ads

Sabtu, 4 Mei 2013

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Polis nafi ainaya pendatang Filipina <b>di Sandakan</b> - Harakahdaily

Posted: 09 Mar 2013 10:47 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pihak polis hari ini menjelaskan tiada apa-apa berlaku di Sandakan sekaligus menafikan laporan media Filipina kononnya pasukan keselamatan menganiaya dan membunuh pendatang Filipina di ...

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Sabahdaily: 21 Calon Bertanding <b>Di Semporna</b>

Posted: 20 Apr 2013 07:47 AM PDT

SEMPPORNA : Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,dato Seri Mohd Shafie Apdal (BN) mempertahankan kursi Parlimen P.189 Semporna dan ditentang calon PKR, Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi dan Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha (Bebas).

Sementara Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Dato sri Nasir Tun Sakaran pula mempertahankan kerusi N.53 Senallang (BN) terlibat dengan perlawanan lima penjuru dan ditentang calon PKR, Mohd Amin Abdul Mem; Abdul Manang Hatib Lawari@ Osman (Bebas); Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha (Bebas) dan Abd Karim Talib (Bebas).

Bagi DUN Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban (BN) mempertahankan kerursi yang dimenanginya tanpa bertanding dalam PRU-12 kini ditentang lima orang pencabar iaitu Abdullah Sani Abdul Salleh (Bebas); Atal Muhammad KK Abd Menang (Bebas); Abdul Hussin Kiamsin (Bebas); Alimin Budin (Bebas); Hasai Tudai (PAS).

Kawasan N.52 Sulabayan pula menyaksikan calon baru Barisan Nasional (BN), Dato' Jaujan Sambakong ditentang calon PKR, Hermeny Murgal; Hasaman Sagaran (Bebas); Hussein Mumakil (Bebas); Mamat Barhana (Bebas); Julkani Abd Rahman (Bebas) dan Ghazali Penghulu Hindi.

Oleh : ARSHAD HUSSIN (sabahkini)

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


BUDAYA KEMPEN SONGSANG MULA BERLAKU <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 01 Apr 2013 02:51 AM PDT

Di bulatan ini, beberapa bendera parti politik tertentu dibuang dan diganti dengan bendera parti lawan
Belumpun PRU 13 berlangsung, senario politik di Sabah, sejak 6 bulan sebelum ini memang 'panas' dan "membara" dengan pelbagai bentuk dakyah kempen kedua-dua pihak antara parti 'teras' kerajaan dengan parti pembantah. Antara yang dilakukan ialah pemasangan bendera parti di sepanjang jalan-jalan tertentu dan juga kawasan strategik dimana dijangka boleh menarik perhatian rakyat.

Di Kota belud, budaya memasanag bendera ini telahpun dilaksanakan lebih awal lagi. Sama ada bendera BN ataupun bendera pembangkang seperti STAR, PKR, PAS dan SAPP. Jika berdasarkan kepada akta pilihanraya, tindakan ini dianggap satu kesalahan kerana parlimen belum un dibubarkan, malah SPR masih lagi langsung tidak membuat sebarangan pengumuman rasmi untuk pelaksanaan tempoh berkempen. Agak memeranjatkan kerana akta SPR ini tidak dikuatkuasakan. Tambahan lagi pemasangan bendera-bendar parti yang bertanding ini juga tertakluk kepada peraturan ihak berkuasa tempatan. kalau di KB tentunya Majlis Daerah KB (MDKB).

Biarpun begitu, mungkin pemasangan bendara ini sudah dianggap sebagai 'pesta' oleh sesetengah pihak. Bahang PRU 13 semakin terasa apabila pemasangan bendara mual dilakukan. Memang tidak dapat dinafikan jika bersandarkan kepada pesta bendera ini, benarlah seperti yang dikatakan oleh PM bahawa PRU 13 ini adalah ibu segala PRU.

Di Kota Belud, begitu rancak dengan bendara-bendera parti politik. Jika sebelum ini hanya didominasi oleh bendara BN tetaoi kini tidak lagi, kerana pekan KB mula diwarnai oleh bendera selain daripada bendera BN. bendera PAS dan PKR begitu mula mendapat tempat di pekan ini.

Hanya yang merunsingkan kita ialah budaya kempen songsang yang mula di bawa masuk di daerah ini oleh pihak-pihak tertentu, apabila bendera-bendara parti yang dipasang dirosakkan. malahan dari maklumat yang disalurkan kepada kelapamawar, ada bendera parti politik yang sudah dipasang lebih awal, diturunkan dan dibuang kemudian diganti dengan bendera parti pihak lawan. Budaya ini bukan sahaja boleh mencetuskan rasa tidak puas hati tetapi juga boleh menimbulkan ketegangan apatah lagi PRU 13 belum lagi pun bermula.

Apa yang membimbangkan kita ialah budaya politik matang tidak akan dapat direalisasikan jika keadaan ini benar-benar berlaku. Sebagai rakyat, biarlah parti-parti politik yang bertanding ini berada pada padang datar yang rata. Adil dan seadilnya. Gunakan segala kepakaran secara positif untuk meraih undi tetapi bukan dengan cara yang memalukan dan mencerminkan sikap yang rakus dan kurang pertimbangan.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 09:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TPM <b>Di</b> Sabah Bukti Keprihatinan Kerajaan - Pemuda UMNO

Posted: 22 Feb 2013 03:26 AM PST

Kategori Berita Pemuda

TPM Di Sabah Bukti Keprihatinan Kerajaan

Oleh : Mohd Nasri Zakariah

KOTA KINABALU 21 Feb – Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tenom, Keningau dan Nabawan mulai yang hari ini menjadi penyuntik semangat kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kawasan pedalaman kubu kuat dan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, kesungguhan pemimpin nombor dua negara meluangkan masa bertemu rakyat di kawasan pedalaman akan menjadi pemangkin semangat perjuangan rakyat dan jentera BN untuk mempertahankan Putrajaya.

"Kunjungan Muhyiddin dilihat dapat menyuntik semangat supaya jentera BN di kawasan pedalaman khususnya di Tenom terus kerja keras bagi memastikan kejayaan memperolehi dua pertiga di parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Lawatan bersilih ganti antara Perdana Menteri dan timbalannya ke Sabah, bukti jelas keprihatinan kepimpinan pusat di kawasan pendalaman, ia juga boleh dianggap lawatan untuk memastikan semua jentera BN dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir kali ini," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Sabah bermula hari ini akan bersama rakyat dalam majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Keningau, Tenom dan Nabawan serta Himpunan Guru Muda di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, jentera BN khususnya pergerakan Pemuda BN Bahagian telah bersiap sedia dan sudah pun menjalankan gerak kerja, aktiviti dan program yang membabitkan pengundi muda.

"Lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri ini adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan yang telah banyak membantu mereka dalam apa jua perkara terutama di kawasan pedalaman," katanya

Menurutnya, walaupun jauh di pedalaman namun pembangunan yang disediakan telah banyak membawa perubahan kepada rakyat sejajar dengan transformasi yang dibuat oleh kerajaan supaya jurang antara rakyat tidak jauh berbeza walau dimana mereka berada.

Katanya, apa yang berlaku itu membuktikan kepimpinan BN sentiasa prihatin terhadap kepada rakyat dan ingin membawa satu perubahan dengan konsep 1Malaysia dan secara tidak langsung menangkis tuduhan pembangkang yang mengatakan adanya anak tiri kepada rakyat Sabah. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 11:26 AM

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: JANGAN LETAK CALON &#39;NASI BUNGKUS&#39; <b>DI KUNAK</b>

Posted: 13 Apr 2013 05:07 PM PDT



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
KUNAK: Pihak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) harus lebih berhati-hati dan mendengar suara dari akar umbi, bukan hanya pada kekuatan melobi sahaja bagi menentukan calon di kawasan ini dan tidak lagi meletakkan calon 'Nasi Bungkus' (Tapau).
Ketua Cawangan Umno Kg.Nasip Kita, Basarun Gumpang memberi pandangan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kunak haruslah diberikan kepada individu atau pempimpin masyarakat yang terbaik (winnable candidate) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini.
"Kami mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat, sentiasa bersama kami di sini dan bukan hanya apabila ada sesuatu baru mahu datang dan jenguk kami bersama nasi bungkus. Kami juga mahu pemimpin yang disayangi ramai serta mampu menyelami denyut nadi kami," katanya.
Menurutnya, antara pemimpin yang boleh diterima pakai adalah seperti Haji Hussein Ibnu Hassan (gambar) yang merupakan pemimpin masyarakat yang paling berpengaruh di daerah ini; serta mempunyai pengikut yang ramai terdiri daripada ketua-ketua cawangan Umno dan parti komponen BN yang lain.
"Ini kerana beliau (Hussein) adalah seorang Ketua Pusat Daerah Mengundi Kunak Jaya, mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat Kunak, Pengerusi YDP PIBG Gabungan 17 Buah Sekolah daerah Kunak, Pengerusi Koperasi Mampan Kelapa Sawit Kunak di bawah MPOB dan Pengerusi Pengakap Kunak," jelas Basarun lagi.
Katanya, ini semua jelas menunjukkan bahawa individu tersebut sangat diterima pakai dalam masyakarat daerah Kunak, selain daripada calon cadangan Umno Bahagian Silam, Balnama Kauluh dan Herman Rahim.
Tambahnya, beliau tidak menafikan ketidaksesuaian dalam pemilihan calon boleh menyebabkan kekalahan untuk BN pada kali ini.
"Kami sayang BN, sebab itu kami mahu Perdana Menteri dan Ketua Menteri mengambil keputusan untuk benar-benar meletakkan calon yang sesuai," jelasnya.
Basarun juga berkata, laporan prestasi mengenai calon juga harus dilaksanakan secara telus dan tidak diputarbelitkan.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved