Seorang nelayan warga emas maut selepas terkena tembakan di bawah dagu dalam kejadian rompakan di kawasan perairan Inderasabah di Tawau malam semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Keong Ho Eng, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa dan rakannya yang sedang menangkap ikan menggunakan pukat di perairan itu didatangi tiga lelaki yang menaiki bot pam dan berpakaian serba hitam.
Mereka membuat helah dengan meminta minyak daripada mangsa dan kemudiannya mengeluarkan pistol serta parang ketika cuba untuk menaiki bot mangsa.
Dalam percubaan untuk menyelamatkan diri, mangsa yang cuba mengambil pisau dalam perahunya ditembak, menyebabkan mangsa jatuh tersungkur di dalam perahu.
Suspek melarikan diri ke arah laut setelah mengambil enjin sangkut dan tangki minyak dari bot mangsa.
Mangsa dan rakannya diselamatkan oleh nelayan lain.
Kota Kinabalu – Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang bekerja sebagai buruh binaan mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas ditikam tiga kali di dada dan belakang badan.
Difahamkan, suspek lingkungan 50-an, yang sudah enam bulan berhenti kerja di tapak pembinaan itu dipercayai ke rumah kongsi mangsa selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya sebelum lelaki terbabit menikam mangsa sebanyak tiga kali di dada dan belakang badannya menggunakan sebilah pisau.
Akibat kejadian itu, mangsa terbaring di hadapan rumahnya dan dipercayai mati, manakala suspek tidak melarikan diri, sebaliknya menyerah diri kepada anggota polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan berkenaan kejadian itu. - myMetro Online
Kota Kinabalu - Seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak kejam apabila menikam wanita itu sehingga mati di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Jalan Ganang Kepayan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Suria Amuk, 45, yang...

MyNewsHubrhad76@yahoo.comAdministratormyNewshubdi negeri sabah - Google Blog Search
KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.
Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini.
Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).
Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah.
Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS.
Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. – BERNAMA
KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan...
KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.
Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini.
Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).
Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah.
Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS.
Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. - BERNAMA