ads

Jumaat, 8 Mac 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Dr MiM: TERKINI: 5 ANGGOTA POLIS TERKORBAN <b>DI SEMPORNA</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 09:39 PM PST

AL-FATIHAH

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebentar tadi mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi.

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.-BH.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Tukar Tiub: HIGH NOON <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 26 Feb 2013 01:40 AM PST




Lahad Datu: Polis menutup pintu rundingan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini, dan bersedia mengambil tindakan menggunakan kekuatan pasukannya bagi menamatkan pencerobohan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah,  Hamza Taib, berkata penceroboh tidak mempunyai pilihan kecuali keluar dari lokasi persembunyian untuk dihantar pulang ke negara asal mereka. 

Tegasnya, pasukan keselamatan akan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat daripada diganggu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu. 

kah kah kah.... SANDIWARA DI TERUSKAN LAGI.... kah kah kah..

kah kah akh... BILA HERO NAK MUNCUL.... kah kah kah..

kah kah kah... SAPA NAK JADI  GARY COOPER?... kah kagh kah..

kah kah kah... FLORA ONG JADI GRACE KELLY ATAU ZIABNA ZAIN JADI GRACE  KELLY?.... kah kah kah


Lahad Datu: Kerajaan Perlu Tegas Pertahankan Kedaulatan SabahTerkini

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan agar lebih tegas dalam isu pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu yang menetap di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak dua minggu lalu.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Polis nafi laporan penceroboh <b>di Kota Kinabalu</b>, Tawau

Posted: 07 Mar 2013 09:35 PM PST

asional

LAHAD DATU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.
  
Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.
  
"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.
  
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.
  
"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.
 
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.
  
Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Februari lepas.
  
Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac.   - Bernama

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


SELEPAS LAHAD DATU KE SEMPORNA DAN KINI <b>DI KUNAK</b> <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 12:14 AM PST

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengesan 10 penceroboh dan tiga bersenjata di Kampung Lormalong dan Dasar Lama, Kunak semalam yang mana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan di Kampung Tanduo, di sini.
PENCEROBOH MEMPUNYAI KEMAHIRAN DALAM PEPERANGAN GERILA


Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.


Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

"Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 15 kilometer dari sini.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved