ads

Khamis, 15 Ogos 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


3 Termasuk 2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran <b>Di Sandakan</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 05:54 PM PDT

Dua buah keluarga menerima dugaan getir sempena Ramadan ini apabila tiga daripada mereka rentung dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah atas air awal pagi ini.

Kebakaran menyayat hati pukul 5.30 pagi itu berlaku di Kampung Muhibbah, Batu 2 1/2 Jalan Utara dekat Sandakan ketika keluarga tersebut baharu selesai bersahur.

Mereka yang terbunuh ialah dua beradik, Juliana Sikin, 24, seorang gadis orang kurang upaya (OKU) dan adiknya, Kamisah, 17. Kedua-duanya ditemui dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik air.

Seorang lagi ialah anak saudara mereka dikenali sebagai, Nurnilam Sari, 6, yang berada di rumah bersebelahan yang turut terbakar.

Nurnilam Sari difahamkan tinggal berdekatan tetapi datang ke situ yang merupakan rumah keluarga saudaranya untuk bermalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Pauzi berkata, ketiga-tiga mangsa yang rentung itu dipercayai terperangkap akibat asap tebal dalam kebakaran yang berlaku selepas mereka bersama ahli keluarganya baharu sahaja selesai bersahur.

Katanya, api dikesan bermula dari rumah dua beradik itu sebelum merebak ke sebuah lagi rumah saudara mereka yang terletak bersebelahan.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.40 pagi dan ketika tiba di lokasi, kita dapati kedua-dua buah rumah itu sudah tidak boleh diselamatkan.

"Mayat mangsa-mangsa ditemui selepas 40 minit kemudian selepas usaha memadam api berjaya dilakukan. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.33 pagi," katanya.

Kata Nordin, siasatan awal percaya kejadian itu berpunca dari dapur rumah dua beradik tersebut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

Tambah beliau, sebanyak 16 anggota bomba bersama dua jentera dan dua kenderaan pelbagai guna telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved