ads

Rabu, 13 Februari 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Ayam Sabung Bongawan: Jaguh2 Sahabatku Roman <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2013 08:02 AM PST

Roman adalah di antara sahabat2 ku yang baik hati dan iklas... dan beliau telah banyak bercerita ttg asal usul keturunan baka ayam2 beliau yg jelas bagi ku beliau adealah antara penyimpan bibit2 terbaik ayam laga di Pantai timur Sabah. Duduk di Felda Sahabat 2. Anjung Teduh dan berasal dari Samporna Sabah.
BANTAIAN adalah jaguh  Semporna dan Lahad Datu suatu ketika dahulu.... Nama ini amat sinonim meniti dari bibir ke bibir masyarakat Pantai Timur Sabah.... Sebagai jaguh yang di galatkan di kelangan kaki2 sabung di daerah ini. Bantaian berasal dari nagara gajah puteh dan antara ayam laga pertama datang ke Sabah saat itu.... Di miliki olen Nenek Roman.
Bantaian telah banyak melahir kan Jaguh jaguh nya dan di antara nama besar anak bantaian ialah Dinosor, Kaki Utara, Het man, Ombak, Hitam manis, AQnahu, Perkasa, Lembu Dada, Shahrokan, Ashi kumar, Minggu2,Juara Kerati,Teradah dan banyak lagi hingga saudara Roman pun lupa nak menginggat kesemuanya.
Di antara cucu Bantaian yang melakar nama ialah Kipas, Nusantara, Mandala, Pakayau, Yango dan banyak lagi.
Yang ini Kipas dah menang 6x.... Sekarang ayam ni berada di rebanku Pemberian Sahabatku Roman..... Ayam ini sedang ku piara dengan baik dan akan ku turun kan kebonbila sudah cukup trenning.
Yang ini Desy boy juga ada di tempatku..... anak ayam ni masih muda lagi dan belum ada hati lagi nak bergaduh... mungkin sebulan dua nanti boleh sudah di bubuk.
Ciri2 terbaik ayam Roman ialah pukul berat tiru, main kapala, pukul serong, dan yag dyashat bila dia pukul dari dapur..... hahahaha..... nahas jadi nya.

Yang ini kira boxer Roman lah kira kita pangil ayam cigu saja....

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Ada Kesungguhan <b>Di</b> Pihak Deepak Dan Sakit Bagi - <b>Sipitang</b> Online

Posted: 06 Feb 2013 03:22 AM PST

Pendedahan ini agak menyakitkan Najib dan kerajaan

Tapi beranikah Deepak untuk mengorak langkah seterusnya?


Dan agaknya apa kata Zahid?

Dengan sifat angkuh dan sombong Zahid, saya percaya dia tidak akan melakukan apa-apa


Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya
Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.


"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.


Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".


Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menarik semula saman ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berhubung urusniaga tanah berkenaan.


"Saya berharap Datuk Seri Zahid dapat menarik balik tindakan (mahkamah) terhadap Rafizi. Beliau tak tahu apa pun.


"Apa-apa tindakan (sepatutnya) dikenakan terhadap Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.


"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.


Tapi hasrat Deepak ini agak meragukan

Akan bersetujukah AG bila berada di bawah tekanan?

Sikap AG selama ini yang kita sedia maklum!

Tanpa perlindungan undang-undang yang memangnya di tangan AG, apa yang PAS boleh buat?


Deepak kata akan mohon perlindungan dari AG


Saudagar karpet Deepak Jaikishan berkata beliau akan memohon agar peguam negara memberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 apabila beliau mendedahkan kes penyelewengan melibatkan pemimpin negara kelak.


Deepak berkata, beliau memutuskan demikian selepas dinasihati para pemimpin PAS yang ditemui dalam satu perjumpaan di pejabat agung parti itu hari ini.


Katanya, pemimpin berkenaan juga memberitahunya bahawa beliau tidak memerlukan jaminan imuniti daripada kerajaan memandangkan keselematan saksi sudahpun terjamin dalam peruntukan tersebut.


"Saya meminta pertolongan daripada PAS kerana saya tidak akan mendapat apa-apa pertolongan bawah kerajaan Najib.


"Saya mengikut cadangan yang telah diberikan. Saya akan menulis surat kepada peguam negara, dan harap beliau akan menjawab serta merta," katanya dalam sidang media.


Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, peguam Asmuni Awi, Penolong Setiausaha Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad.


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata Deepak secara automatik akan gugur status sebagai pemberi maklumat sekiranya membuat pendedahan tersebut kepada umum.


Katanya, akta berkenaan hanya memperuntukkan perlindungan sekiranya saksi memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau kepada polis.



Sumber: Suapan para bloggers

Wanita Umno <b>Sipitang</b> &#39;Salam Sayang&#39; <b>di</b> KDM Lumadan, Beaufort <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 07:14 PM PST

 SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Muanam dan Surinah (kanan) menyampaikan beg dan bendera tanda semboli sempena program 'Salam Sayang' Wanita Umno Sipitang.

LUMADAN: `Usah termakan dengan segala janji yang ditabur oleh pembangkang.'

                Nasihat itu diluahkan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad kepada penduduk yang hadir pada program Salam Sayang di kediaman Ketua Daerah Mengundi Lumadan, Muanan Mujiaryo di sini kelmarin.

                Program anjuran Wanita Umno Sipitang itu turut dihadiri oleh Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujiarto, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Penolong Setiausaha Wanita Umno Sipitang Dayang Surinah Mohd Karim, Ketua-Ketua Cawangan Umno Lumadan serta AJK Wanita Umno Sipitang.

                Sapawi berkata apa yang dijanjikan oleh pembangkang adalah janji kosong dan ianya boleh dilihat dengan jelas di beberapa negeri yang dikuasai oleh mereka.

                "Rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang ketika ini tampil menuntut segala janji yang ditabur oleh pembangkang pada pilihan raya lepas dan janji seumpama inilah juga yang ditabur oleh mereka kepada rakyat negeri ini," katanya.

                Beliau memberitahu pemimpin pembangkang yang datang berceramah ke negeri ini adalah mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam Kerajaan Barisan Nasional dan Umno.

                Katanya sewaktu memegang jawatan itu, mereka tidak pun pernah teringin untuk masuk kampung di negeri ini.

                "Jangankan dijemput secara formal, untuk datang sendiri pun tidak teringin...mereka ini bukannya berkeinginan untuk menemui rakyat khususnya di luar bandar dan mereka datang ketika ini cumalah untuk membohongi rakyat.

                "Perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat tetapi untuk kepentingan mereka sendiri," katanya dan menambah rakyat negeri ini harus tidak mencontohi rakyat di beberapa negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

                Katanya rakyat di negeri berkenaan telah merasa bahang pembohongan tersebut dan telah sedar bahawa keputusan yang mereka buat adalah silap.

                Menurutnya apa yang berlaku kepada rakyat berkenaan dalah contoh terbaik kepada rakyat negeri ini.

                Beliau berkata pelbagai cerita mengenai rakyat di negeri tersebut boleh dilihat menerusi media-media massa dan elektronik yang disiarkan.

                Katanya macam-macam perkara yang ditimbulkan oleh rakyat dan semuanya berkaitan dengan janji pembangkang kepada mereka dan janji itu tidak satupun yang ditunaikan.

                "Jangan terpengaruh dengan pembangkang dan jangan menjadi seperti rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang...saya yakin rakyat negeri ini adalah bijak dan tahu membuat penilaian terbaik dan akan membuat keputusan tepat dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan," katanya lagi.

  

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Anwar Ibrahim is now Huguan Siou

Posted: 11 Feb 2013 11:50 AM PST

http://borneoinsider.com/wp-content/uploads/2013/02/563155_606059459410243_1773613184_n-300x225.jpg 

Furor against bestowing of Huguan Siou title on Anwar Ibrahim

Matthias Hermes, Borneo Insider

KOTA KINABALU, February 11, 2013: As if the 'Allah' issue has not done enough damage to the racial unity-and-harmony of this unique nation that is proud of its racial harmony, now another race-and-culture-sensitive issue has ensued.

Not only that, this latest controversy involving opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has heightened the 'anti-Malaya' sentiment among the native people of Sabah.

This happened when the Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau decided to bestow PKR de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim the coveted-and-sacred title of 'Huguan Siou of Malaysia', during his visit to Kg Paginatan in Ranau, to grace a political gathering there on Sunday. Huguan Siou means Paramount Leader for the Kadazan Dusun community.

This has sparked a furor and strong protest among the Kadazan Dusun community in Sabah, with many questioning its appropriateness and demanding for an explanation from the party involved in this matter.

Many have since expressed their anger through Facebook in response to a posting of the incident by Jonathan Yasin, Ranau PKR Chief which features a photo showing Anwar wearing the Kadazan Dusun headgear and a sash bearing the 'Huguan Siou' title around his shoulder with the caption: "DS Anwar Ibrahim telah dinobatkan sebagai Huguan Siou Malaysia di Kg Paginatan, Ranau-10/2/13" (DS Anwar has been coroneted the Huguan Siou of Malaysia in Kg Paginatan, Ranau 10/2/13).

The said posting received more than 350 comments and shared by more than 50 people, with most of them expressing their disapproval and disgust against such an act which they deemed a gross insult to the Kadazan Dusun community.

One top commentator, Amylia G Joannes stressed that the title of Huguan Siou is the highest honour of the Kadazan Dusun community and is only bestowed to a member of the community who is truly qualified and deserving of such a title.

"Everyone realizes that Huguan Siou is synonym to the Kadazan Dusun. Hence one must understand that when someone mentioned about Huguan Siou, automatically people will refer to the Kadazan Dusun community. So, it's better to use other name (on Anwar) so as not to create any confusion and uneasiness to others," she said.

Another commentator, Gaman Kodou expressed regret that such a coveted, sacred title that is exclusive to the Kadazan Dusun community has been given to someone who is not only an outsider, but also who has not contributed anything to the state.

"Now that even the supreme title has been bestowed to a non-KDM and an outsider, imagine what else will be given away to the Pakatan Rakyat government if they come to power in Sabah? And they got the cheek to talk boast about safeguarding Sabah rights? This is what make us doubtful of the true objective of Pakatan Rakyat," said another commentator, David Tiptop.

Read more at: http://borneoinsider.com/2013/02/11/anwar-ibrahim-is-now-huguan-siou/ 




di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


kenyataan media : bernard dompok amal politik anti agama - Badan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 03:26 PM PST

BADAN Perhubungan PAS Negeri Sabah mengutuk keras kenyataan Tan Sri Bernard Dompok yang yang disiarkan media pada 3 Februari 2013. Kenyataan tersebut sangat serius dan seolah-olah cuba untuk mengapi-apikan penganut Kristian di Sabah untuk membenci Islam.

PAS tidak pernah mengamalkan dasar anti agama lain. PAS sebuah parti yang tunduk dan patuh pada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan, disamping penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka.

Dompok seperti tidak menghormati perlembagaan Malaysia dan cuba menimbulkan kecurigaan terhadap agama lain. PAS menganggap ini sebagai politik anti agama dan memecahbelah masyarakat.

PAS sedar semua ini dilakukan Dompok akibat daripada kecenderungan masyarakat untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) secara besar-besaran pada PRU-13 yang akan datang.

PAS mengingatkan kepada Dompok dan juga BN agar meninggalkan politik seperti ini kerana masyarakat sudah bosan dengan politik ugut mengugut yang diamalkan BN sekian lama. Masyarakat sekarang sudah berubah. Masyarakat lebih mementingkan kejujuran dan keadilan. PAS Sabah mengingatkan supaya Dompok melihat kepada politik Kelantan yang sudah lebih 20 tahun dipimpin oleh PAS.

Tidak ada seorang pun rakyat bukan Islam yang dinafikan hak mereka untuk beragama. Malahan pembinaan kuil agama Buddha yang terbesar di Malaysia juga dibina di Kelantan. Disamping itu, pemerintahan PR yang dipimpin PAS di Kelantan tidak pernah melakukan sebarang penyelewengan terhadap harta rakyat.

Pemikiran Dompok sepatutnya sudah berubah selari dengan zaman. Jangan lagi mengamalkan politik seperti ini. Berilah tumpuan pada pembangunan dan kesejahteraan rakyat.Sampai bila rakyat Sabah boleh berubah sekiranya pemimpin BN terus menggalakkan sikap permusuhan seperti ini.

Dompok sepatutnya membaca dan memahami misi perjuangan PR dan PAS dengan lebih mendalam lagi. PAS secara jelas telah melancarkan misi Negara Berkebajikan yang menjadi misi utama mewujudkan kesejahteraan rakyat.

Semua kandungan yang terdapat dalam tawaran Negara Berkebajikan adalah berkaitan dengan pembelaan dan kesejahteraan rakyat. PAS Sabah menganggap adalah sangat malang bagi rakyat Sabah kerana memiliki seorang pemimpin seperti Dompok yang berfikiran anti agama dan suka mewujudkan ketegangan dalam masyarakat.

PAS menganggap inilah kesan apabila satu satu parti politik itu berada dalam BN. Mereka akan melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kuasa. Mereka tidak menghiraukan keharmonian masyarakat dan kesusahan masyarakat.

Apabila hampir pilihanraya barulah mereka akan turun kepada rakyat dan menabur pelbagai janji disamping membuat pelbagai ugutan kepada masyarakat.

PAS Sabah mengingatkan kepada Dompok dan BN Sabah, tumpukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Tahun ini tahun ke-50 Sabah merdeka dalam Malaysia. Keperluan asas rakyat seperti air, jalanraya dan sekolah masih lagi tidak selesai.

Berpolitiklah dengan cara yang matang dan berhentilah daripada mengamalkan politik ugut mengugut. PAS Sabah ingin mengingatkan kepada Dompok, Islam tidak pernah mengajarkan umatnya untuk membuat jahat kepada orang lain, walaupun berlainan bangsa dan agama.

Inilah yang menjadi pegangan kepada PAS. PAS akan terus berpegang kepada prinsip adil untuk semua dan sekali-kali tidak akan mengambil hak rakyat. Hasil negeri akan diagihkan secara adil kepada rakyat.

PAS berharap semoga Dompok dan seluruh pemimpin BN akan mengamalkan politik yang sihat dan matang. Jangan cuba kelirukan rakyat dan mengapi-apikan semangat perkauman dan anti agama.

HAJI HAMZAH ABDULLAH
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sabah

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved