ads

Isnin, 14 Mei 2012

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Salib Belia SYD-3 kini berada <b>di</b> Paroki St. Valentine, Beaufort <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 07:30 AM PDT

Salib Belia SYD-3 kini berada di Paroki St. Valentine, Beaufort. Destinasi seterusnya adalah di Paroki  St. John Baptist, Sipitang pada 19 Mei 2012.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: PENYELUDUPAN ROKOK DAN ARAK <b>DI TENOM</b>

Posted: 09 May 2012 03:07 AM PDT


SAYA telah membuat laporan polis bernombor TENOM/RPT/0704/2012 berhubung tindakan pihak berkuasa menghalang saya berniaga dan Skandal Penyeludupan di rokok dan arak di Tenom.
Menurut berita yang saya terima daripada salah seorang pelanggan saya, bahawa saya tidak dibenarkan membuat perniagaan rokok dan minuman keras di Tenom; sebaliknya polis membenarkan orang lain menjalankan bisness tersebut kecuali saya. Saya berpendapatan polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan hanya memberhentikan perniagaan saya, sedangkan orang lain masih meneruskan perniagaan mereka.
Selain itu, saya juga tidak dibenarkan mengambil stok dari pelabuhan Sipitang manakala orang lain dibenarkan berbuat demikian. Saya sangat tidak berpuas hati cara pihak berkuasa menangani perkara ini. Jika saya tidak dibenarkan berbuat bisness ini, maka semua orang patut diberhentikan.
Untuk pengetahuan pihak umum, terdapat lebih kurang 10 buah lori yang mengangkut muatan rokok dan minuman keras dari Lawas ke Tenom serta 10 bot muatan rokok dan minuman dari Labuan belabuh di Lawas setiap hari; tetapi yang menghairankan ialah pihak polis tidak mengetahui hal ini.
Pihak polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sepatutnya memberhentikan kegiatan ini sama sekali dan bukan hanya memberhentikan saya seorang sahaja. Oleh itu, saya inginkan penjelasan daripada pihak polis dan APMM mengenai perkara ini.
Saya berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan penyiasatan terhadap mereka yang telah menyalahgunakan kuasa mereka.
Surat ini disalinkan kepada;
CC : Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) – Polis Diraja Bukit Aman
CC : Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza Bin Taib – Polis Diraja Negeri Sabah
CC : Pengarah Polis Diraja Malaysia - Putra Jaya
CC : Pengarah Maritim Negeri Sabah
CC : Pengarah Maritim Malaysia - Putra Jaya
CC : Tuan Hj Jalil Bin Hj Jaaffar – SPRM KK
CC : Timbalan Pengarah Operasi – SPRM Putra Jaya
CC : Tuan Dr. Jonathan Kandok – Kastam Negeri Sabah
CC : Pengarah Kastam Malaysia - Putra Jaya
CC : DSP Mazlan Bin Mohamed Lazim – Pegawai Polis Daerah Tenom
CC : Pengarah Maritim WP Labuan

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Borneo Herald: Bumburing tidak dihormati <b>di</b> Kaamatan <b>Tuaran</b>?

Posted: 10 May 2012 09:48 PM PDT

TUARAN: Benarkah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing tidak diberi penghormatan di Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran pada 10 Mei?
Seorang pemerhati, En. Albert Polinoh, di sini menyuarakan kekesalannya di atas apa yang dipanggilnya kegagalan di pihak Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Pesta Kaamatan tersebut kerana tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada Bumburing yang masih memegang kedudukan sebagai Ahli Parliment P. 170 Tuaran. Bumburing juga adalah bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.
"Saya amat terkejut dan kecewa bila melihat ketika ketibaan Datuk Seri Panglima Wilfred bersama Datin Seri Panglima Rubinah," kata Albert. "Tiada satu pun alat-alat muzik tradisional yang dibunyikan ketika mereka masuk ke dewan.

BUMBURING TIDAK DIHORMATI <b>DI</b> KAAMATAN <b>TUARAN</b>?

Posted: 10 May 2012 07:49 AM PDT


TUARAN: Benarkah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing tidak diberi penghormatan di Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran pada 10 Mei?
Seorang pemerhati, En. Albert Polinoh, di sini menyuarakan kesalannya di atas apa yang dipanggilnya kegagalan di pihak Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Pesta Kaamatan tersebut kerana tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada Bumburing yang masih menjadi Ahli Parlimen Tuaran. Bumburing juga adalah bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.
"Saya amat terkejut dan kecewa bila melihat ketika ketibaan Datuk Seri Panglima Wilfred bersama Datin Seri Panglima Rubinah," kata Albertt. "Tiada satu pun alat-alat muzik tradisional yang dibunyikan ketika mereka masuk ke dewan."
"Di pintu masuk Dewan Seri Sulaman yang baru itu terdapat tiga kumpulan pemuzik tradisional, iaitu kumpulan Mojumbak Lotud, Kumpulan Muzik Sumazau Penampang, Kumpulan Betitik Bajau. Di samping itu terdapat juga kumpulan Tarian Singa Cina.
"Malangnnya tiada satu pun kumpulan tradisional ini yang memainkan muzik mereka dan kumpulan tarian Cina juga seperti tidak menghiraukan ketibaan beliau."
Albert berkata ini menunjukkan sikap penganjur yang gagal menunjukkan sikap  profesional dan lupa apa yang dimaksudkan dengan 'protokol' sedangkan jawatankuasa penghanjur adalah terdiri dari para pegawai tinggi di Daerah Tuaran, dan pengerusi penganjurnya ialah Pegawai Daerah Tuaran.
Albert yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Suang Lotud Sabah kesal kerana Jawatankuasa Penganjur yang jahil tentang budaya Lotud sebagaimana yang dilihat dengan cara ADUN, Datuk Hajiji Mohd. Noor dipakaikan sigar.
"Yang memakaikan sigar itu ialah seorang wanita, tetapi ini adalah salah di segi budaya Lotud," tegas Albert. "Mengikut protokol tradisional Lotud yang memakaikan sigar adalah orang lelaki dewasa yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, bukan sebarangan orang."
"Tradisi ini bertujuan untuk menunjukkan penghormatan tinggi kepada orang yang dipakaikan sigar itu. Ini selari dengan tradisi raja-raja di Eropah di mana orang yang meletakkan mahkota ke atas kepala raja ialah Ketua Agama di dalam negara itu."
Albert juga amat mengesali sikap penhganjur yang tidak terfikir pun untuk menjemput Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) untuk menyertai penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran itu.
"Saya tidak faham kenapa jemputan dibuat kepada Presiden PSLS, Soguli Olid, dibuat pada jam 8.00 malam sebelum pesta itu. Dan itu pun dibuat melalui telefon," katanya. "Ketara benar penganjur terlupa kewujudan PSLS yang selama ini aktif di Tuaran, dan di saat-saat akhir jemputan terpaksa dibuat secara tergesa-gesa di saat-saat akhir dan itu pun seperti cara jemputan gerila!"
Albert yang sangat kecewa berpendapat semua kesilapan dan kelalaian ini mesti diakui oleh pihak penganjur. "Satu permohonan maaf harus dibuat secara umum oleh mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Di samping itu, seorang Ketua Masyarakat yang tidak mahu disebut namanya mengesali kerana bunyi muzik di dalam dewan terlalu kuat dan pendingin hawa juga terlalu sejuk hingga ramai yang menggeletar kesejukan.
"Adakah pihak yang berkenaan mahu menunjukkan betapa hebatnya unit-unit pendingin hawa yang berpuluh-puluh itu yang masih baru?" tanyanya. "Dan tidakkah pengurus pentas dapat membeza antara suara muzik yang munasabah dan yang memecah telinga penonton?"

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Save The World: GEMPAR !! ULAR GERGASI TELAN BABI HUTAN <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 06:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SIPTANG, SABAH : Vedio amatur ular sawa yang besar ini telah di rakam oleh perkerja yang membersihkan kawasan tapak kilang baja urea (samur) Sipitang. ular ni boleh telan 2 orang menusia dalam satu-satu masa, kira ...

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


~ckwriteanythin~: Rumah Terbalik - Kinabalu Park - <b>R.A.N.A.U</b>

Posted: 06 May 2012 09:30 AM PDT

HaLu..ini adalah sambungan kisah di Sabah :))

Jika sehari sebelumnya kami telah berterik panas di Pulau Manukan dan Mamutik, hari yang seterusnya perjalanan adalah ke tempat yang lebih nyaman layaknya. Plan asal adalah ke Rumah Terbalik, Kinabalu Park, Poring Hot Springs, cow farm ala New Zealand (katanya) dan strawberry farm. Wohooo...di atas kertas, hanya Kundasang (tempat belian sayur & buahan) saja yang sudah aku sampai. So perasaan adalah teruja untuk lawat kesemua tempat-tempet tersebut! :D Yeay!

Perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kundasang didahului dengan singgah di Rumah Terbalik di Tamparuli. Kabarnya ini lah satu-satunya rumah terbalik di Malaysia and even di Asia Tenggara! WOW!! Entrance fees bagi setiap dewasa adalah RM10/- saja uolss. Tapi kami tak masuk pon, hanya snap piccas dari luar saja..hehee.. jangan marah ya tuan rumah.. :))

entrance fees @ the upside down house - Tamparuli, Sabah :))
Although we not going inside, we bought some drinks..Ok lorr.. ^_^
yeahhhh...I'm the supper woman :p

ouchhh...can't stand!! Super hot day!!! 

clean and tidy toilet~ thumbs up !!
courtesy BERNAS club ~ weols in front of the upside down car!! 

Perjalanan diteruskan ke Kinabalu Park yeeehuuu :))
Entrance ke Kinabalu Park ini ialah RM3/person dan tiket yang sama boleh digunakan di Poring Springs. Jadi kalau kau ke sini dan bercadang mahu ke Poring Springs, sila lah simpan tiket kau kemas-kemas ya senah. Tak baik membazir uols  ^_^

Well hanya sekejap meluang masa di Kinabalu Park ni dan kami hanya bersantai di area main shop & tourism centre saja. Tak puas rasanya menghirup udara segar..pheww~ Namun sempat beli tshirt 'Mountain TORQ' sebagai buah tangan walaupun puncak kinabalu belom lagi pernah ditawan! Hiks!!
Tak apa nanti kita repeat dengan daki Mount Kinabalu ya!! XD

nice view..I'm alway LAV being in nature 


dedicated to mountain lovers :))

courtesy BERNAS club ~ weols @ Kinabalu Park :))
Kami teruskan perjalanan menuju ke Poring Spings..yey..mahu rendam kaki di air yang hangat! *budget sesuai la untuk pemain futsal kan activiti nie kan.. :p*:)) 
Kata orang, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Perjalanan kami tergendala di pekan RANAU kerana kabarnya jalan ditutup sebentar untuk memberi laluan kepada pelumba basikal 'Jelajah Borneo'. Owhh..maka kami singgah makan lunch lah dulu eaa.. :))
heading to Poring & about to hit RANAU

Owhh suddenly we were informed the main road has been closed due to 'Tour of Borneo 2012
owhh..have to give the road to cyclists TOT~ (>_<")
Waktu ini cuaca panas ya amat!! Owhh..tak bleh bayang. Kami ambil keputusan untuk berhenti makan lunch dan kemudiannya sambung perjalanan bila jalan dibuka semula. 

what a symbolic of our trip for the day :p
courtesy BERNAS club ~ weols after had lunch ~ pic in front of Maybank, Ranau
courtesy BERNAS club ~ halluewww DANISH..come here baby..;))
Lepas lunch, kami difahamkan jalan telah pun dibuka semula dan untuk mengelakkan perjalanan tergendala lagi, kami ambil keputusan untuk berpatah balik ke KK. Maka terpaksalah lupakan Poring Springs. Kami akan teruskan perjalan balik ke KK dan singgah di cow farm & strawberry farm. 
Owhh..that still sounds OHSEM bebeh!! U know I LAV Straberry ..indeed! ;))
Sekali lagi, kita hanya merancang. Masa kami cuba berpatah balik dan keluar dari pekan RANAU jalan telah kembali ditutup. Lagi malang laluan balik ke KK juga ditutup rapat tanpa boleh diaccess oleh mana-mana kenderaan pon! Owhh..kami fikir sekejap saja..malang nampaknya ianya berlarutan :(
owhh perlukan baca berita ini di saat terik panas membakar begini..hati pon naik panas!! :p

I was JUST thinking IF we need to stay in R.A.N.A.U..here we go..RANAU INN!! :P
I can't stand waiting in our van & starts roaming around

name of the road which we were stranded for 5 hours!! 
u will never be forgotten!! ::p

hanjing juga setia menunggu para cyclists :p

nothing we can do..its exceed the limits of patience
:: just go with the flow ::

emmm...waiting and waiting but the cyclist does not arrive

yeahh ...faster3 can huh?? :p
wohopp..agaknya kat KL tak dapat tengok pelumba basikal begini, jadi diberikan peluang untuk nonton aksi begini disini..phewww~ 
Nak tunggu semua pelumba nie habis pon makan masa jugak uols..tak faham aku kenapa nak tutop 2-3jam awal sebelum mereka lalu! haihh!! in KL ade jugak 'Le Tour de Langkawi' kan tapi jalan tutop tak de la berejam macam nie uolss!! Ciann..1st time anjurkan eaa..xoxoxo ^_^
Akhirnya 12.30-5.30 masa yang dah dihabiskan di R.A.N.A.U tu kan! 5 jam lah jugak kami stranded kan!!  Makanya semua tempat-tempat lawatan lain yang disenaraikan awal tadi memang tak lah nak pegi kan. Dah malam kot!! Ahh..jadi uols faham la makna aku tulis R.A.N.A.U begitu ya, nak menggambarkan betapa lamanya kami stranded!!! Woooo horror uolss!! :p
OK finally last stop sebelum van kami terus laju menuju Kota Kinabalu 



we wanna hit the PEAK!! 


dinner time @ KK City :p oookofffffkofffokoffff.. ;))

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Orang Utan <b>Kinabatangan</b> Maki Hamun Dan Mencarut <b>Di</b> Twitter

Posted: 14 May 2012 03:15 AM PDT

  KUALA LUMPUR 14 Mei: Biadap dan kurang ajar. Mungkin begitulah yang dapat dihuraikan tentang sikap seorang Ahli Parlimen BN apabila mencarut dan memaki hamun pengguna lain di twitter.

Ahli Parlimen berkenaan, Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah bersikap kebudak-budakan apabila menggunakan perkataan kesat di laman sosial itu.

Antara perkataan yang digunakan termasuk 'anak haram' 'jahanam' 'menyalak sampai mampus' dan menggelar pengguna twitter yang menegur atau menyindirnya sebagai 'binatang'.


Antaranya berbunyi: "ANAK HARAM KO..JAHANAM DARI mana pula ni", "MENYALAK LAH KO..mcm ANJING..Aku peduli apa?" dan "KO LAH BINATANG tu".

Malah beliau juga secara angkuh menyatakan dirinya calon boleh menang selain percaya undinya akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang.

"PRU13 undi saya akan meningkat, ko tanding mana pula, berangan2 jadi yb juga kah hahaha..kesihan," antara kenyataannya dipetik di twitter yang ditujukan kepada seorang pengguna lain.

Sikap kebudak-budakan Bung Mokhtar itu turut mencuri perhatian pengguna di laman sosial itu yang menegur sikap beliau sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat BN.

Mokhtar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN di Parlimen sebelum ini sering mencetuskan isu kontroversi.

Antaranya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap wanita dengan menyebut 'bocor', selain menunjukkan isyarat lucah di Dewan Rakyat.

Tulisan Bung yang juga suami kepada pelakon terkenal, Zizie Ezzete ini juga mencuri perhatian, ekoran perkataan kesat yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melontarkan perkataan 'Haram Jadah' baru-baru ini.











http://www.keadilandaily.com/?p=30384
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved