ads

Ahad, 17 Februari 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Catatan Peristiwa Berdarah <b>Di Semporna</b> 1954 ~ Fred Tanak <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 12:30 AM PST

Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.


Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

"Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan." En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.


"Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ", katanya.

"Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

"Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
"Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan".

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

"Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata", kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

"Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung", Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. "Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

"Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

"Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya," ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.


Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.

(Sumber: Berita Bukit Aman, 1983)

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


SALLEH SAID KERUAK: BIRUKAN BUMI <b>PAPAR</b>, SOKONG BN: PM

Posted: 15 Feb 2013 07:19 PM PST

PAPAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat di daerah ini agar terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dan memastikan bumi Papar dibirukan. 
Katanya, jika rakyat sokong kerajaan BN pelbagai produk akan diteruskan dan ia termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan 1Malaysia. 
Beliau berkata, pembangkang hanya menjanjikan bulan dan bintang, janji syurga dan janjikan pelbagai jawatan tetapi beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah termakan janji. 
Najib berharap agar rakyat Sabah terus menyokong BN untuk masa depan yang baik dan lebih terjamin. 
"Kita mahu perubahan yang menjanjikan masa depan yang lebih baik dan positif. Kita tidak mahu perubahan yang masa depannya tidak menentu dan penuh dengan persoalan. 
"Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh berpakat kerana kepala-kepala mereka berlainan dan mimpi mereka lain-lain. Ini bukan pakatan yang boleh menjanjikan masa depan yang terjamin untuk rakyat Sabah dan Malaysia. 
"Kita sudah nampak Sabah sudah maju dalam BN dan kita mahu Sabah lebih maju tetapi ia memerlukan masa. Ada kawasan parlimen di Sabah yang lebih besar daripada negeri Pahang," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Papar, di sini kelmarin. 
Seramai 30,000 orang penyokong BN hadir memeriahkan majlis berkenaan dan kebanyakan mereka memakai baju bewarna biru yang tertera tulisan 'Papar tatap BN'. 
Najib berkata, beliau yakin bahawa orang Papar juga pandai dan tahu bahawa mereka mahukan orang yang boleh menentukan bahawa perjuangan yang dekat di hati, iaitu BN. Banyak tempat di negeri ini yang mahu kerajaan teruskan pembelaan terhadap rakyat. 
Katanya, Ketua Pembangkang (Anwar) selama dua penggal pernah jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi dahulunya beliau datang ke Sabah untuk meminta sesuatu yang bukan untuk rakyat Sabah. 
Namun, kini beliau datang ke Sabah dengan muka sedih untuk meminta belas kasihan daripada rakyat Sabah. Najib turut mengumumkan bahawa Jalan Papar-Lok Kawi akan diperbesarkan secara berperingkat tidak lama lagi. 
Kemudian semasa sidang media, ketika ditanya sama ada senarai pendek seramai 727 orang calon sudah betul-betul dipilih, beliau berkata buat masa ini pemilihan calon sudah hampir selesai. 
"Cuma sekarang ini kita mesti melalui proses untuk melakukan verifikasi dari segi latar belakang masing-masing dan juga dari segi keselamatan dan apa-apa laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya sebelum kita memuktamatkan senarai itu," katanya. 
Apabila ditanya bila Parlimen akan dibubarkan, beliau berkata apabila parti dan rakyat semuanya sudah bersedia pasti Parlimen akan dibubarkan.
Namun buat masa ini, tugas beliau adalah turun padang berjumpa rakyat dan terangkan tentang dasar dan halatuju yang dibawa oleh kerajaan BN supaya rakyat faham bahawa satu undi untuk BN ialah satu undi untuk menjayakan agenda transformasi negara, satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara dan untuk masa depan yang lebih cerah lagi. 

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


PUNCA KEMATIAN 10 EKOR GAJAH <b>DI TAWAU</b> SABAH VIDEO

Posted: 29 Jan 2013 11:02 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Punca kematian 10 ekor gajah di Tawau Sabah – video

10 gajah mati di tawau sabah punca kematian 10 ekor gajah di tawau sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mahu Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan segera membuat siasatan menyeluruh berhubung kematian 10 ekor gajah di Tawau baru-baru ini

Beliau berkata, kerajaan memandang serius perkara berkenaan kerana gajah Pygmy Borneo itu merupakan spesis terancam

Ia tidak boleh diterima. Saya mahu siasatan menyeluruh tentang perkara ini. Pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Laurentius Ambu semalam bahawa 10 ekor gajah Borneo ditemui mati dalam tempoh dua minggu di hutan simpan di Tawau

Laurentius dipetik sebagai berkata, tujuh daripada gajah itu adalah jantan dan tiga betina dari satu kumpulan, yang seekor anak gajah berumur kira-kira tiga bulan didapati masih hidup di sisi seekor gajah yang dipercayai ibunya

Dalam pada itu pihak berkuasa tidak menolak punca kemungkinan kesemua gajah tersebut menjadi mangsa kekejaman manusia termasuk siasatan terhadap penggunaan racun tikus

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


punca pencerobohan <b>di lahad datu</b> warga asing ala <b>...</b> - InfoHarian

Posted: 14 Feb 2013 10:37 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Punca pencerobohan di Lahad Datu warga asing ala tentera

Punca pencerobohan kumpulan warga asing yang berpakaian ala tentera dan bersenjata api itu dianggarkan melebihi 100 orang pada Selasa lalu di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikatakan berpunca masalah yang berlaku di selatan Filipina menurut laporan awal media rasmi

tentera warga asing ceroboh lahad datu sabah punca pencerobohan di lahad datu warga asing ala tentera

Namun selepas pihak polis membuat proses rundingan dengan sekumpulan terbabit,kumpulan itu menceroboh kawasan terbabit adalah untuk membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia

Antara 2 tuntutan tersebut – kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi media

  • Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu
  • Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah

Sebelum ini,Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan identiti kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina

Selain itu,Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan

Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihakberkenaan (penceroboh) adalah penting," katanya

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung

Bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini masih dalam siasatan pihak polis

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

Tukar Tiub: SANDIWARA AL- <b>LAHAD DATU DI</b> SAMBUNG LAGI

Posted: 16 Feb 2013 07:20 PM PST


UNITED MALAYS NATIONAL OERGANISATIOM

Kumpulan Bersenjata Mungkin Dapat 

Sokongan Individu Tertentu - Ahmad ZahidTerkini

 KUALA BERANG: Sekumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu mungkin mendapat sokongan individu tertentu di negara ini dengan bermotifkan politik, kata Menteri Pertahanan  Ahmad Zahid Hamidi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MEMANG PELIK... TETIBA ADA SESEORANG PULAAAAK... kah kah kah..

kah kah kah.. ADA SOKONG INDIVIDU PULAAAAAk.... kah kah kah..

woit...TAPI INI MALAYSIA... APA NAK PELIK.... kah kah kah..

kah kah kah... PSY NAK KENA BUNUH... DIA TAK MENYOROK...kah kah kah...

kah kah kah..PSY MELONCAT LONCAT MENARI ATAS PENTAS MINTA DI TEMBAK... kah kah kah..

woit... SEKARANG  SANDIWARA AL- LAHAD DATU...kah kah ka..

kah kah kah.... SOALAN KURUN INI - SIAPA INDIVIDU INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...KAH  KAH KAH....kah kah kah...

woit... INI MESTI  GOOOOBALA .... kah kah kah..

kah kah kah.... ATAU MAT HASAN MAT ALI.... kah kah ka...

kash kah kah... ATAU MAT SKODENG TANJUNG IPOH... kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA JADI DENGAN KAPAL SELAM... TAK BOLEH NAMPAK PERAHU MUSUH MASDUK MALAYSIA?..... kah kah kah..

kah kah kah..APA JADI DENGAN JET PEJUANG SUKHOI? TAN NAMPAK PERAHU MASUK.... kah kah kah..

kah kah kah... APA JADI DENGAN KERETA KEBAL DARI POLAND... kah kah kah...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...ATAU INI ADA SATU LAGI PROJEK DALAM TANGAN... kah kah kah..

kah kah kah... SANDIWARA AL-LAHAD DATU INI... DIPENTASKAN UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN...kah kah ka..

kah kah kah..PERSETUJUAN  APA?.... kah kah ka..

kah kah klah...PERSETUJUAN  UNTUK BELI SENJATA BARU KERANA NELAYAN BERSENJATA BOLEH MASUK.... kah kah kah

NOTA:
proooojek lagi
kah kah kah

-------

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Replika Bandar Mainan Terbesar <b>Di</b> Dunia (45 <b>...</b> - Parlimen <b>Sipitang</b>

Posted: 09 Feb 2013 07:35 AM PST

Di Saint Petersburg, banyak tempat menarik boleh dilawati antaranya ialah replika bandar mainan terbesar di dunia ini.

Bandar mainan ini meliputi rumah,kereta api,kereta,kehidupan harian dan bermaam-macam lagi.

Bandar mainan ini juga bergerak secara automatik dan silih berganti siang dan malam.

Mungkin suatu masa nanti,usahawan Malaysia boleh mengambil idea yang menarik ini sebagai daya tarikan pelancong kerana bandar mainan ini telah menarik minat ribuan pelancong dari seluruh dunia.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


SK Layon, <b>Nabawan</b>, Sabah | Qarl

Posted: 06 Nov 2012 12:22 AM PST

SK Layon, Nabawan Sabah

Salaam and hola to all my dearest readers,

Ok, make it simple and sweet. LOL. A week after my graduation (Oct 4) i telah diberitahu penempatan daerah dan sekolah untuk i mengajar which is SK Layon, Nabawan, Sabah. Frankly, masa mula2 dpt tahu daerah Nabawan tu, i terduduk tersipu malu #over haha, i terduduk kaku. Dah la time tu dkt booth ZianaZain Ventures di PWTC. Never heard of Nabawan before. Macam-macam wild imaginations appeared dlm kepala otak i ni haha. Mixed feelings. Tp i accept it dgn sabar, redha dan pasrah. Kerjaya guru yg i pilih selama ini kan, so, face it. Agak short notice, two days lepas dpt tahu daerah dan sekolah, i dah pun terbang ke sana. Turun airport KK dan on d 16th i lapor diri. There were 16 of English teachers yang kena posting dlm daerah ini, and total of 27 schools yg ada, sah2 la takde pun yg dpt satu sekolah sekali kan? Ha Ha Ha.

Hijau bumi Allah swt. Sepanjang perjalanan ditemani tumbuhan hijau dikiri dan kanan.

Macam inilah rupa jalan untuk menuju ke Perkampungan Layon

Tipulah kalau kata tak cuak kan? redha redha pun bergenang air mata gak haha. Paling terasa masa dlm perjalanan dari Kimanis to Keningau. Melalui Banjaran Crocker di malam yang hening, cuak sungguh. Dalam hati, eh bukan dlm hati dah, mulut i trus berkata-kata "jauh jugak nak mencurahkan ilmu nampaknya." Doa je banyak2 sepanjang melalui banjaran tu. yelah 1st time kan, gelap mlm plak, dah nama pun banjaran kan, bleh bayangkan tak? Ha Ha Ha. The next day lapor diri tu, ok lagilah gelak2 happy2 sbb dpt jumpa gak budak2 TESL lain yang kena posting situ kan. Tapi kegembiraan diragut begitu sahaja. Ok Haiqal tolong jgn drama sgt! Ha Ha. Kerani sekolah i yg bawa i pulang ke sekolah. Perjalanan memasuki Jalan Karamatoi, laluan jalan kelapa sawit sampailah kawasan berbukit bukau, jalan gravel ok, tanah merah, berbatu besar, memang menari bangra sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah ku lewati. Ok drama balik dah!

Ini lah jalan untuk masuk ke kawasan sekolah dan rumah guru. Kalau hujan lebat, memang lecak.

Itulah rumah guru tempat i tinggal. Ok la kan sbb kerajaan yang buat. Nampak je piring-piring Astro, tapi takde pun kat rumah i tu haha. And pondok kecil tu adalah RMT (so called kantin". And normal lah, ada puluhan anjing berkeliaran. Jinak.

Almost 3 hours jugak jalanan yang berliku baru sampai Perkampungan Layon. I dah diam je dah terkedu. Jenis transport yg leh masuk dlm ni 4wheels la, motor pun bleh tapi sila tukar tayar kepada jenis lain, tubeless etc. Ok, sekolah i ni dalam kategori pedalaman P2. Actually seawal 30 minit pertama perjalanan dah terputus hubungan. Line telefon tiada. And kawasan sekolah i, kampung tu mmg tiada line telefon. Bayangkan. Ha Ha. I tinggal dlm sebuah rumah guru. Alhamdulillah lega sebab ada Muslim gak dlm rumah i. Perkampungan Layon ni mostly Murut dan 98% kat situ penganut agama Kristian. Sekadar info lah ye. Dekat sini lah kita kena belajar respect each other kan? Walau dimana dicampakkan, kena pandai bawa diri, jaga diri dan ini sebenarnya for me, ruang serta peluang untuk lebih lebih lagi mendekatkan diri kepadaNYA.

inilah sekolah i. snap dari veranda rumah. Ada 4 kelas, tahun 1, 2&3 gabung, 4&5 gabung, tahun 6. Bayangkan cabaran kelas gabung! Staffroom ada, bilik spbt, library sekali.

Ini pula kelas pemulihan. Kat sekolah i ni takde pra sekolah, bayangkan bila diorang dalam tahun 1.

Bayangkan my house takde tv. So, mmg takde source of entertainment la. Borak-borak pun kadang2 penat dah. So disinilah pentingnya laptop dan simpanan segala bagai movies dlm external ye. Games pun membantu. Terlalu banyak masa yang terluang. Yelah bayangkan i 2 weeks tak keluar dari kampung ni, and ada one weekend ni i sorang-sorang kat umah sampai i terdetik "aku ni bisu ke". Not even a word uttered from my mouth dat day tau! Ha Ha. Kawasan di Layon ni berbukit2, so kawasan sekolah dan rumah guru dalam satu bukit yang sama dan satu bukit lagi kawasan penduduk kampung. Agak jauh gak dlm 500m-1km. Bayangkan budak2 jalan kaki jauh2 nk g mencari ilmu. Tears.

Ni snap dari veranda rumah i gak. Kalau korang zoom, akan nampak satu perkampungan yang jauh. Itulah tempat tinggal murid2 sekolah. Diorang lalu sungai etc.

Alhamdulillah elektrik dan air ada. Air tangki tadahan hujan. Elektrik dari solar dan kdg2 blackout jugak. Bab makan plak, next entry la i share ok? Ha Ha. Tibe2 penat menulis, boleh? Ok, next time plak i share lagi.

Anyways, ramai yang bertanya i sanggup ke tahan ke duk sini. Sanggup ke tak, tahan ke tak, i'll be here selagi diperlukan. InshaAllah i'll try my very best bantu anak2 watan kat sini utk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. expose diorang to the real world. Mungkin 3-5 years akan berada disini. Dalam segala kepayahan dan kesukaran yang Tuhan uji, dia sebenarnya bagi sejuta lagi kemanisan. Masa yang panjang yg kita kena pandai-pandai sendiri isi, jimat wang selain lebih murah rezeki. Siapa kata jadi guru hidup susah? And please kerjaya guru bukanlah semudah yang korang sangka. Takde pekerjaan lain ye yang ditempatkan di ceruk-ceruk pedalaman ni. I was lucky gak sbb seteruk teruk tempat i banyak lagi kawan2 i yg kena posting di kawasan yang lebih dan sangat mencabar. Ada yg kena jalan kaki 5-6 jam dalam hutan, blom lg naik bot, dan ada bot yg karam dah baru-baru ni, luckily they were safe, ada gak yang terserempak dgn buaya etc. Tapi i respect semua kawan-kawan dalam batch i dan even guru2 di Malaysia yang sahut cabaran posting mengajar di pedalaman. Oklah setiap pekerjaan ada cabarannya kan? Fine kang i kena bash plak kan? LOL. Kepada semua guru di Malaysia, chaiyok chaiyok! Marilah kita bekerja dengan ikhlas hati dan senyuman. Amboi, senangnya berkata-kata! Ha Ha. Trust me – you will when you believe! Ok, awesome people yang tengah baca my entry ni, baca gak caption2 kat gambar2 dlm entry ni. Nak share entry ni, silakan. See ya next time. Take care, jangan lupa solat dan Assalamualaikum.

Seawal 6 pagi. kabus, embun pagi.

Related Posts:

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


myMetroLima maut dalam kemalangan <b>di Beluran</b>

Posted: 24 Dec 2012 11:01 PM PST

Foto Menarik

PATTANI: Pasukan penyelamat Thailand membawa seorang mangsa letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh puak pemberontak, di sini. FOTO AFP

Foto Menarik

NIBONG TEBAL: Pengantin Mohd Saiful Amir Said, 23, (kanan) dan pasangannya Nor Zaty Suraya Shuid, 24, gembira menerima "hadiah" hari perkahwinan selepas Saiful mengambil bantuan BR1M 2.0 di Dewan Penjara Seberang Prai, Sungai Duri. FOTO Danial Saad

Foto Menarik

KUALA LUMPUR: Antara peserta yang menggaul Yee Sang terpanjang pada cubaan memecah rekod Malaysian Book of Records sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang. FOTO Farizul Hafiz Awang

Foto Menarik

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuba tulisan kaligrafi sambil diperhati Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian (kiri); Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (dua kiri); dan Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Ong Chiow Chuen (kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Zong. FOTO Khairull Azry Bidin

Foto Menarik

KUALA LUMPUR: Antara artis yang hadir membuat persembahan pada majlis Konsert Ekspresi Harian Metro 2013 di Dataran Merdeka termasuk (dari kiri) Alyah, Caroline, Rj, Ella, Nabil, Black, Along dan Ramli Sarip. FOTO Mohd Azren Jamaludin

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> | my <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

| 17/12/2012 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

Category: Berita Sabah, Sarawak

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS <b>NEGERI SABAH</b> SEMPENA <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 04:43 AM PST

pj
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS Sabah), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan selamat menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kerpada seluruh masyarakat Tionghua di negeri Sabah.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Sabah  tetap konsisten dan mempunyai keazaman serta semangat jitu ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan,  terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Sabah khususnya dan Malaysia secara umum  mesti berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 55 tahun ini.

Peranan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga turut membantu dalam menjayakan misi mencapai kejayaan untuk melihat negeri Sabah dan Negara Malaysia berada dalam keadaan yang harmoni dan bakal menikmati kesejahteraan ''Negara Berkebajikan'' tawaran PAS.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan  keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya khususnyanya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le.

Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved