[unable to retrieve full-text content]@SinarOnline: Papar minit mesyuarat di laman sesawang #SHSEL http://t.co/wXzE5zPB. 9 days ago • Malaysia • Tags: #SHSEL, local news, SinarOnline · 'Superstar' Bollywood Raj… Ikuti kami di Twitter! ht…
[unable to retrieve full-text content]04 Ogos 2012: Majlis berbuka puasa PAKATAN dan NGO's anjuran PAS Kawasan Kota Belud, bertempat di rumah Ustaz Awang Laiman, Setiausaha PAS Badan Perhubungan Negeri Sabah Merangkap Timbalan YDP PAS ...
Saya selalu menjadi sinis setiap kali membaca kenyataan Lim Kit Siang tentang Sabah, sebahagiannya kerana beliau menolak mentah-mentah untuk mengakui kegagalan kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Lim Kit Siang harus mengkaji semula janji-janji palsu kerajaan DAP di Pulau Pinang. Mereka telah menang di Pulau Pinang bersandarkan janji-janji berpublisiti tinggi semata.
Ini termasuklah janji untuk menyelesaikan masalah kekurangan perumahan kos rendah, mengurangkan kesesakan lalulintas, mengekang kenaikan harga perumahan, memelihara alam sekitar, berlaku adil kepada masyarakat minoriti Pulau Pinang terutamanya masyarakat India Pulau Pinang, dan juga menjadi sebuah kerajaan yang telus.
Malangnya, kerajaan DAP di Pulau Pinang di bawah kepimpinan anak beliau sendiri telah gagal sama sekali. Pemuliharaan alam sekitar semakin merudum, pembangunan cerun bukit berleluasa; kesesakan lalulintas yang mencekik keselesaan warga pulau semakin teruk; golongan miskin dan bumiputera masih tidak mampu memiliki perumahan yang sangat tinggi harganya, kecuali jika mereka berhijrah ke tanah besar; dan walaupun dengan janji berpublisiti tinggi melimpah ruah dari Anwar Ibrahim, masyarakat minoriti India di Kampung Buah Pala tetap kehilangan tempat tinggal dan perkampungan mereka di tangan Lim Guan Eng.
Sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang, tanah-tanah premium kerajaan telah dijual kepada kroni-kroni mereka dan pertukaran status tanah (yang mana sebelum ini kerajaan Gerakan telah dikritik teruk oleh DAP) telah menjadi satu sumber pendapatan utama.
Selain daripada itu, banyak penjelasan yang mengelirukan telah diberikan kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang tentang kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam program perumahan kos rendah, jualan kontroversi tanah mahkota Pulau Pinang, iaitu Bayan Mutiara, yang bernilai ratusan juta dan dakwaannya berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan pada kadar 95%.
Contoh terakhir di atas mengenai pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang adalah satu kenyataan yang benar-benar mengelirukan dari Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau mendabik dada dan mendakwa bahawa Pulau Pinang telah mencipta sejarah apabila ia berjaya mengurangkan hutang dari RM600 juta kepada RM30 juta dalam tempoh dua tahun sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri.
Apa yang sengaja disembunyikan dari penduduk-penduduk Pulau Pinang adalah fakta bahawa hutang kerajaan negeri telah kurang, kerana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengambil alih hutang sebanyak RM600 juta itu lalu menukarkannya kepada status geran selama 45 tahun, di bawah program rasionalisasi sistem perbekalan air negeri!
Ia tidak ada kaitan langsung dengan polisi-polisi ekonomi milik Lim Guan Eng. Tanpa persetujuan kerajaan Persekutuan, tidak mungkin Pulau Pinang akan berupaya mengurangkan hutang-hutangnya. Sepatutnya beliau berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, namun sudah menjadi tabiat Lim Guan Eng suka menukar cerita dan memuji diri sendiri atas usaha orang lain.
Satu lagi contoh yang mengelirukan rakyat adalah apabila Lim Kit Siang sekeras-kerasnya membantah pembinaan sebuah empangan di Kota Belud, ironis sekali bila beliau memilih untuk berdiam diri apabila anaknya bersetuju dengan sebuah projek empangan bernilai RM1.2 bilion (3 kali lebih mahal dari kos cadangan empangan di Kota Belud) yang akan dibina oleh kerajaan Persekutuan.
Apabila ditanya kenapa DAP bersetuju dengan pembinaan empangan tersebut sedangkan DAP membantah pembinaan empangan di Kota Belud, kerajaan DAP Pulau Pinang berkata mereka memerlukan empangan tersebut untuk tujuan pertanian dan memastikan bekalan air Pulau Pinang sentiasa cukup.
Itu adalah sebab-sebab yang sama kenapa empangan di Kota Belud harus dibina! Nampaknya, bagi Lim Kit Siang, kehidupan penduduk-penduduk Pulau Pinang lebih bernilai daripada penduduk-penduduk Kota Belud dan Sabah.
Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila ditanya oleh ahli-ahli parlimen BN di Parlimen, kombinasi bapa dan anak ini enggan memberikan penjelasan yang jelas tentang isu-isu yang menghantui Pulau Pinang.
KUASA ALLAH.. KELAHIRAN ANAK KUCING BERMATA SATU DI KOTA BELUD, SABAH (27.8.2012)
Kuasa Allah~ Tiada yang mustahil dalam dunia ni dengan kehendak Nya. Sebenarnya Zam terjumpa gambar-gambar & info mengenai kelahiran kucing bermata satu di Sabah ini sebentar tadi (petang) di akaun salah seorang rakan FB Zam~ HAYATI LAH. Menurut Hayati, kucing yang dilahirkan semalam (27 Ogos) ini adalah milik sepupunya. Berikut adalah petikan dari gambar yang diambil oleh beliau menggunakan telefon bimbit:
Setelah meminta kebenaran & diberikan keizinan oleh pemilik akaun FB berkenaan, Zam kongsikan gambar gambar ini untuk tatapan pembaca blog ini. Kredit juga kepada photographer yang mengambil gambar2 resolusi tinggi ini:
"Pemiliknya terpaksa mengasingkan anak kucing ini dari tertindih anak-anak kucing yang lain semasa anak2 kucing tersebut berebut mendapatkan makanan (susu)."
"Anak kucing ini dengan pergerakan yang terbatas."
" Lemah, tidak mampu minum walaupun dibantu oleh pemiliknya."
"Bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain.. 4 ekor kucing lahir sempurna."
Namun, apa yang menyedihkan, hayat anak kucing bermata satu ini tidak lama.. Menurut Hayati, kucing ini telah mati pada tengah hari tadi (28.8.2012).. Berikut adalah gambar gambar terawal yang sempat diabadikan oleh Hayati dengan menggunakan kamera telefon bimbit.
Apapun, kelahiran anak kucing bermata satu ini mengandungi hikmah yang bermakna buat kita..
[unable to retrieve full-text content]Arkib 2005 - 2012. Tahun 2005 · Tahun 2006 · Tahun 2007 · Tahun 2008 · Tahun 2009 · Tahun 2010 · Tahun 2011 · Tahun 2012 · Langgan Newsletter. Rakaman Angkatan Perubahan Sabah Di Tuaran 29/07/2012. 31 July 2012. Pendapat ...
SUARA BEBAS TUARAN: Masalah Bekalan Air Di Tenghilan, Daerah Tuaran - Kritikal
Hari ini penduduk dibeberapa buah kampung di Pekan Tenghilan dalam keadaan kritikal akibat kekurangan bekalan air bersih. Ini termasuk SMK Tenghilan yang didiami oleh seramai 300 orang penuntut dan juga guru-guru yang menatap di kawasan sekolah tersebut. Antara yang paling teruk ada lah kampung yang berada di dataran tanah yang tinggi saperti kampung-kampung Tinuhan, Melisau, Saradan, Lapai dan Rumbiah. Manakala kampung yang berkedudukan ditanah yang rata saperti kawasan Pekan, Kampung Bunga, kampung Tenghilan, Linsuk dan lain-lain hanya mendapat bekalan air bersih dalam kadar sekali sekala.
Menurut penduduk yang terlibat sebagai berkata, mereka berhadapan dengan masaalah ini sejak 9 hari yang lalu. Masalah utama mereka ia lah untuk kegunaan air dibilik air dan sebagai nya.
Untuk itu, saya telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pegawai Jabatan Air Tuaran(JAT), bertanya punca permasaalahan dan strategi mereka selanjutnya dalam menangani masaalah yang dikira kritikal ini. Menurut pegawai tersebut, punca utama kekurangan bekalan air bersih ia lah keadaan sungai Topokon (punca bekalan) yang dalam serba kekurangan air kerana cuaca yang kering tanpa hujan sejak beberapa minggu yang lalu.
Dalam masa yang sama, pump penghisap dan penapis air di logi Topokan kini dalam keadaan yang usang(model 1980), perlu diganti dengan yang baru kata pegawai air tersebut.
Ditanya apa kah tindakan Jabatan Air Tuaran selanjut nya, pegawai tersebut berkata, meraka akan membekalkan kampung-kampung yang terlibat dengan menghantar tanki air dan bermula hari ini.
Namun, mereka hanya mempunyai sebuah lorri yang akan mengangkut tanki air tersebut demi untuk menampung kekurangan bekalan air dibeberapa buah kampung yang terlibat.
Dalam isu yang sama, mereka menyatakan bahawa setakat ini hanya Datuk Jahid Jahim, ADUN Tamparuli yang sering menghubungi mereka melalui SMS, mohon jasa baik Jabatan Air Tuaran untuk bertindak segera dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya hingga hari ini (menurut pegawai Jabatan Air Tuaran), Ahli Parlimen Tuaran belum lagi menghubungi mereka dan selanjut nya meninjau permasalahan kekurangan bekalan air berseh di Tenghilan (kawasan tempat lahir beliau). Ketika ditemui oleh pemberita di Tamparuli baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata bekalan air bersih di negeri ini dijangka akan bertambah baik dalam tempoh lima tahun akan datang dengan penyiapan dan pelaksanaan projek-projek sedia ada. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, penyaluran bekalan air bersih melalui paip utama dan paip graviti di kawasan luar bandar juga kini semakin meningkat.
SUARA BEBAS TUARAN: Wilfred Vs Wilfred Di Parlimen Tuaran?
Sebagai seorang yang dilahir dan menatap di daerah Tuaran (khas nya Tenghilan), banyak juga cerita harian yang kerap saya dengar dari cakap-cakap dan gossip di persekitaran daerah ini. Termasuk cerita politik di kawasan DUN-DUN Tamparuli, Sulaman dan juga Kiulu. Kerana aktiviti politik dan agenda selaku anggota NGO, kerap kali juga saya lawati beberapa tempat-tempat di daerah Tuaran. Terutama dikawasan saya di Tenghilan (Penggundi nya sebanyak lebih kurang 2,500 orang).Berasaskan Kuota dan perjanjian, saya difahamkan Madius (mantan Ahli Parlimen Tuaran selama 2 penggal) sekali lagi diberi mandat untuk bertanding pada PRU13 setelah Mojilip mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai Ahli Parlimen Tuaran, selepas Dewan Parlimen dibubar. Justeru, berkemungkinan besar akan berlaku pertembungan di antara kedua-dua Wilfred untuk merebut kawasan Parlimen 170. Tuaran dalam PRU yang terdekat ini.Apa-apa pun, saya tidak huraikan impak keputusan pertandingan tersebut dari sudut penyertaan parti-parti yang lain saperti STAR, SAPP dan juga calon dari Bebas; kerana hingga hari ini saya belum lagi mengenal pasti atau pun mendengar pengesahan resmi dari parti-parti tersebut, 'siapa dan siapa' kah calon mereka nanti…Kata mereka , 'biar lah rahsia'. Dalam masa yang sama, saya tidak juga huraikan taburan logistik dan statistik pengundian dari ketiga-tiga DUN (Tamparuli, Sulaman dan Kiulu), kerana saya belum cukup kepastian sebanyakmana kah bilangan terbaru dan minat pengundi dari kawasan-kawasan tersebut terhadap kedua-dua calon yang dipertandingkan. Setahu saya, kebanyakan pengundi dari (1) DUN Tamparuli ada lah terdiri kaum KDM(majoriti), Cina dan sebilangan kecil kaum Bajau (2) DUN Sulaman - kaum Bajau(majoriti), ethnik lain yang berugama Islam dan sebilangan kecil dari suku kaum Dusun Lotud. Manakala (3) DUN Kiulu pula rata-rata terdiri dari kaum KDM dan berkemungkinan juga mereka (beragama Islam) yang dipindahkan dari Pulau Gaya beberapa tahun yang lalu.
RAMPAS.....Antara syabu yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.
Oleh : MOHD NAZIB MACPEE
LAHAD DATU: Polis telah menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas 36.95 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM11,000 dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama seorang pegawai telah melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rasna Silam pada Rabu lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam itu, katanya, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga asing berumur 50 tahun dan merampas sebanyak 31.91 gram dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM8,000.
"Ketika serbuan, suspek yang menyedari kehadiran polis telah melarikan diri menuju ke ruang dapur sebelum bertindak mencampakkan sebuah beg silang ke luar tingkap dapur itu.
"Suspek yang ditahan sejurus selepas itu, kemudiannya dibawa ke lokasi di mana beg silang berwarna hitam itu dicampakkan. Pemeriksaan lanjut ke dalam beg itu telah menjumpai dua paket plastik lutsinar sederhana besar, 23 paket plastik kecil yang disimpan di dalam kotak kecil berwarna cokelat dan 11 paket kecil yang disimpan pada bekas gula-gula. Kesemua bahan disyaki dadah jenis syabu," katanya.
Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, dalam kes berasingan pada Selasa lalu, Shamsudin memberitahu polis turut merampas 5.04 gram syabu dan menahan dua lagi lelaki tempatan berusia 20 dan 26 tahun, kira-kira jam 10.30 malam di sebuah pondok yang terletak di kebun sawit Bangkarat Tungku.
Katanya, sebelum serbuan dilakukan pihak polis terlebih dahulu telah melakukan intipan hampir 10 minit terhadap kedua-dua suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan mereka, sebelum bertindak menyerbu pondok berkenaan.
"Kedua-dua mereka cuba melarikan diri semasa diserbu, bagaimanapun berjaya diberkas pihak polis," katanya lagi sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. (UB)
Actually sudah lama mahu buat entry ini, tapi seperti biasa, gambar terbiar berkurun lamanya dalam folder lappy dan akhirnya sehabuk entry pun ta tertaip. Bila taip, idea yang mulanya mencurah-curah ke ladang gandum..tetiba hilang semuanya..lepas tu terus save as draft, logout blogspot. keke.
Btw, tujuan tulis entry ini adalah untuk bagi tips untuk yang mahu datang ke sabah, especially daerah Lahad Datu. Bila google "tempat-tempat menarik di Lahad Datu", memang takkan jumpa. yang merapu-rapu yang akan keluar, means, bukan yang kamu cari kan. Sebabnya masa kawan-kawan dari KL datang sabah, sy google punya google sebiji pun ta jumpa. keke..*mahu juga di google, padahal daerah sendiri kowt* kekek. So lepas ni kalau google "Tower Of Heaven" ada juga la keluar informasi dari blog picisan ini kan? haha.
So, untuk pengetahuan kamu, Tower Of Heaven yang lebih manis disebut sebagai Menara Kayangan ni salah satu tarikan terbaru di Lahad Datu yang baru dibuka bulan Mac 2012.
Bagi yang tidak berkesempatan masuk ke Lembah Danum, bolehlah datang Tower Of Heaven. Sebabnya lebih dekat dari lembah danum, ta perlu sehari suntuk untuk sampai. :D.
880km dari aras laut, kamu yang datang pasti teruja dengan ke-awesome-man pemandangan laut. Terasa macam laut tu terapung di awan-awangan. That's why they call this place Tower of Heaven. rasanyalah. keke. Dekat atas pun sejuk, tidaklah sesejuk Kundasang @ Genting dan Cameron kan. Tapi, masih dapat rasa kabus lalu di muka, bolehlah lari-lari kejar kabus. hahaha. Sedap mata memandang, hati pun rasa sejuk dan tenang menikmati panorama indah di sana. *terasa diri ini sungguh skema <_<. kekeke*
Sambil-sambil duduk dekat bench yang disediakan. mode jiwa klasik pun terus timbul. haha. Landskap kawasan rehat di situ ala-ala dekat Kinabalu Park. :)
Jarak dari bandar Lahad Datu 10km, kalau dari rumah saya, kawasan bandar Sri Perdana, terasa amat dekat sekali. kekeke. Borak-borak dalam kereta, sudah sampai. Kira-kira 15 minit begitu untuk sampai ke pintu gerbang TOH. Masuk ke dalam yang jauh, nak sampai ke simpang memang dekat.. keke. jalan kaki pun boleh, haaa gitu~~Btw, sebelum masuk haruslah kena beli tiket.
Jalan masuk agak berliku sebab banyak bukit-bukit yang tinggi dan curam. Jalan masuk bukan macam jalan masuk Genting, 2 way dan agak lebar. Yang ini, kena pro yang bawa kereta, kalau saya yang hanya ada lesen basikal, memang terus menjunam ke laut. keke.seram juga ooo.. Tapi kalau naik kereta besar macam Prado si Afi @ Ninja King kamu tu, memang rasa jalan tu lurus saja. hahaha. >_<
Ini kali kedua datang sini, pertama kali datang untuk outdoor shooting causin saya. bawa dan guna Hana untuk shooting, supaya Hana excellent. boleh saya jadi pro-photog nanti. ekeke..so datang situ, berlagak macam pro la kononnya. padahal menembak sesuka hati. yang penting gambar lawa. *kononnya la*ekekeke.
Datang dengan causin dan adik saya sekali..This is my first time wearing hijab outdoor. maksud saya yang jauh-jauh la kononnya. Agak tidak selesa, but I'd try my best :) It's gonna be ok and I'm sure I'll be more comfortable sooner. Fighting!
Malangnya adik saya yang bongsu pulang dengan muka mencuka. tanya dya kenapa? dya jawab
"Tiada pun harimau, tiada pun gajah, nda best."
hahaha. adik saya cakap begitu sebab sepanjang perjalanan masuk dorang ada letak signboard tepi jalan setiap 1 km,
"Awas, binatang buas melintas". tempek gambar harimau, gajah segala.
Kan sudah bagi harapan pada budak-budak kecil. keke. Actually memang ada haiwan-haiwan liar sebab di situ kan kawasan hutan simpan....tapi dalam hutan lorh. keke.kang keluar gajah betul-betul. kan susah.
Kali kedua datang dengan teman-teman yang tersayang. keke. Pagi-pagi buta lagi sudah ke sana. Sekali keluar simpang rumah, terus lapar, nasib baik Multi Bake buka pagi-pagi lagi. :p.Kononya pemandangan cantik waktu pagi-pagi. Bila sampai sana, memang sejuk, kabus tebal. sebabnya, mahu hujan, haha. >_<. Pemandangan laut pun ta berapa nampak. So, kami pun main rumah-rumah atas menara kayangan. Di atas menara tu, ada satu pondok, di bahagian bumbung. Kena memanjat tangga, baru dapat naik. yang pakai skirt, maxi-dress, jangan harap dapat panjat naik. keke. :D. Cerita-cerita kosong..kosong..kosong di atas sambil buat sesi photography. Kak Mar kami yang cantik itu bawa Nikon nya sekali. Kami geng Nikon. ahaks! Tapi sedihnya, kami ni tiada tripod.guna kasut kak Mar pun bolllehh~~haha.
Sebab angin kuat, kami semua cakap menara tu macam goyang..budak ni sorang yang ta rasa apa-apa..siap fokus supaya dapat rasa menara tu goyang. puahaha.>o<
Bila Afi sudah pegang camera, memang macam pro. erk!
sampai awkward dua orang ni pose. haha.
Dekat tengah hari baru pulang, ta terasa 3 jam di atas. keke :D.
sebelum pulang kami ikut laluan tracking trail. Tengok-tengok tumbuh-tumbuhan gitu :D.
Tapi yang paling mearik perhatian ialah sign board di situ. Rasa mahu ketawa pecah perut pun ada.
kekeke. siapa ta perasaan perkataan melucukan di situ, memang ta ada sense of humour. *ada kaitan ka tu* haha. >_<
Owh sungguh panjang entry ini. sarat dengan gambar. saja guna fade style untuk setiap gambar. mahu warm effect kononnya. keke.
Btw, singgahlah sini kalau datang Lahad Datu :D. Ta rugi RM2 kamu.
Keluasan : 6.99 ekar Status Geran : Native Title (NT) Daerah Lokasi Tanah : Lahad Datu Harga : RM400,000 (boleh runding)
Kelebihan
1. Tanah ini dari jalan raya utama terus ke pantai 2. Sangat berpotensi untuk pelancongan 3. Berhampiran dengan sekolah. 4. Pantainya pasir putih (belum tercemar). 5. Berhampiran dengan felda
Jika berminat, hubungi talian 013 888 0089 untuk perbincangan selanjutnya.
Bas Terbabas Di Kinabatangan Sabah 4 Maut.Kejadian berlaku di Kampung Paris Kilometer 121 Jalan Sandakan- Lahad Datu pada pukul 2.50pagi 18 Ogos 2012.Pemandu bas ekspres dari Kota Kinabalu ke Tawau itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya selepas memintas sebuah kenderaan lain sebelum berpusing beberapa kali lalu terbalik. Kemalangan berlaku ketika cuaca hujan dan bas dilaporkan dipandu laju. Bas berkenaan bertolak dari Terminal Bas Bandaraya Utara, Inanam kira-kira jam 8 malam kelmarin dan sepatutnya tiba di Tawau jam 6 pagi.
Bas sewa khas berkenaan dipercayai membawa pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dari Kota Kinabalu ke Tawau. Ia membawa 31 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, tujuh orang awam, seorang pemandu dan dua pembantu pemandu. Mangsa yang maut dikenali sebagai Usman Sulaiman, 46, dari Kampung Sungai Tongkang, Tawau; Jabar Maidin, 54, dan Piyan Ardian Shah Osman, 23. Mayat dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.
Penumpang yang cedera parah dikenali sebagai Freddie Mandalis, 20; Beneditus Pogu, 27; dan Rahamiti Nurdin, 35, yang menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.
Pesanan Admin berhati-hati di jalan raya. Ucapan Takziah dari admin kepada keluarga mangsa. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama islam.. Al-Fatihah..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
KINABATANGAN: Empat penumpang bas ekspres dilaporkan maut apabila kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Kampung Paris di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Bas sewa khas berkenaan dipercayai membawa pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dari Kota Kinabalu ke Tawau.
KINABATANGAN: Empat penumpang bas ekspres dilaporkan maut apabila kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Kampung Paris di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Bas sewa khas berkenaan dipercayai membawa pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dari Kota Kinabalu ke Tawau.
Kebakaran Kuarters Di Keningau 500 Pekerja Hilang Tempat Tinggal. 500 pekerja sebuah kilang papan hilang tempat tinggal setelah kebakaran memusnahkan kira-kira 100 buah kuarters rumah pekerja itu, di Batu 5 Jalan Nabawan, pada Rabu.Tragedi yang dianggap terbesar dalam sejarah kebakaran di daerah itu, berlaku pada 1.45 tengah hari.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata dua jentera bomba dan penyelamat bersama 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.03 petang.
"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, meskipun menghadapi masalah bekalan air pada pili bomba dan mencari sumber air di kilang untuk disalurkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, sebahagian besar daripada pekerja kilang terbabit berada di tempat kerja yang terletak kira-kira 200 meter dari kuarters yang terbakar itu.Tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sebahagian daripada penghuni unit kuarters itu, sempat menyelamatkan barang dan harta benda mereka, katanya.Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, tambah beliau. SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ