ads

Khamis, 4 Julai 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 11:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar}: Tempat-tempat Menarik <b>di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 04:59 PM PDT

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Pada 24-25 Februari lalu saya berpeluang ke Sabah atau lokasi lebih tepat lagi ke daerah Kudat. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini dan kali pertama ke pekan Kudat. Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling Utara bagi negeri Sabah ini. Ia terletak lebih kurang 153km ke utara Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan kalian semua, ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo ini. Tempat yang dikenali dengan nama penghujung tanduk Borneo ini adalah Tanjung Simpang Mengayau atau The Tip of Borneo.
Jom kita layan sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Kudat :-
stand by to depart..masa ini masih berada di KLIA lagi ....tunggu pak pilot...tunggu saya hihihihh....

online check in boleh pilih seat..saya pilih antara seat paling hujung belah kiri sebelah tingkap..seat 24A .....economy class je tau..bisness mmg saya tak layak...hihihihhh...flight pukul 12 tengahari...

kira-kira jam 3.00 ptg kami sampai di airport, seorang sahabat telah menunggu saya di airport...sampai sahaja, terus beliau membawa kami solat jamak takhyir asar & zohor di masjid terapung Likas..masa tue, jam 3.45 dah masuk Asar...kemudian kami minum petang di situ dan meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat..jam 7.30 malam kami sampai di Kudat dan ketika itu sudah kedengaran azan Isyak...kami menginap di Hotel Ria, Kudat.
Itu adalah gambar pekan Kudat yang terdapat di hotel ini. Jelas kelihatan bahagian paling hujung dalam Kepulauan Borneo ini di gambar tersebut.
Gambar pekan Kudat. Jangan terkejut jika saya mengatakan gambar ini dirakam pada jam 6.30 pagi. Waktu itu pekan Kudat telah terang benderang.

Inilah gambar Hotel Ria, Kudat pada waktu siang. Saya boleh katakan hotel ini merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di pekan Kudat ini.

Ini merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan pekan Kudat dengan kawasan kampung yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu ini adalah pengangkutan awam. Saya ingat ia hanya membawa barang, rupanya ia membawa orang sekali....
Setelah urusan kerja saya selesai, saya sekali lagi dibawa oleh sahabat saya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke K. Kinabalu, kami dibawa oleh sahabat saya tadi ke The Tip of Borneo. Sila jangan terkejut kerana ia adalah jalan utama ke The Tip of Borneo tersebut...huhuhuhhh...

Walaupun jalan ke sana agak teruk, tetapi apabila sudah sampai ke tempatnya, suasana di situ teramatlah cantik dan nyaman.


Inilah tanda aras The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pada sesiapa yang telah dan akan ke Kudat, tetapi tidak ke sini saya boleh katakan kunjungan kalian tidak lengkap kerana inilah satu-satunya tempat paling hujung di Kepulauan Borneo.
Disini kalian boleh lihat dua laut bertemu iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu..Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.
                                     Dapat juga saya bergambar di penghujung Borneo ini.
Gambar di penanda aras di The Tip of Borneo @ Tanjong Simpang Mengayau..

Kemudian, setelah selesai kami bertolak semula ke K. Kinabalu. Sampai di KK, sebelum check in  hotel sahabat saya membawa kami makan malam dahulu di sebuah gerai makan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah 1Borneo...Lihat sotong itu, sangat besar kan huhuhuhh..

Itu sahaja catatan perjalanan saya sepanjang berada di Kudat. Entri akan datang saya akan ceritakan catatan perjalanan ke K. Kinabalu dan Beaufort. Ketika di K. Kinabalu lah pencerobohan Lahad Datu telah bermula....Jumpa lagi ye kawan2..Assalamualaikum

ZAKRI ALI: PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO <b>di Kudat</b>

Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT

SABAH: Tobat lahom media Umno nak siarkan fakta GEMPAR neh [Baca laa...]

Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMNO... ada IC dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kudat... siasat konspirasi ini dulu... baru terlerai segala masalah...

Sebab tu UMNO takut membawa isu Lahad Datu ini ke meja rundingan kerana takut rahsia konspirasi dan Sandiwara mereka terbongkar..

Maka UMNO adalah Pengkhianat Bangsa dan Negara..

*******************************


PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat

PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.
PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.

Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.~ SH

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kalau bukan KITA,SIAPA lagi: Kisah battle of the band <b>di Tawau</b>

Posted: 28 May 2013 09:15 AM PDT


Punya lama saya tak update dengan blog ini.Fuiyooooo, macam kena kasi abai sudah tau.Tapi,mau buat macamana jugak kan.Terlalu banyak perkara yangmau di buat.Inilah akibatnya.Kalau dulu setiap hari ada jak artikel saya buat.Tapi,indak apalah.Kali ini,saya nak berkongsi ceria mengenai Battle of the band yang berlngsung di Tawau minggu lepas.

Haaaa, memang terkejut juga bidal dapat maklumat 4-5 bulan lepas dari beberapa orang sahabat yang berada di Tawau.Dia bagi tau,dimana tak lama lagi tawau nak anjurkan battle.Dia cakap,ok kah?Hishhhh, siapalah saya mau jawab soalan tu kan.Perkara baik,mestilah diharapkan ok sahaja.

Seminggu sebelum battle, saya mendapat tugasan di daerah Tawau.Almaklumlah,dah krja kesana kesini sekitar Sabah.So,saya dapat peluang bersua muka dengan orang kuat disebalik penganjuran battle of the band di Tawau ini.

KELAB PEMUZIK 1 MALAYSIA TAWAU, adalah pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran battle of the band yang menjadi titik tolak kebangkitan semangat pemuzik pemuzik didaerah Tawau ini dan yang hampir dengannya.KP1MT dibawah pimpinan brader ASDAR telah memberanikan diri untuk mencari satu medium bagi belia belia Tawau dan juga tidak ketingga;an Beliau Beliau yang memang telah bergiat aktif dalam seni muzik ini.Jangan ingat usia mereka dah berstatus beliau,mereka tak hebat.Kalau di ikutkan dari segi tenaga atau showmanship,memang YA,mereka tak sehebat 20-30 tahun lalu.Tetapi, kalau di bandingkan pengalaman mereka,sudah tentu wang ringgit tak mampu dijadikan tukaran.

Pada mulanya, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mencari 20 buah kumpulan sahaja yang ada di Tawau (tertutup Tawau). Akan tetapi, disebabkan permintaan terlalu ramai dari luar Tawau, last minit,penganjur telah membuat keputusan untuk MEMBUKA kepada mana mana band sekitar Sabah.

Sewaktu dijemput hadir semasa mesyuarat penganjur 5 hari sebelum battle, beberapa AJK penganjur ada juga bertanyakan saya mengenai pengalaman melihat battle di Kota Kinabalu.Saya yang kurang arif ini hanya mampu berkongsi beberapa tips dan pengalaman sahaja.Selebihnya terpulang kepada penganjur untuk menilai baik buruk yang bakal berlaku.

Ternyata, persiapan rapi dari pihak penganjur membuatkan saya yakin dan teringin menghadiri acara selama 2 hari tersebut yang jatuh pada tanggal 25 & 26 May lepas Tetapi,apa kan daya.Dalam minggu tersebut saya terpaksa melaksanakan tugasan luar sehingga hari khamis malam.Memang ada kecewa sedikit sebab tak dapat nak lihat band band Tawau perfom.Almaklumlah, saya tak berapa kenal band band lama di Tawau ini.Yang saya kenal hanya band band baru yang terdiri dari kalangan belia belia muda.Serta beberapa rekoding studio.

Setelah melihat koleksi gambar gambar yang ada di laman page KP1MT,saya dah tahu bahawa event tersebut memang gempak dan havoc.Mana tidaknya, bukan setakat battle,pelbagai acara telah di aturkan untuk warga Tawau.Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Karaoke, booth jualan makanan serta pakaian dan maca macam lagi.

Kepada yang ingin melihat gambar gambar battle, anda boleh lihat di sini Tawau Fiesta 2013.Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada penganjur iaitu KP1MT atas kejayaan mengendalikan program ini.Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku mengenai ketidakpuashati peserta terhadap penjurian, ianya adalah asam garam dalam mana mana pertandingan.Sedangkan WORLD CUP pun ada protess, ini lagi battle yang macam ni kan..:)

Diharap, selepas ini, program ini dapat dimasukkan kedalam kalender tahunan Sabah dan sedikit sebanyak ianya dapat menjana sektor pelancongan di Tawau.Ianya dapat membuka peluang perniagaan kepada warga tawau sendiri selaian menikmati hiburan serta program yang bakal di laksanakan.

p/s
Insyallah, next time OnlineFM dapat berkolaborasi dalam menjayakan acara tahunan ini...:)

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


sabahkini.net: MISSION IMPOSSIBLE ARD <b>DI KOTA BELUD</b>?

Posted: 25 Jun 2013 06:36 AM PDT



Oleh : SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
KOTA BELUD : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bertekad membangunkan daerah Kota Belud secara menyeluruh untuk tempoh lima tahun mendatang berikutan keyakinan penduduk memberikan mandat kepadanya pada pilihan raya umum lepas.
Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata beliau sedang merancang projek-projek mega untuk meletakkan daerah itu berada di landasan yang betul bagi menikmati tahap pembangunan yang rancak sepanjang tempoh itu.
"Saya nampak masa depan yang cerah untuk membangunkan Kota Belud sedang berada dalam keadaan cukup bersedia yang kini berada di ambang pembangunan rancak bagi tempoh lima tahun ini," katanya kepada Bernama di sini.
Mengenai prospek pembangunan di Kota Belud yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, Abdul Rahman berkata beliau dan kerajaan negeri mempunyai wawasan yang jelas dalam meneruskan agenda pembangunan di daerah itu.
Katanya antara projek yang sedang dirancang ialah Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas di Teluk Usukan, projek Agropolitan Kota Belud-Pitas, projek perumahan rakyat, Kota Belud akan dikenali sebagai Jelapang Padi dan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300km yang akan melintasi kawasan Kota Belud.
Abdul Rahman berkata Teluk Usukan bakal muncul sebagai hab logistik baharu di rantau Asia Tenggara menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai pusat sokongan industri minyak dan gas.
Beliau berkata selain itu, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Petronas Asian Supply Base berkenaan akan mewujudkan sehingga 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.
Beliau mahu menumpukan usaha untuk meningkatkan penyertaan warga tempatan terutama golongan muda dalam aktiviti perindustrian minyak dan gas di Teluk Usukan.
"Ini akan membantu meningkatkan pendapatan, kemahiran serta kemampuan warga tempatan khususnya golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam industri minyak dan gas serta sektor berkaitan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta golongan muda agar bersedia untuk mempelajari dan mengikuti kursus berkaitan agar dapat menyumbang kepada pembangunan sektor itu yang akan berkembang pesat dalam tempoh tiga tahun lagi.
"Apa yang saya risaukan kini ialah tentang kesediaan golongan muda untuk menjadi modal insan kerana tiada guna kita mempunyai projek- projek mega yang sedang berjalan, tetapi siapa yang mendapat manfaat ialah penduduk luar Kota Belud (KB).
Persoalannya sekarang rakyat KB harus bersedia atau tidak kerana industri minyak dan gas secara teknikalnya mengambil kemahiran golongan itu yang harus bersedia sekarang dengan mengambil kursus-kursus berkaitan projek itu," katanya.
Justeru itu, katanya, beliau menerusi Pejabat Parlimen Kota Belud akan bekerjasama rapat dengan Petronas Asian Supply Base untuk mengenal pasti golongan muda yang layak untuk menceburi industri berkaitan itu.
Sebagai menteri bertanggungjawab dalam perumahan, beliau sedang mengenal pasti tapak lokasi sesuai untuk membina lebih banyak projek perumahan rakyat termasuk lebih 500 unit rumah di Sabah termasuk Kota Belud bagi memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan sederhana di negeri ini.
"Kementerian akan mempercepatkan pembikinan rumah-rumah mampu milik untuk semua rakyat Malaysia dan kami komited untuk memastikan projek-projek perumahan negara siap dengan jayanya terutama lebih banyak projek perumahan rakyat di negeri ini," katanya.
Mengenai Kota Belud yang akan muncul sebagai satu daripada empat kawasan jelapang padi baharu, beliau berkata perisytiharan jelapang padi di dalam Belanjawan 2013 itu akan meningkatkan sasaran lebih 10 tan metrik pengeluaran hasil padi sehektar yang dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.
Menurutnya perubahan pembangunan yang pesat termasuk soal kemudahan asas dan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, pasar tani baharu dan bekalan air bersih sejak beberapa tahun lepas cukup membuktikan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam membawa perubahan positif kepada rakyat Sabah.
Katanya kerajaan BN akan terus mengeluarkan rakyat daripada kancah kemiskinan dan yang paling utama menentang sebarang usaha yang dibuat oleh parti pembangkang yang hendak menimbulkan huru-hara di negara ini.
"Kami daripada Barisan Nasional menjanjikan lima tahun yang penuh gilang-gemilang kepada penduduk Kota Belud, dan sesungguhnya usaha kami dalam menbawa pembangunan di sini nyata dapat dinilai oleh rakyat sejak empat setengah tahun yang lepas," katanya.
Kota Belud yang terletak kira-kira 70 km dari Kota Kinabalu berada di unjuran kaki Gunung Kinabalu telah dipilih menjadi tuan rumah Pesta Kaamatan tahun ini yang juga menyaksikan pelancaran Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas Teluk Usukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Abdul Rahman, antara menteri baharu yang dilantik di dalam Kabinet Persekutuan, yang membariskan enam menteri dan empat timbalan menteri dari Sabah. (Bernama)

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Pencerobohan <b>Lahad Datu</b> Tiada Kaitan Tuntutan Sultan Sulu <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 05:09 AM PDT

KOTA KINABALU – Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sabah, tegas beliau, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.

"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.

"Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) sama ada benar pihak Sultan Sulu III menuntut hak ke atas negeri Sabah dan siapakah yang disyaki sebagai dalang penerobohan itu, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, di sini Selasa.

Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tentera Di Raja Kesultanan Sulu' yang dianggarkan seramai 200 orang dikesan menceroboh di Lahad Datu pada 9 Feb lepas.

"Dalang pencerobohan ini ialah Datu Agbi Muddin Datu Kiram dan Jamalullail Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.

"Dalam kejadian tersebut, pengganas-pengganas berkenaan enggan berundur dari kawasan yang dicerobohi. Dengan itu pasukan keselamatan telah melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh dari Sulu tersebut pada 5 Mac," katanya.

Beliau berkata pertempuran itu menyebabkan seramai 80 orang terkorban, termasuk lapan anggota polis dan dua tentera Malaysia serta memaksa penduduk kampung meninggalkan rumah kediaman mereka.

Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.

Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Ketua menteri berkata antara aspek utama yang dipertanggungjawabkan kepada ESSCOM ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan Perairan Pantai Timur Sabah selain meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Musa berkata 10 daerah diwartakan sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya ESSCOM kini berada di landasan yang betul dan mampu bergerak seiring dengan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.

Justeru, visi ESSCOM adalah untuk menjadi peneraju kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah menjelang tahun 2017, katanya.

Beliau berkata ini termasuk mengekal dan meningkatkan aktiviti keselamatan di Kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman musuh.

Ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam membantu memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat, katanya.

Selain itu, Musa berkata ESSCOM juga bermatlamat untuk memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia secara amnya dan di kawasan Timur secara khususnya, memastikan kesejahteraan penduduk terutama dalam menjaga kesihatan awam di kawasan yang terlibat.

Penubuhan ESSCOM turut memastikan anggota masyarakat bebas untuk membuat perjalanan di kawasan Pantai Timur Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi orang yang menduduki tanah atau premis secara tidak sah di dalam kawasan berkenaan.

Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.

Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Sejak penubuhannya, pelbagai aktiviti dijalankan oleh ESSCOM, antaranya mengadakan pelbagai mesyuarat dan pemantauan terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menempatkan dua pegawai kanan ESSCOM di kesemua 10 daerah yang diwartakan sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya pihak ESSCOM berusaha mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan dan aset bagi menghadapi sebarang anaman di masa hadapan. Kesemua agensi keselamatan dan penguatkuasaan akan berusaha untuk memastikan peristiwa yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu tidak akan berulang.

Musa berkata kerajaan telah mengambil pelbagai yang wajar ke arah mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menempatkan aset pasukan keselamatan di bawah ESSCOM.

Sehubungan itu, katanya, lima batalion akan ditempatkan di Kawasan Pantai Timur Sabah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerajaan masih meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan kesemua lima batalion tersebut. Pada masa kini, pembinaan kabin khususnya bagi ibu pejabat ESSCOM dan beberapa balai polis hanya bersifat sementara.

"Di samping itu, kerajaan juga prihatin terhadap kebajikan penduduk kampung yang terlibat semasa penerobohan tersebut. Justeru, kerajaan mempunyai dua cadangan bagi penempatan semula kampung di Tajung Batu dan kampung di Tanjung Labian yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas baru-baru ini," katanya.

Bagi penduduk kampung di Tanjung Batu, Musa berkata penempatan kampung berkenaan sedang dalam proses pembinaan di atas Tanah Cadangan Simpanan Kampung Tanjung Batu yang berkeluasan 6.1 hektar, melibatkan pembinaan 25 buah rumah baharu.

"Empat daripada rumah tersebut dibina di atas tanah bergeran, manakala sebanyak 21 buah rumah lagi dibina di atas tanah kerajaan negeri. Pada ketika ini, projek pembinaan rumah-rumah tersebut telahpun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2013," katanya.

Beliau berkata bagi cadangan penempatan penduduk kampung di Tanjung Labian, penempatan akan dibina di atas Tanah Simpanan Rancangan Penempatan daerah Lahad Datu iaitu Kampung Tenagian, melibatkan pembinaan sejumlah 52 buah rumah baharu.

Kebenaran bagi memasuki dan memulakan pembinaan telahpun diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Ukur tetapi proses bagi menentukan sempadan masih belum diputuskan oleh Juruukur Daerah, katanya.

Sementara itu, sejumlah 106 rumah yang rosak semasa insiden tersebut telah dibaiki sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Giat Mara dan Felcra Sdn Bhd.

Berikutan pencerobohan itu, Musa berkata seramai 31 orang telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca dan dalang dalam pencerobohan itu.

Beliau berkata ketika ini tahap keselamatan di Sabah khususnya di daerah di bawah liputan ESSCOM adalah terkawal, dan sehingga kini, tidak ada insiden pencerobohan baru yang dilaporkan.

Bagaimanapun, Musa berkata ESSCOM sentiasa memantau perkembangan keselamatan terutama di Kawasan Pantai Timur Sabah dan menegaskan agensi keselamatan termasuk ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa membantu dan akan bertindak sekiranya terdapat sebarang ancaman baharu ke atas keselamatan Sabah – bernama

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


13/06/2013: Pusat Kraftangan Sabah <b>di Keningau</b> giat laksanakan <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 02:30 AM PDT

Pusat Kraftangan Sabah di Keningau yang dibuka sejak akhir 2011 memberi peluang kepada generasi muda mempelajari cara pembuatan kraftangan tempatan.

Menurut jurulatih pertukangan kayu dan ukiran di pusat tersebut, Sylvister Ikun, latihan kemahiran bagi mempelajari pelbagai jenis kraftangan itu dikendalikan tenaga pengajar berpengalaman.

Beliau menggesa lebih ramai belia khususnya di kawasan sekitar Keningau dan Tenom agar tampil mengikuti latihan yang diberikan secara percuma.

Antara latihan yang disediakan di pusat tersebut ialah ukiran batu, seni anyaman dan kraftangan, seni pertukangan kayu dan ukiran, lukisan batik Sabah serta jahitan.

Pusat Kraftangan Sabah yang benilai 30-juta ringgit itu merupakan pusat sehenti bagi latihan dan pemasaran produk kraftangan, selain memajukan kemahiran keusahawanan dalam kalangan penduduk tempatan.

Rtka/Rtka (salma/artika/cov)

~mfja~

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 09:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2013 09:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 09:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2013 09:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 09:48 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DEMI MENEGAKKAN KEADILAN : Klinik <b>Nabawan</b> janji 1999,Janji <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 12:21 AM PDT

by Mohd Haizuren Abdullah 
 
Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut

"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."

Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.

Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..

(Keluhan seorang penduduk Nabawan)

PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 09:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KDM M&#39;sia Idol ditangguh, beri laluan kepada PRU-13 | Z-o-o-m!

Posted: 11 Apr 2013 11:35 PM PDT

Boyd PV
boyd_pv@myyzoom.com

734452_436243633113269_694013797_nPERJALANAN program realiti KDM Malaysia Idol ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua juri program berkenaan, Asmin Mudin, juga memberitahu uji bakat di Kota Marudu dibatalkan.

Ini bermakna jelajah untuk mencari peserta Top 50 sudahpun berakhir dengan berlangsungnya uji bakat di Nabawan pada 3 April lalu.

Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai uji bakat di 10 lokasi ialah 695.

"Selepas ini kami akan menilai semula persembahan 78 peserta yang telah kami berikan kad hijau sepanjang jelajah itu berlangsung," kata Asmin kepada Hiburan Ekspres.

Apabila program itu diteruskan kelak, kami akan umumkan siapa di antara 78 peserta itu yang akan berada dalam senarai Top 50, tambahnya.

Berdasarkan makluman awal pihak juri, mana-mana peserta yang berjaya mendapat tiga kad hijau sebanyak empat kali, mereka tidak perlu risau kerana tempat mereka telahpun disahkan dalam kelompok 50 terbaik itu.

Kecuali berlaku perubahan, adalah selamat untuk mengatakan bahawa setakat ini 11 orang telahpun mengesahkan tempat mereka dalam senarai Top 50 setelah kesemuanya memenuhi kriteria itu.

Maka, persaingan sebenar sekarang ini adalah baki 67 peserta lagi yang mana sembilan daripada mereka mendapat tiga kad hijau sebanyak tiga kali, 17 mendapat tiga kad hijau sebanyak dua kali dan 41 peserta mendapat tiga kad hijau sekali.

Asmin

Asmin

"Kami ucapkan syabas kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran kami untuk menyertai uji bakat baik yang berada dalam senarai awal Top 50 mahupun mereka yang tidak terpilih ke dalam senarai itu," kata Asmin.

Ketika jelajah uji bakat terakhir di Nabawan, 37 peserta berjaya menempatkan diri dalam senarai awal Top 50.

Mereka ialah Brenda Anura Lundo Jamin, berumur 19 tahun dari Kudat, Mamat San Ambu (25, Tenom), Edvilito Edward (19, Tenom), Rayon Sitim (16, Tuaran), Sarma Sitim (22, Tuaran), Deffny Pearl Tanggar (24, Tuaran), Azera Jeikin (22, Ranau), Heevine Maria Singlee (20, Telipok), Edwin Sintiu (23, Beaufort) dan Eusebius Eyahing (29, Kota Kinabalu).

Sepuluh orang lagi ialah Andrew Poninting (45, Penampang), Christopher Simon (20, Tambunan), Suzie Peter (29, Tambunan), Ndey Brendon Nain (19, Kudat), Chudin Ansut (44, Tenom), Ranjit Rasid (38, Tenom), Yeltsin Sundang (18, Nabawan), Benzie Peter (27, Tambunan), Azlee Mualip (28, Kudat) dan Khadizah Wati Gumilin (26, Keningau).

Peserta lain ialah Donny Gilbert Matawas (27, Tenom), Emmy Elias (34, Nabawan), Jenny Gaising (29, Penampang), Johnnetry Pingut (43, Paitan), Aslimah Sawang (26, Beluran), Sartinie Ami (26, Nabawan), Alex Angkaus (39, Nabawan), Afiezal Fahmi Inggu @ Amir (19, Nabawan), Rushdy Raphael (23, Keningau) dan Mary @ Norasiah Intiang (45, Tuaran).

Kelompok terakhir ialah Lindra Sylvia Selvister (25, Tuaran), Idzzan Dzuzailah Azamain (21 Ranau), Julli U. Justin (28, Nabawan), Zilamaria Juhara (26, Tenom), Rayner Longpin (24, Tenom), Jessica Joseph (22, Penampang) dan Mazeri Kulandu (26, Kota Kinabalu).

Sepanjang siri jelajah itu berlangsung, beberapa artis rakaman dan bekas peserta program realiti TV turut menyahut cabaran tetapi kejutan paling manis ialah penyertaan seorang remaja berbangsa Cina tulen dari Lawas, Sarawak, Lauridson Liaw Fu Kang.

Lauridson Liaw

Lauridson Liaw

Kemampuan peserta berumur 17 tahun ini menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun menarik perhatian bukan sahaja juri tetapi rakan-rakan peserta dan penonton.

Dalam komennya, Betsy Michael dilaporkan berkata: "Kemampuan Lauridson Liaw Fu Kang menyanyikan sebuah lagu Dusun dengan baik dengan intonasi dan sebutan yang betul menambat hati pengadil dan penonton."

Debaran sekarang ini adalah untuk mengetahui peserta mana yang akan berada dalam kelompok 50 terbaik yang akan mengikuti satu modul pembelajaran selama enam minggu di lokasi yang akan dimuktamadkan kemudian.

KDM Malaysia Idol menawarkan hadiah keseluruhan RM235,000 dengan sang juara bakal membawa pulang RM100,000, pemenang tempat kedua (RM50,000), pemenang tempat ketiga RM30,000 dan tempat keempat RM15,000.

Pemenang tempat kelima hingga ke lapan bakal menerima RM10,000 setiap seorang.
Uji bakat program anjuran KDM Malaysia itu yang dimulakan sejak Januari lepas telah berkunjung ke 10 lokasi iaitu di Menggatal, Telupid, Tenom, Keningau, Ranau, Pitas, Tuaran, Beaufort, Penampang dan Nabawan.

Uji bakat yang dijadualkan di Papar dan Kota Marudu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

KDM Malaysia Idol disasarkan untuk mencungkil bakat terbaik bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi juga mereka yang mempunyai pengetahuan luas dan mendalam dalam isu-isu berkaitan sosio-ekonomi, politik, budaya, sains dan teknologi serta alam sekitar.

Ia juga disasarkan untuk melahirkan idola yang mempunyai keperibadian seimbang dan boleh dijadikan contoh kepada semua anak muda lain.

Terbuka kepada penyanyi amatur dan mereka yang sudah pernah merakam album, peserta haruslah seorang warganegara Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan berumur antara 15 dan 45 tahun dan boleh menyanyikan sebarang lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut.

Program berkenaan akan disiarkan secara langsung di kaca TV di mana kemuncaknya dijadualkan berlangsung Mei ini.

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 09:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 09:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UPKR N.37 SOOK: Balai bomba perlu dibina <b>di Nabawan</b>

Posted: 20 Aug 2010 07:48 PM PDT


marcus Mojigoh (kiri) menerima surat memorandum lesen Kelas F daripada wakil syarikat Kharsani Welder Technology & Services (KWTS) semasa mengadakan lawatan di Putatan, semalam.
NABAWAN 20 Ogos – Kerajaan diminta mewujudkan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini bagi meningkatkan tahap pengawalan kebakaran sekali gus menyelamatkan harta benda dan nyawa penduduk di sini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi membina sebuah balai bomba di daerah itu.

"Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini penting bagi membolehkan pengawalan kebakaran dapat dijalankan dengan cepat.

"Jadi saya berharap agar sebuah Balai Bomba dan Penyelamat dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan datang jika ia tidak tersenarai dalam RMK-9," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan pakaian dan jentera pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, Ariffin Haris; Pegawai Daerah Nabawan, Bubudan Majalu dan Pemangku Penguasa Bomba Dan Penyelamat Bahagian Keningau, Mausi Sitim.

Pada majlis itu Bobbey turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan.

Menurut beliau, pada masa ini kes kebakaran di daerah ini hanya bergantung kepada balai bomba daerah Keningau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Nabawan menyebabkan terdapat kelewatan dalam mengawal kebakaran.

Sementara itu, beliau berharap ahli-ahli Bomba Sukarela di daerah ini dapat menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan latihan yang diberikan.

Selain itu, katanya, beliau juga berharap bomba sukarela di daerah ini sentiasa aktif dan menambah lebih ramai keahlian.

"Sehubungan itu, saya meminta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini menguar-uarkan kepada kakitangan masing-masing agar mereka menyertai Bomba Sukarela," katanya.

Pembangunan Pekan Baru <b>Nabawan</b>: Tapak 200 ekar akan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 10:10 AM PDT

NABAWAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah bersetuju menyediakan kawasan seluas kira-kira 200 ekar untuk tapak pembangunan pekan baharu daerah Nabawan.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey A. Suan berkata, kementerian berkenaan telah menimbang untuk menyediakan kawasan itu bagi mengatasi masalah pembangunan pekan baru di daerah ini yang tidak dapat dilaksanakan atas faktor keluasan yang tidak mencukupi.
Katanya, sebelum ini perancangan pembangunan pekan baru telah dikemukakan kepada pemaju tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana keluasan kawasan yang dicadangkan tidak mencukupi.
"Ini kerana kawasan yang telah dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kebanyakannya telah dipohon oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan di daerah ini" katanya semasa berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan di sini pada Isnin.
Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan berkata, kawasan bagi pembangunan yang terancang memerlukan kawasan yang luas bagi membolehkan pemaju akan melaksanakan pembangunan berpakej.
"Dalam pembangunan pekan yang terancang, ia membabitkan pembinaan bangunan kedai komersial, perumahan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan," jelasnya.
Justeru itu katanya,kawasan yang luas adalah lebih sesuai dibangunkan bagi tempoh jangka panjang pembangunan sesebuah pekan.
Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menyediakan tapak dan terserahlah kepada Majlis Daerah Nabawan untuk merancang pembangunan pekan baru itu nanti.
Dalam masa yang sama Bobbey menasihatkan supaya Ahli-Ahli Majlis yang telah dilantik menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur.
Katanya, jalankan tugas degan penuh komitmen mengikut termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat ahli jawatankuasa kecil selain mesyuarat penuh.
"Kehadiran dalam mana-masa mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat penuh amat penting bagi mengelakkan korum tidak cukup dalam mesyuarat. Jika mesyuarat tidak cukup korum dalam mesyuarat ia boleh membantutkan perancangan Majlis Daerah," tegasnya.
Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu yang juga Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Rizal Maulah dan ketua-ketua jabatan.
Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan yang mengangkat sumpah pada majlis itu terdiri dari Ahuar Rasam, Jubilin Kilan, Mohd. Hanafi Ansaom Putiang, Barahim Andipoh, Suhailin Hj. Arshad Maning Ambikin, Maturin Hj. Hasbollah, Williamson Kunum, Marutin Ansiung, Paul Yambak, Puan Beaty Goh, Jainip Antaim, Ahmad Adini Angilas dan Steven Lewin.

Kejadian-kejadian aneh <b>di Nabawan</b>, Sabah - blog rasmi djkc <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 08:32 AM PST


Saya peminat setia MJ12 dari JB. Saya tak pernah mengalami kisah aneh, misteri dan seram tetapi kisah ini adalah kali pertama berlaku pada saya dan saya harap ini adalah kali yang terakhir... Cerita ini agak panjang jadi kalau boleh pendekkan, silakanlah.

Peristiwa ini baru saja berlaku pada malam tahun baru. Saya bersama adik kembar lelaki saya telah ke Sabah atas satu urusan. Dari Kota Kinabalu (KK) kami menyewa sebuah kereta menuju ke sebuah daerah pendalaman di Sabah bernama Nabawan. Cubalah pendengar semua mencari di ruang siber dan cari di mana letaknya daerah Nabawan di Sabah kerana itulah yang kami lakukan sebelum bertolak. Hakikatnya ini kali pertama kami memandu di Sabah dan kali pertama kami ke Nabawan. Adik kembar saya jenis pemandu tegar. Setiap pelusuk Semenanjung Malaysia telah mereka jejaki dan mereka memang gila memandu. Sebab itulah mereka sanggup menyewa kereta dan memandu sendiri menuju ke Nabawan. 

Mereka pernah memandu dalam semua keadaan, pagi petang, tengah malam, awal pagi, ribut taufan dan apa sahaja bentuk muka bumi semua mereka pernah jejaki. Memandu ke Nabawan adalah satu pengalaman baru untuk mereka kerana jalan yang kami lalui adalah jalan di lereng-lereng gunung-ganang yang membentuk banjaran Croker. Pemandangannya sangat indah kerana kami melalui celah-celah kepulan awan. Kereta yang berselisih dengan kami yang menggunakan jalan itu boleh dikira dengan jari.


Berbalik kepada cerita saya tadi, kami ke Nabawan sebanyak dua kali iaitu hari pertama bertolak ke Nabawan dan malamnya pulang semula ke KK. Dan hari kedua pergi lagi ke Nabawan dan malamnya pulang semula ke KK. Maknanya kami melalui jalan yang sama sebanyak empat kali. Sebagai pemandu tegar yang melalui jalan yang sama lebih dari sekali menyebabkan adik-adik kembar saya boleh menghafal setiap laluan dan apa yang ada di kiri kanan jalan. Di mana kawasan rumah, kawasan hutan, selekoh2 tajam, bukit yang tinggi, kawasan gaung dan laluan turun bukit. Kami tidak mengalami masalah dalam perjalanan pertama, kedua dan ketiga tetapi pada perjalanan terakhir menuju semula ke KK, kembara kami benar-benar diuji...

Nama pun laluan lereng gunung, jadi jalannya mestilah penuh dengan selekoh tajam dan menurun kawasan gunung. Adik saya memandu agak laju (100km/j) walaupun laluan agak merbahaya sebabnya adalah kerana sudah terlalu lewat malam iaitu hampir 11 malam. Kami perlu segera sampai di KK. Sepanjang sejam perjalanan tiada sebuah kereta pun yang kelihatan kecuali tiba-tiba kami ternampak sebuah kereta di hadapan kami yang menuju ke arah yang sama. Kereta tersebut sejenis lori jenis lama dan saya masih ingat lagi nombor pendaftarannya. Kereta tersebut kelihatan terhoyong-hayang. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan dipandu dengan sangat perlahan. Apabila adik saya cuba memotong, dia melajukan kenderaannya. Bila adik saya tak nak memotong dia memperlahankan kenderaannya sehingga 30km/j dan menyebabkan adik saya naik angin. Seorang lagi adik saya cuba menyabarkan kembarnya dan mengingatkan yang ini adalah tempat orang. Mungkin pemandu itu baru pulang dari parti tahun baru dan berada dalam keadaan mabuk.  Apabila ada kesempatan adik saya akhirnya dapat juga memotong lori tersebut. Saya cuba melihat ke arah pemandunya tetapi keadaan terlalu gelap. Yang ada cuma lampu dari kereta kami dan lampu malap dari lori tersebut.

Setengah jam selepas memotong lori tersebut dan meninggalkannya jauh ke belakang sehingga tidak kelihatan lagi, tiba-tiba kami diterpa keanehan. Walaupun keadaan cuaca gelap, kami tahu yang kami sedang melalui lereng gunung jadi di sebelah kanan kami adalah tebing batu tinggi dan di sebelah kiri ialah gaung curam yang sudutnya hampir 90 darjah. Tidak jauh di hadapan kami ternampak satu jalan susur ke kiri. Aneh, kiri kan gaung? Adik saya yang memandu bersuara, "Eh, tiga kali lalu jalan ni, aku tak pernah perasan pula ada susur kiri kat sini. Memang ada ke?" Abang kembar dia menjawab, "Mana ada susur kiri sebelum ni? Jalan ni kan sebatang je? Mana ada simpang? Lagipun bawah tu kan gaung?" Mendengar saja jawapannya, dada saya berdebar. Kalau ada susur kiri patutnya ada papan tanda menunjukkan jalan menuju ke mana. Ini, apa-apa pun tiada. Jalan itu seperti jalan yang baru di tar dan garisan putihnya masih memancar lagi. Ketika saya menjenguk ke jalan itu, saya tak nampak di mana penghujungnya kerana gelap dan yang saya nampak hanyalah bayang-bayang pokok di bawah gaung sana. Kalaulah jalan itu benar-benar wujud, tak mengapalah. Tapi bagaimana pula kalau jalan itu memang tak pernah wujud dan ada kereta yang memasuki susur kiri? Fikir-fikirkanlah...

Adik saya memecut lagi kereta sehingga kami bertemu sebuah kereta di hadapan kami. Belum habis debar tadi tiba-tiba adik saya terjerit dan beristighfar, kenderaan di hadapan kami adalah lori yang kami potong dua jam awal tadi. Macamana dia ada di hadapan kami semula? Lori yang sama, nombor pendaftaran yang sama dan masih dipandu dalam kadaan yang sama. Waktu itu saya rasa seperti hendak menangis. Beginilah rupanya perasaan orang yang berada dalam ketakutan yang amat sangat. Saya memegang bahu adik, cuba meneramkannya manakala abang kembarnya yang tidak memandu mula membaca Ayatul Kursi dengan suara yang kuat, saya risau kalau adik saya yang memandu itu panik dan itu boleh membahayakan nyawa kami bertiga. Saya rasa lori itu memang betul2 mahu mengganggu kami dan kalau kami hilang pertimbangan mungkin kemalangan akan berlaku.

Dengan suara yang perlahan dan yakin, adik yang memandu mengarahkan abangnya melaungkan azan dan dengan satu pecutan akhirnya kami sekali lagi berjaya memotong lori tersebut. Aneh, sebaik sahaja berjaya memotong, lampu dari lori tersebut terus hilang dari pandanagn cermin sisi kereta. Seolah-olah ia hilang begitu sahaja. Seram. Kami potong lori itu dua jam yang lalu. Macamana ia boleh berada di hadapan kami semula? Ada jalan potong ke di lereng gunung ni? Kalau ada kami tak nampak simpang pun kecuali susur kiri ke gaung yang mencurigakan itu. Dan kenapa lampu lori dimatikan sebaik sahaja kami memotong? Kami tak dapat pastikan kerana keadaan terlalu gelap. Kalaulah ia muncul lagi di hadapan kami, saya tak tahu di mana pengakhiran kembara kami malam itu. Mungkin ia takkan puas hati selagi kami tak tersasar masuk ke gaung atau menghentam tebing batu gunung di sebelah kanan jalan.

Tiga jam perjalanan kami lalui dengan tenang. Debar di dada semakin berkurangan. Kami mula berbual seperti biasa setelah kejadian mendebarkan tadi. Lebih-lebih lagi, kurang lebih 15 batu lagi kami akan melalui kawasan penempatan penduduk asli. Itulah kampung pertama yang kami lalui setelah hampir 6 jam perjalanan. Kawasan di situ agak terang dengan lampu jalan. Sebelum memasuki kawasan tersebut, kami perlu melalui tiga selekoh terakhir menuruni gunung. Di kiri kanan jalan dipenuhi pokok-pokok besar dan gaung di sebelah kiri tidaklah terlalu curam seperti awal perjalanan tadi. Pokok-pokok besar di kiri kanan jalan mempunyai dahan yang banyak dan menganjur ke jalan. Gabungan dari dahan dan daun-daun pokok di kiri kanan itu membentuk kanopi jalan yang sangat cantik tetapi tidak di waktu malam lebih-lebih lagi pada awal pagi sebegini. Di awal perjalanan, adik saya menggunakan lampu tinggi dan ia hanya direndahkan apabila bertemu dengan lori yang aneh tadi. Jadi sepanjang perjalanan kami menggunakan lampu tinggi. 

Apabila kami menuruni selekoh terakhir, lampu kereta kami menyuluh tepat ke hadapan dan dari kedudukan kami yang tinggi, lampu itu menyuluh ke arah rimbunan dahan yang membentuk kanopi jalan. Ya Allah, tahu tak apa yang kami nampak? Di bahagian atas dahan kami ternampak sesuatu seperti terikat di dahan, dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke bawah (jalan yang kami akan lalu). Susuk tubuh yang dibaluti kain putih, dikafan seperti mayat. Mungkin itu yang dipanggil Pocong tapi yang kami nampak dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke jalan.

Ketiga-tiga kami terdiam terkaku. Saya memang tak berani toleh ke belakang, lutut saya bergetar, bulu roma saya meremang, peluh menitis-nitis keluar walaupun keadaan sangat sejuk. Dan itulah juga yang dialami oleh kedua-dua orang adik saya. Perlahan-lahan adik saya yang memandu mengadu, "Kak, kaki aku kebas. Aku tak dapat rasa 'pedal brake'". Kereta kami hampir terbabas. Sekali lagi adik saya melaungkan azan untuk meneneramkan kembarnya yang sedang memandu. Keadaan sangat sunyi kecuali suara azan yang  kedengaran. Laungan azan berulang-ulang kali itu berhenti apabila kami memasuki kawasan perkampungan orang asli. Walaupun kawasan itu lebih kurang sama sahaja seramnya kerana rumah di situ jarak-jarak, sekurang-kurangnya kawasannya terang dengan lampu jalan. Dan yang penting sekali, kami selamat.

Itulah peristiwa terakhir yang kami lalui sebelum sampai semula ke KK. Kain kafan di bahagian kepala pocong yang terbuai-buai di tiup angin, lori aneh dan laluan susur kiri yang mencurigakan itu masih lagi tebayang2 di mata saya. Sehingga kini saya masih lagi tidur tanpa mematikan lampu kerana bayang-bayangan itu masih lagi menghantui saya sehingga kini.

p/s Seorang teman saya yang berasal dari Sabah terkejut apabila mengetahui kami memandu ke Nabawan melalui jalan itu kerana menurutnya jalan tersebut sangat angker dan misteri kerana terlalu banyak kejadian aneh berlaku dengan kemalangan yang mengerikan. Dia menganggap kami sangat berani kerana melakukannya.

Sekian, selamat tengah malam...
Asyikin, Ulu Tiram, Johor

Klinik <b>Nabawan</b> janji 1999,Janji ditepati tak leh pakai UMNO/BN

Posted: 04 Apr 2013 12:21 AM PDT

by Mohd Haizuren Abdullah 
 
Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut

"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."

Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.

Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..

(Keluhan seorang penduduk Nabawan)

PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Feb 2013 09:48 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Peruntukan RM10 Juta Untuk Sekolah-sekolah Sabah - Tv3

Posted: 22 Feb 2013 10:21 PM PST

23/02/2013 14:21:00

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membaikpulih sekolah-sekolah di Sabah dan RM5 juta lagi untuk membina sebuah pusat riadah dan sukan di daerah Pensiangan.

Kerajaan katanya, amat prihatin dengan kebajikan pelajar di luar bandar termasuk di Pensiangan yang mempunyai generasi muda yang ramai.

Peruntukan itu diumumkan pada Majlis Bersama Rakyat Pensiangan di Nabawan, pagi tadi.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved