ads

Selasa, 10 Julai 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


SAMBUTAN LUAR BIASA KEPADA ANWAR <b>DI SANDAKAN</b>,SABAH

Posted: 08 Jul 2012 03:43 AM PDT


Hari ini, 8hb.Julai.2012, hari Ahad, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijadualkan mengadakan ceramah umum di Dewan Hakka, Sandakan. Daripada gambar yang dipostkan oleh sdr Musli Oli dalam Fcbnya, menggambarkan sambutan yang sungguh luar biasa kepada ketua umum PKR ini. Dewan penuh sesak dengan orang ramai untuk mendengar amanat mungkin yang 'terakhir' kepada masyarakat Sandakan sebelum PRu 13 .

Siri jelajah Anwar kali ini sarat dengan pelbagai program yang dirancang:

Merdeka Rakyat
8 Julai 2012 (Ahad)

1) 3.00 – 6.00 ptg – Ceramah Perdana 1
Lokasi: Dewan Hakka, Sandakan

2) 6.30 ptg – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi : Masjid Indah Jaya, Taman Indah Jaya Batu 4, Batu Sapi

3) 7.00 – 10.00 mlm – Ceramah Perdana 2
Lokasi: Kampong Batu Putih, Batu 7 Jalan Sandakan, Libaran

9 Julai 2012 (Isnin)...

4) 9.00 pagi – Perjumpaan Bersama Pimpinan PKR Sabah
Lokasi: Sabah Hotel, Sandakan

Antara ucapan Anwar seperti yang dipetik dalam fcb Sdr Musli Oli :

Anwar sedang berucap.."Saya anak miskin. Najib anak "Orang Kaya Indera Shahbandar". Saya masuk penjara 3 kali. Pertama bela penindasan di Selatan Thai. Kedua kerana isu kelaparan di Baling. Ketiga kerana fitnah!! Dulu saya keluar penjara jadi Menteri. Kali ini keluar penjara jadi Perdana Menteri!! Disambut jeritan "reformasi!"

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Aman Kampus Kenyalang: Bloggers jatuh hati <b>di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 08:00 AM PDT


Perjalanan Aman Kampus Di Bawah Bayu semakin hampir ke penghujungnya.Banyak peristiwa suka duka telah ditempuh para peserta semanjak ia bermula pada 28 Jun dan akan berakhir pada 10 Julai 2012 di Kota Kinabalu.Sepanjang jelajah ini ada beberapa perkara yang menjadi kenangan manis buat para peserta.
Salah satu lokasi yang menjadi kenangan terbaik para peserta di Sabah ialah di Semporna dimana disinilah satu satunya mereka memperoleh keluarga angkat sepanjang jelajah.Lokasi yang dimaksudkan ialah Kg Simunul dimana yang menjadi penghuni di kampung ini terdiri daripada etnik Bajau.
Sinonim dengan namanya,etnik ini tinggal di persisiran pantai dan mendirikan kampung di atas air kerana majoriti pekerjaan penduduk disini ialah nelayan.Saya juga tidak terkecuali daripada menerima keluarga angkat.Perjalanan yang panjang bermula daripada Kota Kinabalu sehingga lokasi-lokasi berikutnya yang amat mencabar terutamanya apabila melalui 'off-road' di Kalabakan terubat apabila kami disambut seperti keluarga sendiri apabila tiba di Kg Simunul.
Apabila tiba disana majlis dimulakan dengan ucapan presiden Aman Kampus mewakili jelajah serta ketua kampung mewakili penduduk kampung.Ini merupakan satu budaya masyarakat Malaysia tidak kira di Semenanjung,Sabah dan Sarawak apabila bertandang ke tempat orang terutamanya apabila melibatkan jumlah yang besar seperti jelajah Aman Kampus.
Penyerahan peserta keluarga angkat merupakan satu pengalaman yang mungkin baru kepada kepada sesetengah peserta kerana tinjuan saya mendapati terdapat peserta yang tidak pernah melakukan jelajah yang besar seperti ini apatah lagi menerima keluarga angkat yang mungkin asing bagi mereka.Namun kemesraan penduduk disini membuatkan tidak wujud lagi perkataan 'asing' bagi mereka.Namun,ini bukanlah kali pertama Aman Kampus menyediakan keluarga angkat bagi peserta yang menyertai jelajah kerana sebelum ini juga mereka telah menyediakan platform ini semasa  fasa pertama di Kg Masjid di Perak dan semasa berlangsungnya Aman Kampus Kenyalang.Walaubagaimanapun,saya memahami objektif dan peranan Aman Kampus dalam mendekati masyarakat.Bagaimana boleh kita katakan bahawasanya turunnya mahasiswa ke bumi Negeri Di Bawah Bayu ini adalah untuk mendekati masyarakat?Ya,salah satunya ialah mendampingi mereka sehingga ke ruang dapur bagi memastikan bahawa 'jiwa' mereka,kehidupan mereka dapat para peserta rasai.

Turun ke laut


Ini merupakan perngalaman peribadi saya turun ke laut bagi menimba secebis pengalaman sebagai seorang anak angkat kepada nelaya.Selepas berkenalan dengan ahli keluarga,saya bersama adik beradik angkat yang lain seramai tiga orang turun ke laut.

Get ready untuk turun ke laut
Turun kelaut melalui jalan air dibawah rumah adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya alami kerana saya bukan berasal daripada keluarga nelayan.Justeru,Setiap detik adalah satu pengalaman baru kepada saya.Mungkin ini adalah perkara yang biasa bagi penduduk disini tetapi bagi individu macam saya yang berasal daripada semenanjung,jika diberi peluang untuk turun kembali ke sini,saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya.

Kami bergerak daripada rumah ke rumah kelong yang berhampiran mengambil masa lebih kurang 15 minit.Semasa dalam perjalanan menuju ke sana,saya lihat beberapa peserta 'marah' dan 'cemburu' kepada keluarga angkat kami kerana diberi peluang untuk menjelajah laut sementara mereka cuma dapat 'bersidai' di atas sampan milik keluarga angkat mereka sahaja.Nasiblah!

Pemandangan senja di atas kelong
Kelong yang kami lawati ini adalah tempat penternakan pelbagai jenis ikan seperti ikan Merah,Kerapu dan pelbagai yang lain.apa yang menariknya disini ialah mereka juga turut mengimport ikan-ikan yang diternak kepada negara luar seperti Jepun.Saiz terbaik yang boleh dijual kepada negara-negara ini sekitar bawah 1kg kerana rasa ikan tersebut manis berbanding yang lebih besar daripada itu menurut salah seorang ahli keluarga angkat saya yang dikenali sebagai Tom.
Ikan Ayam yang berharga Rm9 sekilo.Murah!
Kami bergerak ke pasar ikan berhampiran untuk mencari jikalau ada ikan yang sesuai untuk dipanggang untuk makan malam kami.Sudah pastinya yang menjadi pilihan kami ialah ikan segar.Jadi kami bercadang untuk membeli 2 ekor Ikan Kayu dan seekor Ikan Ayam.Yang menariknya harga seekor Ikan Ayam disini cumalah sekitar RM9 bagi sekilogram.Apa yang saya pelik ialah mengapa ikan ini digelar ikan ayam?Tidak serupa pun dengan ayam.Tiada jambul.Tiada taji.Mungkin ada sejarah tersendiri..
Perjalanan pulang dari pasar ikan
Setelah puas membelek-belek ikan,kami pulang ke rumah dan bersedia untuk mengisi perut kami dengan ikan-ikan yang baru kami beli.Tentunya segar dan kami tidak sabar ingin menikmatinya.
Beginilah rupa ikan ayam setelah dipanggang.Maaf bukan saya yang panggang.Saya tak reti!
Makan di luar rumah sambil menghadap laut adalah.... (tak dapat saya bayangkan perasaannya) . apa yang menarik semasa kami makan ialah Presiden Aspirasi Alumni Shahar Abdullah merangkap Pengerusi Aman Kampus yang lalu dihadapan rumah kami,apabila melihat kami sedang makan dengan seleranya,terus mengaku secar automatiknya keluarga kami ialah keluarga angkatnya.Beliau berseloroh mengatakan bahawa 'seluruh kampung adalah keluarga angkat Aman Kampus'.Dan saya pasti kenyataanya itu adalah 'valid' sewaktu makan sahaja.Begitulah hebatnya penangan Ikan Ayam panggang milik keluarga kami.Sambal sedap!Ikan sedap!yang tak sedapnya,terpaksa berkongsi dengan tuan presiden!Haha
Seluruh keluarga di Kg Simunul adalah keluarga angkat kepada AKDBB
Memikirkan kata-kata Shahar ada benarnya juga.Konsep kekeluargaan itu sebenarnya tidak terhad kepada keluarga yang kami tumpangi sahaja,malahan ia juga termasuk seluruh kampung dan komuniti yang menerima kami Aman Kampus.Konsep ini juga boleh diguna pakai oleh semua peserta apabila pulang ke kampung halaman masing-masing.Apabila wujudnya konsep seluruh kampung adalah keluarga,maka secara automatiknya kita akan menghargai dan menjaga komuniti kita seperti mana kita menjaga akhli keluarga sendiri.Walaupun tuan presiden mengungkapkan ayat itu hanya 'untuk makan'.namun kadangkala ilham atau idea individu itu tidak semestinya datang ketika di pejabat?Siapa sangka idea Wawasan 2020 dan 1Malaysia yang datang dari mantan perdana menteri dan perdana menteri mungkin datang ketika mereka sedang bersantai bersama keluarga tercinta?
Seperti biasa diadakan Pentas Anak Muda bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi ini untuk melontarkan idea yang baik untuk pembangunan penduduk dan masyarakat.Bezanya disini ialah bersama-sama dengan keluarga angkat kami memeriahkan majlis.Sudah tentu mereka akan mengingati kenangan ini yang mungkin hadir sekali seumur hidup bersama anak-anak angkat mereka dalam jumlah yang besar.
Lagu Gemuruh yang menjadi 'tradisi' Aman kampus
Insyallah undi mereka masih milik kerajaan
Bercerita tentang pengalaman
Malam yang singkat tidak sepatutnya berakhir dengan cepat.Saya bersama Effendi (driver UiTM) serta adik beradik angkat,Tom naik ke atas kapal dan bercerita tentang pengalaman masing-masing.Tom bercerita mengenai pengalamannya.Kebanyakan berkisar tentang kehidupan sebagai anak nelayan.Begitu juga saya.Namun topik di atas kapal menghadap laut pada malam itu lebih kepada CERITA HANTU!Saya sempat bertanya mengenai benarkah wujud hantu laut yang selalu menganggu para nelayan.Tom mengiyakan pertanyaan saya dan menceritakan bahawa memang wujud dan 'hantu' berkenaan sering wujud menyerupai ikan yang besar.Lebih besar daripada kapal!Ada yang baik dan ada yang jahat.Bergantung kepada 'nasib' mereka yang berjumpa
Selesai bercerita panjang lebar,saya masuk tidur.Sebelum itu saya dijamu dengan sotong yang dipanggang oleh keluarga angkat kami.Besar dan sedikit liat.Paling utama ialah sambal!
Setiap pertemua pasti ada perpisahan.walaupun hanya semalam bersama keluarga angkat,namun kemesraan mereka seperti sudah lama mereka mengenali kami.Kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi.Masing masing seperti tidak mahu meneruskan jelajah.Ada yang mengaku bhawa mereka sudah terpikat dengan orang Sabah dan akan mencari pasangan daripada Sabah!Orang Sabah cantik dan baik bah!Namun perjuangan perlu diteruskan.Dengan berat hati kami meninggalkan Kg Simunul dan keluarga angkat kami.Dalam hati,secara peribadi jika berkesempatan berkujung ke Sabah,Kg Simunul adalah lokasi pertama yang akan saya jejaki.
Gambar kenangan untuk salah seorang peserta Aman Kampus bersama keluarga angkat
Anak muda turun berbakti,terpikat hati,abadi di sanubari
Kepada ibu,Dedet dan Nana (adik beradik angkat saya),gambar kamu urang akan saya upload nanti jika berkelapangan.Perjalanan kami diteruskan ke Sandakan untuk menyudahkan misi Aman Kampus.Sesuai dengan tema anak muda turun berbakti,terdapat satu lagi tema yang sesuai untuk menggambarkan perasaan saya dan para peserta..Anak Muda turun berbakti,terpikat hati,abadi di sanubari.Kebaikan dan kemesraan orang-orang kampung disini tidak akan kami lupakan.Insyalah bapak-bapak serta ibu-ibu akan terus menjadi ibu dan bapa angkat kami sampai bila-bila.Bapa dan ibu mertua?Err...Terpulang!

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


PSS <b>TUARAN</b>: Qiamullail Julai & Rehlah PSS & KRU <b>Tuaran</b>

Posted: 10 Jul 2012 12:16 AM PDT


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, buat julung kalinya PSS dan KRU Tuaran dapat mengadakan qiamullail di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 7-8 Julai 2012. Tapak baru.Suasana yang agak berbeza. Penerimaan masyarakat sekeliling yang jauh lebih baik. Ada yang datang menjenguk dan menawarkan untuk 'sponsor' makan malam. Ada yang mencadangkan buatlah lagi di Tamparuli agar anak-anak mereka  lebih 'ringan' untuk hadir. Terharu. 
Melihat kehadiran ahli KRU dari sekitar pekan Tuaran merosot, solusinya tempat qiam akan diselang-selikan antara Tamparuli dan Tuaran. Justeru, Qiamullail Khas Bulan Ogos akan dilaksanakan di Tuaran (khas buat barisan pimpinan KRUT). Sementara, Qiamullail September di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 8-9 September 2012.
Terima kasih kami ucapkan buat jawatankuasa Masjid Ubudiyyah, Tamparuli yang sudi membenarkan kami melaksanakan berprogram di sana. Terima kasih juga kepada penceramah jemputan yang sekaligus menawarkan diri / datang semula semasa qiamullail dan seterusnya menyampaikan kuliah Subuh. Kupasan ceramah dan kuliah Subuh sekitar topik takwa dan Ramadhan. Ramadhan madrasah tarbiyyah.
Peserta-peserta muslimin dapat tidur nenyakkah di ruang legar terbuka bawah masjid? Sejuk seperti di Kundasang. Tiupan angin dari Kundasang. Kelihatan bahagian bawah tangga menjadi sasaran tempat melindungkan diri dari rasa sejuk sehingga ke tulang sum-sum. Lain kali bawah selimut tebal. Muslimin mesti lasak bah. Jangan serik. Ada yang balik tidur di rumahkah?
 Sanah Helwah Adik Idin. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat Allah.

 Jemput makan kek dan bubur istimewa sempena hari jadi Adik Idin (^_^).
Keesokkan harinya program diteruskan dengan aktiviti rehlah. Dapat menyaksikan pemandangan-pemandangan indah. Subhanallah. Memerhati alam ciptaan Allah sambil memasang telinga menikmati persembahan sajak hasil ciptaan setiap kumpulan. Bertema 'Alam dan Kebesaran Allah'. Tahniah! 

Semasa menaiki Jambatan Gantung Tamparuli ada juga yang gayat. Siapakah gerangan?
Bergerak ke tapak rehlah.


 Tengok ini. Cantik dan indah. Subhanallah. 
Sahabat yang nun jauh di sana cepat datang sini naik jambatan dan tengok pemandangan




Yeah! Kita boleh menang ni.

Usaha mahu menghidupkan api. Angin.
Akhirnya, perapan ayam BBQ menjadi ayam goreng. Sedap pulak. Boleh buat lagi.

Buat kerja rajin-rajin. Pembahagian secara adil dan saksama.  Masa untuk makan. Bismillah.
Berlatarkan Sungai Tamparuli
Berlatarkan Jambatan Gantung Tamparuli

Berlatarkan Jambatan Gantung
Berlatarkan Restoran Siring Sungai Usai rehlah singgah semula di Masjid Ubudiyyah untuk menunaikan Solat Zuhur. Terjumpa dengan bapa dan emak angkat dari Kg Kiwoi.

Perjalanan diteruskan menghadiri walimah adik-beradik angkat Amir, Shah Rizal, Siti Zubaidah dan Murdyana.
Sebelum itu, pada 6-7 Julai 2012 kami bertuah dapat bersama para tetamu-tetamu istimewa. Nikmat kurniaan Ilahi. Siapa sangka kami dapat 'bersahabat' dengan para rombongan-rombongan tetamu yang hebat-hebat. Begitulah pabila Alllah mengkehendakan sesuatu amat mudah. Kunfayakun. Macam dapat durian runtuh. Alhamdulillah. Menerima suntikan vaksin membantu menyembuhkan penyakit 'hati'. Penyakit tidak istiqamah, penyakit malas, penyakit...... Terima kasih kerana sudi bertukar-tukar fikiran dan berkongsi rasa dengan kami. Terkejut? Tiada yang pelik. Itulah realiti. Kami tiada pilihan. Sampai bila harus menunggu tanpa tindakankan? Jangan risau, jangan bimbang pasti ada jalannya. Kami akan teruskan usaha murni ini meski bertatih dari bawah demi cita-cita yang tinggi melangit itu. Insya-Allah.
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah." Surah Ali- Imran ayat 159


  
Ahli PSS dan KRUT yang terlibat dengan 'kembara' kautlah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman. Belajar dari universiti kehidupan. Ambil ibrah.
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" (Al Hajj : 46).

 "Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka (kaum musyrikin) berapa banyaknya Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka, padahal mereka berjalan (di bekas-bekas) tempat tinggal umat-umat itu? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal" (Thaha : 128).

"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu" (Muhammad : 10).

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah" (Mukmin: 21).
"Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka" (Mukmin: 82).

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)" (Ali Imran : 137).

"Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu" (Al An'am : 11).

"Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)" (An Nahl : 36).

"Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa" (An Naml : 69).

"Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Al Ankabut : 20).

 "Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi" (Fathir : 44).

 "Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri" (Ar Rum: 9).

"Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)" (Ar Rum: 42).



Sahabat-sahabat dan adik-adik KRU yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM serta STPM Baharu tahun ini jangan buang masa. Teruskan usaha mengulangkaji pelajaran dan bermunajat kepada Allah. 'Study Smart, Study Hard'.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


PAS mahu bina sebuah masjid <b>di Keningau</b> pula - Ustaz Yusof <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 01:34 AM PDT

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


UPKR N.37 SOOK: Balai bomba perlu dibina <b>di Nabawan</b>

Posted: 20 Aug 2010 07:59 PM PDT


marcus Mojigoh (kiri) menerima surat memorandum lesen Kelas F daripada wakil syarikat Kharsani Welder Technology & Services (KWTS) semasa mengadakan lawatan di Putatan, semalam.
NABAWAN 20 Ogos – Kerajaan diminta mewujudkan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini bagi meningkatkan tahap pengawalan kebakaran sekali gus menyelamatkan harta benda dan nyawa penduduk di sini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi membina sebuah balai bomba di daerah itu.

"Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini penting bagi membolehkan pengawalan kebakaran dapat dijalankan dengan cepat.

"Jadi saya berharap agar sebuah Balai Bomba dan Penyelamat dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan datang jika ia tidak tersenarai dalam RMK-9," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan pakaian dan jentera pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah, Ariffin Haris; Pegawai Daerah Nabawan, Bubudan Majalu dan Pemangku Penguasa Bomba Dan Penyelamat Bahagian Keningau, Mausi Sitim.

Pada majlis itu Bobbey turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan.

Menurut beliau, pada masa ini kes kebakaran di daerah ini hanya bergantung kepada balai bomba daerah Keningau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Nabawan menyebabkan terdapat kelewatan dalam mengawal kebakaran.

Sementara itu, beliau berharap ahli-ahli Bomba Sukarela di daerah ini dapat menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan latihan yang diberikan.

Selain itu, katanya, beliau juga berharap bomba sukarela di daerah ini sentiasa aktif dan menambah lebih ramai keahlian.

"Sehubungan itu, saya meminta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini menguar-uarkan kepada kakitangan masing-masing agar mereka menyertai Bomba Sukarela," katanya.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved