ads

Khamis, 8 Mei 2014

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pesawat Komersil Terhempas <b>di Kudat</b>: MAS Sahkan Dua Maut <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 08:12 PM PDT

mas terhempas

KOTA KINABALU: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat pada Khamis.

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.

Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.

"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di sini malam Khamis.

Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.

Terdahulu, pesawat MASWings, MH3002 berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2.05 petang dalam perjalanan ke sebuah daerah utara Sabah yang memakan masa 40 minit.

Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter.

Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan.

Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang.

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan.

-mStar

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Lagi Kes Culik <b>Di Semporna</b> Sabah - Menteri Gigit Jari - Dunia <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2014 11:00 PM PDT

Ingat tak kes tahun lepas?

Kita terus membaca jawapan wakil rakyat BN bila PKR usulkan perbincangan bagi mencari jawapan dan menilai aspek2 tahap keselamatan perairan negara ketika itu.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini menolak usul untuk membincangkan kes pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 November lalu. 

Speaker DUN, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said semasa menolak usul dikemukakan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) itu berkata usul itu tidak perlu dibincangkan memandangkan kes itu masih dalam siasatan. 



(usul) tidak perlu disegerakan sehingga kita terpaksa menangguhkan persidangan DUN. Lagipun, saya difahamkan keselamatan di sana (Pulau Pom-Pom) adalah terkawal dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta pihak berkuasa lain," katanya. 


Pada 15 November lalu, pelancong Taiwan Hsu Li Min, 57, ditemui mati dalam sebuah bilik di pulau peranginan itu dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya, Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. 

- BERNAMA


Dan semalam ;
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.

Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya. - Astro Awani.


Keyword.

1. Pulau Pom Pom.

2. Kejadian kali kedua.

3. Lokasi sama, situasi sama, dua2 membabitkan pelancong asing.

4. Kali neh membabitkan warganegara dari China.

5. Penduduk China tengah angin satu badan isu insiden #MH370.

6. Dulu mereka sebut kes penculikan di Pulau Pom Pom adalah kes terpencil. Ye, membabitkan kematian, nyawa orang ramai, ko boleh keluarkan statement merapu cakap ianya kes terpencil. Orang citer pasal tahap keselamatan, ko jawab pasal kes terpencil. Orang peduli apa samada ia selalu berlaku atau jarang berlaku, sebab orang pertikaikan bab keselamatan. Bab nyawa. Ini bukan sekadar rompak dan blah. Ini culik dan bunuh. Kalau anak2 ko yang kena culik dan bunuh macam mana?

Lihat ;

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek menegaskan kejadian culik dan bunuh di Pulau Pom Pom, Semporna awal pagi Jumaat tiada kaitan dengan insiden pencerobohan dahulu.
Sebaliknya kata beliau kejadian merupakan kes terpencil membabitkan penjenayah.
"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak panik ekoran kejadian ini kerana keadaan di sini (pantai timur) terkawal. Kita tunggu siasatan pihak polis dan jangan buat sebarang spekulasi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat ESSCOM, di Pangkalan Polis Marin, dekat sini. Mengulas mengenai kes itu, Mohammad berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi membabitkan dua pelancong Taiwan.

Kes terpencil? = 2 kali berlaku dah.

Tahap keselamatan terkawal? = 2 kali berlaku dah.

Agak2nya perlu berapa banyak penculikkan dan kematian untuk kerajaan faham bahawa tahap keselamatan di situ perlu dipertingkatkan?

Lihat lagi ;


Peruntukan dah dapat.

Terima kasih pun Najib dah dapat.

Jadi kenapa tahap keselamatan masih di takuk lama? Jika sudah dipertingkatkan kenapa kes penculikkan ini berulangan di lokasi yang sama membabitkan warga negara asing lagi?

Jangan2 lepas neh nak cakap, alamak aiiiii tue kan untuk kawal keselamatan rakyat Sabah aje, warga asing memang ah tak termasuk. Jangan bagi alasan macam neh sudah la ek.

Ingatlah ek, satu kecuaian boleh membuahkan masalah. Bukan semua jenis kecuaian boleh mendatangkan masalah tetapi selalunya masalah timbul bila kecuaian wujud. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan : http://www.umno-online.my/?p=94676

http://www.umno-online.my/?p=95886 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DUNSabahtolakusulbincangkesbunuh_culikdiSemporna/Article/index_html

http://www.astroawani.com/news/show/2-pelancong-china-disahkan-diculik-dan-dibunuh-di-semporna-25503


IKLAN TEXT DISINI

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Mufti Sabah dedah 17 permohonan nikah mutaah <b>di Papar</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2013 04:53 AM PST

mufti sabah
KOTA KINABALU, 13 Dis – Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.

Bongsu juga berkata pihak berkuasa memantau rapi penularan fahaman itu yang boleh memecahbelahkan ummah dan memesongkan akidah umat Islam.

Fahaman Syiah ini dipercayai disebar menerusi perniagaan, pendidikan, parti politik dan juga badan bukan kerajaan, katanya. – BERNAMA

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Punca Bendera Israel Dikibarkan <b>Di Tuaran</b>, Sabah | Terengganu <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 01:19 AM PDT

Pengibaran megah bendera Israel telah mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Untuk info, bendera israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin.

Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Punca Bendera Israel Dikibarkan Di Tuaran Sabah

Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan nmenerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.

Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.

Bendera Israel Berkibar Megah <b>Di Tuaran</b> Sabah? | SUARA BEBAS <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 05:50 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Agak terasa anih juga bilamana melihat gambaran bendera Israel berkibar megah di Tuaran, Sabah. Khas nya di Raintree Beach Resort atau lebih terkenal lagi dengan nama Beach and Golf Resort, Mimpian Jadi .

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di lahad datu - Google Blog Search

10 di lahad datu - Google Blog Search


Sekali Lagi… Seorang Lelaki Dipercayai Diculik <b>Di Lahad Datu</b>

Posted: 05 May 2014 10:03 PM PDT


LAHAD DATU – Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, dekat sini pada kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong itu selama tiga tahun.

Beliau berkata anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom termasuk unit udara dan laut telah berusaha untuk mengejar dan memintas bot yang dinaiki oleh penjenayah tersebut sehingga berlaku kejadian berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking.

"Namun penjenayah tersebut dari selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Mohammad berkata siasatan awal menunjukkan terdapat 16 pekerja di syarikat ternakan ikan berkenaan, dengan lapan lelaki bangsa Timor memiliki dokumen manakala lapan pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen yang sah.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan butiran penuh berhubung kejadian culik itu petang ini.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan seorang pekerja wanita warga Filipina dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Sekali Lagi… Seorang Lelaki Dipercayai Diculik Di Lahad Datuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/culik3.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/culik3-150x150.jpgMyNewsHub Utama,

LAHAD DATU - Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, dekat sini pada kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai...

LAHAD DATU - Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, dekat sini pada kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong itu selama tiga tahun. Beliau berkata anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom termasuk unit udara dan laut telah berusaha untuk mengejar dan memintas bot yang dinaiki oleh penjenayah tersebut sehingga berlaku kejadian berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking. "Namun penjenayah tersebut dari selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini. Mohammad berkata siasatan awal menunjukkan terdapat 16 pekerja di syarikat ternakan ikan berkenaan, dengan lapan lelaki bangsa Timor memiliki dokumen manakala lapan pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen yang sah. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan butiran penuh berhubung kejadian culik itu petang ini. Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan seorang pekerja wanita warga Filipina dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. - BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved