ads

Jumaat, 28 Disember 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Perumahan SPNB terbengkalai <b>di Lahad Datu</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 21 Oct 2012 08:29 PM PDT

Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.

Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan. Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.

Di mana kami hendak menuntut pembelaa  jika sekiranya hak kami sebagai pembeli tidak diambil kira? Di samping itu juga sehingga kini saya belum menerima apa-apa pampasan di atas semua ini. Sudah hampir sebulan saya cuba menghubungi Puan Siti Hajar untuk mendapatkan penjelasan namun tidak mendapat jawapan. Agen SPNB Kota Kinabalu En Hafiz ketika kunjungannya ke Lahad Datu menyatakan bahawa saya tidak layak untuk menerima pampasan disebabkan pemotongan belum berjalan.

Namun demikian kenapa ada pembeli yang belum menerima pemotongan bulanan tetapi menerima pampasan??Adakah SPNB pusat dengan SPNB Kota Kinabalu adalah satu Syarikat Perumahan yang berbeza??Di mana letaknya keadilan?Siapa yang mahu membayar segala ganti rugi?Adakah ini cuma janji palsu semata-mata?Saya harap ada pihak-pihak yang prihatin terhadap masalah ini dan ianya dapat diketengahkan agar semua pembeli rumah di bawah Projek SPNB tidak teraniya dan nasib kami terbela.

By: Lina

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved