10 di tenom - Google Blog Search |
Sahabat-Gunung: Pemuda UMNO <b>Tenom</b> Buat Laporan Polis <b>...</b> Posted: 20 Mar 2013 02:37 AM PDT Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom pada jumaat membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kerana kenyataannya yang menuduh insiden di Lahad Datu dirancang UMNO. Laporan tersebut dibuat di ibu pejabat Polis Daerah Tenom yang diketuai oleh Ketuanya Jamawi Jaafar dan disertai oleh sebahagian dari Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom. Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, laporan itu dibuat meminta polis melakukan siasatan Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang telah menimbulkan kemarahan rakyat khususnya di negeri ini. Katanya, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin parti pembangkang itu telah secara langsung mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat selain dianggap menjejaskan kestabilan negara. "Kenyataan yang dikeluarkan Tian Chua di dalam keadilandaily.com adalah merupakan fitnah dan jika Tian Chua menyalah Keadilandaily.com siastan juga perlu dibuat keatas protal tersebut" katanya "Kita minta dia (Tian Chua) mohon maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataan melampau itu yang jelas menunjukkan kedangkalannya dalam menilai sesuatu isu," tambah Jamawi Tambah Jamawi. Tian Chua sebagai seorang pemimpin seharusnya tahu menjaga sensitiviti terutamanya keluarga mangsa yang terkorban yang masih diselebungi kesedihan kerana kehilangan anggota keluarga mereka .. Jamawi berkata, pegawai dan anggota polis yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara itu bukanlah sesuatu yang wajar untuk dipolitikkan dan dipermainkan sewajarnya pengorbanan tersebut perlu dihargai oleh rakyat termasuk pemimpin pembangkang " Pasukan keselamatan menggalas amanah yang cukup berat bagi memastikan keselamatain negara terjamin dan sangat tidak bertanggungjawab apabila perjuangan mereka ini dipolitikkan " katanya Sambil mengucapkan takziah kepada anggota keluarga yang terlibat Jamawi berharap rakyat di negeri ini bertenang serta memberikan keyakinan serta sokongan bagi kerajaan dan pihak pasukan keselamatan untuk menangani isu ini dapat diselasaikan segara, malahan menurut Jamawi kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak turun padang bagi meninjau tempat kejadian merupakan kesungguhan serta komitmen beliau sebagai pemimpin yang peka dan prihatinan dengan isu isu keselamatan dan keamanan negara |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan