ads

Khamis, 8 November 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


CATATAN PERISTIWA BERDARAH <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 26 Sep 2012 03:45 AM PDT


Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.
Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman

 dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
"Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan." En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
"Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ", katanya.
"Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".
"Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".
L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
"Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan".
Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.
Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.
"Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata", kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.
En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.
Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.
Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.
Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.
"Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung", Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. "Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".
"Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.
Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).
Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.
"Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya," ceritanya lagi.
L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.
Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.
Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.
Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.
Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.
Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


IdaMan: Gelombang Perubahan Sangat Kuat <b>Di Kota Belud</b>

Posted: 04 Nov 2012 11:14 PM PST


                                  (Gambar: Mustaqim (tengah) bersama SU PAS kawasan Martubis Jumdot (kiri) serta SU Dewan Pemuda PAS kawasan Abu Ubaidah)

KOTA BELUD: Gelombang perubahan yang melanda seluruh Sabah sejak akhir-akhir ini sangat kuat dirasai di kawasan Parlimen P.169 Kota Belud di sini.

Biarpun ia dikatakan 'kubu kuat' BN sejak sekian lama, sehingga tidak pernah dalam sejarah politik Sabah, ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di sini, namun kali ini ianya dilihat berbeza.

Kesedaran masyarakatnya yang timbul akibat dihimpit pelbagai masalah khususnya infrastruktur dan ekonomi menyebabkan rata-rata mereka kini berani bercakap tentang perubahan politik.

Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustaqim Aling berkata, pihaknya kini dapat melihat satu perubahan luar biasa masyarakat di situ yang cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, slogan 'ini kalilah' bagai meniti dibibir masyarakat dan dapat didengar dalam perbualan harian mereka di sini.

"Ini kalilah itu mulanya di Kota Belud, malah sekarang sudah jadi gelombang yang sangat luar baiasa di sini. Kalau kita di mana-mana sahaja boleh dengar.

"Dulu gelombang Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah melanda sini, tapi sekarang saya rasa gelombang ini kali lah lebih besar dari PBS dahulu," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di sini.

(Gambar: Mustaqim menunjukkan kawasan jelapang padi yang didakwa terbengkalai dan tidak mengeluarkan hasil seperti setatutnya)

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.

Kota Belud juga adalah kawasan campuran antara Kadazan Dusun Murut (KDM), Bajau dan sedikit kaum Cina dan boleh dikatakan ianya kawasan bermajoriti Islam.

Pada PRU12 2008 yang lalu, calon BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mengekalkan kerusi Kota Belud dengan kelebihan 3,020 undi mengalahkan calon PKR Saidi Simoi.

Ianya juga menyaksikan sebanyak 1,046 kertas undi ditolak pada waktu itu.

Desas-desus mengatakan pergaduhan pemimpin tempatan kerana tidak dipilih menjadi calon sangat kuat waktu itu sehinga wujud undi protes yang menyebabkan kemerosotan undi kepada BN.

Pergaduhan antara pemimpin mereka juga dikatakan masih berlaku sehingga memaksa pemimpin pusat termasuk Naib Presiden Umno Datuk Safie Apdal terpaksa turun beberapa kali.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat tiga Dun di bawahnya iaitu Usukan, Kadamian dan Tempasuk.

PAS pula dijangka meletakkan calonnya di Tempasuk pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU 2008, BN menang di Tempasuk dengan majoriti 2,432 mengalahkan calon PKR dan bebas ketika itu.

Mengulas lanjut, Mustaqim berkata, penerimaan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga sangat berbeza berbanding sebelumnya.

PAS tidak lagi dilihat sebuah parti yang perlu ditakuti oleh mereka khususnya yang bukan beragama Islam.

"Pusat khidmat masyarakat PAS ini sendiri menjadi tempat rujukan masyarakat di sini termasuk bukan Islam untuk membuat aduan mereka.

"Malah sejak akhir-akhir ini pejabat ini menjadi makin sibuk dengan kehadiran ramai mereka yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di sini," katanya.

(Gambar: Batang paip sepatutnya digunakan bagi membina saluran air ke kawasan sawah, tetapi terbengkalai di sini sejak 2005)

Antara isu besar di Kota Belud yang menjadi rungutan masyarakat setempat termasuklah keadaan jalan yang uzur yang sekaligus menghadkan pergerakan mereka.

Jalan raya disini difahamkan dibina sejak zaman PBS lagi dan tidak dibaiki secara menyeluruh oleh kerajaan BN.

Bairpun dijanjikan 'dalam perancangan' untuk dinaiktaraf oleh kerajaan BN, namun rakyat dilihat sudah tidak tahan lagi dengan alasan politik pilihan raya itu.

Masalah lain yang tidak kurang juga besarnya adalah masalah bekalan air bersih kepada penduduk.

Difahamkan walaupun batang paip air sudah ditanam sejak lama, namun ianya tidak mengeluarkan air.

Ini menyebabkan sebahagian masyarakat di sini mencari alternatif dengan mengeluarkan modal sendiri membeli enjin mengepam air dari bawah tanah.

Namun ianya juga tidak me mana kerana kualiti air yang dipam itu didakwa sangat teruk dan berbau busuk.

Selain itu, penduduk juga didakwa mengeluh dengan masalah yang melanda Program Jelapang Padi dan Agropolitan yang terbengkalai sehingga menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


:: D&#39; EyEs 0f pRIncEsS D0t c0m ::: Transit <b>di Kota Kinabalu</b> dulu~~

Posted: 20 Oct 2012 06:31 AM PDT


Besok pagi flight saya ke Putrajaya... saya ada bengkel di HQ....

InsyaAllah bermula besok, saya akan berkampung di Putrajaya hingga hari rabu.... Pehtu rabu petang flight saya balik ke sini semula... ;-)

Ada yang cakap alang² saja... bagus terus balik kampung sempena cuti AidilAdha... paling² pun lajak ja sampai Ahad.... hurmm... memang betul pendapat kamu ya kawan.. bila lagi kan alang² juga.. tapi tapi tapi... Encik suami saya tak dapat cuti...Khidmat pewira saya di perlukan... itulah saya dicide.. tak balik kampung just sampai Putrajaya sahaja. habis ja bengkel terus balik sini semula....

Sebenarnya.... tiket flight AidilAdha kami berdua, saya dah beli awal² lagi.. sama dengan tiket AidilFitri hari tu... Tiket Promosi kan... Ngee~~. Kalau confirm lah abang dapat cuti, 25hb malam tu kami balik kampung...

Lagipun abang kan baru sahaja balik dari operasi minggu lepas... So memang jangan harap lah nak dapat cuti AidilAdha... Kesudahan nya..tiket tu kami Burn saja. Tiket promo tak boleh di ubah tarikh segala.. Nasib RM30/pax... Tak da la nak terasa ralat sangat kennnn  =P

Ohh ya... surat panggilan bengkel nih dorunk fax dah lewat, So urusan tiket memang susah sikit...terkejar² masa... tambah pula musim perayaan begini.. huh. Susah nak cerita... paham saja la... Jadi besok flight saya akan transit di Kota Kinabalu sekejap... Balik ke sini semula pun sama.. tukar flight pulak naik Mas Wing...Tak pa la lagu mana pun.. Janji sampai dengan selamat dan semuanya berjalan lancar...... InsyaAllah >.<

Okeh dah itu ja nak kongsi, Sekarang nak p menempek tepi abang pulak.... abang tengah tengok bola di depan... ATM vs Kelantan...  Macam biasa, sure abang jadi pengulas tak berbayar untuk saya.... yeayyyyy!!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved