ads

Selasa, 4 Disember 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


IdaMan: Ribuan Keluar Bertemu Anwar <b>Di Kudat</b>, Sabah

Posted: 08 Nov 2012 12:00 AM PST

             
                   (Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.

"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam. harakahdaily

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Mampukah PKR tewaskan Shafie <b>di Semporna</b>?

Posted: 04 Dec 2012 06:05 PM PST


REBUT…Nazmahwati (kanan) Vs Dr Zamri (kiri) bakal 'berebut' Calon Parlimen Semporna untuk menentang Shafie Apdal.
KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat.
Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13.
Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh penggal itu.
Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal.
Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi.
Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna.
Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.
Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah.
Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal.
Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?
Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie.
Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru?

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Sesuatu Nan Indah~: <b>Di</b> Bawah Bayu (4); Edisi <b>Ranau</b>

Posted: 02 Nov 2012 09:22 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.
31 Oktober 2012, jam 7.30 malam kami bertolak ke Ranau. Lebih spesifik, Rumah Putra Harapan (RPH), Ranau yang dikelola Ustaz Sabri. Alhamdulillah, malam ini bulan terang. 15 Zulhijjah kalau tak silap. Makanya, puncak Kinabalu dapat kami hayati. Alhamdulillah. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam.
Esoknya, pagi-pagi Ustaz sabri membawa kami ke dua buah Kampung iaitu Kg. Sumbilingon dan Kg. Tanid. dua jam perjalanan melaui jalan grabel; jalan tak berturap dari RPH. Di sinilah nanti program Iqra' Siri 1 ; Ranau akan dijalankan. Bezanya, di Kg. Tanid hanya akan dijalankan ceramah kesihatan. "Bina jaringan dahulu." Kata Ustaz Sabri.
Ini dewan yang dibina oleh penduduk kampung Sumbilingon. InsyaAllah, kemudahan untuk program tidak bermasalah disini. Surau, dewan. bilik tidur dan bilik air. sederhana tetapi cukup. Alhamdulillah. Hingga sekarang, Kak Jalinah (Pengerusi Surau) masih setia berhubung. 
Ustaz Sabri membawa kami menziarahi sebuah rumah saudara baru untuk menyampaikan sumbangan. 
Berpeluang juga menziarahi Pengetua SMK (A) Muhammad Ali, Ranau. 
Anak-anak penghuni Rumah Putra Harapan (RPH)
Pelan tindakan selepas mesyuarat bersama Ustaz Sabri.
 
 :: Laporan panjang? Betul-betul tak larat.~ :D

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Colours Of Life : Hujung Minggu <b>Di Sipitang</b>.

Posted: 04 Dec 2012 04:52 AM PST

Agak senyap naz kan di hujung minggu? Actually naz berada di luar radar... luar area Kota Kinabalu time tu. Naz ikut kawan satu ofis balik kampung di daerah Sipitang.
Bertolak pada hari Jumaat, saja keluar awal dari ofis...singgah balik umah ambik beg, tukar pakaian sume..then naz drive ambik kawan naz. Kali ni, naz pakai kereta naz...Unser tu..besar dan lebih luas.
Actually offer dari kawan, untuk join dia balik kampung. Tengah musim buah sekarang. Woott Woot. Last week, dia ada bagi naz durian. Pergghh, soodap! So, kali ni naz join kawan naz...bawa Unser supaya senang nak angkut banyak-banyak durian dari Sipitang.
Gitu gini, jam 4.30pm camtu..baru bertolak dari umah Justina, sahabat naz tu. Jalan raya agak lengang..tak banyak kenderaan menuju ke Sipitang, tapi tak terlalu sunyi. Jam 7.15pm.. selamat sampai di rumah Justina :)
Sesampainya naz kat umah, mak Justina hidangkan durian. Hahaa..sabo jer la kan? ^_^
Esoknya, naz bangun awal sket..sebab nak gi kenduri kahwin sepupu Jus. Dekat jer ngan rumah. Pelamin simple, tapi tak sempat pun bergambar dengan pengantinnya. Naz, makcik Justina dan Justina jer sempat bergambar di pelamin. Jom layankan gambar :)

After dari majlis perkahwinan, kitaorang terus balik umah. Rehat jap..then tukar baju, masuk kebun yang ada di sekeliling rumah Jus...untuk pungut durian :)
Salah satu pokok durian depan umah. Rimbun kan buahnya? 
Sekitar rumah Justina. Penuh pokok buah-buahan
Agak best rasa memungut buah durian di kebun. Naz tak pernah lalui pengalaman ni kat kampung sendiri walaupun kampung naz kat Terengganu jugak ada kebun durian. Tapi, di sini...naz dapat merasakan pengalaman tu.
Dalam masa 20min, hanya disekeliling rumah..kami dah dapat banyak ni. Best. Then naz dapat jugak pengalaman mengikis durian, iaitu membuang daun2 dan tanah-tanah yang terlekat di duri-duri tu dengan menggunakan lidi yg dibuat macam penyapu lidi, tapi kecik. Penat, tapi best!
Esoknya Ahad, hanya duduk kat umah. Tidur jer banyak. Then petang tu..dah asing-asingkan buah nak bawa balik KK. Naz ambik durian jer, dalam 23kg.. ni naz beli la dari bapa Justina..tak bagus jugak kan ambik free2, sumber pendapatan diorg juga tu. Walaupun, mak dia mendesak untuk beri jer. Huhu. 23kg ni, dapatlah dalam 15 biji durian. Then mak dia tambah lagi free 4 durian. Kat Sipitang, durian hanya RM3 sekilo. Murah 2x ganda dari kat KK. Then bawa balik buah bambangan, rambutan, dan cempedak. Langsat tak sempat panjat..buah manggis fav naz tak masak lagi. Huhuh.
Naz balik ke Kota Kinabalu semula Isnin tu, after subuh. Jam 5.40am camtu baru bergerak dari umah Justina. Kali ni jalan raya betul-betul lengang, naz bawa dalam kelajuan 100-120km/jam. Sampai kat KK, hantar Jus ke rumah dulu...dalam jam 7.45am camtu...naz sampai kat umah plak dalam 7.55am...turunkan barang-barang, buah-buahan...then direct ke tempat kerja dalam keadaan tingtong. 

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: KUOTA DIESEL HABIS <b>DI KUNAK</b>?

Posted: 12 Nov 2012 07:00 PM PST



APA sudah jadi dengan bekalan minyak diesel di Malaysia? Sebentar tadi saya ke Stesen ESSO Kunak untuk mengisi diesel ke tangki kereta saya, tetapi malangnya belumpun tangki kereta penuh, pam minyak terhenti.
Saya menemui Pengurus Stesen Minyak berkenaan, Mr Liew untuk mendapat penjelasan. Katanya mereka tidak boleh jual lebih kerana tidak banyak stok. Katanya lagi, KPDNKK hanya bekalkan kuota 100,000 liter seminggu.
Hairannya, Ko-Nelayan mendapat lebih kuota minyak diesel dan petrol bersubsidi tetapi dijual ke Filipina dan kapal dagang secara haram ketika nelayan kita sukar mendapat bekalan minyak. Akibatnya, kami terpaksa beli daripada 'penyeludup' Ko-Nelayan kerana jika tidak, kenderaan kami tidak dapat bergerak?
Adakah ini petanda dengan permintaan yang banyak dari rakyat, maka kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib akan menaikkan lagi harga minyak selepas BN mendapat mandat pada PRU13 nanti?
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved