ads

Isnin, 15 April 2013

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


KDM M'sia Idol ditangguh, beri laluan kepada PRU-13 | Z-o-o-m!

Posted: 11 Apr 2013 11:35 PM PDT

Boyd PV
boyd_pv@myyzoom.com

734452_436243633113269_694013797_nPERJALANAN program realiti KDM Malaysia Idol ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua juri program berkenaan, Asmin Mudin, juga memberitahu uji bakat di Kota Marudu dibatalkan.

Ini bermakna jelajah untuk mencari peserta Top 50 sudahpun berakhir dengan berlangsungnya uji bakat di Nabawan pada 3 April lalu.

Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai uji bakat di 10 lokasi ialah 695.

"Selepas ini kami akan menilai semula persembahan 78 peserta yang telah kami berikan kad hijau sepanjang jelajah itu berlangsung," kata Asmin kepada Hiburan Ekspres.

Apabila program itu diteruskan kelak, kami akan umumkan siapa di antara 78 peserta itu yang akan berada dalam senarai Top 50, tambahnya.

Berdasarkan makluman awal pihak juri, mana-mana peserta yang berjaya mendapat tiga kad hijau sebanyak empat kali, mereka tidak perlu risau kerana tempat mereka telahpun disahkan dalam kelompok 50 terbaik itu.

Kecuali berlaku perubahan, adalah selamat untuk mengatakan bahawa setakat ini 11 orang telahpun mengesahkan tempat mereka dalam senarai Top 50 setelah kesemuanya memenuhi kriteria itu.

Maka, persaingan sebenar sekarang ini adalah baki 67 peserta lagi yang mana sembilan daripada mereka mendapat tiga kad hijau sebanyak tiga kali, 17 mendapat tiga kad hijau sebanyak dua kali dan 41 peserta mendapat tiga kad hijau sekali.

Asmin

Asmin

"Kami ucapkan syabas kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran kami untuk menyertai uji bakat baik yang berada dalam senarai awal Top 50 mahupun mereka yang tidak terpilih ke dalam senarai itu," kata Asmin.

Ketika jelajah uji bakat terakhir di Nabawan, 37 peserta berjaya menempatkan diri dalam senarai awal Top 50.

Mereka ialah Brenda Anura Lundo Jamin, berumur 19 tahun dari Kudat, Mamat San Ambu (25, Tenom), Edvilito Edward (19, Tenom), Rayon Sitim (16, Tuaran), Sarma Sitim (22, Tuaran), Deffny Pearl Tanggar (24, Tuaran), Azera Jeikin (22, Ranau), Heevine Maria Singlee (20, Telipok), Edwin Sintiu (23, Beaufort) dan Eusebius Eyahing (29, Kota Kinabalu).

Sepuluh orang lagi ialah Andrew Poninting (45, Penampang), Christopher Simon (20, Tambunan), Suzie Peter (29, Tambunan), Ndey Brendon Nain (19, Kudat), Chudin Ansut (44, Tenom), Ranjit Rasid (38, Tenom), Yeltsin Sundang (18, Nabawan), Benzie Peter (27, Tambunan), Azlee Mualip (28, Kudat) dan Khadizah Wati Gumilin (26, Keningau).

Peserta lain ialah Donny Gilbert Matawas (27, Tenom), Emmy Elias (34, Nabawan), Jenny Gaising (29, Penampang), Johnnetry Pingut (43, Paitan), Aslimah Sawang (26, Beluran), Sartinie Ami (26, Nabawan), Alex Angkaus (39, Nabawan), Afiezal Fahmi Inggu @ Amir (19, Nabawan), Rushdy Raphael (23, Keningau) dan Mary @ Norasiah Intiang (45, Tuaran).

Kelompok terakhir ialah Lindra Sylvia Selvister (25, Tuaran), Idzzan Dzuzailah Azamain (21 Ranau), Julli U. Justin (28, Nabawan), Zilamaria Juhara (26, Tenom), Rayner Longpin (24, Tenom), Jessica Joseph (22, Penampang) dan Mazeri Kulandu (26, Kota Kinabalu).

Sepanjang siri jelajah itu berlangsung, beberapa artis rakaman dan bekas peserta program realiti TV turut menyahut cabaran tetapi kejutan paling manis ialah penyertaan seorang remaja berbangsa Cina tulen dari Lawas, Sarawak, Lauridson Liaw Fu Kang.

Lauridson Liaw

Lauridson Liaw

Kemampuan peserta berumur 17 tahun ini menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun menarik perhatian bukan sahaja juri tetapi rakan-rakan peserta dan penonton.

Dalam komennya, Betsy Michael dilaporkan berkata: "Kemampuan Lauridson Liaw Fu Kang menyanyikan sebuah lagu Dusun dengan baik dengan intonasi dan sebutan yang betul menambat hati pengadil dan penonton."

Debaran sekarang ini adalah untuk mengetahui peserta mana yang akan berada dalam kelompok 50 terbaik yang akan mengikuti satu modul pembelajaran selama enam minggu di lokasi yang akan dimuktamadkan kemudian.

KDM Malaysia Idol menawarkan hadiah keseluruhan RM235,000 dengan sang juara bakal membawa pulang RM100,000, pemenang tempat kedua (RM50,000), pemenang tempat ketiga RM30,000 dan tempat keempat RM15,000.

Pemenang tempat kelima hingga ke lapan bakal menerima RM10,000 setiap seorang.
Uji bakat program anjuran KDM Malaysia itu yang dimulakan sejak Januari lepas telah berkunjung ke 10 lokasi iaitu di Menggatal, Telupid, Tenom, Keningau, Ranau, Pitas, Tuaran, Beaufort, Penampang dan Nabawan.

Uji bakat yang dijadualkan di Papar dan Kota Marudu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

KDM Malaysia Idol disasarkan untuk mencungkil bakat terbaik bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi juga mereka yang mempunyai pengetahuan luas dan mendalam dalam isu-isu berkaitan sosio-ekonomi, politik, budaya, sains dan teknologi serta alam sekitar.

Ia juga disasarkan untuk melahirkan idola yang mempunyai keperibadian seimbang dan boleh dijadikan contoh kepada semua anak muda lain.

Terbuka kepada penyanyi amatur dan mereka yang sudah pernah merakam album, peserta haruslah seorang warganegara Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan berumur antara 15 dan 45 tahun dan boleh menyanyikan sebarang lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut.

Program berkenaan akan disiarkan secara langsung di kaca TV di mana kemuncaknya dijadualkan berlangsung Mei ini.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved