ads

Khamis, 15 Ogos 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Aug 2013 11:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Apr 2013 11:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sabahterkini2u: <b>KOTA MARUDU</b> BAKAL MILIK PAKATAN RAKYAT!

Posted: 25 Apr 2013 11:20 AM PDT


Oleh: Pemerhati Kota Marudu
Pakatan dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort. 8 kerusi lagi yang diintai Pakatan ialah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang. Selain itu Kimanis, Kota Belud, Sipitang dan Pensiangan yang turut mempunyai isu-isu tempatan turut di masukkan dalam senarai yang boleh ditawan.
Kali ini kita meninjau Kerusi Parlimen Kota Marudu yang bakal melihat pertembungan penjuru antara BN, PR, STAR dan SAPP. Walaupun pertembungan PR, STAR dan SAPP 3 pembangkang di kawasan Kota Marudu ini dilihat merugikan namun persaingan lebih tertumpu antara Maximus Ongkili (BN) dan Maijol Mahap bekas Naib Presiden UPKO pemimpin berasal dari Kota Marudu ini.
Maximus seorang ahli Kabinet Persekutuan yang juga Timbalan Presiden PBS  tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan Maijol Mahap bekas Senator di Parlimen yang banyak bersuara ini. Maijol sudah membuktikan kehadiran rakyat Kota Marudu di kediamannya semasa pengumuman beliau keluar BN.


Suara-suara lantang Maijol sebelum ini mengenai RCI dan NCR (Tanah Adat) membuka mata rakyat mengenai usaha-usaha membela rakyat. Misalnya isu tanah adat di Kota Marudu yang di ceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendapat kebenaran kerajaan Negeri (Musa Aman) untuk membangunkan tanah milik rakyat yang diduduki sejak turun temurun oleh mereka.
Begitu juga dengan RCI, hanya beberapa hari Maijol Mahap meninggalkan parti, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengumumkan RCI. Gimik-gimik politik BN ini akhirnya terpaksa dibuat bagi meredakan kemarahan rakyat bagi menyiasat tentang projek IC di Sabah. 
Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 
Kali ini tahun 2013 pengundi Kota Marudu ialah 42,197. Apakah 8,939 pengundi ini akan kembali kepada BN atau pengundi PR akan bertambah? Dengan isu-isu yang berlaku di Kota Marudu, sikap wakil rakyat yang jarang turun ke Kota Marudu, tentu rasa tidak puas hati rakyat makin membuak betapa bencinya mereka kepada pemimpin parti komponen seperti PBS dan UPKO yang kini sudah termakan telunjuk Musa Aman UMNO. Syarikat-syarikat besar yang merampas tanah adat melalui kelulusan Ketua Menteri telah menghalau dan memusnahkan tanaman rakyat Kota Marudu yang dimiliki sejak turun-temurun. 


Begitu juga kerusi Dun Matunggung yang diwakili Jelani Hamdan dan di Dun Tandek calon PKR Parlimen tahun 2008 Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau bertanding. Apakah Sarapin Magana (BN- majoriti 2,982) dan Lasiah Baranting (BN- Majoriti 2,237) mampu bertahan kerana lawan mereka dalam PR bukan calang-calang. 
Apakah mereka akan mengundi BN? sama-sama kita nantikan apakah keinginan rakyat?Sejauh mana undi meningkat dan menurun di Parlimen dan Dun. 5 Mei akan menjawab segalanya. 

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


3 Termasuk 2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran <b>Di Sandakan</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 05:54 PM PDT

Dua buah keluarga menerima dugaan getir sempena Ramadan ini apabila tiga daripada mereka rentung dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah atas air awal pagi ini.

Kebakaran menyayat hati pukul 5.30 pagi itu berlaku di Kampung Muhibbah, Batu 2 1/2 Jalan Utara dekat Sandakan ketika keluarga tersebut baharu selesai bersahur.

Mereka yang terbunuh ialah dua beradik, Juliana Sikin, 24, seorang gadis orang kurang upaya (OKU) dan adiknya, Kamisah, 17. Kedua-duanya ditemui dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik air.

Seorang lagi ialah anak saudara mereka dikenali sebagai, Nurnilam Sari, 6, yang berada di rumah bersebelahan yang turut terbakar.

Nurnilam Sari difahamkan tinggal berdekatan tetapi datang ke situ yang merupakan rumah keluarga saudaranya untuk bermalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Pauzi berkata, ketiga-tiga mangsa yang rentung itu dipercayai terperangkap akibat asap tebal dalam kebakaran yang berlaku selepas mereka bersama ahli keluarganya baharu sahaja selesai bersahur.

Katanya, api dikesan bermula dari rumah dua beradik itu sebelum merebak ke sebuah lagi rumah saudara mereka yang terletak bersebelahan.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.40 pagi dan ketika tiba di lokasi, kita dapati kedua-dua buah rumah itu sudah tidak boleh diselamatkan.

"Mayat mangsa-mangsa ditemui selepas 40 minit kemudian selepas usaha memadam api berjaya dilakukan. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.33 pagi," katanya.

Kata Nordin, siasatan awal percaya kejadian itu berpunca dari dapur rumah dua beradik tersebut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

Tambah beliau, sebanyak 16 anggota bomba bersama dua jentera dan dua kenderaan pelbagai guna telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat," katanya.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Video Pencerobohan <b>Lahad Datu</b> Sabah? - Berita Terkini

Posted: 01 Mar 2013 01:34 PM PST

Wa'alaikumsalam ..

Sy nak komen bnyk dngn pendapat anda . Bukan nak menjadi hero dlm krisis di L.D , Sabah , tetapi nak betulkan semula kenyataan yg anda kemukakan .

1) S) WHEN BERLAKUNYA HURU HARA TERSBUT ?
J)(Ketika detik pilihan raya menjelma.)

- Apehal pula pilihan raya ada kena mengena dngn krisis yg brlaku di L.Datu skrg ni ? Pilihan raya cuma berkaitan dngn Goverment dalam negara la .. Takkan la penceroboh juga ikut serta dlm pilihan raya . Adoii …

2) S) WHT Y MENYEBABKAN HURU HARA TERSEBUT?DAN WHY HAL TERSBT BRLAKU?
J) (sebab menteri sabah x satu hati menjadi pemimpin y adil dan saksama ,hanya mengejar nama,pangkat dan darjat sehingakn nasip rakyat menjadi taruhan . secara sedar atau tidak juga menybkn mslh tersbt menjadi perhatian pada pihak musuh bak pepatah 'jerat x pernah lupakn pelanduk,tapi pelanduk selalu lupa akan jerat' toing toing toing ..hehe )

- Menteri Sabah bukan lah sprti yg and sangkakan . kami rakyat sabah xmungkin akan mengundi beliau menjadi pemimpin jikalau betul apa yg anda nyatakan .

3) S) WHY PENGIKUT SULTAN SULU BERANI MENCEROBOH SABAH?
J) (sebab pihak mereka tidak buta dan tidak lalai untuk menlai masa y sesuai dan kebiasaannya pihak musuh itula y lebih cekap daripada sang kancil,tapi sya harap sang kancil guna otak dia y pintar 2 untuk selesaikan masalah y ada :) .)

- Hahahaha .. Soalan bonus !! Budak sekolah pun tahu nak jwb ..
Kalau itulah yg terjadi , kenapa bnyk sngt pendatang asing yg dtg di negara kita tanpa pengetahuan pihak berkuasa ? Sebab , Info tu tak sampai dlm sesaat ketika berlakunya masalah tersebut . Kalau ang fkir dok depan komputer , mula merepek dngn info yg anda sndri tak tahu tu memang la senang . Cuba ang ambil alih keja2 brkaitan dngn keselamatan dlm negeri , tak pecah ka pala ang nak settle smua . Plss ar korg . Jgn bri pndpt yg xde kena mngena dngn mslh yg brlaku di sbah . Apatah lgi mngtakan bnda yg xbek dngn pihak kerajaan di sabah . I know they same with us (rakyat) , that's why they do the best for our safety in Sabah .
Sekian .. Assalam ..

Khabar angin pencerobohan <b>di Lahad Datu</b> tidak benar ABN News <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 05:22 AM PDT

Petikan dari Sosial Media Network (RTM)

Petikan dari Sosial Media Network (RTM) mengenai penculikan di Kampung Tangian, Lahad Datu Sabah

Oleh: Azizi Sunip (azizisunip@abnxcess.com)

SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.

Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.

Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.

Adik Nurul Zulaikha Abdullah, 14 Tahun didakwa diculik di Kampung Tanagian dalam zon Tanjung Labian, Lahad Datu petang tadi.

Dia bagaimanapun berjaya ditemui anggota keselamatan dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran.

Khabar angin mengenai pencerobohan semula tentera Suluk tersebar di media sosial petang tadi.

Ada yang mengatakan terdapat pencerobohan semula tentera Kesultanan Suluk ke Lahad Datu.

Namun berita itu telah dinafikan oleh sumber KDN.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Aug 2013 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jul 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tuaran</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jul 2013 07:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ZAKRI ALI: BN mahu beri pengajaran pada &#39;pengkhianat&#39; <b>di Tuaran</b> <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 11:30 PM PDT

BN Tuaran, Sabah berikrar memberikan pengajaran kepada anggota Parlimen yang kini calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Wilfred Bumburing kerana menjadi "pengkhianat" kepada parti pemerintah.

"Rakyat Tuaran sokong BN dan bila menang dia lari dengan kerusi itu.

"Rakyat Tuaran tahu perbezaan antara mereka yang menghormati perjuangan rakyat dan oportunis yang mengkhianati harapan rakyat," kata Pengerusi BN Tuaran Hajiji Noor dalam ceramah malam tadi.

Hajiji berkata, kejayaan di Tuaran akan dijadikan hadiah rakyat kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, supaya beliau boleh membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya.

Ucapan itu disahut sorakan gamat "Tetap BN" oleh kira-kira 2,000 hadirin, kebanyakannya memakai kemeja-t seragam BN yang diedarkan semasa acara itu.

PKR semalam mengumumkan Bumburing akan mempertahankan kerusi Tuaran menggunakan lambang parti mereka.

Dalam pilihan raya umum lalu, Bumburing mengalahkan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 17,645 dalam persaingan tiga penjuru dengan seorang calon bebas.

Ansari tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Malaysiakini

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Warga Emas Mangsa Kes Samun <b>Di Sipitang</b> Hampir Ditetak <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 12:58 PM PDT





Pada 13/06/2013 jam lebih kurang 1000hrs telah dimaklumkan oleh pihak Hospital Sipitang terima 01 mangsa penama LAUD BIN ADAU (L) 68 THN B/KEDAYAN. A/KG. KESUSUK, SAPOK SIPITANG dalam keadaan cerdera parah akibat di tetak. 

1.Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak saspek. Saspek hanya syak saspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Saspek telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 2300 hrs.

2. L/kurang jam 0800 hrs org awam penama KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.

3. Saspek di syaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.

4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.





10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di beluran</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2013 07:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Polis <b>Beluran</b> tubuh pusat sehenti <b>di</b> lokasi maut | The Borneo Insider

Posted: 05 Aug 2013 07:14 AM PDT

August, 5, 2013 - 10:14 pm

BELURAN: Kawasan Simpang Tanah Mas di Km 80 Jalan Beluran-Telupid yang merupakan zon kemalangan maut di daerah ini dijadikan sebagai pusat sehenti Op Selamat III.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Shivanathan Velautham berkata pemilihan kawasan itu sebagai pusat sehenti bertujuan memudahkan pemantauan dan pemeriksaan polis sepanjang operasi yang dari 1 hingga 15 Ogos ini.

Penubuhan pusat sehenti ini tidak membawa makna jika pengguna jalan raya sendiri tidak memainkan peranan mereka dalam usaha mengurangkan nahas di jalan raya, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata polis juga akan meningkatkan rondaan terutama di kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan penduduk ketika pulang bercuti sempena Aidilfitri.

10/04/2013: Sembilan individu ditangkap <b>di Beluran</b>… | BERITA <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 04:20 AM PDT

Sembilan individu iaitu dua wanita dan tujuh lelaki ditangkap semalam dan pagi ini di Beluran kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas sulu dari selatan Filipina.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 20an hingga 50an itu ditangkap di beberapa lokasi di daerah tersebut.
Katanya, pihaknya  juga telah merampas beberapa dokumen dan juga wang serta peralatan-peralatan lain.
"Kesemua mereka kini ditahan di IPD Sandakan dan siasatan akan dijalankan, tangkapan di bawah Seksyen 4 (1) SOSMA dan jika ada bukti kukuh, kita akan tuduh mereka di bawah Seksyen 130 dan dibaca bersama (SOSMA)" beliau menyatakan demikian kepada media di Kota Kinabalu.
Datu Hamza berkata, pasukan keselamatan akan terus menjalankan usaha mengesan pengganas mahupun yang mempunyai hubungkait dengan pengganas tersebut.
Tambahnya, tangkapan di Beluran merupakan satu petunjuk baru kerana sebelum ini tangkapan hanya dilakukan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Hamza berkata, 17 lagi mayat pengganas dikebumikan semalam di beberapa lokasi di negeri ini.
Sehingga kini, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 seramai 181 orang manakala lain-lain kesalahan seramai 334 orang.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved