ads

Selasa, 6 Mac 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


I LOVE MARUDU: <b>Kota Marudu</b>: Nestle bina tadika <b>di</b> Kampung <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 01:16 AM PST

Nestle bina tadika di pedalaman

Anita Baranting (kiri) dan Zainun Nur Abdul Rauf (bertudung) bersama beberapa orang murid prasekolah semasa pelancaran Tadika Lingkabungan 2 di Kota Marudu
KOTA MARUDU 6 Dis. – Dalam menyokong pembangunan luar bandar, Nestle terus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membuka sebuah tadika di Kampung Lingkabugan Dua di sini.

Pengarah Eksekutif Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf berkata, pembukaan tadika di kawasan pedalaman yang terpaksa meredah jalan balak sejauh lapan kilometer itu merupakan program ke lapan pihaknya di negeri ini sejak 2005.

"Tadika ini menyokong pendidikan prasekolah untuk kira-kira 30 kanak-kanak kampung itu yang juga berhak mendapat pendidikan berkualiti, sama seperti rakan mereka di kawasan lain.

"Kesimpulannya dengan menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk pembelajaran, kami memberikan mereka peluang yang lebih untuk cemerlang dalam pelajaran," katanya pada majlis pelancaran Tadika Lingkabugan 2 di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, Anita Baranting.

Menurut Zainun Nur, melalui kerjasama dengan Raleigh International (Borneo) dan Asian Forestry Company (AFC) itu, Nestle memperuntukkan RM70,000 bagi membuka dua tadika di Sabah tahun ini.

Katanya, pada bulan lalu, sebuah tadika berjaya disiapkan iaitu di Kampung Sonsogon Magandai di sini yang menyediakan pendidikan prasekolah untuk 30 kanak-kanak di kawasan itu.

"Melalui kerjasama ini, sukarelawan Raleigh akan membina tadika berkenaan manakala AFC akan menyediakan kemudahan logistik yang akan menjimatkan kos pembinaan," katanya.

Dalam pada itu, Anita berkata, sumbangan Nestle dan pelbagai pihak dalam membina tadika seperti itu telah membantu kerajaan membangunkan kawasan terpencil di negeri tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: JK KHAS PENYELARAS PROJEK <b>TENOM</b>

Posted: 14 Feb 2012 08:44 AM PST

HARMONI.... Radin (kiri), Siriman (tengah) Rubin dan Raime menjalani mesyuarat dalam suasana harmoni.

Oleh : THAMPPAREQ KITOES

JAWATANKUASA Khas Penyelarasan Projek-Projek Persekutuan dan Negeri di Tenom kini telah terbentuk dan menetapkan bahawa pada masa akan datang semua cadangan projek pembangunan termasuk pendidikan dan latihan wajib mendapat kelulusan jawatankuasa ini.

Jawatankuasa yang baru dibentuk ekoran saranan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini yang mahu melihat bahawa setiap Pegawai Daerah, termasuk wakil-wakil rakyat turun padang mempastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan akar umbi benar-benar menepati sasaran dan diberi keutamaan.

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa itu yang juga merupakan Pegawai Daerah Tenom, Siriman MF Basir ketika memberitahu media sejurus selepas mesyuarat itu di Bilik Gerakan Pejabat Daerah.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh; Adun Kemabong Datuk Rubin Balang; Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi; ADO Kemabong Fredian Gan dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Siriman berkata, mesyuarat itu turut menekankan masalah kedaifan jalanraya dan juga bekalan air bersih turut menjadi fokus perbincangan kerana kedua-dua tajuk pembangunan tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin (kerana) sudah menjadi rungutan rakyat pada setiap masa.

"Bermula dari sekarang, semua permasalahan (rungutan rakyat) jalanraya mahu pun bekalan air hendaklah disalurkan menerusi jawatankuasa ini yang kemudiannya akan menyalurkan ke jabatan yang berkenaan supaya kita dapat monitor perkembangannya," tegas Siriman MF Basir.

"Insyallah, kita akan turun padang bersama wakil-wakil rakyat memantau permasalahan rakyat dari masa ke semasa supaya tiada lagi akan mendakwa mereka telah terpinggir dari menerima dan menikmati pembangunan kerajaan," tambah beliau.

Dalam pada itu, kekecewaan tiga wakil rakyat di Tenom turut diluahkan Datuk Rubin Balang terhadap Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jurutera Jabatan Air (JA) di sini yang sering tidak menghadirkan diri ketika mesyuarat penting dijalankan, sebaliknya hanya menghantar wakil mereka.

Rubin menambah, perilaku mereka (Jurutera) bukan sahaja semasa mesyuarat Jawatankuasa itu, namun beberapa mesyuarat lain (sebelum ini) seperti mesyuarat tindakan daerah juga mereka menunjukkan sikap sedemikian rupa yang disifatkannya sebagai bertentangan dengan amalan dan dasar selaku penjawat tinggi awam.

"Kita bukan tidak yakin dengan kebolehan wakil mereka, tetapi mereka harus faham bahawa mesyuarat ini penting dan memerlukan tindakan dan keputusan segera daripada jabatan mereka. Lagi pun, ketidak hadiran mereka menyukarkan kita membincangkan masalah yang penting untuk dilaksanakan," tegas Rubin.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: RAMAI &#39;JUTAWAN&#39; <b>DI LAHAD DATU</b>?

Posted: 06 Mar 2012 11:53 AM PST

Oleh : MUTALIB M.D

KEJAYAAN Polis Diraja Malaysia memberkas 'Jutawan' Lubnan, Elie Youssef Najem yang memiliki wang palsu Amerika bernilai USD1 juta (denominasi USD100,000) tidak membimbangkan ramai 'Jutawan' di Lahad Datu daripada terus menipu dengan menjual wang palsu tersebut secara terbuka.

Siasatan Sabahkini.net mendapati ramai 'Jutawan' di Lahad Datu memiliki antara 200 hingga 300 keping wang palsu Amerika bagi denominasi USD100,000 yang didakwa dibeli daripada penyeludup dan pengurup wang haram daripada Filipina dengan harga antara RM100 hingga RM500 sekeping setelah 'agen' mereka di bank perdagangan Lahad Datu mengesahkan wang tersebut adalah tulen.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menukar wang tersebut di Pengurup Wang atau Bank Perdagangan kerana agen mendakwa hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia atau di Singapura atau Amerika.

Namun setelah mendapati diri mereka tertipu, mereka tidak berani membuat laporan polis kerana menyedari memiliki wang palsu adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Ramai di antara mangsa kerugian antara RM20,000 sehingga RM50,000 setelah terpedaya dengan penipuan kumpulan sindiket yang semakin galak memperdaya mangsa, setelah ramai di antara pembeli berjaya menukar di pasaran gelap dengan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 sekeping.

"Nasib saya hanya beli sepuluh keping sahaja, jika tidak habis wang simpanan saya," ujar Hamizin Jamal sambil menyerahkan dua keping wang palsu berkenaan untuk meminta bantuan menukar wang tersebut di Bank Negara Malaysia sebagaimana disarankan agen.

Setelah menemui Sabahkini.net, barulah Hamizin sedang bahawa wang berkenaan palsu setelah dimaklumkan bahawa nilai paling tinggi wang kertas dolar Amerika Syarikat sekarang ialah US$100 dan bukannya USD100,000.

"Rupa-rupanya saya macam beli wang mayat iaitu yang digunakan ketika pengkebumian orang mati kerana tidak laku lagi, sekalipun pernah digunakan sekitar tahun 1934," kata Hamizin yang tidak dapat menahan ketawa, namun meminta agar gambarnya tidak disiarkan kerana bimbang dicederakan samseng yang diupah agen atau sindiket berkenaan.

Menurut Undang-Undang, pemilik wang palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 489 (C) Akta Tatacara Jenayah dan jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Gempa Bumi <b>Di Ranau</b> | Travel Information

Posted: 08 Feb 2010 07:11 PM PST

Woh! terkejut aku tadi, tetiba kawan aku dari KL telepon aku tanya pasal gempa bumi di Ranau. Tergagap-gagap suara kawan aku bertanyakan macamana sudah keadaan di Ranau. Dia kata dia dapat maklumat dari buletin TV jam 12.00 tengahari. Aku masuk web Geng Blogger ternampaklah aku dengan entry rakan. aku copy and paste kembali. Arap rakan tu tak marah ye..

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi Ahad.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. @ BERNAMA

Apa-apa pun keadaan di kawasan taman air panas poring seperti tiada yang berlaku. Kejadian tersebut tidak pun di rasai di kawasan ini yang berada 19 km dari pekan Ranau. lagi pun mengikut fakta di atas, ia berlaku sebelah malam tadi.



10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


SKMM akan bina 20 menara selular berkuasa tinggi <b>di Beluran</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 02:32 PM PST

by NOORASVILLA MUHAMMA. Posted on March 6, 2012, Tuesday

BELURAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina 20 menara selular berkuasa tinggi di Beluran dalam usaha memperluaskan liputan telekomunikasi di daerah itu.

Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan, Bukhari Yahya, berkata pihak SKMM kini dalam proses penilaian tender sebelum pembinaan menara terbabit mulai dilaksanakan.

"Selain itu, terdapat dua lagi menara untuk perkhidmatan yang sama sudah siap dibina di daerah ini dan kini dalam proses pemasangan elektronik sebelum ia mulai beroperasi.

"SKMM juga akan membangunkan lebih banyak kampung yang mempunyai kemudahan internet tanpa wayar (wifi) untuk membolehkan penduduk di kawasan luar bandar di daerah ini mengakses dunia tanpa sempadan dengan mudah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Komputer 1Malaysia kepada 1,000 penerima yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di Dewan Serbaguna Beluran, kelmarin.

Menerusi penyediaan lebih banyak kemudahan telekomunikasi dan internet di kawasan luar bandar, beliau berharap masyarakat setempat dapat memanfaatkannya untuk meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Ia termasuk memulakan perniagaan atau mempromosikan produk yang dihasilkan penduduk secara dalam talian (online).

"SKMM menggalakkan penduduk yang ada mengusahakan perniagaan seperti menghasilkan produk pelancongan ataupun hasil laut untuk mempromosikan barangan mereka melalui alam maya.

"Mereka cuma perlu memaklumkan pihak SKMM melalui Pejabat Parlimen atau Pejabat Daerah untuk kami menganjurkan kursus dan latihan yang berkaitan kepada penduduk yang berminat," katanya.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved