ads

Rabu, 3 Oktober 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


MANSAU-MANSAU <b>DI SANDAKAN</b> ~ ! samizul.net !

Posted: 30 Sep 2012 05:49 AM PDT

Assalamua'laikum w.b.t.

Lama nda cerita pasal peribadi. Jadi hari ini mula sambung sikit-sikit cerita / pengalaman peribadi yang dilalui.

Hari ni berkesempatan untuk mansau-mansau di Bandar Sandakan. Tumpang bos ja. Kebetulan sudah gaji dan dia pun ada urusan. Jadi kami pun mula bergerak dari Simpang Tanah Mas, Telupid (Batu 75 ikut talian yang Celcom tunjuk di telefon) ke Sandakan. Tempoh perjalanan sekitar dua jam. Secara ringkas, ni tempat-tempat yang sempat kami singgahi:-

1. Menjamu selera di Restoran Ikan Bakar di Pasar Sim-Sim. Aku lupa apa nama restoran tu (haha). Yang pasti, restoran tu menghadap pangsapuri sebelah Pasar Sim-Sim tu. Makan ikan bakar di sana memang masyuk. Selain dijamin sedap, harga pun berbaloi-baloi sebab hanya perlu bayar harga ikan ja (kalau ambil ikan ja lah) bila makan di sana. Bila makan di situ juga, pelanggan akan dapat pakej lauk sayur (tiga jenis), sup ikan, belacan dan nasi. Yang siuknya nasi boleh tambah sampai perut senak. Jangan risau, tandas awam ada di hujung pasar, haha.

2. Merayau-rayau di Harbour Mall. Dengar-dengar ini tempat beli-belah yang baharu sahaja dibuka. Merayau sekejap ja sampai tingkat atas tempat makan-makan. Emm, rasa macam kecil ja. Sekarang ni lah. Di aras paling bawah, ada ala-ala PC Fair dan yang paling meriah tempat Gintel buat promosi. Di PC Fair sempat pau dua pendrive Kingmax 8GB harga RM18 setiap satu. Sudah beli baru jumpa Kingston 8GB RM17. @#$%*. Ni macam penghabisan stok model lama.

3. Merayau-rayau di Genting Mas (beli alat tulis untuk exam.. Oupss.. X>) dan Giant. Dengar-dengar tu ja lah Giant yang ada di Sandakan. Iyakah?

Memandangkan esok mula kerja seawal 5:30 pagi, maka balik Tanah Mas pun kena awal lah juga. Esok mula sudah Oktober. Mungkin seharian di pejabat buat Tutup Buku untuk September (kira gaji pekerja dan Costing).

#Maaf tiada langsung gambar yang diambil semasa mansau-mansau. Biasalah trend terkini kan kalau mahu ke tandas pun posing ambil gambar dan update di internet dulu. Aku kena tunggulah rebat Telefon Pintar baru angkat Galaxy Note satu. Ehh? XD

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


<b>Papar</b> Aksi Menggoda, Kim Kardashian Tayang Aset Tubuh <b>Di</b> Twitter

Posted: 26 Sep 2012 06:28 AM PDT

BELIAU tidak pernah melepaskan peluan untuk menayangkan setiap inci tubuhnya kepada peminat dengan gaya yang menggoda.

Hari ini, Kim Kardashian sekali lagi telah twitkan sekeping gambar yang cukup seksi dan menggoda untuk tatapan pengikut-pengikut Twitternya. 

Gambar tersebut memamparkan aksi menggoda beliau yang memakai one-piece bikini hitan sambil berlatar belakankan laut yang tenang

Mungkin gambar tersebut tidak mencukupi pada fikiran beliau, lantas Kim Kardashian dilihat bersama Kenya West menuju ke studio di Miami dengan memakai baju bertali halus sambil membiarkan baju dalamnya yang jarang terkeluar untuk peminat-peminatnya. 

Tidak cukup dengan memakai baju yang kecil yang tidak mampu menutup baju dalamnya, Kim turut mengenakan skirt pendek yang jarang dibahagian tepi, mungkin untuk memberitahu peminatnya bahawa beliau turut memakai seluar dalam.

Kongsi Berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Seminar Bijak Emas dan Perak <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 29 Sep 2012 12:34 AM PDT

DARI dulu sampai sekarang, emas merupakan satu aset yang amat bernilai sekali. Kita lihat sahaja emas yang dahulunya hanya bernilai puluhan ringgit kini sudah mencecah RM200 per gram. Malah dijangkakan akan meningkat lagi nilainya dari tahun ke setahun. Sudah pastinyalah ia akan menjadi satu pelaburan yang sangat menguntungkan jika kita tahu caranya.

Maka dengan itu satu seminar mengenai emas dan perak yang akan membongkar segala rahsiah mengenai cara pelaburan emas dan perak. Jangan lepaskan peluang PERCUMA ke Seminar Bijak Emas dan Perak yang akan diadakan di Auditorium Perpustakaan Tawau untuk memberi diri anda peluang perniagaan bersama GSR.

Keterangan lanjur boleh diperoleh di laman web seminar KLIK

Seminar Bijak Emas dan Perak
Tarikh: 7 Oktober 2012
Masa: 10 Pagi hingga 1 Petang
Tempat: Auditorium Perpustakaan Tawau
Hubungi: 016-5880388 (Yahya) / 0179451623 (Ustaz Zaki) / 089754088 (Ofis)

APA YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA SEMINAR INI ?

SEJARAH MENGENAI EMAS
BEZA SIMPAN DUIT DAN SIMPAN EMAS
KEPENTINGAN EMAS SEBAGAI ASET MASA DEPAN
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS
HALA TUJU EMAS MASA AKAN DATANG
PELUANG PERNIAGAAN DALAM EMAS
DAN BANYAK LAGI… YANG ANDA AKAN PEROLEHI

Related Posts with Thumbnails

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Macam Di KK...: PEJABAT METEOROLOGI DITUBUHKAN <b>DI RANAU</b>

Posted: 02 Oct 2012 05:59 PM PDT

RANAU, Sabah (29 September 2012): Pejabat Meteorologi Ranau telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili hari ini yang membolehkan Jabatan Meteorologi memantau dan menentukan corak cuaca dan fenomena di kawasan pertanian yang berbukit di Sabah.

Dengan penubuhan pejabat tersebut, jabatan itu kini mempunyai stesen di pedalaman dan kawasan tanah tinggi Sabah serta berupaya memperluas rangkaian pejabat meteorologi untuk ramalan cuaca yang lebih tepat.

Pejabat ini bukan sahaja mengeluarkan ramalan cuaca bagi daerah Ranau tetapi turut meliputi daerah Kota Marudu (utara), Kota Belud (timur laut), Tuaran (barat), Tambunan (barat daya), Keningau (selatan), Tongod (tenggara) dan Beluran (timur).

"Untuk meningkatkan ketepatan ramalan cuaca, kita juga perlu memantau cuaca dan iklim di kawasan tanah tinggi. Kemudahan Meteorologi ini membolehkan kita memahami corak cuaca di Ranau serta mengenal pasti perubahan yang disebabkan oleh aktiviti pertanian berskala besar di kawasan tanah tinggi di sana," kata Datuk Seri Panglima Dr Maximus.

Stesen pencerapan di Pejabat Meteorologi Ranau juga dilengkapi dengan peralatan strong motion yang digunakan untuk mengesan gempa bumi di Ranau dan kawasan sekitarnya. Sabah juga mempunyai satu lagi stesen strong motion iaitu di Lembah Danum.

"Stesen strong motion adalah kritikal kerana gempa bumi dan tanah runtuh kebiasaannya berlaku di sepanjang garisan sesar yang aktif iaitu di Mensaban, Crocker, Tabin dan Lobou-Lobou yang terletak di Ranau / Kundasang," katanya lagi.

Kajian oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang dijalankan antara 2008 dan 2010 di Mensaban dan Lobou Lobou yang menggunakan teknologi Global Navigation Satellite System menunjukkan berlakunya pergerakan bumi berukuran antara beberapa milimeter hingga empat sentimeter.

"Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pergerakan bumi memerlukan pemerhatian dan kajian yang lebih lanjut iaitu selama lima tahun untuk mengenal pasti sama ada pergerakan yang berlaku tersebut berpunca daripada sesar aktif atau disebabkan oleh pergerakan permukaan tanah¬"

"Pergerakan bumi yang disebabkan oleh garis sesar yang aktif boleh mengakibatkan peningkatan dalam kekerapan gempa bumi sederhana manakala pergerakan permukaan boleh menyebabkan tanah runtuh. Kajian menyeluruh membolehkan kita menentukan tebatan yang sesuai dan langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan kesan gempa bumi kepada aktiviti dan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau dan Kundasang," katanya.

Pejabat Ranau ini juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan cuaca kepada kehidupan seharian dan boleh mengeluarkan data cuaca yang lebih mudah difahami kepada orang ramai. Ini termasuklah maklumat yang membolehkan pihak berkaitan menjalankan kajian bagi tujuan pertanian dan penternakan di Ranau.

Pejabat yang turut dilengkapi dengan kuarters untuk kakitangan ini menelan belanja sebanyak RM3.58 juta. Dengan terbinanya pejabat baru ini, Sabah kini mempunyai enam buah stesen meteorologi yang utama termasuklah di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Kudat.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, 14 buah pejabat / stesen meteorologi baru telah dibina dan tujuh yang sedia ada telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM35.1 juta. Daripada jumlah tersebut, RM10.6 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stesen Tawau dan membina tiga pejabat / stesen baru iaitu di Keningau, Kudat dan Ranau, Sabah.

Menteri juga menyampaikan hamper yang berupa barang-barang keperluan asas dan makanan kepada 30 orang penerima yang dipilih daripada senarai Jabatan Kebajikan Masyarajat. Mereka terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Ranau.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: PENSIANGAN NIKMATI GAGASAN 1MALAYSIA

Posted: 01 Oct 2012 10:21 PM PDT

PENSIANGAN : Pensiangan, sebuah pekan kecil di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 120 kilometer dari Keningau, kini mengalami pembangunan rancak berikutan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Kawasan pedalaman seluas lebih 6,000 km persegi dengan penduduk lebih 20,000 orang itu menerima hasil pembangunan yang sangat ketara sekali berbanding beberapa dekad yang lalu.
Semasa membandingkan kawasan itu yang sebelum ini berhutan tebal dan kini berubah wajah, Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha menangani masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.
"..kini projek pembinaan jalan raya, pembangunan desa, kemudahan asas seperti loji air, bekalan elektrik, bantuan projek perumahan rakyat dan sebagainya sedang dijalankan dan ada yang telahpun siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita ketika meninjau loji air daerah Nabawan bersama 20 peserta Kembara Media 1Malaysia dalam satu program anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah di sini, semalam.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pembinaan tiga loji utama yang telah dan sedang dilaksanakan itu mampu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar terutama di daerah Sook, Nabawan dan Pegalungan.
Katanya, kerajaan membelanjakan RM96 juta bagi membina loji air di Pegalungan yang dijangka siap Mei tahun depan manakala loji air Pinipi di Tulid, Sook berharga RM98 juta dan kini 80 peratus siap pula dijangka beroperasi Mac tahun depan.
"Antara tumpuan utama lain adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat melibatkan cadangan pembinaan jalan raya dari Sepulot hingga ke Kalabakan dan pembinaan dua sekolah menengah baharu di Dalit," katanya.
Kurup turut berharap penduduk kawasan Pensiangan akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat lepas bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, kesihatan serta bantuan dan insentif rakyat. (Bernama)

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved