10 di semporna - Google Blog Search |
- Kedahkini: DETIK CEMAS SERANG HENDAP <b>DI SEMPORNA</b>....
- Belia Bangkit: 3 Suspek Lagi Ditahan <b>Di Semporna</b>
- lanun sulu dah start serang polis <b>di semporna</b> <b>...</b> - The Flying Kick
Kedahkini: DETIK CEMAS SERANG HENDAP <b>DI SEMPORNA</b>.... Posted: 03 Mar 2013 10:07 PM PST DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA: 19 ANGGOTA PDRM TERPERANGKAP DIKELUARKAN... Mula-mula kejadian di LAHAD DATU penceroboh berpura-pura menyerah diri dan angkat bendera putih tapi kawan-kawan penceroboh sudah standby dan lepaskan tembakan RPG.. Di Semporna pula.. Penceroboh mengunakan strategi sama,Tembak anggota bertugas dari belakang ketika pihak berkuasa tidak bersedia.. Detik cemas apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Pihak Polis mendapat maklumat bahawa pembenrontak sudah berada di Kampung Sri Jaya Simanul, Semporna dan terus membuat intipan. Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut mengorbankan enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung. Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini sejak Jumaat lalu. Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau. Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu. Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Terdapat enam mayat lagi yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan pemberontak. PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) ~ Sumber Gambar Lanun yang menyerang di semporna dapat ditangkap semalam...? Sumber Gambar WEB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah: 1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman. Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau. ANGGOTA polis menguruskan tiga dari enam wiranegara di Surau As Salam, IPD Tawau yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan bersenjata yang mendakwa tentera Sultan Sulu di Semporna. MAKLUMAT YANG BELEGAR DI MEDIA BARU: WASSAP DR POLIS SENDIRI YANG MEMERLUKAN BANTUAN SEGERA YANG TIDAK DIHANTAR KERAJAAN...? Salam, setakat ni ok..yg sy nampak tn ibrahim gugur, sjn bahrin ( barry ) gugur dan satu pga tiada kepala, pastu beberapa mayat bergelimpangan...cepatlaa pasukan bantuan.. MSG individual yang terperangkap Salam YDH Tuan.. Utk maklumam, update terkini B. Peg/ anggota masih terperangkap - 8 pegawai 1. supt ibrahim lebar, E1 b.aman (mati) 2. asp michael, kckd (status tidak diketahui - dijangka mati) 3. insp asanal, ei b.aman (parah dipercayai meninggal) 4. insp aswad, e1 b.aman 5. insp azrah, e1 b.aman 6. insp khairul nizam, sb semporna 7. insp pengiran mohd zamri, kbsjkd SPA 8. insp mohd ramdan, kbld SPA - 17 anggota 1. Sjn waris - nakotik 2. Sjn Ibrahim - nakotik 3. Sjn aziz - pga 4. Kpl alfian - trafik 5. Kpl mustapa - sb ipk 6. Kpl zulhalip - trafik 7. Kpl johansah - nakotik 8. Kpl mohammad - balai 9. Kpl kamarul - sb 10. Kpl salam - sb 11. Kpl salmi - sb 12. L/kpl azrul - pga 13. Konst ismail - sb 14. Konst yusri - sb 15. Konst sabri- sb 16. Konst Suhaimi - sb 17. Sjn baharin - sb C. Orang awam cedera |
Belia Bangkit: 3 Suspek Lagi Ditahan <b>Di Semporna</b> Posted: 03 Mar 2013 12:00 AM PST SANDAKAN 18 Mac - Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, hari ini selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan pada 3 petang tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. "Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu. Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama. Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan. Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat, mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran. Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - BERNAMA |
lanun sulu dah start serang polis <b>di semporna</b> <b>...</b> - The Flying Kick Posted: 14 Mar 2013 02:17 AM PDT Pada 24 Ogos 1993 Pasukan Polis Marin Sabah telah menerima maklumat dari PP URM Sabah yang berpangkalan di Semporna dimana ia mendedahkan sekumpulan lanun dari Pulau Tawi-Tawi Filipina terdiri daripada 4 orang yang diketuai oleh Komander Tal telah merancang untuk melakukan rompakan bersenjata diperairan di perairan laut Tungku dan Felda Sahabat pada akhir bulan tersebut. Mereka dipercayai akan menggunakan sebuah bot laju menggunakan 2 buah injin 60 Hp dan kumpulan tersebut akan menggunakan senjata jenis M16 dan M14. Selain itu juga terdapat maklumat lain yang mendedahkan bahawa beberapa orang nelayan dari Kampung Pan Hutan yang terletak di Dent Haven telah dicederakan oleh kumpulan perompak tersebut beberapa hari sebelum itu. Berdasarkan maklumat PPM Sandakan telah mengarahkan Insp I/10729 Zabidi Hj Md Zain untuk mengetuai sekumpulan kecil anggota PPM Sandakan dengan kekuatan 11 anggota, 2 buah bot samaran dan sebuah botronda PSC 13 menjalankan satu operasi dikawasan perairan Tambisan hingga ke Dent Havent. Seperti kebiasaan modus operandi kumpulan perompak dijangka akan menyusuri kawasan pantai dari selatan hingga ke utara Pantai Timur Sabah. Pasukan PPM telah berlepas dari Pangkalan Marin Sandakan pada 30 Ogos 1993 menuju kawasan tanggungjawab. Kumpulan PPM kemudian telah singgah dikawasan Kuala Sungai Segama dan bermalam dikawasan tersebut. Setelah memastikan kawasan tersebut terkawal, kumpulan PPM meneruskan operasi ke perairan Pulau Tambisan. Pulau Tambisan kumpulan PPM telah singgah di Kem Bukit Pahlawan dan telah memaklumkan tentang kehadiran beliau dan anggota lain PPM di pulau tersebut dan akan bermalam di jeti berhadapan Balai Polis Pulau Tambisan. Setelah tiba di Balai Pulau Tambisan, Insp Zabidi bersama-sama 7 anggota yang lain terus bergerak ke kampung Pan Hutan untuk bertemu mangsa yang telah dicederakan oleh kumpulan lanun sementara botronda PSC 13 telah diarahkan bersedia di Pulau Tambisan kerana bekalan minyak tidak mencukupi dan Insp Zabidi terpaksa membuat catuan bekalan minyak. Setibanya di kampung tersebut, Insp Zabidi telah bertemu dengan mangsa dan kebanyakan mangsa telah dicedarakan ditangan mereka menggunakan parang. Hasil risikan itu juga, mendedahkan kumpulan tersebut terdiri daripada 7 orang yang bersenjatakan M16 dan M14. Setelah hari hampir gelap, Insp Zabidi dan kumpulannya telah balik semula ke Pulau Tambisan untuk membuat persediaan disamping menambah bekalan minyak yang baru tiba dari Sandakan. Pada pagi 1 September 1993 jam lebih kurang 0630 pagi semasa Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain sedang bersiap sedia untuk meneruskan operasi, sebuah assault craft ATM yang diketuai oleh Lt Suhardi telah datang ke tempat Insp Zabidi dan memaklumkan bahawa beberapa orang kampung berhampiran kemnya baru dirompak di kawasan perairan Utara Pulau Tambisan. Tanpa berlenggah masa, Insp Zabidi telah mengarahkan semua anggota dan bot keluar memburu kumpulan lanun tersebut. Turut serta dalam gerakan tersebut adalah assault craft yang diketuai Lt Suhardi. Disebabkan terlalu banyak bot dikawasan tersebut, Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semasa meninjau dan cuba mengenal pasti bot lanun tersebut, kumpulan lanun tersebut telah melepaskan tembakan setelah menyedari kehadiran bot PPM. Maka berlakulah satu pentempuran yang hebat. Pihak tentera telah melepaskan satu das tembakan 203 tetapi tidak menena sasaran. Kumpulan lanun tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan sebuah pum bot yang dirompak oleh mereka dan sebuah Mother Boat yang mengandungi beberapa buah enjin sangkut yang telah dirompak. Pihak tentera telah menunda bot yang dirompak tersebut balik ke Pulau Tambisan sementara kumpulan PPM terus bertempur dan mengejar kumpulan lanun tersebut. Pada permulaan pertempuran tersebut, kebanyakan peluru yang dilepaskan oleh PPM kelihatan seperti "Masuk Angin" dimana ia jatuh lebih kurang 15 meter daripada laras senjata. Bayangkan bagaimana kekuatan peluru GPMG dan M16 apabila ditembak. Namun tembakan tersebut tidak pergi jauh. Pada masa itu, kekuatan adalah dipihak kumpulan lanun tersebut. Mereka dengan berani terus melepaskan tembakan kearah PPM. Menyedari hal ini, salah seorang orang lama PPM telah melaungkan Azan. Selesai sahaja laungan Azan tersebut, dengan kuasa Allah tembakan dari PPM mula menakutkan kumpulan lanun tersebut. Satu demi satu kelihatan ahli kumpulan lanun tersebut terkena tembakan. Melihat keadaan ini, anggota PPM lebih bersemangat dan terus mengejar kumpulan lanun tersebut. Dalam insiden kejar mengejar tersebut, botronda PSC 13 terpaksa berpatah balik disebabkan bekalan minyaknya hampir habis disamping keadaan laut agak berombak. Insp Zabidi dan 7 anggota yang lain terus memburu lanun-lanun tersebut hingga melepasi perairan sempadan. Semasa tembak menembak tersebut kelihatan 2 dari 7 orang lanun tersebut dilihat terpelanting ke laut dipercayai berjaya ditembak sementara bot samaran PPM turut ditembusi dengan peluru namun tiada kecederaan berlaku dipihak PGM. Insp Zabidi terpaksa mengarahkan kumpulan PPM berpatah balik ke Pulau Tambisan setelah menyedari bekalan minyak hampir habis dan peluru yang dibawa hanya tinggal 1 kelopak setiap orang. Insp Zabidi menggambil keputusan untuk bergerak menuju ke Dent Haven kerana bekalan minyak yang ada tidak membolehkan mereka sampai ke Pulau Tambisan. Semasa perjalanan balik itu sebuah bot samaran telah kehabisan minyak dan terpaksa ditunda oleh bot samaran yang dinaiki oleh Insp Zabidi. Tidak lama kemudian bot samaran yang dinaki oleh Insp Zabidi turut kehabisan minyak dan mereka terpaksa berdayung hampir 2 jam untuk sampai ke Dent Haven. Bekalan minyak dan makan yang dibawa oleh botronda PSC 13 telah tiba di Dent Haven menjelang petang dan seterusnya setelah selesai mengisi minyak dan menikmati bekalan makanan, mereka pulang ke Pulau Tambisan untuk membuat Laporan Polis mengenai kejadian tersebut. Tambisan Repot 29/93 bertarikh 1 September 1993 berkaitan. Hasil dari risikan pihak URM PGM telah mendedahkan 2 orang dari ahli kumpulan lanun tersebut telah terbunuh sementara 5 orang termasuk Komander Tal telah cedera dimana beliau sendiri telah mengalami cedera parah akibat ditembak didada dan patah tulang bahu. Selang beberapa bulan, pihak PPM Sandakan telah dimaklumkan bahawa Komander Tal turut terbunuh selepas 2 minggu pertempuran tersebut kerana cedera parah. Pegawai dan anggota PPM yang terlibat dalam pertempuran tersebut : Botronda PSC 13 Atas keberanian Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain, mereka telah dianugerahkan Surat Penghargaan oleh Ketua Polis Bahagian Sandakan sementara Lt Shaidi dari Platun 2 Kompeni A 21 RAMD telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani oleh Yang Dipertuan Agong pada tahun 1997.
|
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |