ads

Ahad, 8 September 2013

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


200,000 dvd cetak rompak bernilai RM1.4 juta dirampas <b>di Papar</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 04:05 PM PDT

September, 5, 2013 - 7:05 am
Antara filem yang dirampas termasuk 'KL Gangster 2' yang sepatutnya ditayangkan Oktober depan. – Gambar the Borneo Insider oleh Aaron Chin

Antara filem yang dirampas termasuk 'KL Gangster 2′ yang sepatutnya ditayangkan Oktober depan. – Gambar the Borneo Insider oleh Aaron Chin

PAPAR: Lebih 200,000 filem cakera padat digital (DVD) cetak rompak bernilai kira-kira RM1.4 juta dirampas dalam serbuan di sebuah rumah berkembar di Taman Suvuang, dekat sini, hari ini.

Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Ahmad Hilmi Said berkata serbuan ke rumah dua tingkat itu dilakukan sembilan pegawai penguatkuasa, pada kira-kira 9.30 pagi, selepas intipan selama tiga minggu, hasil maklumat awam.

"Seramai tujuh orang termasuk dua wanita, berusia lingkungan 30-an yang berada di premis itu ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini sambil menambah, dua lelaki terbabit merupakan rakyat tempatan sementara lima yang lain, warga asing.

Beliau berkata, 30 mesin pendua turut dirampas dalam serbuan itu.

"Terdapat dua kategori filem, iaitu filem yang berklasifikasi X dan filem yang tidak diluluskan Lembaga Penapisan Filem," katanya.

Menurut Ahmad Hilmi, antara filem yang dirampas termasuk 'KL Gangster 2′ yang sepatutnya ditayangkan Oktober depan, namun telah dijual secara haram di pasaran.

"Kami percaya ini merupakan rampasan terbesar di Sabah tahun ini," katanya.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


RAHMAN DAHLAN NAK BUAT PASAR BARU <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 16 Jul 2013 10:00 PM PDT

Setelah bergelar menteri, MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan ' terlalu' banyak idea yang ingin dilakukan kepada masyarakat Kota belud. Belumpun idea pembinaan rumah rakyat yang dicanangkan oleh belum dalam FB, kini beliau tampil lagi dengan idea ingin membina bangunan baru untuk dijadikan Pasar Besar. Sebagai rekod, Pasar Besar kota belud sekarang terletak di tengah-tengah pekan, dan sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan di pekan tersebut.

Sebagai blogger, idea pembinaan Pasar Besar ini sangat menarik perhatian saya kerana menurut Datuk Rahman dahlan, seperti yang di postkan dalam Wall Fb peribadinya.... "Ramai yang mengadu kepada saya bahawa pasar Kota Belud yang terletak di tengah-tengah pekan Kota Belud adalah antara penyebab utama kesesakan lalu lintas di situ. Saya bercadang untuk membina bangunan pasar baru Kota Belud di lokasi lain (ada cadangan lokasi?) dan mengubahsuai bangunan pasar sekarang ini untuk dijadikkan Pusat Perlancongan yang akan mempamirkan kehebatan kebudayaan penduduk Kota Belud. Apa pandangan sahabat semua?

Namun pada hemat saya, lokasi Pasar besar yang berada di tengah-tengah pekan sekarang ini,bukanlah faktor besar yang menyebabkan kesesakan. walaupun ia merupakan salah satu dari faktor itu. Apa yang menjadi sebab utama ialah keadaan Jalanraya yang memasuki pekan ini yang sempit dan tidak dapat menampung kesesakan bilangan kenderaan yang memasuki ekan tersebut. Dari segenap pelusuk jalan masuk ke pekan kota belud boleh dikatakan mengalami kesesakan.Dari Kadamaian misalnya melalui jalan Hospital, Tamu, ia juga sesak walaupun pengguna tidak berhasrat ke Pasar besar yang terletak agak jauh..dan pasar tani yang menjadi tumpuan.

Jalan dari Tempasuk juga iaitu melalui jalan kampung Bobot menuruni Jalan Masjid pekan Kota Belud turut mengalami kesesakan. begitu juga dari jalan lebak Moyoh. Hampir ke semua susur jalan memasuki Pekan ini mengalami kesesakan. Daripada pemerhatian, mendapati bahawa keadaan jalan raya yang sempit, ketiadaan tempat parking, serta ketiadaan jalan alternatif untuk keluar dari pekan KB, menjadi punca kepada kesesakan yang dialami saban hari.

Sebagai alternatif, Majlis kerajaan tempatan boleh membuat jalan sementera keluar dari sebelah Kg Kota belud iaitu di kawasan Bangunan Baru Alapbana, supaya kenderaan yang menggunakan kemudahan di kawasan tersebut termasuk pasaraya Gmart dapat keluar melalui jalan tersebut terutama bagi pengguna di kawasan Tempasuk dan Usukan. Bagi kawasan Kadamaian, mungkin susur jalan baru dapat difikirkan berdekatan Pasar Tani menuju ke JKR.

Apa yang ditakuti ialah permindahan bangunan Pasar besar nanti tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami seperti pembinaan jalan raya Bypass Kudat -KB..yang kononnya dulu dikatakan akan mengekang kemasukan kenderaan dari Kota Marudu dan Kudat seterusnya menyelesaikan kesesakan di pekan KB. Akhirnya setelah beberapa tahun berlalu, isu kesesakan di pekan KB terus meruncing.

Pemindahan Pasar besar KB ke lokasi lain , pada saya sangat tepat, kerana tidak manis ia berada di tengah-tengah pekan. Namun ia perlu dirancang termasuk mencari lokasi yang sesuai..dan pada hemat saya kawasan yang berpotensi ialah kawasan berdekatan dengan pusingan bulatan di Kg, Sembirai..walaupun agak jauh tetapi agak sesuai memandangkan ia berdekatan dengan jalanraya Bypass Kudat-KB dan kemudian berdekatan dengan lokasi pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan kecil di perkampungan pesisir pantai. Walaupun begitu masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu perlu juga diambil kira.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Aug 2013 07:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tour Of Borneo 2013 – STAGE 1 KOTA KINABALU – <b>TUARAN</b>

Posted: 18 Aug 2013 08:09 AM PDT

TUARAN 18 Ogos 2013.Perlumbaan basikal Tour Of Borneo 2013 (ToB) memulakan sesi perlumbaan jelajah pada hari ini dengan pekan Tuaran menjadi destinasi pertama perlumbaan. Perlumbaan jelajah ini dimulakan dengan Stage 1 – Kota Kinabalu – Tuaran pada jarak jelajah sejauh 107.8KM (bermula di Kota Kinabalu menuju Kota Belud dan berakhir di pekan Tuaran).

Pada garisan penamat hari ini di pekan Tuaran pelumba Australia dari pasukan Sarawak's Team Corbusier Paul Van Der Ploeg memenangi Stage 1 sejauh 107.8KM ini dengan catatan masa 2.40.45saat. Selain menjuarai Stage 1 ini Paul Van Der Ploeg juga memenangi jersey hijau (Sprint Competition) dan jersey kuning (General Classification).

Perlumbaan ToB tahun ke-2 ini disertai oleh 10 pasukan UCI Continentel, 4 pasukan kebangsaan, 6 pasukan negeri dan kelab dari pelbagai negara iaitu Australia, Azerbaijan, Ireland, Iran, Bahrain, Uzbekistan, Japan, Hong Kong, Taiwan, Singapore, Indonesia, Brunei dan Filipina serta pasukan tempatan Malaysia.

Pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang perlumbaan Stage 1, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11. Kiulu merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai memakaikan Jersei Hijau – Raja Pecut (Sprints Competition) kepada pelumba dari Australia Sarawak's Team Corbusier, Paul Van Der Ploeg. Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau turut hadir pada majlis ini dan memakaikan Jersi Kuning (General Classification) kepada pemenang.

Perlumbaan akan diteruskan seperti berikut; STAGE 2 – 19 August 2013 – 189.2km- Tanjung Aru–Papar STAGE 3 – 20 August 2013 – 132.6km – Penampang–Kota Kinabalu STAGE 4 – 21 August 2013 – 147.1km – Kota Kinabalu-Kundasang STAGE 5 – 22 August 2013 – 112.4km – Kundasang–Kota Kinabalu

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tenom</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Aug 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tenom</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 07:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sabahkini.net: KEMENANGAN BN <b>DI TENOM</b> SUDAH DIJANGKA

Posted: 08 May 2013 08:46 AM PDT



TENOM: Kemenangan calon-calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Tenom, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabong sudah dijangka berdasarkan sokongan rakyat di kawasan ini semakin kuat.
Ketua Anak Negeri Angkangon Sangul berkata, kerusi Parlimen Tenom yang berjaya dipertahankan oleh calon BN Datuk Raime Unggi kekal di tangan memandangkan sokongan rakyat yang kuat dan masih mahu pembangunan diteruskan di kawasan ini.
Katanya, rakyat di kawasan ini masih menaruhkan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan kerana rekod baik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di peringkat Kerajaan Pusat dan Datuk Seri Musa Haji Aman di Peringkat Kerajaan Negeri.
"Begitu juga bagi DUN Melalap dan DUN Kemabong yang masing-masing dipertahankan oleh Datuk Radin Malleh dan Datuk Rubin Balang kekal di tangan BN kerana rakyat masih mahu pembangunan di kawasan mereka," katanya ketika diminta mengulas kemenangan BN menyapu bersih tiga kerusi di kawasan ini.
Angkangon berkata, kemenangan BN di Parlimen Tenom, DUN Melalap dan DUN Kemabong memang sudah dijangka kerana sokongan rakyat majoriti masih kepada BN.
Ini katanya, bermakna kawasan kerusi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan DUN Melalap masih menjadi penyumbang kepada BN Sabah sebagai Simpanan tetap BN.
Sementara itu seorang pemimpin masyarakat Cina Kapitan Wong Tet Yun berkata, kemenangan BN di satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di kawasan ini sudah dijangka awal kerana perpecahan parti pembangkang itu sendiri.
Katanya, parti-parti pembangkang masing-masing meletakkan calon dalam satu kerusi manakala BN hanya meletakkan seorang dalam kerusi itu.
"Ini sudah jelas memberi kelebihan dan kemenangan kepada calon-calon BN yang bergabung dalam satu pasukan berbanding pembangkang yang masing-masing beraksi di gelanggang yang sama," katanya.
Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen P.181 Tenom menyaksikan kemenangan calon BN Datuk Raime Unggi mendapat undi 9,771 dengan majoriti 3,886 menewaskan pencabar-pencabarnya Masidin Thomas (PKR) dengan Undi 5,885; Hasmin @ Azroy Abdullah (STAR) yang mendapat undi 2,446 undi; Jimmy Jawatah (SAPP) dengan perolehan undi 1,766 dan Mutang @ Sylvester Dawat (KITA) yang hanya mendapat 423 undi.
Bagi DUN Kemabong, Datuk Rubin berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak Kerajaan PBS dahulu yang mendapat undi 5,765 dengan majoriti 3,032 menewaskan pencabar-pencabarnya Biou Suyan (PKR) dengan undi 1,155 dan William Ensor Tingkalor (SAPP) yang mendapat undi 1,047.
Sementara itu bagi DUN Melalap, Datuk Radin Malleh yang diramalkan banyak pihak akan kecundang kerana kemunculan calon baru, berjaya mempertahankan kerusinya dengan undi 4,643 dan majoriti 2,599 menewaskan pencabar-pencabarnya Roger Stimin (SAPP) dengan undi 2,004; Norita Sual (DAP) dengan undi 1,992 dan Kong Fui Seng (STAR) dengan undi 924.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


SADIS : [18SG] Keadaan Mangsa Samun <b>Di Sipitang</b>, Sabah (2 <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 12:00 AM PDT

Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam.
2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.
3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.
4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


ezny d-yana: Homestay <b>di Ranau</b>

Posted: 11 Jun 2013 07:44 AM PDT

Assalamualaikum semua....
macam biasa, ayat basi aku. "Lamanya tak update blog ni" .....huhuhu

Okey nak dipendekkan cerita bulan lepas 3 Mei - 6 Mei  aku pergi Sabah. Walaupun dah lama, tapi baru sekarang aku gedik-gedik nak update pasal ni. What to do kan, I kan busy.....poyosss!!!
Okey back to tajuk..... kalau ada yang tersesat-sesat terjumpa blog aku ini time nak survey homestay di Ranau. Aku nak promote sikit homestay ni.

Homestay ni dekat sangat dengan pekan Ranua dalam 3 minute je macam tu, jangan risau kalau korang tak jumpa sebab owner dia Puan Manisah akan ambil korang pergi homestay tu nanti. Kalau dari Kundasang ke Ranau ambil masa dalam setengah jam je.

Contact number: 0195280597 (Puan Manisah)
price: RM 90
room: 2
toilet: 1

Homestay ni agak besar sebenarnya , so boleh la masuk dalam 10 orang dalam tu kalau korang pergi dengan family besar cumanya toilet dia cuma ada satu so kena kongsi-kongsi la. Tapi kira selesa la kat sini , kebersihan pun dorang jaga. Tak silap aku tv pun ada astro rasanya, aku pun dah lupa. Cumanya dekat Ranau ni banyak sangat anjing , so korang jangan terkejut sangat la yer kalau nampak anjing jalan macam kat kampung sendiri kat pekan Ranau tu.

 bilik tidur (dua-dua bilik tidur macam ni, satu katil double daker n satu katil queen )
 ruang tamu (Sila abaikan manusia disitu yer)
bahagian hadapan homestay (tingkat bawah)

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


memmetlenggeng: Pengalaman <b>di Sabah</b> - Bandar Kota Kinabalu <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 10:47 PM PDT

Perjalanan dari Airport ke bandar KK tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai 20 minit. Dari airport ini pengangkutan utamanya ialah teksi atau kenderaan yang disediakan hotel. Mungkin ada bas, tetapi saya tidak pernah menaikinya. Sewa teksi bergantung kepada jarak destinasi. Kalau anda hendak ke Centre Point (pusat bandar sabah) kadarnya RM30, manakala jika hendak ke UMS, tambangnya ialah RM40.
Saya sudah beberapa kali ke Kota Kinabalu. Pernah ke Kota Belud dan Pulau Gaya juga. Tapi masih tidak rata perjalanan  ke K.K itu. Ada banyak tempat yang saya tidak pergi lagi. Negeri Sabah punyai banyak tempat yang menarik. Tetapi entry saya kali ini adalah hanya untuk menceritakan sekitar Bandar Kota Kinabalu sahaja. Saya bercadang untuk bercuti di sini nanti, 
menyewa kereta dan berjalan di sekeliling Kota Kinabalu. 
Saya hanya memberi panduan serba ringkas tentang penginapan di K.K. Terdapat banyak hotel di sini, hotel bajet, hotel mewah, atau apartment hotel, semuanya ada. Anda boleh melihat-lihat dari laman web ini atau di sini.
Hotel-hotel yang saya pernah menginap pula ialah
1.Hotel Imperial International/The Klagan
Untuk The Klagan dan Promenade tarafnya ialah 5 bintang, manakala Imperial Boutec pula hotel tiga bintang sahaja. Saya mencadangkan untuk nilai ekonomi, pilihlah hotel Imperial Boutec. Ini bukan kerana ia hotel bajet, ia kerana perkhidmatannya sama saja dengan perkhidmatan di Promenade mahupun The Klagan cuma harganya jauh lebih rendah. Namun dari segi makanan, memanglah tidak dapat menandingi Hotel Promenade yang sangat mewah itu.
Ketiga-tiga hotel ini pula terletak di tempat yang sangat strategik. Berdekatan dengan pasar Filipina, jeti Jeselton dan sebagainya.

Saya pun tidak tahu mana yang spesifiknya tentang pasar filipina ini. Namun ia terletak dalam satu kawasan yang menghadap laut. Ada beberapa bahagian di sini. Ada pasar mutiara, pasar menjual ikan masin/keropok amplang dan pasar yang menjual bahan-bahan makanan atau gerai-gerai. Kesemuanya terletak berdekatan sahaja. Pasar Mutiara

Datang ke Kota Kinabalu jika tidak pergi ke pasar ini memang tidak sah. Kalau tidak belipun apa salahnya mengambil pengalaman. Banyak mutiara dijual di sini. Tetapi bagi saya yang sudah beberapa kali berkunjung  tidak ada lagi nafsu yang besar untuk membeli belah, hanya sekadar melihat-lihat. Bukan semua mutiara itu tahan lama. Kalau hendak beli yang berkualiti, mahal pula harganya. Mutiara ini ada bermacam gred juga. Kena pandai tawar menawar. Kalau pergi berkumpulan lebih baik, kerana pembelian dalam jumlah yang banyak biasanya akan mendapat harga yang lebih rendah.



Gerai makanan

Sebut Pasar Filipina, ia memang sangat terkenal dengan makanan laut. Bersepah-sepah peniaga menjual makanan laut yang sudah siap dibakar. Sotong, udang, ikan dan bermacam lagi dengan harga yang munasabah. Tetapi awas! Saya tidak galakkan beli makanan laut yang sudah terdedah lama. Takut-takut sakit perut pula. Pandai-pandailah pilih. Banyak gerai di sini tidak begitu menjaga kebersihan.

Ada satu gerai yang menjual makanan laut fresh yang di masak di situ. Yang ini lebih selamat. Anda boleh pilih apa makanan yang hendak dimakan. Mereka akan masak masa itu juga. Tetapi harganya agak mahal sedikit berbanding yang dah siap di masak seperti di atas.

Selain makanan laut, gerai-gerai di sini banyak juga menjual makanan tradisional Sabah seperti manisan. Ada yang rupa berlainan tapi rasanya sama seperti di semenanjung. Bagi saya, pergi ke mana-manapun cubalah rasa makanan tradisional tempat itu. Kalau tak mampu makan banyak, makanlah sedikit sahaja.


Pasar ikan masin/keropok amplang

Sebelah pasar mutiara terdapat sebuah lagi pasar yang menjual khusus ikan masin, udang kering, ikan bilis, rumpai laut, kopi tenom, keropok amplang dan bermacam snek lagi. Di sini pun kena pandai tawar menawar juga. Ada pelbagai ragam penjual. Ada yang marah kalau tidak beli dari kedai mereka. Kena pandai pilihlah. Yang kedekut pun ada juga. Sudah beli taknak beri kotak pula. Habis, takkan nak jining dengan plastik dalam kapal terbang? Memang kalau datang lagi, kakak tu saya akan banned. Tapi tak semua peniaganya kedekut, ada juga yang baik hati dan tidak berkira. Peniaga yang baik selalunya kita akan recommend pada kawan-kawan kita yang lain pula.


 Pangkalan Jesselton (Jesselton Point)
Pangkalan ini antara tempat kapal berlabuh untuk membawa penumpang ke Pulau-pulau di sekitar perairan Kota Kinabalu, terutamanya Pulau Gaya  Pemandangannya amat cantik. Kalau hendak ke Pulau Gaya boleh semak dari sini berapa bayarannya. Saya pergi dulu (tahun lepas) atas urusan kerja jadi tidak ada bayaran dikenak.





10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Projek PMR SLDB bawa harapan kepada pekebun kecil <b>di Nabawan</b>

Posted: 01 Sep 2013 04:21 PM PDT

September, 2, 2013 - 7:21 am

Juvarri02KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.

Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.

Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.

"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.

"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.

Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.

"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.

SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


1/9/2013: Yang <b>Di</b> Pertua <b>Negeri Sabah</b>, Tun Hj Juhar Bin Mahirudin <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2013 03:30 AM PDT

Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Hj Juhar Bin Mahirudin pagi tadi menghadiri majlis persandingan anak perempuan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar yang disempurnakan di Dewan Masyarakat Papar.

Tun Hj Juhar bersama isteri, Toh Puan Hjh Nurlidah Datuk R M Jasni merupakan antara 20-ribu jemputan dan pengunjung yang hadir pada majlis persandingan tersebut yang diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Datuk Ghulam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang.

Turut hadir menyerikan majlis persandingan berkenaan ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Hjh Faridah Haji Tussin serta para menteri kabinet lain.

Tun Hj Juhar juga berkenan menepung tawar kedua mempelai diikuti para pemimpin-pemimpin negeri yang lain dan kaum keluarga pengantin.

Fadzedah Noor, anak kedua daripada tiga beradik, yang juga puteri sulung Datuk Ghulam dan Datin Rosnah Haji Yunus, diijab kabulkan dengan pasangannya Ahmad Safuan Taharudin yang berasal dari Selangor.

~id/NADYA/AG

~mdre

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved