ads

Isnin, 26 Mac 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Gambar Percutian Diana Danielle <b>di Semporna</b> Sabah. | ct N honey

Posted: 05 Feb 2012 08:53 PM PST

Diana Danielle, aktres jelita berusia 20 tahun itu saling tak tumpah seperti aktivis kemanusiaan dan kemasyarakatan yang sering dilakukan personaliti terkenal dunia seperti Angelina Jolie dan mendiang Puteri Diana. Semua aksi dalam foto berkenaan dirakamkan di Semporna, Sabah termasuk di Gusungan, Mabul, Omadal, Kapalai, Bohey Dulang, Tatagan, Maiga dan Sibuan islands pada percutiannya bertarikh 26-29 Januari 2012 yang lalu.


"Usaha saya ke sana tidak membawa motif tertentu. Nak bantu daripada segi kewangan tak mampu. Jadi saya sekadar mahu berkongsi perasaan dengan mereka dan jauh di sudut hati terdetik juga akan ada pihak yang sudi membantu mereka apa yang patut",kata Hos program MyEG Extra Time menerusi saluran ESPN ini.





10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Sultan Brunei Tiba <b>Di Sandakan</b> Untuk Lawatan 2 Hari

Posted: 02 Mar 2012 10:32 PM PST

SANDAKAN – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini hari ini, untuk lawatan kerja selama dua hari ke daerah ini.

Ketibaan baginda bersama 17 anggota rombongan di Lapangan Terbang Sandakan dengan pesawat khas jam 9.25 pagi disambut oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri kabinet serta pembantu menteri.

Hari ini, baginda dijadualkan melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok dan pada sebelah petang berangkat menyertai perlawanan persahabatan badminton di Dewan Masyarakat Sandakan.

Pada sebelah malam, baginda dijadual berangkat ke majlis santapan bersama masyarakat Sandakan di Dewan Serba guna Libaran, sebelum berangkat melancarkan Festival Sandakan di Padang Bandaran.

Baginda dijadual berangkat pulang ke Brunei, pagi esok. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


SAIDATUL BADRU BERTANDING <b>DI</b> PARLIMEN <b>KOTA BELUD</b>

Posted: 22 Mar 2012 12:43 AM PDT

Walaupun dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud yang diadakan pada Hari Jumaat minggu lepas tidak langsung menyebut nama Datin Saidatul Badru, kakak kepada Datuk Salleh Tun Said dalam penyenaraian calon pilihan UMNO Bahagian itu pada PRU 13 akan datang, NAMUN dari sumber primer politik 'membisikkan' bahawa Datin Saidatul mengakui sendiri akan bertanding di kawasan Parlimen P169. Cuma yang tidak pastinya ialah atas TIKET apa? Walaupun sebelum ini Datin Saidatul Badru pernah memenangi pemilihan G7 UMNO KB sekembalinya ke pangkuan parti itu setelah sekian lama berkelana dalam parti PKR,namun sekiranya Datin Saida bertanding di Parlimen, bermakna cadangan penyenaraian calon oleh UMNO KB itu sebenarnya hanya bermatlamat 'meredakan' ketegangan di kalangan AJK Bahagian yang mahukan calon yang banyak menyumbangkan bakti kepada Parti berkenaan di KB.

Sepekara yang perlu diingat ialah walaupun UMNO KB telah menyenarikan calon pilihan mereka, namun kepedulian UMNO Negeri dan UMNO Pusat sangat besar kemutlakannya untuk menentukan Siapa bakal Calon pilihan yang tepat dan boleh menang. Kini semakin dekat PRU 13 ibi, medan lobi melobi masih berjalan.Justeru apakah akan termakbul hasrat Datin Saida untuk bertanding dalam parlimen KB atau tidak, masih terlalu awal untuk disimpulkan.Besar kemungkinan jika tercapai, akan berlaku sabotaj di kalangan ahli UMNO KB ,bahkan di kalangan AJK bahagian kerana nama calon yang mereka cadangkan tidak diambil penduli. Ketua Menteri Sabah selaku pemutus lebih sentiasa berwaspada jika mahukan kemenangan UMNO  yang bersinambungan di Kota Belud.

Sebagai rekod, Jawatan terakhir Datin Saidatul Badru dalam PKR ialah Naib Presiden. Datin Saida pernah bertanding pada PRU 2004 di N 12 Karambunai dalam Parlimen Sepanggar atas tiket PKR dalam satu lawan satu dengan calon BN Jainab Ahmad. Dalam Pertandingan itu, Datin Saidatul Badru tewas dengan  memperolehi undi 3834,manakala Jainab memperolehi undi 6360. 

Pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud Jumaat lepas menyenaraikan calon-calon berikut bagai Parlimen P169 Kota Belud : Datuk Rahman Dahlan (Penyandang), Sdr Awadnir Matanggal ( Timbalan ketua Bahagian UMNO KB), Sdr Roslan Hj. Manshor ( AJK Biro Pendidikan UMNO KB)  Sdr Tungking ( OKK) dan Sdr Marali Adim.

Desas desus sebelum ini menyatakan bahawa Datuk Rahman Dahlan tidak akan dicalonkan semula di KB. Bermakna kepimpinan UMNO KB mempunyai 4 pilihan lagi seperti yang diputusan dalam mesyuarat berkenaan.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Pemimpin Bersama Rakyat <b>Di</b> Kg. Mendulong, <b>Sipitang</b>. | Berita <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 06:33 PM PDT

INTIM...Sapawi bersalaman dengan sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut
PRIHATIN…Sapawi menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang warga emas di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan sumbangan set jersi dan bola kepada wakil beliawanis Jenifer Geogers.

TINJAU…Sapawi meninjau naiktaraf jalan by pass Mendulong yang masih dalam pembinaan.

SIPITANG: Penduduk Kampung Mendulong dan sekitarnya bakal menikmati pembangunan dan kemajuan seperti yang dijanjikan oleh Barisan Nasional.

Pelaksanaan projek menaiktaraf jalan Mendulong by pass bagi fasa pertama yang bernilai RM18 juta sejauh enam kilometer dan dijangka siap pada 2015 bakal memberi manfaat penduduk kampung tersebut dan sekitarnya.

"Ini adalah antara janji BN kepada rakyat dan kita mengotakannya di mana projek yang utama didahulukan," kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis gotong royong pemimpin bersama rakyat di Kampung Mendulong dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sindumin Richard Kamtan,Ketua Kampung Mendulong Lukas Pangiran.

Sapawi berkata pelaksanaan projek menaiktaraf jalan tersebut akan membuka ruang untuk melaksanakan projek pembangunan yang lain.

Katanya apabila siap projek menaiktaraf jalan tersebut ia sudah tentu membolehkan pelaksanaan projek pembangunan yang lain.

Menurutnya semua projek itu apabila dilaksnakan akan turut dapat dinikmati oleh penduduk kampung yang berhampiran seperti Kampung Muaya dan Bamban selain penduduk Kampung Mendulong sendiri.

Beliau memberitahu projek menaiktaraf jalan itu juga bakal menjadi jalan utama ke kawasan pedalaman seperti ke Kampung Meligan dan juga Long Pasia.

"Rakyat akan dapat menikmati kemudahan itu dan ini adalah antara yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat," katanya dan menambah apa yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat tetap akan dikotakan.

Sapawi berkata antara kemudahan yang bakal dinikmati oleh rakyat termasuklah kemudahan untuk membawa keluar hasil pertanian masing-masing.

Katanya Mendulong yang kaya dengan sumber pertanian akan turut dibangunkan dalam bidang tersebut.

Menurutnya ia termasuklah memajukan dan membangunkan kawasan pertanian menerusi pelaksanaan projek agensi Kerajaan Negeri.

"Ketika ini Lembaga Industri Getah Sabah telah mengusahakan penanaman getah seluas lebih 5,000 hektar dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB0) akan turut membantu dengan membangunkan penanaman kelapa sawit di kawasan seluas 6,000 hektar di Kampung Iburu dekat dengan Kampung Meligan," katanya lagi.

Dalam pada itu Sapawi memberitahu pelaksanaan projek kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air akan dan sedang dilaksanakan.

Katanya projek tersebut termasuklah pelaksanaan projek penapisan loji air graviti baru bernilai RM10 juta di Long Pasia dan projek di Mendulong dan Meligan yang menelan belanja RM26 juta.

Bagaimanapun Sapawi berkata sokongan dan kerjasama daripada penduduk kampung diperlukan bagi memastikan segala projek yang direncanakan dilaksanakan dengan baik.

"Pertindihan projek mungkin menganggu pelaksanaan beberapa projek lain seperti projek penyambungan paip tetapi ia bukanlah mengambil masa yang begitu lama," katanya lagi.

Pada majlis tersebut Sapawi telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 71 orang terdiri daripada warga emas, ibu tunggul, Orang Kurang Upaya

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Sesuatu Nan Indah~: Iqra&#39; <b>Nabawan</b> siri dua..

Posted: 26 Mar 2012 01:56 AM PDT

Bersama Wani & Liyana. Tempat ni lebih sejuk dari air-cond dalam bas.. Subahanallah...
Bismillahirrahmanirrahim.
Belum pun selesai travelog Iqra' siri satu, Iqra' siri dua pula menyusul. 
Belum pun puas merindu awan & langit Nabawan, kini tiba lagi di destinasi yang sama setelah dua bulan di tinggalkan.
Ingin di sebutkan, kali ini anak-anak dijadikan fokus utama Iqra' siri dua.
Dan saya, masih juga sebagai tukang masak utama. Allahuakhbar.
Tidak dapat bersama makcik-makcik seperti siri yang lepas sedikit mengecewakan, namun masih mencuba juga memberi dari mana-mana sisi yang ada. InsyaAllah.
Tanpa geng-geng lama, mungkin mood sedikit hambar. Tapi tahu sahaja mereka juga sedang berjuang di tempat yang berbeza. Masih juga sedang menyumbang sedaya upaya, sekuat tenaga. Adik-adik saya. :)
 **************************
Kami orang-orang lapangan, memang malu
meminta-minta dari orang ramai, walau bukan untuk diri kami sendiri.
apakah sudah tiada cara lain lagi membantu sesama manusia?
Tarbiyyah Allah kadang memang sukar di duga,
Yang pasti apa yang ada dalam hati itu akan menjadi penguat bicara.
:: Tunggu April nanti..InsyaAllah..

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Pam rosak punca gangguan bekalan air <b>di Kunak</b> |

Posted: 15 Mar 2012 02:07 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUNAK: Kerosakan pam besar di loji bekalan air lama Kunak dikenal pasti sebagai punca gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kunak termasuk Taman Sri Idaman dan sebahagian Kampung Simpang Empat sejak ...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved