ads

Selasa, 4 Disember 2012

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Colours Of Life : Hujung Minggu <b>Di Sipitang</b>.

Posted: 04 Dec 2012 04:52 AM PST

Agak senyap naz kan di hujung minggu? Actually naz berada di luar radar... luar area Kota Kinabalu time tu. Naz ikut kawan satu ofis balik kampung di daerah Sipitang.
Bertolak pada hari Jumaat, saja keluar awal dari ofis...singgah balik umah ambik beg, tukar pakaian sume..then naz drive ambik kawan naz. Kali ni, naz pakai kereta naz...Unser tu..besar dan lebih luas.
Actually offer dari kawan, untuk join dia balik kampung. Tengah musim buah sekarang. Woott Woot. Last week, dia ada bagi naz durian. Pergghh, soodap! So, kali ni naz join kawan naz...bawa Unser supaya senang nak angkut banyak-banyak durian dari Sipitang.
Gitu gini, jam 4.30pm camtu..baru bertolak dari umah Justina, sahabat naz tu. Jalan raya agak lengang..tak banyak kenderaan menuju ke Sipitang, tapi tak terlalu sunyi. Jam 7.15pm.. selamat sampai di rumah Justina :)
Sesampainya naz kat umah, mak Justina hidangkan durian. Hahaa..sabo jer la kan? ^_^
Esoknya, naz bangun awal sket..sebab nak gi kenduri kahwin sepupu Jus. Dekat jer ngan rumah. Pelamin simple, tapi tak sempat pun bergambar dengan pengantinnya. Naz, makcik Justina dan Justina jer sempat bergambar di pelamin. Jom layankan gambar :)

After dari majlis perkahwinan, kitaorang terus balik umah. Rehat jap..then tukar baju, masuk kebun yang ada di sekeliling rumah Jus...untuk pungut durian :)
Salah satu pokok durian depan umah. Rimbun kan buahnya? 
Sekitar rumah Justina. Penuh pokok buah-buahan
Agak best rasa memungut buah durian di kebun. Naz tak pernah lalui pengalaman ni kat kampung sendiri walaupun kampung naz kat Terengganu jugak ada kebun durian. Tapi, di sini...naz dapat merasakan pengalaman tu.
Dalam masa 20min, hanya disekeliling rumah..kami dah dapat banyak ni. Best. Then naz dapat jugak pengalaman mengikis durian, iaitu membuang daun2 dan tanah-tanah yang terlekat di duri-duri tu dengan menggunakan lidi yg dibuat macam penyapu lidi, tapi kecik. Penat, tapi best!
Esoknya Ahad, hanya duduk kat umah. Tidur jer banyak. Then petang tu..dah asing-asingkan buah nak bawa balik KK. Naz ambik durian jer, dalam 23kg.. ni naz beli la dari bapa Justina..tak bagus jugak kan ambik free2, sumber pendapatan diorg juga tu. Walaupun, mak dia mendesak untuk beri jer. Huhu. 23kg ni, dapatlah dalam 15 biji durian. Then mak dia tambah lagi free 4 durian. Kat Sipitang, durian hanya RM3 sekilo. Murah 2x ganda dari kat KK. Then bawa balik buah bambangan, rambutan, dan cempedak. Langsat tak sempat panjat..buah manggis fav naz tak masak lagi. Huhuh.
Naz balik ke Kota Kinabalu semula Isnin tu, after subuh. Jam 5.40am camtu baru bergerak dari umah Justina. Kali ni jalan raya betul-betul lengang, naz bawa dalam kelajuan 100-120km/jam. Sampai kat KK, hantar Jus ke rumah dulu...dalam jam 7.45am camtu...naz sampai kat umah plak dalam 7.55am...turunkan barang-barang, buah-buahan...then direct ke tempat kerja dalam keadaan tingtong. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved