ads

Isnin, 29 Ogos 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


<b>Kota Marudu</b>, tempat kami membeli-belah. « Foto Dunia

Posted: 23 Jul 2011 09:48 PM PDT

Di sini agak berbeza dengan semenanjung. Di Shah Alam, Tesco masih buka sehingga jam 12 tengah malam. Barangan di Kota Marudu ini cepat pula kehabisan stok.

Aku dan isteri suka membeli buah-buahan di sini kerana sedap dan segar. Anak mengaji kami, memang suka buah-buahan segar, apatah lagi bila dibuat salad buah-buahan oleh ustazah kesayangan mereka.

Untuk menghindari daripada gangguan oleh lanun jalanraya, kebanyakan pemandu di sini jarang memandu jam 8 ke atas. Jam lapan di sini umpama jam sembilan di semenanjung.

Dingin dan damai di sini bah!
Nanti aku cerita lagi.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Penumpang tangkap lelaki meraba pelajar perempuan dalam bas <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 07:46 AM PDT

No of View :551

Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali, berkata ketika kejadian 4 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.

 Katanya, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa danketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.

"Beberapa penumpang lain di dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4," katanya di sini hari ini.

Fadzil berkata, lelaki berusia 35 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: MANDAT Tuntut Kebenaran Dan salah <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 10:05 PM PDT


Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh salah seorang sahabat lama, Haji Awang Puasa Jambul (gambar kiri) dengan tujuan berbincang untuk menubuhkan sebuah NGO berpusat di Tuaran. Namun kerana kesibukan dan komitmen yang lain, saya tidak sempat hadir dalam perbincangan tersebut.
Walau macam-mana pun, saya sahkan akan hadir pada suatu hari kelak dan mengalakkan agar meneruskan aktivi murni mereka.

Dalam pada itu, saya difahamkan sahabat saya dan beberapa orang activist politik yang lain bertekad mengadakan satu masyuarat pada hari Jumaat lalu dan dilapurkan berjaya menubuhkan satu pertumbuhan NGO yang dinamakan 'Majlis Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT)'.
  • Sebagai langkah pertama, masyuarat memutuskan untuk melantik saudara Marsah Muyong sebagai pengurusi penaja, NGO tersebut. Dalam pada itu, Marsah ada lah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran, yang mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan UMNO bahagian tersebut beberapa tahun lalu.
  • Menurut sumber, objektif NGO tersebut, ada lah untuk mengetengahkan suara penduduk setempat dalam menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah salah guna kuasa, kronisme serta mengukuhkan perpaduan antara penduduk pelbagai kaum.
  • Semasa melancarkan pembentukan dan penubuhan MANDAT di Restoran Transit, Jalan Sulaman, Tuaran pada malam Jumaat lepas; Marsah yang juga bekas Pemaju Mukim Kawasan Sulaman menyatakan, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ini adalah bertujuan agar semua pihak menyedari dan memperakui serta menghormati hak-hak dan pentadbiran kerajaan selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi serta nilai-nilai manusia sejagat.
  • "MANDAT akan menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang benar-benar telus dan bertanggungjawab, cekap dan efisyen; bebas rasuah dan bebas kronisma, bersih dan ikhlas serta adil dan amanah," kata Marsah yang pernah menjadi Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di daerah ini.
Menurutnya, dengan kelahiran MANDAT akan menjadi suara kepada penduduk setempat untuk menghidupkan dan menyuburkan perasaan saling memahami dan setiakawan sebagai satu daerah bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera.
MANDAT juga kata Marsah, akan menyampaikan kepada pihak berwajib berkaitan usaha untuk memberikan lonjakan terhadap kedudukan sosio ekonomi, pendidikan dan budaya agar dapat dilestarikan dalam kehidupan rakyat setempat dengan lebih saksama dan progresif.
"Selain itu NGO ini juga akan mendukung suatu Dasar Ekonomi yang dapat meningkat dan meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh penduduk pelbagai lapisan,berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaan dan seimbang selaras dengan kewibawaan dan kemampuan kewangan kerajaan yang stabil masa kini," kata Marsah lagi.
  • Mesyuarat penubuhan MANDAT, telah juga memilih Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih sebagai Setiausaha; Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Tuaran, Mohammad Nanti sebagai Timbalan Pengerusi; Bekas Presiden Kesatuan Sekerja Petronas Sabah, Haji Awang Puasa Jambul sebagai Bendahari; Ketua Cawangan UMNO Sentosa, Ismail Ensun sebagai Penolong Setiausaha dan Pengerusi Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia Tuaran, Rabin Haji Muatib sebagai Ketua Penerangan.
  • Enam Naib Pengerusi terdiri daripada Ketua Bahagian PANSA Tuaran, Ibrahim Ali Omar (Bolong); Lamdin Gundah (Mengkabong); Rahman Husin (Simpangan); Nasip @ Awang Kahar (Mengkabong) dan Saibol Arshad (Simpangan).
  • Sementara itu seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa yang terpilih terdiri daripada Sapini Haji Kaulih (Bolong Baru); Saihun Ibrahim (Simpangan); Merusin Kuyuh (Mengkabong); Jumati Kasi (Lok Batik); Gafar Ahmad (Lok Batik); Madaim Dusul (Mengkabong); Poyok Doah (Mengkabong); Abdullah @Rasit Botor (Mengkabong) dan Deli Posob (Lok Batik).
  • Marsah memberitahu beliau akan bersama dengan Ahli Jawatankuasa MANDAT Tuaran untuk mengemukakan proses pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan selepas perayaan Hari Raya tidak lama lagi.
________________________________________ Sumber: MANDAT, SabahKini, Agensi

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


WikiSabah, Sabah News: Mercun Bebas Dijual <b>di Lahad Datu</b>?

Posted: 28 Aug 2011 06:32 PM PDT



KENDATIPUN penjualan bahan letupan termasuk mercun diharamkan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara tidak lebih tiga tahun; namun bahan larangan ini dijual secara bebas di Lahad Datu. 
 
Pembakaran mercun diharamkan selaras dengan Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. 
Mercun telah diharamkan di Malaysia sejak tahun 1991, selepas terjadinya kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buluh. Mengikut Seksyen 42, Akta Bahan Letupan 1957, jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun mercun yang dijual secara terbuka di Lahad Datu, terutama di belakang Pasar Ikan dan Pasar Rakyat serta kakilima, dalam jumlah yang kecil tetapi ramai penjual didapati dengan mudah daripada Filipina dan dibawa masuk oleh PATI ke Lahad Datu melalui Bongao dan Sitangkai.
"Harganya yang murah dan boleh ditawar. Mula-mula takur juga mahu beli, tetapi bila Nampak polispun beli, maka kamipun beli. Lagipun dijual secara terbuka. Saya fikir tidak salah kerana tidak ditangkap," ujar Kamsani Ujani, kakitangan syarikat perladangan terkemuka di Lahad Datu.
Menurut Kamsani, wujudnya PATI dan rakyat tempatan yang menjual mercun ini memudahkan mereka melepaskan gian bermain mercun semasa kanak-kanak; terutama roket yang boleh ditembak jauh ke udara dan tidak membahayakan.
"Kita tahu memang bahaya untuk kanak-kanak terutama mercun dan bunga api kerana tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan, tetapi setakat ini mercun yang kami beli tidak mendatangkan sebarang kecederaan," kata Kamsani yang mengakui hanya memperuntukkan RM100 untuk membeli mercun dan bunga api untuk beliau dan anak-anaknya bermain di kampung mereka di Semporna.
Dalam pada itu, seorang penjual mercun, Jakilan Tambangi, 35, memberitahu bahawa mereka hanya mencari wang poket untuk hari raya dengan menjual mercun dan bunga api yang mereka beli daripada Taukeh Ching dan Alex.
"Memang ada juga yang mereka bawa dari Filipina dan ada juga dari China. Kami tidak tahu macam mana boleh masuk. Tapi kami hanya jual sahaja dan semua kami beli daripada dua taukeh ini. Tidak ada tangkap, jadi kami juallah," kata Jakilan yang mengakui tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tetapi telah menetap di Lahad Datu sejak 10 tahun lalu.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


SEPETANG <b>DI SIPITANG</b> « Blog Ittewww

Posted: 03 Jun 2011 09:04 AM PDT

Sipitang, Sabah

JALAN-JALAN DI BAWAH BAYU: DAY THREE.

Semalam pagi (Jumaat), pas sarapan di hotel, haku terus ke Keningau. Nak jumpe anak sedara yg punye anak sembilan.

Kelmarin pakcik punye cikBibah sudah bgtau. Ada 3 cara nak ke Keningau dari KK bah. Cara biasa, ikut bandar Tambunan (3 jam). Cara kedua, ikut pekan Kimanis (2 jam), tapi jalan amat curam dan tak sesowai utk kenderaan kecik spt cikBibah. Cara jalan sedap, ikut Sipitang yg amek masa dua kali ganda (6 jam).

Jadi, smlm haku sudah ikut Tambunan masa pergi. Masa balik pulak, haku ikut Tenom ke Sipitang ke Beaufort di malam yg gelap gulita. Hajat hati nak ke Kuala Penyu tak kesampaian sebab kesuntukan masa nak amek gambo sunset. Pemandangan sunset di pekan Sipitang pun tak kurang hebatnye.

Tengah penat nih. Letak gambo mensate di Sipitang dulu.

Advertisement

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


We Care for Islam: Gempa Bumi Lemah Dikesan <b>di Kinabatangan</b>.

Posted: 11 Jul 2011 09:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Julai: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 Skala Ricther dikesan telah berlaku di Kinabatangan, Sabah kira-kira pada pukul 10.28 pagi hari ini (Selasa).

Gempa bumi lemah tersebut telah dikesan berlaku di kawsan sekitar 16 km di Tenggara Kinabatangan, Sabah, lapor Pusat Meteorologi Malaysia.

Berikutan gempa bumi lemah tersebut, gegaran mungkin akan dirasai di seluruh kawasan tersebut.

Sumber diolah : Mstar Online.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


KASINO SABUNG AYAM <b>DI KENINGAU</b> DIBUKA JUMAAT INI

Posted: 10 Feb 2010 06:46 PM PST

Share

 

Oleh: HENDRA BASIL

BANDAR 'Kayu Manis' (Koningau) Keningau semakin manis bagi pada penggemar judi Sabung Ayam bertaji pisau kerana sebuah Pusat Sabung Ayam akan mula dibuka pada Jumaat ini di kawasan perumahan kakitangan Jabatan Perhutanan di Tivao, Jalan Keningau-Kalabakan setelah pusat sebelum ini di Kampung Sogon telah ditutup Unit D7, Bukit Aman pada tahun lalu.

Menurut maklumat Krew Sabahkini.net di Keningau, sejak tiga hari lalu, merata ceruk Keningau telah kedengaran kokok ayam sabung dan pendaftaran telah dimulakan pada Isnin lalu bagi perlawanan pada Jumaat hingga Isnin ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Para penjudi sudah mula mendatangi Bandar Keningau termasuk daripada Sarawak, Filipina, Indonesia, Brunei dan seluruh Sabah dan hamper semua hotel di Keningau telah penuh ditempah mulai kelmarin.

Para peserta daripada Brunei masih berlegar di kawasan Tenom untuk mengelak daripada serbuan mengejut D7 kerana mereka membawa ayam dan jumlah pertaruhan yang besar.

Judi Sabung Ayam yang telah popular di Keningau sejak 20 tahun lalu didalangi seorang  pegawai kanan polis berpangkat ASP yang telah ditukar ke daerah lain setelah D7 mendapat bukti beliau terlibat dan mendalangi kegiatan judi sabung ayam dan 4D haram. Sehingga kini, setiap bulan ASP berkenaan akan kembali ke Keningau untuk mengutip tol judi haram yang masih mendominasi Keningau.

Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamed yang mula menonjol selepas ASP berkenaan ditukar berjaya menangkap ramai pemilik bakakuk (senapang buatan sendiri) namun belum berjaya menghalang kegiatan'Judi Sabung Ayam' yang menjadi trademark kepada Keningau.

Pusat Sabung Ayam 'Jabatan Perhutanan' dikendalikan seorang promoter terkenal sejak 20 tahun lalu, yang dikenali sebagai 'Mr Wai' dengan bantuan 'Kah Liew' seorang pengurus sebuah kilang papan yang dimiliki seorang peguam ternama di Sabah.

Tidak diketahui apakah Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan, mengetahui atau merestui Kawasan Hutan Simpan digunakan untuk Pusat Judi Sabung Ayam kerana umum sedia maklum Hutan Simpan tidak boleh dimasuki sesuka hati, apatah lagi untuk berjudi.

Mr Wai juga terlibat dengan kegiatan pengedaran syabu dan sentiasa dikawal ketat tidak kurang 10 orang pengikutnya sehingga tidak ada polis Keningau berani menyentuhnya kerana hubungan baiknya dengan pegawai kanan polis di Sabah dan Bukit Aman.

Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman tahun lalu, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda dan menjadi tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini ada pegawai kanannya disyaki menjadi 'Pelindung' kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah.

Ketika itu, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu 'serbuan' yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan 'Tahniah' dengan nada sinis dan senyuman sumbing!

 

 

 

 


UMNO Online - Isu Tanah Sabah : UMNO <b>Keningau</b> Sokong <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2011 12:34 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Isu Tanah Sabah : UMNO Keningau Sokong Maklum Balas Positif Kerajaan

KENINGAU, 27  Jun – UMNO Keningau hari ini menyambut baik maklumbalas positif oleh kerajaan berhubung isu tanah Hak  Adat Anak Negeri Sabah (NCR) khususnya dengan pengenalan Geran Komunal Anak Negeri.

Ketua Pemuda UMNO Keningau, Azman Ruslan  berkata kesanggupan kerajaan negeri mendengar maklum balas, kritikan membina dan idea berhubung dua isu berkaitan itu sebenarnya amat sesuai dan disambut baik.

"Seperti kita semua tahu, isu tanah amat sensitif kerana ia membabitkan hak dan masa depan kesejahteraan semua rakyat Sabah," katanya ketika di sini hari ini.

Walaupun, katanya, kerajaan telah berusaha memperjelaskan rasional disebalik pengenalan geran komunal itu, namun ada sebilangan rakyat yang masih belum berpuas hati dan mahu butiran terperinci mengenai kaedah dan kesan terhadap masa depan mereka.

Azman, bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, percaya kebimbangan terhadap pengeluaran geran komunal itu mungkin akibat salah faham dan kekurangan maklumat lengkap.

"Tidak kisah sama ada ketidakpuasan hati mereka disalurkan menerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau sebarang badan politik kerana apa yang penting rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka," katanya.

Azman berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini yang menyambut baik inisiatif Suhakam untuk menjalankan kajian mengenai isu berkaitan NCR.

Musa dipetik sebagai berkata kerajaan negeri terbuka kepada sebarang maklumbalas, kritikan membina dan idea berhubung isu pengenalan geran komunal.

Pada Khamis lalu, Suhakam berkata ramai penerima geran komunal dalam kalangan penduduk luar bandar di Sabah masih tidak arif dengan kaedah pemberian itu.

Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang dipetik sebagai berkata ketika penduduk secara am menyokong pemberian geran komunal bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman dan meningkatkan ekonomi penduduk tetapi pelaksanaan secara tergesa-gesa itu menyebabkan banyak butiran terlepas dari perhatian.

Suhakam telah mengadakan sesi rundingan berhubung Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli Sabah di Keningau, Tenom dan Penampang di mana geran komunal menjadi satu isu penting dibangkitkan oleh rakyat.

Sebagai peguam, Azman berkata ramai penduduk luar bandar khususnya di daerah pedalaman Keningau telah meminta nasihat beliau mengenai rasional geran komunal dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada hak dan masa depan penduduk asal Sabah.

"Kebimbangan mereka kebanyakannya berdasarkan tanggapan bahawa geran komunal mungkin tidak melindungi hak dan masa depan mereka kerana dilihat sebagai diluar semangat NCR dan berdasarkan usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) tertentu," katanya.

Katanya adalah baik bahawa kerajaan mengambil sikap responsif terhadap isu tanah kerana langkah itu dapat membantu pemimpin pusat khususnya PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku di Sabah.

Kira-kira 1,400 ketua keluarga telah menerima geran komunal bagi tanah meliputi seluas 3,650 hektar yang akan dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman lain bagi membantu penduduk kampung yang miskin di daerah pedalaman.

Berita Bertarikh 27 June 2011 Pada 3:34 PM

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tiga Jalan raya utama <b>di kota Kinabalu</b> akan jadi tumpuan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 10:45 PM PDT

No of View :143

Tiga jalan raya utama yang sering berlaku kemalangan maut di sini akan diberi lebih tumpuan sepanjang Ops Sikap kali ke-24 pada kali ini.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata jalan yang dimaksudkan itu ialah Jalan Tuaran, Jalan Tuaran Bypass dan juga Jalan Tun Fuad Stephen.

"Ketiga-tiga jalan berkenaan menjadi tumpuan Ops Sikap pada kali ini memandangkan jalan berkenaan adalah jalan utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di bandaraya ini sepanjang Januari hingga Julai tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan Jalan Tuaran iaitu bermula dari stesen minyak Shell Karamunsing hingga lampu isyarat Batu 5 mencatatkan empat kes maut dan 13 kes cedera parah.

Sementara itu, bagi Jalan Tuaran Bypass yang bermula dari lampu isyarat Batu 5 hingga ke lampu isyarat Jalan Tuaran Bypass mencatatkan dua kes maut dan lima kes cedera parah.

Manakala bagi Jalan Tun Fuad Stephen yang bermula dari bulatan Perkasa hingga ke lampu isyarat Yayasan Sabah, sebanyak lima kes kemalangan maut dan empat kes kecederaan parah dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Sofi berkata enam kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya juga akan diberikan penguatkuasaan khusus sepanjang Ops Sikap kali ini.

"Antara kesalahan yang akan diberi penguatkuasaan khusus ialah mengakibatkan kemalangan jalan raya, pandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat kampu merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan yang menggunakan lorong kecemasan.

"Kadar kompaun saman ke atas semua enam kesalahan terbabit juga tidak akan dikurangkan," katanya menambah kabinet sebelum ini juga telah meluluskan pengurangan had laju sebanyak 10 kilometer sejam bagi semua jalan persekutuan dan jalan negeri.

Sementara itu, Sofi memberitahu sebanyak 26 kemalangan maut dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 3,053 kes kemalangan yang berlaku di Kota Kinabalu sepanjang tempoh berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Jalan raya ke Poliklinik <b>Penampang</b> perlu dilebarkan | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 07:28 PM PDT

by John Tambanan. Posted on August 28, 2011, Sunday

PENAMPANG: Poliklinik Penampang memerlukan lorong pejalan kaki berbumbung dari jalan utama ke klinik berkenaan, selain mencadangkan jalan raya masuk ke klinik itu dilebarkan serta sebuah pondok istirehat.

Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Mohd Saffree Jaffree berkata lorong pejalan kaki berbumbung itu amat diperlukan bagi memberi keselesahan kepada para pesakit terutama ibu mengandung yang hendak pergi ke klinik berkenaan.

Selain itu, katanya, jalan raya masuk ke klinik itu juga perlu dilebarkan memandangkan keadaan jalan raya itu sekarang yang agak sempit dan menyukarkan kenderaan yang lalu lalang di situ.

"Saya dapati jalan raya yang ada sekarang seakan-akan satu helah sahaja oleh kerana itu ia perlu dilebarkan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan hamper dan bungkusan kuih raya daripada Pegerakan Wanita Umno Bahagian Penampang, di klinik itu pada Jumaat lepas.

Hamper dan bungkusan kuih raya berkenaan disampaikan oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang, Nining Ballard.

"Saya kadang-kadang takut nak lihat kenderaan yang lalu lalang di situ sama ada kenderaan perseorangan mahupun van-van yang mengangkut penumpang.

"Lebih menakutkan lagi apabila kenderaan besar turut menggunakan jalan berkenaan, termasuk kenderaan besar menuju ke tapak perkuburan berdekatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa pihak berwajib memikirkan untuk melebarkan jalan raya berkenaan.

Saffree berkata, poliklinik itu juga memerlukan sebuah pondok istirehat bagi kegunaan keluarga pesakit menunggu keluarga atau rakan mereka yang menerima rawatan di klinik berkenaan.

Semantara itu, Nining berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak berwajib.

Katanya, cadangan bagi melebarkan jalan raya itu amat bertetapan kerana sudah lama tiada perubahan sementara kenderaan yang menggunakan jalan itu bertambah pada setiap tahun.

"Kita juga akan cuba membantu mengemukakan permintaan Dr Saffree mengenai lorong pejalan kaki berbumbung serta pondok istirehat," katanya.

Mengenai sumbangan itu, Nining berkata ia merupakan aktiviti  Pergerakan Wanita Umno Penampang pada bulan Ramadan.

"Kalau tahun-tahun yang lepas kita hanya sampaikan sumbangan Ramadan di IPD Penampang dan tempat-tempat lain dan tahun ini sumbangan Ramadan turut disampaikan kepada Poliklinik Penampang.

"Dan kita akan masukkan Poliklinik ini dalam kalendar Ramadan Pergerakan Wanita Umno Penampang mulai tahun depan," katanya.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved