Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, gambar di atas adalah insiden kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler yang terbabas. Nasib baik treler tak bawa muatan. Kejadian berlaku di Jalan Kema...
MAJLIS Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan terus mendapat sokongan apabila Blogger Solymone yang mengendalikan Blog Suara Bebas Tuaran yang juga mantan Jurutera di Jabatan Kerjaraya Sabah (JKR) atau nama sebenarnya, Ir Ajin Gagah menawarkan diri untuk menjadi ahli persatuan itu.
Ajin yang kini memiliki syarikat perniagaanya sendiri ketika ditemui di kediamanya di Tenghilan baru-baru ini, menyokong dan bersetuju dengan intipati perjuangan digariskan oleh MANDAT bagi mencari kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah salah guna kuasa, kronisme serta mengukuhkan perpaduan antara penduduk pelbagai kaum.
"Saya bersyukur kerana telah menjadi pegawai kerajaan sekian lama dan hasilnya pelbagai pengalaman ditimba terutama dalam merungkai masalah dihadapi pegawai, pemimpin serta orang ramai. Jadi dengan penubuhan MANDAT di Tuaran ini akan menjadi saluran kepada ahli dan orang ramai untuk menyampaikan mesej kepada yang berwajib agar mendapat perhatian sewajarnya; sejajar dengan kehendak dan aspirasi penduduk setempat," kata Ajin yang menghargai usaha penubuhan MANDAT.
Beliau yang pernah bertanding dalam Pilihanraya di Kawasan Parlimen Tuaran pada tahun 2004 menyatakan, penubuhan MANDAT di Tuaran memiliki perjuangan murni yang bertujuan agar semua pihak menyedari dan memperakui serta menghormati hak-hak dan pentadbiran kerajaan selaras dengan prinsip demokrasi serta nilai-nilai manusia sejagat.
"MANDAT yang akan menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang benar-benar telus dan bertanggungjawab, cekap, bebas rasuah dan bebas kronisme, bersih dan ikhlas serta adil dan saksama; sewajarnya disokong dan disertai oleh pelbagai profesional agar perjuangannya dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat di Tuaran," kata Ajin yang setakat ini tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.
Sementara itu Timbalan Pengerusi MANDAT, Mohammad Haji Nanti ketika menyambut baik kesudian Ajin menyertai persatuan itu berkata, dengan penyertaan seorang profesional dalam gerakan NGO ini menandakan usaha untuk menyampaikan kepada pihak berwajib berkaitan melonjakan terhadap kedudukan sosio ekonomi, pendidikan dan budaya agar dapat dilestarikan dalam kehidupan rakyat setempat dengan lebih saksama dan progresif dapat dijayakan.
"Kita dalam MANDAT amat menyedari banyak kekurangan yang perlu dipenuhi oleh pimpinan tempatan, oleh itu perjuangan NGO ini yang mendukung suatu dasar ekonomi yang dapat meningkat dan meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh penduduk pelbagai lapisan; berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaaan dan seimbang, selaras dengan kewibawaan kewangan kerajaan yang stabil masa kini, meminta ia dimanfaatkan pimpinan setempat dengan sebaik mungkin," kata Mohammad yang pernah menjadi Pencadang Calon Barisan Nasional (BN) bagi Kawasan Sulaman dalam pilihanraya tahun 2004.
Mohammad yang disertai oleh Pengerusi MANDAT Marsah Muyong; Setiausaha Haji Ghulabdin Enjih dan Bendahari Haji Awang Puasa telah mengunjungi Ajin untuk menyatakan kesediaan menerimanya menjadi ahli dan akan melantik beliau sebagai Penasihat MANDAT.
Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu Ranau yang telah lama terbengkalai. Setahu saya, projek ini dimajukan oleh SPNB iaitu Syarikat perumahan negara malaysia.
Projek perumahan ini telah lama dimulakan iaitu sejak 2007 lagi dan dijangka siap pada 2009 (kalau tidak silap saya, sebab ada sesetengah orang berpendapat yang ianya dijangka siap pada 2008) Apa-apa pun, jangkaan tahun yang sepatutnya projek ini disiapkan telah berlalu 2-3 tahun lepas.
Sekarang ini, projek perumahan ini masih lagi belum siap, malah terbengkalai begitu sahaja. Ini belum lagi termasuk tempat-tempat lain yang telah lama terbengakalai di sabah. Projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu ranau belum siap tapi SPNB sudah sibuk membuat projek perumahan baru.
Sepatutnya SPNB utamakan dulu projek perumahan yang belum siap, kemudian barulah beralih ke projek perumahan baru yang seterusnya. Kalau beginilah SPNB menunjukkan ketidaktanggungjawab dalam hal ini, lama kelamaan akan timbul ketidakpercayaan terhadap SPNB.
Tolong ADUAN RAKYAT dedahkan tentang projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu Ranau yang telah lama terbengkalai.
Semalam pagi (Jumaat), pas sarapan di hotel, haku terus ke Keningau. Nak jumpe anak sedara yg punye anak sembilan.
Kelmarin pakcik punye cikBibah sudah bgtau. Ada 3 cara nak ke Keningau dari KK bah. Cara biasa, ikut bandar Tambunan (3 jam). Cara kedua, ikut pekan Kimanis (2 jam), tapi jalan amat curam dan tak sesowai utk kenderaan kecik spt cikBibah. Cara jalan sedap, ikut Sipitang yg amek masa dua kali ganda (6 jam).
Jadi, smlm haku sudah ikut Tambunan masa pergi. Masa balik pulak, haku ikut Tenom ke Sipitang ke Beaufort di malam yg gelap gulita. Hajat hati nak ke Kuala Penyu tak kesampaian sebab kesuntukan masa nak amek gambo sunset. Pemandangan sunset di pekan Sipitang pun tak kurang hebatnye.
Tengah penat nih. Letak gambo mensate di Sipitang dulu.
by Johan Aziz. Posted on August 31, 2011, Wednesday
LAPORAN….Anggi (tengah) yang diiringi beberapa AJK PBPM Keningau menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Keningau pada Isnin.
KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini pada Isnin berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, yang disifatkan menghina pejuang negara.
Pengerusi Persatuan, mantan Sub-Inspektor Anggi Kathil, memberitahu Utusan Borneo di sini bahawa pihak persatuan amat memandang serius terhadap kenyataan itu.
Mat Sabu yang memberi ceremah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu telah mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Kenyataannya yang telah disiarkan di Utusan Online pada 26 Ogos lalu turut menganggap Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota Komunis adalah hero sebenar, bukan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceremahnya, Mat Sabu turut mendakwa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh berkenaan adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain memihak kepada Umno.
Sementara itu, Anggi yang mewakili Presiden PBPM Negeri Sabah, Abdul Rahman Teo, ketika membuat laporan itu memberitahu bahawa ahli-ahli persatuan membantah kenyataan Mat Sabu yang tidak beretika dan memperkecil-kecilkan peranan pasukan keselamatan termasuk polis.
Beliau menyifatkan kenyataan itu telah tersasar dari kebenarannya dan jelas menyeleweng dari fakta sejarah sebenar.
"Persatuan negeri dan cawangan ini menganggap ceremah yang terkeluar dari fakta adalah bertujuan untuk menghasut supaya rakyat membenci polis dan pasukan keselamatan yang lain," katanya.
Anggi berkata, selama ini pasukan keselamatan termasuk polis telah banyak mempertahankan negara dan rakyat dari anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, persatuan memandang serius mengenai isu itu dan perlu diambil tindakan lebih tegas lagi agar tidak memperlekehkan tugas dan peranan anggota polis yang banyak berjasa dan terkorban dalam perkhidmatan mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.
"PBPM Sabah dan Keningau meminta pemimpin ini (Mat Sabu) diambil tindakan tegas sejajar dengan peruntukan undang-undang yang ada," katanya.
PENAMPANG: Poliklinik Penampang memerlukan lorong pejalan kaki berbumbung dari jalan utama ke klinik berkenaan, selain mencadangkan jalan raya masuk ke klinik itu dilebarkan serta sebuah pondok istirehat.
Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Mohd Saffree Jaffree berkata lorong pejalan kaki berbumbung itu amat diperlukan bagi memberi keselesahan kepada para pesakit terutama ibu mengandung yang hendak pergi ke klinik berkenaan.
Selain itu, katanya, jalan raya masuk ke klinik itu juga perlu dilebarkan memandangkan keadaan jalan raya itu sekarang yang agak sempit dan menyukarkan kenderaan yang lalu lalang di situ.
"Saya dapati jalan raya yang ada sekarang seakan-akan satu helah sahaja oleh kerana itu ia perlu dilebarkan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan hamper dan bungkusan kuih raya daripada Pegerakan Wanita Umno Bahagian Penampang, di klinik itu pada Jumaat lepas.
Hamper dan bungkusan kuih raya berkenaan disampaikan oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang, Nining Ballard.
"Saya kadang-kadang takut nak lihat kenderaan yang lalu lalang di situ sama ada kenderaan perseorangan mahupun van-van yang mengangkut penumpang.
"Lebih menakutkan lagi apabila kenderaan besar turut menggunakan jalan berkenaan, termasuk kenderaan besar menuju ke tapak perkuburan berdekatan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa pihak berwajib memikirkan untuk melebarkan jalan raya berkenaan.
Saffree berkata, poliklinik itu juga memerlukan sebuah pondok istirehat bagi kegunaan keluarga pesakit menunggu keluarga atau rakan mereka yang menerima rawatan di klinik berkenaan.
Semantara itu, Nining berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak berwajib.
Katanya, cadangan bagi melebarkan jalan raya itu amat bertetapan kerana sudah lama tiada perubahan sementara kenderaan yang menggunakan jalan itu bertambah pada setiap tahun.
"Kita juga akan cuba membantu mengemukakan permintaan Dr Saffree mengenai lorong pejalan kaki berbumbung serta pondok istirehat," katanya.
Mengenai sumbangan itu, Nining berkata ia merupakan aktiviti Pergerakan Wanita Umno Penampang pada bulan Ramadan.
"Kalau tahun-tahun yang lepas kita hanya sampaikan sumbangan Ramadan di IPD Penampang dan tempat-tempat lain dan tahun ini sumbangan Ramadan turut disampaikan kepada Poliklinik Penampang.
"Dan kita akan masukkan Poliklinik ini dalam kalendar Ramadan Pergerakan Wanita Umno Penampang mulai tahun depan," katanya.