013 23:29

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


19/02/2014: 125 petani dan penternak <b>di Tenom</b> dan Kemabong <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2014 11:38 PM PST

Seramai 125 petani dan penternak dalam daerah Tenom dan Kemabong mengalami kerugian berjumlah hampir 400-ribu ringgit akibat kejadian banjir baru-baru ini.

Kerugian tersebut melibatkan kemusnahan hasil pertanian dan ternakan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin memberi jaminan petani terlibat akan diberi bantuan sewajarnya dalam kadar segera.

Bantuan tersebut termasuk membangunkan semula kawasan pertanian yang diusahakan mereka sebelum ini.

Beliau berkata kepada pemberita di Kampung Binsilon ketika lawatan kerja bagi meninjau kemusnahan tanaman para petani di Tenom.

Kejadian banjik teruk yang berlaku di Tenom, Kemabong dan Keningau sejak minggu lepas mengakibat para petani mengalami kerugian hingga ribuan ringgit.

Rtka/Rtka (Loy/Tony/Amat/Beta)

~mfja~

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jan 2014 01:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Dec 2013 01:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 01:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

31 warga asing diserbu <b>di</b> kawasan setinggan <b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 03:11 PM PDT

by I.Sab Khan Mukarab Shah, utusanborneokk@gmail.com. Posted on October 17, 2013, Thursday

RATAN menunjukkan pedang samurai yang dirampas bersama barangan lain yang dipercayai dicuri dalam serbuan di sebuah kawasan setinggan berhampiran Taman Indah Bundusan.

PENAMPANG: Dua lelaki dipercayai penagih dadah adalah antara 31 orang yang ditangkap pihak berkuasa dalam Ops Cantas di kawasan setinggan Taman Indah, Bundusan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh, berkata operasi yang dijalankan selama dua jam itu menyaksikan 15 rumah setinggan diserbu pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Narkotik, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (JPAM).

"Dua lelaki berumur lingkungan 30an ditahan selepas polis menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan putih dipercayai syabu dalam milikan mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ratan berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, perhiasan dan kamera yang dipercayai barangan curi.

"Polis juga menemui beberapa bilah parang dan pedang samurai ketika serbuan," katanya.

Singh berkata seramai 31 pendatang tanpa izin (PTI) itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk siasatan lanjut.

"Antara mereka yang ditahan adalah tiga lelaki, tujuh wanita, 17 kanak-kanak dan dua bayi," katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved