ads

Ahad, 20 Mei 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kelapa Mawar: SIAPA CALON &#39;USNO&#39; <b>DI SEMPORNA</b>?

Posted: 31 Mar 2012 05:40 PM PDT

Sejak deklarasi Semporna antara parti USNO (belum didaftarkan) dengan parti STAR yang diketuai oleh Dr Jeffry Kitingan di tandatangani pada 29.Jan.2012 yang lepas, Aura USNO mula menjalar kembali di bumi Semporna yang dikenali oleh penduduknya sebagai Tongtalun itu. Sebelum kemasukan UMNO di Sabah, Daerah Semporna adalah antara daerah yang menjadi kubu kuat USNO dalam sejarah politik Sabah, kedua selepas daerah Kota Belud. Calon USNO  di Semporna pernah tewas kepada calon Parti BERJAYA. Tun Sakaran calon USNO pernah dikalahkan oleh Abdillah Abd. Hamid calon dari BERJAYA.
Deklarasi SEMPORNA yang menghimpunkan kerjasama dua suku terbesar di Sabah iaitu KadazanDusun dengan Bajausuluk, telah bersepakat akan menurunkan calon pada PRU 13 akan datang di parlimen Semporna termasuk di 3 DUN di daereah tersebut iaitu DUN BUGAYA, DUN SENALLANG dan DUN SULABAYAN.
Walaubagaimanapun ramai pemerhati politik Sabah menjangkakan USNO ketiadaan calon yang boleh menumbangkan calon-calon UMNO di Semporna. Sebagai rekod, DUN BUGAYA di wakili oleh Datuk Ramlie Marhaban, DUN SENALLANG diwakili oleh Datuk Nasir Tun Sakaran ,manakala DUN SULABAYAN oleh Datuk Haji Harman.
Setakat dalam majlis menandatangani deklarasi Semporna tempoh hari hanya Pramli mantan Ketua  Anak negeri dan Sdr Abdullah Sani yang dijangka akan turun kegelanggang PRU 13. Manakala pemimpin lain dalam USNO dilihat kurang menyengat. Jika inilah calon USNO maka, ia tidak akan dapat 'menundukkan' penyandang sedia ada dari kalangan UMNO itu. Datuk Shafie Apdal akan terus diramal memenangi kawasan Parlimen Semporna sekalipun ada ura-ura calon anak tempatan Dr Zamree Abdul Habi mewakili PKR akan turun menentang Datuk Shafie Apdal.
Jika Datulk Ramlie Marhaban dikekalkan di DUN BUGAYA dan akan ditentang oleh Sdr Abdullah Sani, ia akan juga memberi sedikit kelebihan kepada Datuk Ramlie untuk mengekalkan 'penguasaan' di Dun Berkenaan. Prmali ada kemungkinan dicaturkan di DUN Senallang atau Dun Sulabayan. Inipun tidak akan menjamin USNO kembali bertahkta di bumi Semporna, sekalipun Datu Badaruddin tun Mustapha diimport ke daerah itu.
Petikan dari Blog Pemerhati Politik Semporna:
Sumber dan maklumat yang terdekat telah diterima dari pihak USNO yang masih menunggu kelulusan pendaftaran bakal menurunkan calonnya dibeberapa kawasan di Pantai Timur Sabah khasnya P.189 Semporna walaupun parti itu belum dapat kelulusannya dari Pendaftar Pertubuhan.
Presiden Penajanya bakal mengetuai pasukan USNO bagi menghadapi persaingan pada pilihanraya akan datang untuk merebut kerusi dibeberapa kawasan yang mereka telah kenal pasti yang bakal ditandingi.
Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha anak kepada bapa kemerdekaan Sabah dan Pengasas Parti USNO sebelum ini telah mengadakan satu memorandum persafahaman dengan barisan pimpinan dari Parti STAR Datuk Dr.Jeffry Kitingan di Semporna pada perhimpunan dan rapat umum USNO 29hb.Jan.2012 lalu yang dikenali sebagai persafahaman Deklarasi Semporna.
Persafahaman ini adalah persetujuan 2 kumpulan bumiputera terbesar di Negeri Sabah iaitu etnik BajauSuluk danKadazanDusun bersama etnik lain di Negeri Sabah bagi menghadapi Pilihanraya ke13 yang bakal diadakan bila bila masa.
Difahamkan Presiden penajanya telah memaklumkan bahawa walaupun partinya belum mendapat kelulusan tetapi hasrat mereka untuk bertanding tidak menghadapi halangan besar atau melanggar undang-undang Negara ini dengan menggunakan semangat perjuangan USNO itu sendiri,mereka akan menggunakan Logo, Bendera, Baju dan Topi USNO dalam pilihanraya itu bagi membangkitkan semangat juang pejuang pejuang USNO nanti serta membuktikan bahawa parti ini masih mendapat tempat dihati rakyat Sabah mengikut sumber yang diterima.
USNO telah mengenal pasti beberapa kawasan yang bakal ditandingi diantaranya Palimen P.189 Semporna dan 3 Dewan Undangan Negeri dikawasan itu N.52 Bugaya, N.53 Senallang dan N.54 Sulabayan, kepastian ini nampaknya adalah hampir mutlak 100% , walaubagaimanapun keputusan bersama dengan rakan kongsi USNO iaitu UBA (United Borneo Alliance) adalah keputusan muktamad.
Dilaporkan beberapa kawasan juga bakal mereka tandingi pada PRU13 ini , tetapi masih dalam penelitian terperinci disamping mengadakan pakatan serta kerjasama dengan rakan mereka dari UBA (United Borneo Allience) bersama STAR.
USNO tidak menghadapi masalah bagi pembahagian Koata kerusi yang bakal ditandingi kerana parti itu menempuhkan kepada kerusi kerusi yang bakal ditandingi oleh UMNO sementara kawasan kawasan Dun majoriti KadazanDusun serta China akan diserahkan kepada rakan kongsi mereka untuk memutuskannya bertanding.
Dikawasan kawasan Bandar seperti Kudat (Dun Tanjung Kapur),Sandakan(Dun Tanjung Papat dan Dun Keramunting),Tawau (Dun Sri Tanjung) dan Lahad Datu pihak USNO akan membantu rakan mereka memenangkan calon calon UBA dimana terdapatnya 30%-50% pengundi bumiputera Islam dikawasan berkenaan dan mempertimbangkan meletakkan calon mereka di satu atau dua kerusi yang mempunyai potensi besar, terutama Tanjung Kapur dan Lahad Datu Bandar.
Bagi maksud palimen semporna Parti USNO sekali lagi akan mengadakan rapat umumnya dikawasan itu dalam masa terdekat ini bagi memperkukuhkan sokongan mesyarakat dikawasan itu disamping rancangan mereka untuk mengadakan rapat Umum USNO di Palimen Lahad Datu, Palimen Tawau dan Palimen Kalabakan sebelum Pembubaran diumumkan.
Difahamkan Presiden Penaja akan turun bertanding bagi mengetuai persaingan itu, untuk bagi mendapatkan kerusi ulung USNO selepas parti itu dibubarkan oleh Ros pada 2004 atas sebab sebab teknikal.
USNO tidak pernah dibubarkan oleh ahlinya atau presidennya seperti mana dakwaan pihak tertentu tetapi pembubaran USNO adalah atas arahan dan kehendak pendaftar pertubuhan sebab itu para pejuang USNO dan rakyat Sabah hendakkan pembentukan semula parti keramat ini dapat dipulihkan untuk anak anak Sabah.
Difahamkan juga Barisan UBA telah membincangkan kerusi kerusi yang bakal ditandingi pada mesyuarat kali ke 2 mereka pada 2hb. Mac 2012 yang lalu, walaupun keputusan muktamad belum diputuskan oleh semua pihak tetapi pada dasarnya semua pihak akan memastikan tidak berlaku pertindihan kawasan dan akan berkerjasama untuk menyokong calon calon yang bakal mereka tetapkan kelak disemua 60 Dun Di Negeri ini dan 25 Palimen di Sabah.
Pada dasarnya kearah kerjasama dengan Pakatan Rakyat PR juga ada dibincangkan dalam mesyuarat UBA yang lalu dan semua pihak berhasrat untuk memastikan bahawa Pertandingan satu lawan satu akan dirancang di semua kawasan di Sabah.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Bersama Mazidul: TAWAU <b>DI SANDAKAN</b>? KALAU HENDAK <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 06:45 AM PDT

Sejak 20 Mac 2012, saya menghadiri Conflict Zone Reporting Workshop di Wisma Semantan, Kuala Lumpur. Bersama 37 lagi wakil media dari pelbagai organisasi, saya mendengar ceramah disampaikan oleh dua doktor berpengalaman dan seorang bekas tentera berpangkat tinggi.
Perhatikan gambar di bawah.
Seminar terbabit dianjurkan oleh Malaysian Press Institute.
Ternyata semua peserta, terdiri daripada wartawan dan jurugambar menumpukan sepenuh perhatian mendengar intipati modul disampaikan oleh penceramah jemputan.  
Dalam tempoh dua hari, kami antaranya diajar teknik asas untuk menyelamatkan diri ketika bertugas di negara ditimpa oleh bencana besar atau dilanda peperangan.
Kaedah tepat membantu mangsa sawan dan tercekik turut dikongsikan. 
Untuk rekod, lelaki berkemeja merah di dalam gambar di bawah, Dr. Rishy Manikam, Ketua Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor.
Beliau sedang melakukan demonstrasi merawat mangsa kononnya mengalami sawan dan aksi di atas tiada kaitan dengan kegiatan songsang lelaki gay. 
Pada pandangan saya, Dr Rishy, penceramah amat kreatif dalam majlis perkongsian ilmu terbabit.
"Apabila sebilangan orang India berada dalam keadaan nazak, lazimya semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah Mereka, seorang demi seorang akan menyuapkan 'susu terakhir' kepada pesakit terlantar tanpa mengetahui jika susu dimasukkan ke dalam mulut orang tidak sedarkan diri, susu itu boleh menjadi penghalang  saluran pernafasan, airway sekaligus mengakibatkan pesakit meninggal dunia," katanya bersahaja.
Setiap aksi pegawai perubatan pernah menyertai misi ke Gaza itu, mencuit hati semua peserta.

Kami juga ditawarkan untuk membeli beberapa kelengkapan seperti topi, lampu suluh dan kasut untuk keperluan di medan negara bergolak.  
Wartawan, Nurul Fariha On, mengandung 8 bulan, kelihatan gembira menjadi model kasut jenis SWAT. Untuk rekod, kasut taktikal terbabit dipakai oleh anggota tentera dan sebilangan pegawai dan polis di negara kita.
Sepasang kasut itu berharga RM500.
"Tetapi untuk pengamal media, kita akan berikan harga terbaik," janji pegawai penerangan produk.
Pada waktu rehat, majoriti peserta bengkel berkumpul di luar dewan sambil bertukar-tukar pandangan dan pengalaman pahit manis sebagai pengamal media.
Siang tadi, kami diajar melakukan CPR kepada mangsa tidak sedarkan diri. Pelbagai aksi saya rakam untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini.
"Faizal asal dari mana?," soal saya kepada kakitangan paramedik bertugas.
"Tawau," balasnya spontan.
"Tadi pun dari Tawau juga," celah rakan media bersama saya.
Kenyataannya mengingatkan saya kembali kepada kejadian berlaku pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi. Untuk pengetahuan semua pembaca, ruang parkir disediakan di hadapan bangunan Wisma Semantan dengan kadar bayaran RM5 sahaja sehari.
Saya memeriksa beg duit dan ternyata masih mampu menjelaskan jumlah bayaran terbabit.
Sebaik berjalan menghampiri bangunan, lokasi bengkel dijalankan, saya dihampiri oleh lelaki di bawah.
"Lima ringgit," pinta pengawal keselamatan lengkap berseragam itu sambil menghulurkan tangannya.
Sebelum menyerahkan wang diminta, saya berpeluang mengajukan soalan kepadanya.
"Kamu berasal dari mana?"
Dia tergamam buat seketika sebelum melontarkan jawaban.
"Sandakan di mana?," soal saya lagi.
Pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu kelihatan gugup. 
"Aku orang Sabah bah! Dari Batu Ampat (Batu Empat). Betul ka Batu Tiga? Jangan kau tipuk aku," ujar saya, yakin. 
Untuk rekod, berasal dari Perak tetapi  mempunyai ramai kenalan kelahiran Negeri Di Bawah Bayu itu dan sedikit sebanyak saya mampu mengajuk loghat mereka.
"Tawau di Sandakan," katanya.
Dengan kenyataan itu saya dapat mengesan helahnya. 
"Kalau hendak menipu sekalipun, agak-agaklah! Jangan menipu saya di awal pagi ini. Wak! Kamu orang Indonesia dari mana?," tanya saya sebagai soalan susulan.
"Saya mempunyai wang mencukupi untuk membayar parkir tetapi saya tidak akan menyerahkan wang itu kepada kamu wak. Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera Nepal sahaja dibenarkan menjadi pengawal keselamatan di Malaysia. Meraka berasal dari Indonesia berstatus penduduk tetap, tidak layak menjadi pengawal keselamatan apatah lagi warga Indonesia seperti kamu. Kamu juga tidak berhak memakai seragam dilengkapi logo Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia ini. Negara ini mempunyai undang-undang dan ternyata kamu melanggarnya secara terang-terangan," terang saya kepadanya.
Dia kemudian masuk ke dalam bangunan menuju ke bilik kawalan keselamatan. Lalu saya merakamkan gambar pengawal keselamatan itu dan rakannya dari luar.
Terdorong untuk menyingkap fakta sebenar, saya menghampiri rakannya di bilik kawalan.
"Saya sama seperti dia, berasal dari Indonesia. Sebelum ini kami berdua berkerja di kilang perabot di Pelabuhan Klang tetapi gaji terlalu rendah, RM800 sebulan," jelas pengawal keselamatan, saya anggarkan berusia lebih muda itu.
"Sejak bila kamu berdua bertugas di sini? Berapa gaji sebulan?," soal saya.
"Dua bulan lalu. Gaji kami sekarang, RM1,050," jawabnya.
Tambahnya, terdapat dua lagi pengawal keselamatan senegara bertugas di syarikat sama selain warganegara Nepal. 
Mereka mendakwa memasuki Malaysia sejak 6 bulan lalu. 
"Kamu memasuki negara ini menggunakan permit sah sebagai pekerja kilang perabot. Biarpun gaji kamu sebelum ini, RM800, kamu berdua berkerja secara sah, legal. Apabila kamu membuat keputusan, melarikan diri dari majikan dan bekerja di sini dengan tambahan gaji kira-kira RM200, kamu sekaligus melanggar Seksyen 39 Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja. Untuk pengetahuan kamu, saya bukan polis atau  penguatkuasa Jabatan Imigresen tetapi saya rakyat negara ini, ingin memberitahu fakta sebenar kepada kamu," jelas saya. 
"Kami akan pulang ke Indonesia tidak lama lagi," kata mereka.
"Baik. Saya ingin bertanya satu soalan. Jika berlaku kes bunuh atau sebarang kejadian jenayah di dalam Wisma ini, adakah kamu berdua akan membuat laporan kepada pihak polis?"
"Tidak," balas mereka serentak dengan nada perlahan.
"Saya juga percaya kamu sama sekali tidak berani membuat laporan kerana khuatir identiti sebenar kamu sebagai warga Indonesia menyalahgunakan permit kerja akan diketahui oleh pihak polis. Saya juga beberapa kali pernah bertugas Padang, tempat tinggal asal kamu. Setiap kali berkunjung ke sana, saya menghormati undang-undang di Indonesia. Sukar benarkah kamu untuk tidak memandang remeh undang-undang di Malaysia?," soal saya.
Mereka kemudian memberikan nombor telefon Ketua Pengawal Keselamatan, saya percayai berbangsa Melayu.
Namun beliau gagal saya hubungi.
Saya berasa amat hairan, bagaimanakah aspek keselamatan Wisma segah itu diserahkan bulat bulat kepada rakyat asing menyalahgunakan permit kerja?

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Rombongan ke <b>Kota Marudu</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 20 May 2012 06:55 AM PDT

Pagi ni, (20 Mei) pagi pukul 8 aku dah pergi ke rumah kakak tiri aku. Hari ni nak ikut rombongan bertunang anak lelaki dia si Boboy bertunang di Kota Marudu. Bertunang dengan orang Dusun sana.

20120520-094149.jpg

Rumah dia tak jauh belakang rumah aku seja di Pj telipok ni. Aku sampai sini (di rumah dia aku tulis blog ni dengan iPhone) aku pun tanya tanya la sama ada dorang pasal adat bertunang orang dusun ni. Maklumlah aku ada pengalaman sebab bini aku orang Dusun Ranau juga. Rupanya dorang tak tahu sangat pasal berian, belanja dapur, sogit dan lain-lain. Aku ingat dorang dah jumpa ketua kampung belah perempuan bincang pasal ni. Jadi aku ceritalah sikit-sikit pasal bayaran-bayaran ni.

Setiap kampung Dusun ni adat dia berbeza-beza antara satu dengan lain. Tapi yang basicnya ada 3 bayaran:-

1. Berian – yang ni sama dengan hantaran kalau di Semenanjung. Selalunya mengikut kampung, status perempuan tu, status lelaki tu, kekayaan belah lelaki dan sebagainya sama macam Semenanjung. Contoh kalau di Penampang, kalau tak silap aku dorang kira tiang rumah ada berapa lepas tu dorang tentukan berian dia.

2. Belanja Dapur – belanja dapur ni bayaran untuk keluarga belah perempuan untuk adakan kenduri di kampung belah perempuan. Tengok la keluarga belah perempuan tu nak adakan majlis macam mana. Kalau besar kampung atau ramai orang yang akan dijemput makin besar la belanja dapur ni. Kalau di Semenanjung aku fikir belanja dapur ni dah kira lump sum dengan hantaran kot. Wallahua'lam.

3. Sogit – yang ni bayaran kepada ketua kampung. Yang ni banyak jenis dan ada yang kena bayar cash ada yang kena bayar dengan kerbau. Sogit ni macam macam, ada sogit sebab bawa anak perempuannya masuk Islam ( macam aku kena dulu), ada sogit lambat kahwin dan macam-macam bergantung kepada adat kampung tersebut.

Yang peliknya, keluarga kakak aku ni bawak satu rombongan besar pergi bertunang. Siap sewa bas, sedangkan dorang belum jumpa ketua kampung belah perempuan tu, baru nak pergi jumpa la ni. Lagi besar jumlah yang datang makin besar la bayarannya hehe. Tak tau la, aku tulis perenggan ni masa naik bas ni, belum jalan lagi Masa sampai nanti tau la.

20120520-101655.jpg

20120520-101720.jpg

Kira-kira 2 jam perjalanan sampai di kota marudu. Pendek cerita, anak saudara aku tu kena berian belasan ribu plus belanja dapur pun belasan ribu. Belanja bawak masuk Islam seekor kambing, bayar kepada kakak-kakak yang belum kahwin pun ada (langkah bendul). Penat la juga perjalanan ni. Gambar-gambar di bawah antara yang sempat aku tangkap.

20120520-214734.jpg

20120520-214706.jpg

20120520-214909.jpg

20120520-214928.jpg

20120520-214955.jpg

20120520-215012.jpg

20120520-215030.jpg

20120520-215047.jpg

20120520-215107.jpg

20120520-215125.jpg

20120520-215148.jpg

20120520-215214.jpg

20120520-215239.jpg

20120520-215258.jpg

20120520-215319.jpg

20120520-215340.jpg

20120520-215410.jpg

20120520-215424.jpg

20120520-215438.jpg

20120520-215506.jpg

20120520-215523.jpg

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Peneliti Muda Asal Deli Serdang Raih Perunggu <b>di</b> Belanda “Bupati <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 07:41 PM PDT

  "Bupati Amri Tambunan Bangga Atas Prestasi Internasional Dua Siswa Deli Serdang"

Deli Serdang, Radar Nusantara

Peneliti muda asal Deli Serdang Fialdy Josua Pattiradja Wane siswa kelas II SMP Chandra Kesuma School Percut Sei Tuan berhasil meraih medali perunggu pada even International Conference of Young  Scientist ke 19 bidang Biologi di Nijmegen Belanada. Keberhasilan putra pertama dari dua bersaudara  buah perkawinan  Egi Pattiradja Wane dengan Drg Annita  di negeri kincir angin itu, dengan judul penelitian "Chitosan Defies Death" yang bila di arrtikan judul tersebut berarti "Penangkal Kematian".

Saat diterima Bupati Deli Serdang Drs H Amri Tambunan, Rabu (9/5) di ruang kerjanya, Fialdy yang pada  even Intrenational Conference Of Young Scientists ke 18 di Moskow pada lomba bidang ekologi berhasil meraih prestasi Special Award For The Best Presentation Skill mengatakan penelitian yang dilakukannya menciptakan obat luka bagi penderita Diabetes Melletus (kencing manis red).

Dengan menggunakan cangkang blankas setelah melalui proses demirulralisasi, deprotemisasi dan diasetilasi ternyata cangkang blankas dapat dipergunakan untuk penyembuhan luka kering pada penderita diabetes. Meski hasil penelitiannya telah dilakukan kepada 7 penderita diabetes luka kering yang telah berhasil sembuh namun cangkang blankas juga berpotensi untuk penyeembuhan luka basah dan luka gas (akibat bakteri red).

Menjawab pertanyaan wartawan, peneliti muda yang telah membawa nama harum bangsa di dunia internasional menyebutkan dalam penelitiannya menjadikan cangkang blankas obat luka bagi penderita diabetes ia mempergunakan silitas laboratorium F-MIPA USU serta dibimbing  Prof Harri Agusnar.

Dalam pertemuan dengan Bupati Drs H Amri Tambunan, Ketua Yayasan Chandra Kesuma School Mala Holland didampingi sejumlah guru, selain membawa Fialdy Josua Pattiradja Wane, juga membawa seorang siswa SMA Chandra Kesuma Steven Sinatra yang memiliki  perstasi internasional dan akan mengikuti Asia Pacific Conferenece Of Young Scienetist pada September 2012 di Plangkaraya.

Bupati Drs H Amri Tambunan didampingi Asisten I Setdakab H Syafullah S.Sos, Kedisdikpora Hj Saadah Lubis SPd, MAP, Kadis Infokom Drs Neken Ketaren dan Kabid Dikdasmenjur Drs H Idris MPd memberikan apresiasi kepada dua siswa Yayayan Chandra Kesuma yang menorehkan prestasi internsional.
           
Kepada peneliti muda Fialdy Josua Pattiradja Wane yang telah berhasil melakukan penelitian  dengan menciptakan cangkang blankas menjadi obat luka bagi penderiota diabetes bupati berpesan agar terus berinovasi. Kita harus benar-benar menghargai hasil-hasil penelitian, karena dengan hasil-hasil penelitian seperti yang dihasilkan Fialdy akan memberi solusi dalam menghadapi tatanan kehidupan yang cukup sulit.
           
Apa yang dilakukan Fialdy Josua Pattiradja Wane dengan menciptakan cangkang blankas menjadi obat luka bagi penderita diabetes harus kita dukung bersama. Kepada Kadis Dikpora Hj Saadah Lubis bupati mengintrusikan agar terus membantu pengembangan hasil penelitian siswa SMP bereprestasi internasional itu.
           
Pada kesempatan itu, Kadis Dikpora Hj Saadah Lubis mengatakan pihaknya akan bekerjasama dengan Dinas Kesehatan untuk membawa hasil penelitian Fialdy ke Departemen Kesehetan, sehingga cangkang blankas yang menjadi obat luka bagi penederita diabetes mendapat ijin dari Depkes.
           
Dalam pertemuan yang penuh keakaraban  dan kekeluargaan itu, Bupati Drs H Amri Tambunan yang tampak bangga dengan prestasi siswa-siswa Deli Serdang memberi bantuan tali asih kepada Fialdy dan Steven yang akan bertolak ke Plangkaraya. Pemkab Deli Serdang akan terus memberikan perhatian kepada siswa berprestasi begitu juga kepada peneliti-peneliti yang bisa memberi solusi dalam menghadapi tananan kehidupan yang cukup sulit seperti saat ini. (Sum)


10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Muhajier718: Persiapan Ijtima&#39; Sabah Timur <b>di Lahad Datu</b>

Posted: 14 May 2012 01:05 AM PDT

InsyaAllah Ijtima' Sabah Timur akan diadakan pada 24, 25, 26 Jun 2012 bertempat di Kg Sepagaya, Lahad Datu. Jadi semua kaum lelaki yang bermastautin dan bermukim di daerah-daerah seperti Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan kawasan yang termasuk dalam kategori Sabah Timur dijemput hadir ke perhimpunan orang-orang Islam yang julung-julung kali diadakan ini.

Khidmat untuk agama Allah.


Banyak manfaatnya kita datang mendengar nasihat dan pesanan ikhlas akan disampaikan oleh masyaikh usaha dakwah dan tabligh ini. Kata-kata yang terbit dari mulut mereka dengan izin Allah mampu menyuburkan hati yang mati.

Jalan masuk ke Kg Sepagaya dari jalan besar

Dari simpang jalan besar, terus kira-kira 200meter sehingga jumpa masjid. Rasanya masa ijtimak nanti akan penuh kereta parking di kiri kanan jalan ini, boleh perasan dari jalan besar insyaAllah.

Ini pemandangan masjid Sepagaya pada waktu malam. Jam 11 malam saya tengok hampir semua telah tidur keletihan berkhidmat sepanjang hari. Bangun keesokkan pagi kagum saya tengok dalam kepenatan pun ramai yang bangun Tahjud. Allahu.

 Seusai solat Subuh, sama-sama membaca Yassin. Disamping khidmat amalan-amalan dalam masjid juga dibuat untuk menghidupkan ruh ijtimak seperti ta'lim dan jaulah.

Selesai membaca Yassin diadakan mesyarat. Laporan kerja semalam diambil, seterusnya dimesuaratkan apa kerja yang hendak dibuat hari ini, kemudian diagih-agihkan kerja. Kebanyakkan yang datang adalah dari Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kalabakan, Paris, Silam dan lain-lain.

 Orang-orang kuat khidmat. MasyaAllah. Rakan-rakan seusaha dari Semporna yang hadir sekitar belasan orang telah ditugaskan untuk buat rangka khemah di gelanggang futsal. Lain-lain rakan seusaha dibahagikan kepada beberapa kumpulan, ada bahagian paip, khemah, mencangkul, tandas, memasak dan sebagainya. Selepas mesyuarat ada sarapan disediakan seadanya.

Pemandangan dari dalam masjid. Antara deretan kenderaan yang hadir. Kenderaan yang digunakan untuk agama Allah, insyaAllah di akhirat nanti Allah malu nak hisab.

Selepas sarapan sekira-kira selepas masuk isyrak, para khudama' terus mula bekerja.

Jalur Gemilang berkibar megah di medan Ijtima' Lahad Datu.

Gelanggang futsal sebelah masjid yang turut sama digunakan untuk tujuan ijtimak. Imam, ketua kampung, orang-orang kampung, serta kanak-kanak turut datang membantu apa yang perlu. Sporting-sporting mereka semua.

 Jentera yang digunakan untuk pelbagai tujuan sepanjang ijtimak.

Kerja meratakan tapak baru sekitar 80% siap setakat ini. Ini baru tapak, belum binaan-binaan di atasnya lagi. Bermakna banyak lagi tenaga khidmat diperlukan.

Rakan-rakan seusaha dari Semporna datang sejauh 159km ke lahad Datu untuk khidmat. Tugasnya untuk beberapa hari ini ialah membuat rangka khemah di gelanggang futsal ini. Kasi panas enjin. Rashid Bhai antara orang Lahad Datu yang full time khidmat.

Kerja mengukur dan memotong di awal pagi.

Cuaca sebelah pagi hingga tengahari agak panas. Topi limited edition. Ada yang bergilir-gilir menggunakan topi. Allahu. Semoga Allah terima. 

Ukur, potong, dan naikkan buluh kemudian baru diikat.

Sabil-sambil tu lepaskan gian menyepak bola.

Antara pemandangan di sekitar tapak ijtima'. Bawah pokok-pokok besar itu ialah sungai.

Siap ada titi gantung. Setengah jam sebelum zohor semua berhenti bekerja dan mandi serta membuat persiapan untuk Zohor. Mereka yang datang dari jauh seperti Semporna dan Tawau melakukan solat Jamak dan Qasar. Kemudian makan tengah hari.

Selepas makan tengah hari, cuaca agak redup, maka rakan-rakan seusaha dari Semporna terus menyambung khidmat sehingga hampir Magrib.Kami dah Jamak Solat Asar masa Zohor, jadi boleh sambung khidmat.

Kira-kira jam 4 lebih kerja terpaksa dihentikan seketika kira-kira setengah jam untuk memberi laluan kepada hujan untuk menyejukkan keadaan.

Kerja bersambung selepas hujan reda. 

 Kira-kira setengah jam sebelum magrib. berhenti bekerja untuk solat magrib dahulu. Maghrib sampai Isyak kami rehat.

Tinjau kawasan lain. Khidmat bahagian tandas bawah diambil oleh rakan seusaha dari Tawau, diketuai oleh Ustaz Hafi. Sepanjang Jumaat, Sabtu, dan Ahad ada lebih kurang 5-6 orang Ustaz yang sama-sama khidmat. Allahu Akbar.

Selepas isyak kita makan berjemaah dulu. Ringkas tapi  Allah bagi sedap. 

Selepas makan malam, kerja khidmat membuat rangka khemah bersambung. Saya kagum tengok semangat anak-anak muda ini khidmat, sehingga dicemburui oleh rakan-rakan seusaha yang lain. Kekuatan iman apakah yang Allah kurniakan kepada mereka ini. Allahu..

Khidmat untuk agama Allah, walaupun penat dan tanpa gaji tapi Allah beri satu kepuasan perasaan yang tak dapat digambarkan.

Keesokkan harinya, selepas bacaan yassin dan mesyuarat saya melawat tapak atas ijtimak. Kelihatan telah nampak rangka-rangkanya. Ini hasil tangan orang Lahad Datu.

Sesiapa yang rasa dia 'karkun' markaz Tawau dan markaz Sandakan, saya menyampaikan hasrat syura di sini, datanglah ke sini, sama-sama khidmat semampu yang boleh. Datang seberapa hari yang sedia, bawa alat pertukangan seadanya seperti cangkul, parang, sarung tangan, topi dan lain-lain. Ini ijtimak kita bersama, ijtimak ini adalah ujian buat kita. Ujian 'diri' dan 'harta'. Datanglah ke sini. Tenaga khidmat masih kurang. Masa kami datang Jumaat, Sabtu, dan Ahad ada 30-40 orang karkun yang datang khidmat. Ini pun masih kurang tenaga kerja. Dalam mesyuarat pagi sedih bila dengar laporan mengatakan ada ketikanya hanya tinggal 8orang sahaja yang khidmat. Sekali lagi wahai karkun-karkun Tawau dan Sandakan sekalian, datanglah ke Lahad Datu untuk khidmat.

Tandas yang masih dalam pembinaan.

 Tapak utama terletak di atas bukit sebelah masjid.

Padang yang luas ini masih kekurangan tenaga kerja. Antara Fadhilat Khidmat: Orang yang banyak khidmat, insyaAllah Allah akan kurniakan dia akhlak yang baik.

Sebelum kami bertolak pulang pada petang Ahad kelihatan tandas pun dah nampak rangkanya. Alhamdulillah. InsyaAllah hujung minggu akan datang kami azam nak datang sini lagi tolong apa yang patut.

Sekadar ini perkongsian untuk kali ini. Semoga pembaca blog ini yang tinggal berdekatan boleh hadir untuk khidmat. Datanglah, tinggal sebulan lebih lagi untuk kita sama-sama megembeleng tenaga khidmat untuk agama Allah. Peluang untuk tuan-tuan semua menjana pahala dan ganjaran yang besar. Ini adalah kerana yang datang ijtimak ini adalah para Ahlullah, para masyaikh, maulana, ustaz-ustaz, para da'e, para hafiz, para zakirin, para khudama'. Banyak amalan yang akan hidup sepanjang berlangsungnya ijtimak dan selepas ijtimak nanti insyaAllah. Solat berjemaah, solat-solat sunat, mesyuarat, dakwah, ta'lim, dan lain-lain bahkan selepas ijtima akan ada banyak jemaah yang akan dikeluarkan ke negara jauh mahupun dalam negeri. Yang untungnya pahala semua amalan yang disebutkan di atas akan sama dimasukkan ke dalam saham orang yang khidmat. Allahu Akbar, Allah maha kaya.


Setidak-tidaknya tuan-tuan turunlah padang mengajak kawan-kawan, saudara mara, orang kampung mahupun kenalan tuan-tuan, sediakan mereka untuk datang ke Kg Sepagaya Lahad Datu pada 24, 25, dan 26 Jun nanti. 


Bagi kaum ibu pula, jangan lupa doakan semoga Allah jayakan ijtimak ini setiap kali selepas solat. Kalau mampu, bacakan Yassin setiap hari khas untuk ijtimak dari rumah. Lagi tinggi jika ibu-ibu dapat berpuasa. Jangan lupa pujuk suami ibu-ibu untuk datang membantu apa yang patut. Semoga Allah kasihani kita semua, semoga Allah jayakan ijtimak ini.

Bagi yang tinggal jauh, anda dijemput hadir ke ijtima yang berhampiran anda sepanjang bulan Mei dan Jun 2012, terdapat 13 tempat ijtimak di seluruh Malaysia iaitu:

19-21 Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek BB Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22-24 Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25-27 Mei - Penang-Penanti Bukit Mertajam. Masjid Daerah Balik Pulau.
28-30 Mei - Perlis & Kedah di Masjid An Nur Pokok Sena, Kedah.
31 Mei-02 Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03-05 Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06-08 Jun - Pahang. Kuantan.
09-11 Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12-14 Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15-17 Jun - Sarawak (Kuching-Sibu) di Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18-20 Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21-23 Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24-26 Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Batu 6, Sapagaya, Lahad Datu.

Nampak macam mudah bukan, semudah copy-paste tarikh dan tempat-tempat ijtima ini kemudian war-warkan di Facebook dan blog, tunggu tarikh, bungkus pakaian, hidupkan enjin kereta kemudian terus bergerak ke ijtimak. Tapi sebenarnya persiapan untuk ijtima ini memerlukan pengorbanan harta dan tenaga yang bukan sedikit. Kepada rakan-rakan seusaha sekalian. Sila-silalah untuk ringankan tulang sama-sama membantu membuat persiapan ijtima ini.

Muhammad Ishak Zaini

14 Mei 2012

23 Jamidul Akhir 1433H

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


aKu&hIduP: Sekitar bersih <b>di Kota Kinabalu</b>, Sabah

Posted: 29 Apr 2012 07:17 AM PDT














Dengar-dengar, BERSIH di Kota Kinabalu ni aman saja. Ok lah kalau aman kannn.. ohh ya, gambar-gambar ni pokcik edit sikit saje. Edit color dan lighting saja yang mampu, kehkehkeh... terima kasih sahabat FB Min Adzmin kerana sumbangan gambar-gambar ini..

p/s: tak ada satu pun baju color kuning pokcik =.='

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


KEPUTUSAN SARINGAN AKHIR MTQ <b>NEGERI SABAH</b> « ABU <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 08:39 AM PDT

Berbeza sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya, Majlis Saringan Akhir Qari-Qariah kali ini diadakan di Dewan Saadah Wisma MUIS dua hari berturut-turut  pada semalam dan hari ini dan berhampiran masa dengan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mei 2012 (khamis dan jumaat). Majlis kali ini menghimpunkan 36 qari qariah dari seluruh Sabah dan 3 daripada mereka menarik diri kerana uzur syarie.

Tahun lalu dan beberapa kali sebelumnya tilawah saringan akhir diadakan di Masjid Negeri Sabah sebulan sebelum tilawah negeri. Selain itu kali ini, tilawah saringan akhir memilih 10 qari dan qariah terbaik berbanding hanya 8 orang pada tahun-tahun lalu. Sementara di bilik penghakiman tingkat 5 Wisma MUIS, Ustaz Ibrahim Kisab Imam Besar Masjid Negeri Sabah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Haji Asmali Bachi yang kembali kerahmatullah awal tahun ini.

Selesai penghakiman, kami tidak lupa menghadiahkan al-fatihah kepada deretan para alim ulama yang pernah terlibat dalam penghakiman di majlis tilawah pelbagai peringkat di Sabah. Semoga Allah merahmati para tuan guru yang kami kasihi atas curahan ilmu yang mereka sampaikan antaranya Tuan Guru Datuk Haji Ahmad Othman, Datuk Haji Asmali Bachi, Ustaz Umar Sidik, Tuan Guru Ustaz Haji Muhammad Nawawi Muhammad, Ustaz Haji Nahar Mantamin, Ustaz Abdin Umar, Ustaz Zawawi Muhammad dan lain-lain yang telah mendahului kita.

Saringan Akhir – Komen Saya

Sesetengah qari dan qariah masih melakukan kesilapan mudah sehingga menyebabkan markah mereka dipotong. Antara perkara asas dalam bidang tajwid yang wajar diambil berat ialah  hukum-hukum mad (kerana ada lagi yang membaca mad asli lebih daripada 2 harakat), hukum ghunnah, sifat dan makhraj huruf seperti qalqalah, tafasyyi, hams dan lain-lain.

Dari segi peraturan penghakiman tilawah, markah penuh tajwid ialah sebanyak 40 markah, iaitu tertinggi berbanding tarannum (25 markah), fasohah (20 markah) dan suara (15 markah). Seorang qari dan qariah yang bijak patut mengambil kira perkara-perkara ini. Tarannum hendaklah menuruti tajwid, bukan tajwid yang menuruti tarannum. Jika tidak, akan berlakulah kadar ghunnah yang berlebihan atau kadar mad yang berlebihadan daripada yang sepatutnya.  Jika qari dan qariah boleh menjaga perkara seumpama ini, banyak markah mereka dapat diselamatkan.

Kami melihat persaingan yang sengit di kalangan qari kerana 10 peserta mendapat markah melebihi 70%, berbanding qariah, hanya seorang (johan yang memperolehi markah melebih 70%. Satu sisi yang lain, lebih separuh peserta adalah golongan muda, dengan harapan masa depan yang cerah untuk dunia majlis tilawah al-Quran khususnya di negeri Sabah.

10 peserta berikut akan bersaing pula dalam MTQ Peringkat Negeri Sabah :

QARI :

1. Mohd Raffe Ghalil Abbas  : 80.6%

2. Haji Abdullah Abdul Wahid : 79.1%

3. Mohd Syahriansyah Apin : 78.5 %

4. Saidin Haji Arpha : 75.8%

5. Abdul Basith Harisah : 75.8%

QARIAH :

1. Nurfatin Izzati Rablin :  79.6%

2. Soufiza Haji Mausin : 68.6%

3. Hajah Jalimah Muammat : 66.5%

4. Sharifah Raini Sh Doki : 65.3%

5. Saadah Johan : 65%

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved