10 di sandakan - Google Blog Search |
Kancil 8349: Bercuti <b>Di Sandakan</b> : Sepilok Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349. Entah berapa kali sudah Kancil kunjungi tempat ini. Namun inilah kali pertama membawa keluarga Kancil ke tempat ini. Walaupun pada tahun 2007, Kancil ada datang ke Sandakan tetapi ndak dapat singgah ke sini. Suasananya agak berubah berbanding era 90 – an. Dahulunya melalui denai sekarang melalui jambatan yang tingginya beberapa meter dari tanah. Mungkin ada sebab mengapa ia dibuat seperti ini. Kalau kalian ingin melawat dan melihat orang hutan, datanglah pada pukul 10 pagi dan 2 petang. Masa itu merupakan masa makan mereka. Bilangan pengunjung memang ramai tidak kira dalam negara malah ada di luar negara. Time ini juga ada sekumpulan kera, yang mana kita kena hati – hati sikap pencuri mereka. Malah ia boleh mengancam kita walaupun kita hanya melemparkan senyuman. Bagi mereka ia satu ancaman. Gambar di bawah sebelah kanan adalah pintu gerbang untuk ke kawasan Sepilok. Lebih kurang 2 atau 3 kilometer masuk dari jalan utama. Sebelum pintu gerbang ada satu pusat pemuliharaan iaitu Taman Burung. Kancil ndak ada masa kerana perlu balik ke Tawau pada hari tersebut. Seterusnya di bawah sebelah kiri adalah gambar pemandangan luar dari Pusat Pemulihan Orang Utan. Di sini ada tempat letak kereta dan tandas awam disediakan. Ingat masa mula – mula datang ke sini. Tiada pokok dan pagar sekitar kawasan ini. Kecuali pusat pemulihan yang mempunyai hutan tebal. Gambar di sebelah kiri merupakan laluan atau jambatan yang Kancil masukkan di awal tadi. Kira lebih selamat dari sebelum ini. Boleh nampak dari atas apa yang terdapat di bawah. Jika kita lihat gambar ini, kita akan lihat beberapa ekor kera yang sedang menanti makanan daripada manusia. Nasihat sudah diberikan agar jangan member apa – apa kepada mereka malah jangan bertentang mata dengan mereka. Mereka akan menyerang kita. Memandangkan Kancil membawa anak-anak, kami berusaha untuk mengelakkan daripada menganggu mereka atau mereka menganggu kami, Gambar di sebelah kanan pula adalah pelantar. Di mana para pengunjung akan melihat Orang Utan diberi makanan oleh Renjer Hutan. Masa ini, belum ramai datang lagi pengunjung kerana Kancil sekeluarga datang lebih awal. Tepat pada pukul 10 pagi, tempat ini penuh dengan para pengunjung. Lihat sahaja gambar di bawah ini. Ramai kan? Ada yang dari Jepun, Australia dan dari Semenanjung pun ada. Gambar di bawah merupakan Orang Utan sedang bergayut bergerak menuju ke arah Renjer Hutan. Gambar di sebelahnya adalah tempat tinggal Orang Utan tersebut. Bagi yang ingin melancong ke Sandakan, jangan terlepas peluang untuk melawat kawasan ini. Walaupun bilangan Orang Utan tidak banyak namun matlamat pusat ini mengajar Orang Utan tersebut berdikari sendiri. Makin kurang bilangan Orang Utan, makin tercapai objektif mereka membantu Orang Utan. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349. |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |