ads

Selasa, 4 Disember 2012

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: KUOTA DIESEL HABIS <b>DI KUNAK</b>?

Posted: 12 Nov 2012 07:00 PM PST



APA sudah jadi dengan bekalan minyak diesel di Malaysia? Sebentar tadi saya ke Stesen ESSO Kunak untuk mengisi diesel ke tangki kereta saya, tetapi malangnya belumpun tangki kereta penuh, pam minyak terhenti.
Saya menemui Pengurus Stesen Minyak berkenaan, Mr Liew untuk mendapat penjelasan. Katanya mereka tidak boleh jual lebih kerana tidak banyak stok. Katanya lagi, KPDNKK hanya bekalkan kuota 100,000 liter seminggu.
Hairannya, Ko-Nelayan mendapat lebih kuota minyak diesel dan petrol bersubsidi tetapi dijual ke Filipina dan kapal dagang secara haram ketika nelayan kita sukar mendapat bekalan minyak. Akibatnya, kami terpaksa beli daripada 'penyeludup' Ko-Nelayan kerana jika tidak, kenderaan kami tidak dapat bergerak?
Adakah ini petanda dengan permintaan yang banyak dari rakyat, maka kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib akan menaikkan lagi harga minyak selepas BN mendapat mandat pada PRU13 nanti?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved