ads

Jumaat, 11 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kes culik <b>di Semporna</b>, empat ditahan - The Borneo Insider

Posted: 04 Apr 2014 01:30 AM PDT

Mereka tidak mempunyai dokuman perjalanan atau pengenalan diri.

KOTA KINABALU: Empat individu termasuk tiga wanita ditahan, petang kelmarin, bagi membantu siasatan kes culik membabitkan pelajar wanita dari China dan seorang pekerja resort di Singgamata Reef Resort, Semporna, malam Rabu lalu.

Empat individu berusia antara 20-an hingga 40-an terbabit ditahan di resort berkenaan dan difahamkan kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan terperinci masih giat dijalankan.

"Empat individu itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik terbabit," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Gao Hua Yuan, 29, pelajar universiti dari China dan seorang lagi pekerja resort berkenaan, Marcy Dayawan, 40, warga Filipina, dilarikan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan pistol.

Kumpulan lelaki yang dianggotai tujuh individu lengkap bersenjata itu dikatakan telah datang ke resort berkenaan menggunakan sebuah bot jenis kayu.

Difahamkan juga, kumpulan terbabit turut mengeledah resort berkenaan sebelum melarikan dua mangsa lalu menuju keluar daripada perairan Semporna.

Dipercayai pada masa kejadian itu, seramai 61 individu berada di resort terbabit dengan 59 daripadanya adalah warganegara China, satu daripada Iran manakala seorang lagi merupakan warga tempatan.

Selain itu, seramai kira-kira 47 kakitangan resort berkenaan turut berada di situ ketika kejadian berlaku.

Dalam sidang media kelmarin, Hamza tidak menolak kemungkinan wujudnya orang dalam yang menjadi dalang kes culik terbabit.

Beliau turut percaya penculikan itu adalah culikan rambang dan bermotifkan untuk mendapatkan tebusan atau secara teorinya adalah `kidnapped for ransom' (KFR).-WB

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Mar 2014 11:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pesawat Komersil Terhempas <b>di Kudat</b>: MAS Sahkan Dua Maut <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 08:12 PM PDT

mas terhempas

KOTA KINABALU: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat pada Khamis.

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.

Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.

"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di sini malam Khamis.

Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.

Terdahulu, pesawat MASWings, MH3002 berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2.05 petang dalam perjalanan ke sebuah daerah utara Sabah yang memakan masa 40 minit.

Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter.

Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan.

Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang.

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan.

-mStar

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Punca Bendera Israel Dikibarkan <b>Di Tuaran</b> Sabah | melvister.com

Posted: 07 Apr 2014 11:21 PM PDT

Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Raintree Beach Resort Tuaran Sabah. Pengibaran megah bendera israel telah mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu. Untuk info, bendera israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin. Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.

sabah
Punca Bendera Israel Dikibarkan Di Tuaran Sabah

Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan nmenerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan. Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


[ Berita ] Gambar kereta MyVi terjunam ke dalam parit <b>di Kota Kinabalu</b>

Posted: 08 Apr 2014 08:42 AM PDT

KOTA KINABALU – Seorang wanita menempuh saat-saat paling cemas dalam hidupnya apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam parit besar berhampiran Hospital Queen Elizabeth, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu Azmiyani Sairun gagal dikawal sebelum terjunam ke dalam parit yang berkedalaman kira-kira lapan meter.

Azmiyani yang berusia lingkungan awal 30-an berada dalam kenderaan ketika terjunam.
Mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kereta dan tidak mengalami kecederaan.

Gambar kereta berkenaan yang terapung dalam parit berkenaan menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang membuat cerita palsu kononnya mangsa lemas ekoran kejadian tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bagaimanapun mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. – New Malaysian Post

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


<b>Negeri Sabah</b> : Bendera ISRAEL dikibarkan <b>di</b> RainTree Beach <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 02:30 PM PDT

Cuba Lihat Pasport bagi yang ada menyimpan di manakah tempat yang TIDAK SAH ia digunakan? Jawapannya ada di atas sangat jelas iaitu ISRAEL. Malaysia tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel tetapi bagaimana ia boleh dikibarkan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam.
Israel adalah sebuah negara haram yang didirikan dengan merampas tanah negara Palestin. Israel cukup terkenal sebagai Penjenayah Antarabangsa kerana membunuh dan memerangi negara Islam sehabisnya. 
Di laman sosial seperti facebook sudah mula memperkatakan tentang hal ini termasuk Ketua Pemuda UMNO Tenom En. Jamawi  Jaafar dalam laman facebooknya berkata,'Saya mengutuk sekeras kerasnya pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort Tuaran.. Walau alasannya hanya utk pengambaran sebuah Filem yang mengisahkan Pertandingan Pramugari Sedunia... Tetapi nampaknya pemilik resort dan pihak berkuasa yg mengeluarkan permit pengambaran tidak peka dgn isu isu semasa.... Mohon KDN dan Pihak berwajib siasat dan ambil tindakan segera perkara ini..."

Selain itu, ada sudah yang menyatakan "Kami Mengutuk Pengibaran Bendera ISRAEL di Sabah.
Kepada pihak yang berkenaan mohon untuk buat siasatan bagaimana hal ini boleh terlepas dan tindakan sepantasnya untuk mengelak kejadian seperti ini berlaku.


 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved