ads

Jumaat, 28 Disember 2012

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


48 KES PENCEROBOHAN PENCAWANG ELEKTRIK <b>DI TAWAU</b>

Posted: 09 Dec 2012 12:57 AM PST



TAWAU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merekodkan 48 kes pencerobohan pencawang elektrik miliknya di sekitar daerah Tawau tahun ini, kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Ahmad Fuad Md Kasim.
Beliau berkata kes terbaru berlaku awal pagi semalam apabila pencawang elektrik agensi itu di Taman Millenium diceroboh beberapa individu tidak dikenali menyebabkan beberapa peralatan penting di dalam pencawang berkenaan hilang dipercayai dicuri.
"Sejurus mendapat laporan dan aduan gangguan elektrik pada 6.45 pagi, sepasukan anggota kerja SESB telah dihantar ke tempat kejadian sebelum mengesahkan beberapa komponen elektrik telah hilang, dipercayai dicuri," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
Ahmad Fuad berkata bekalan elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dipulihkan pada 9.05 pagi, hari yang sama.
Sehubungan itu, Ahmad Fuad berkata SESB secara berterusan akan menggiatkan usaha dan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras pencerobohan dan kecurian seperti itu kerana ia bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan tetapi turut merosakkan peralatan elektrik pengguna. (Bernama)

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Perumahan SPNB terbengkalai <b>di Lahad Datu</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 21 Oct 2012 08:29 PM PDT

Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.

Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan. Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.

Di mana kami hendak menuntut pembelaa  jika sekiranya hak kami sebagai pembeli tidak diambil kira? Di samping itu juga sehingga kini saya belum menerima apa-apa pampasan di atas semua ini. Sudah hampir sebulan saya cuba menghubungi Puan Siti Hajar untuk mendapatkan penjelasan namun tidak mendapat jawapan. Agen SPNB Kota Kinabalu En Hafiz ketika kunjungannya ke Lahad Datu menyatakan bahawa saya tidak layak untuk menerima pampasan disebabkan pemotongan belum berjalan.

Namun demikian kenapa ada pembeli yang belum menerima pemotongan bulanan tetapi menerima pampasan??Adakah SPNB pusat dengan SPNB Kota Kinabalu adalah satu Syarikat Perumahan yang berbeza??Di mana letaknya keadilan?Siapa yang mahu membayar segala ganti rugi?Adakah ini cuma janji palsu semata-mata?Saya harap ada pihak-pihak yang prihatin terhadap masalah ini dan ianya dapat diketengahkan agar semua pembeli rumah di bawah Projek SPNB tidak teraniya dan nasib kami terbela.

By: Lina

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


mengerat kasih masyarakat saudara baru <b>di</b> <b>...</b> - ummah madani

Posted: 27 Dec 2012 05:59 PM PST


OBjektif utama program ialah memberi bimbingan ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain, memberi motivasi dan sokongan moral serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Antara pengisian yang dijalankan ialah perbincangan mengenai tajuk 'bersuci', tazkirah, solat berjemaah, dan penyampaian sumbangan kepada saudara baru.
Majlis perasmian dan tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir ialah wakil JHEAINS Tambunan, Nabawan, Wakil USIA Nabawan, Penggerak Dakwah Tambunan, Tenom, PLD Keningau dan rombongan Jakim Cawangan Sabah.
Sebanyak 50 sumbangan berupa Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan keperluan dapur telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak dilupakan sumbangan hamper kepada anak-anak yatim turut diagihkan.
Tazkirah oleh Pengarah Jakim Sabah
Antara perserta yang menerima sumbangan
Tarikh : Disember 13, 2012 - 11:26am
Editor : mdfadhli

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


me as an amateur travel-holic: Bekerja <b>di Kota Kinabalu</b>, Sabah

Posted: 08 Dec 2012 02:34 AM PST

Aku ngah berangan dilaut private Sutera Harbour, Kota Kinabalu
Assalamualaikum korang...
Ape khabar, sihat? Aku sihat, alhamdullillah... Baru balik dari KK.. Penat pun tak hilang lagi.. Rasanya, aku pernah bagitahu dalam entri before this, yang aku akan ke KK. Haaa, da balik pung.  heheh..
Aku pergi berkerja bukan fully cuti ye.. and syukur sgt, rezeki murah.. dapat duduk Sutera Harbour for 3 nites, for free.. heheh.. best sgt resort nih!! Kelas giloooo~  Ada private beach, private boat parking, golf resort, dan lain-lain.. Pun ada cruise.. mmg kaya orang yang mampu ke sini.. kalo aku, plural mampu kot.. hehehe.. Gambar kat atas ni, no editing, except for 'tag'.. diambil masa sunset di tempat boat parking at Sutera Harbour.
Nanti aku story mory lagi kay? Kasi habis entri Kemboja and Krabi, Kuching... baru masuk KK.. Ape yang mampu aku kata, orang KK mmg penyabar kot... ke, aku yang mmg jenis tak sabar.. heheheeh..  Papehal, KK and orangnya terbaik bah!
K la, t aku story lagi ea.. jenuh menaip entri Kemboja ni.. kurus jari aku.. *tetiba* heheh..

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


KEINDAHAN <b>NEGERI SABAH</b>-PASAR FILIPIN

Posted: 12 Dec 2012 06:16 AM PST

Harap kalian sihat dan makin bertambah mantap dalam menjalani kehidupan(skema).hehehehhe. Seperti yang korang semua tahu yang aku masih lagi belajar di Negeri Di Bawah bayu iaitu Sabah. Sabah mempunyai tempat-tempat menarik yang korang leh melawat... Kali nie kau nak citer pasal tempat menarik yang korang bleh melawat. Kebetulan pada 7-10/12/12 adik aku datang Sabah bersama-sama kawan-kawan, jadi macam biasa lah aku dan Tunjang yang pemandu pelancong yang tak bertauliah.hahhahahahaha..
  •  KUNDASANG WAR MEMORIAL
  • DESA CATTLE FARM MESILAU
  • KINABALU PARK
  • AIR PANAS PORING
  • RUMAH TERBALIK
  • PASAR FILIPIN


nampak tak tunjang??ehhehehhe...MUKA TAK LEH BLAH
nie adik aku-aziah(bertudung)
Kalo perempuan pergi Sabah mesti wajib pergi membeli belah sampai terbelah MUTIRA. Harga kat sini murah sampai termimpi-mimpi tue mutiara.hahahhahahhaha.. Tapi kalo korang beli kat Pasar Filipina mahal cikit berbanding kalo korang beli kt pasar malam. Maaf lah gambar kat pasar malam tak ada sebab teruja melihat mutiara yang bercahaya dan berkilat bagai digosok beribu kali.heheheh.
Ada satu benda yang korang tak akan jumpa
nie orang aku tak kenal pon.muka mamat nie ada sebab dia lalu waktu nak tangkap gambar kawan adik aku. Aku cakap dengan adik aku, mamat nie milik saya terus cakap milik dia.hahahahahaha

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Guru didakwa liwat murid <b>di Penampang</b>

Posted: 14 Oct 2012 11:57 PM PDT

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, murid Tahun Satu di sebuah sekolah, di Penampang, didakwa diliwat  gurunya  bulan lepas.

Ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing. Dia, bagaimanapun, kecewa sebab tidak mendapat salinan laporan itu.

Menurut wanita tersebut, seorang ibu tunggal, semasa dia memandikan anaknya pada bulan lepas, anaknya mengadu sakit pada bahagian duburnya.

"Apabila saya melihat lebih dekat, saya mendapati ada bengkak di bahagian sekeliling duburnya. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku, dan dia menceritakan apa yang terjadi. Dia mengatakan seorang guru lelaki membawanya ke tandas dan menguncinya.

"Guru itu kemudian memintanya menanggalkan seluarnya, selepas itu dia (guru) menyapu gel ke dalam duburnya (budak). Katanya, dia berasa sakit apabila guru itu memasukkan kemaluannya.

"Anak saya juga mengatakan ini bukan kejadian pertama kerana dia pernah diliwat beberapa kali," kata ibu tersebut.

Wanita itu membuat laporan polis pada malam itu juga kerana dia merasakan perkara itu perlu disegerakan.

Pada hari esoknya, dia membawa anaknya ke hospital untuk diperiksa dan doktor memberitahunya terdapat kesan melecet di dalam duburnya.

Budak lelaki itu dan kakaknya tidak ke sekolah sejak itu kerana takut dijadikan mangsa, menurut ibu mereka.

Ibu budak itu berkata dia akan membawa anaknya ke hospital untuk kaunseling pada minggu hadapan seperti dinasihatkan.

"Walaupun saya ditegah pihak tertentu, saya mesti memberi amaran kepada ibu bapa lain melalui media kerana saya tidak mahu kanak-kanak lain mengalami nasib serupa," katanya.

Polis difahami sedang menyiasat kes itu.

Sumber:

Terkini : Perang Bakal Calon Parti Pembangkang <b>Di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 11:08 PM PDT


PERANG bagi merebut siapa bakal calon di kerusi Parlimen dan DUN Sabah yang melibatkan parti-parti pembangkang pada masa sekarang ini telah menimbulkan konflik sesama mereka sendiri dan merunsingkan pengundi.....bagus juga lah sebab awal-awal sudah gaduh. Hahaha....
Dalam artikel ini, penulis akan cuba membuat analisa bakal-bakal "Ayam Tambatan" parti-parti pembangkang dalam PRU-13 akan datang ini. Mereka ini disenaraikan dalam artikel ini kerana parti-parti pembangkang di kawasan berkenaan merasakan bahawa merekalah "SUPERMAN" untuk menjadi hero mereka kelak.
Untuk artikel yang pertama ini, penulis akan ketengahkan bagi kawasan Parlimen dan DUN Penampang terlebih dahulu sebab sia kebetulan singgah di Penampang. Untuk artikel akan datang, sia akan merantau ke Parlimen lain pulak membuat analisa yang sama.
"SUPERMAN" YANG PERTAMA
Nama Sebenar : Dr. Edwin Bosi
Planet/Parti Yang Diwakili :        DAP
Pekerjaan : Ahli Perniagaan a.k.a Booosinessman
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana Sahaja 
Keturunan : Kadazan Dusun 
Aktif dalam Pertubuhan NGO (Apa peranannya yang terselindung tidak tahulah..haha)
Pernah Berkhidmat di Jabatan Haiwan Daerah Penampang
Kekuatan: Bergiat Cergas dalam Pertubuhan NGO
                   (Setakat mana kekuatannya tidak tahu la....hihihi)
Kelemahan : SERING KE LUAR NEGARA.
              (Mungkin pergi Thailand rasanya...macam mana mahu jaga rakyat ni?)
 "SUPERMAN" YANG KEDUA
Planet/Parti Yang Diwakili : PKR (Ketua Cabang PKR Penampang)
                        (Menentukan siapa penjenayah atau tidak, mengalahkan kuasa Tuhan)
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana
Kekuatan :  Peramah dan mudah didekati
                             Menjadi tarikan kepada pengundi muda (Belia-belia) sahaja
                            (Entah-entah ramai sumandak ni....hahaha)
Kelemahan :  Terlalu muda
                        Kurang dikenali
Hahaha....adakah calon begini yang dikatakan boleh membela rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang? Kalau tidak sesuai, siapa lagi yang menonjol dan berada dalam ranking parti pembangkang? Adakah orang lain yang tidak tersenarai itu sehebat mereka? Atau mungkin ada yang hanya berlagak seolah-olah hebat daripada mereka berdua?
Apa yang peliknya di sini ialah mana perginya calon-calon dari Parti STAR, SAPP, dan PPS/APS (Belum diiktiraf parti) tu??? Adakah mereka takut untuk berhadapan dengan PKR dan DAP di kawasan Penampang tu? Ataupun masi main tapok-tapok dan ingin bermain dengan taktik kotor? Apa yang pasti ialah si Edwin sama si Darrel ini bukannya ngam sangat pun. Masing-masing mahu tersenarai jadi calon.
Parti pembangkang bilang mahu tawan Sabah. Kunun sangat kuat tetapi dengan rakan pembangkang depan mata pun  mereka tetap bergaduh. Kalau sudah begitu keadaannya, hancurlah rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang kerana calon yang tidak mantap dan sering bergaduh sesama sendiri.
Pikir-pikirkanlah!!! LAIN KALILAH!!!
 

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved