ads

Sabtu, 25 Februari 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Uthaya Sankar SB: Kutiyattam <b>di Semporna</b> – Bahagian 2

Posted: 25 Feb 2012 03:00 PM PST

Kemudian, nannyar iaitu vokalis akan menyampaikan lagu. Penari mempersembahkan marayilkriya iaitu gabungan nritta dan nrittya terbuka di atas pentas.

Bahagian ini merupakan bahagian cerita dalam persembahan kutiyattam. Biasanya para penontoh sudah sedia mengetahui jalan cerita yang dipersembahkan.

"Memang banyak yang orang Semenanjung tidak tahu tentang penduduk Sabah dan Sarawak," Encik Kutty berkata apabila menyedari bahawa saya sedang termenung jauh.

Beliau mengangkat gelas yang sudah kosong dan berjalan menuju ke dapur. Kepala saya masih tertunduk sambil saya meneliti nota-nota cakar ayam yang sempat saya catatkan sejak dua minggu lalu.

Drama tari kutiyattam dipercayai bermula pada abad kesepuluh dan dipercayai dipersembahkan berasaskan cerita tulisan Tolan. Andaian ini dibuat kerana skrip drama tari yang dihasilkan oleh Tolan diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya di Kerala.

Tolan mengambil cerita-cerita daripada epik klasik seperti Ramayana dan Mahabharata serta purana, lalu menghasilkan skrip yang diubahsuai ke bahasa tempatan dan mengikut citarasa semasa.

Hasil pembacaan, saya mendapat tahu bahawa persembahan drama tari itu dilakukan oleh suatu golongan yang membuat persembahan kutiyattam secara sepenuh masa.

Mereka digelar golongan cakyaras yang terdiri daripada cakyar (penari/pelakon lelaki), nambyar (pemain gendang) dan nannyar (vokalis dan penari wanita).

"Posisi asas adalah mandalastanam, sama seperti posisi asas kathakali."

Entah bila Encik Kutty datang semula bersama gelas yang sudah berisi minuman. Beliau segera meletakkan gelas itu di atas meja dan berdiri di tengah-tengah ruang tamu.

"Biar saya tunjukkan," katanya.

Serta-merta, kedua-dua kaki dibengkokkan ke tepi manakala torso (bahagian dari bahu ke pinggang) ditegakkan dan kedua-dua belah lengan diangkat ke paras bahu serta dibengkokkan pada siku supaya tangan menghulur ke arah dada.

Tapak kaki Encik Kutty menyentuh lantai manakala ibu jari kaki diangkat secara penuh paksa supaya tertonjol ke atas.

"Posisi asas ini sama seperti kathakali. Setiap kali selepas melakukan pergerakan dalam tarian, penari kutiyattam akan kembali ke posisi mandalastanam yang juga dikenali sebagai posisi rehat," beliau menjelaskan.

Saya tersenyum kerana gembira berpeluang melihat sendiri demonstrasi yang dilakukan. Walaupun Encik Kutty bukan penari kutiyattam profesional, beliau ternyata mengambil inisiatif untuk mempelajarinya.

"Kalau bukan kita yang mempelajari, menghargai dan menghayati budaya tradisi nenek-moyang kita, siapa lagi?"

Demikian soalan retorikal yang beliau kemukakan semasa saya dan Hassan mengunjungi beliau minggu lalu.

"Apa pun, saya amat gembira kerana seorang gadis dari Semporna, Sabah sudi datang berjumpa saya untuk mengumpul maklumat mengenai kutiyattam," Encik Kutty mengakui.

Katanya, sebelum ini, beliau hanya mengenali nama Semporna menerusi kumpulan cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna (1982) karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussian.

"Apabila timbul kontroversi berkaitan novel Interlok Edisi Murid pada tahun lalu, saya segera teringat akan pelbagai keunikan yang dipaparkan secara bersahaja oleh pengarang itu menerusi cerpen-cerpennya," kata Encik Kutty yang ternyata fasih bercakap Bahasa Malaysia.

Saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung kontroversi novel itu yang pernah dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia. Pertama, saya belum pernah membacanya. Kedua, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Jadi, apa lagi yang kamu mahu tahu mengenai kutiyattam?" Encik Kutty bertanya sejurus selepas kami sama-sama diam seketika.

"Hmmm. … Bahagian torso penari dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian atas adalah dada dan bahu, manakala bahagian bawah pula perut dan pinggang," saya membaca catatan pada buku nota. "Kedua-dua bahagian ini bergerak secara berasingan. Dalam istilah seni persembahan, dikatakan bahawa torso penari berkerat-kerat atau segmented dan berasingan iaitu isolated."

Encik Kutty ketawa mendengar penerangan saya. Untuk seketika, saya berfikir kemungkinan saya tersilap menyalin nota dari ruang siber.

"Maafkan saya," kata beliau sambil menahan ketawa. "Saya tidak pasti tentang segala istilah teknikal itu. Kamu orang terpelajar tapi saya sekadar orang kampung."

Penggunaan frasa "orang kampung" membuatkan muka saya memerah. Itulah sebenarnya label yang sedang saya cuba tinggalkan dan tanggalkan sejak kecil.

Sebagai individu yang berasal dari sebuah kampung di Sabah, memang saya amat menyedari bagaimana wujud jurang perbezaan yang amat nyata antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Saya mahu turut merasai kemajuan seperti yang dikecapi penduduk di Semenanjung Malaysia.

Jika realiti kelahiran saya sebagai seorang penduduk Sabah daripada etnik Bajau dan Simunul menjadi punca saya masih kekal dilabel sebagai "orang kampung", maka saya bersedia mengubahnya.

Malah, secara realiti, ramai juga sanak-saudara saya di Sabah yang sudah mula mengidentitikan diri mereka sebagai "Melayu" kerana langkah itu memudahkan segala urusan.

Demikianlah antara realiti, persoalan dan dilema yang membelenggu sebahagian rakan-rakan saya di Sabah. Namun, tentu sahaja segala persoalan ini tidak diperkatakan secara terbuka.

Malah, saya sendiri memlilih untuk tidak memikirkan segala isu itu kerana pasti tidak akan ada sebarang penyelesaian positif dalam masa terdekat.

Mungkin minat saya terhadap kutiyattam memberikan semacam eskapisme daripada menghadapi realiti bahawa keluarga saya kurang mengenali budaya tradisi Bajau dan Simunul.

Tentu sahaja pengalaman saya tidak mewakili realiti keseluruhan masyarakat Bajau di Sabah. Akan tetapi, ini suara hati seorang individu yang mahu melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Lalu, sejak seawal usia dua belas tahun, saya cuba menjauhkan diri daripada dilihat sebagai orang kampung. Saya mahu menikmati hidup yang mewah; sekurang-kurangnya dalam realiti imaginasi.

Pada waktu itulah saya berpeluang membaca makalah mengenai kutiyattam dalam sebuah majalah lama (Dewan Budaya, April 1997) di perpustakaan awam. Entah bagaimana hati saya terus tertawan. – Bersambung minggu depan

(Uthaya Sankar SB adalah graduan pengajian media dan seni persembahan dari Universiti Malaya. Beliau boleh berlakon tetapi tidak tahu menari. Faksyen ini ditulis pada 30 Januari 2012 dan Bahagian 2 disiarkan di Free Malaysia Today pada 13 Februari 2012. Sila KLIK DI SINI untuk membaca Bahagian 1. © Uthaya Sankar SB 2012. Bandingkan kisah ini dengan faksyen Laksamana Arjuna. Sila KLIK DI SINI untuk senarai cerpen.)

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


TERTEMBAK SEPUPU DISANGKA BERUANG HITAM <b>DI</b> SG <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST

No of View :64
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KENINGAU: Seorang petani yang girang kerana menyangka menembak seekor beruang hitam yang memanjat pokok rambutan terkejut apabila mendapati haiwan itu adalah sepupunya yang maut selepas terkena tembakan dilepaskannya di hutan Ulu Sungai Mususur, Tambunan, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa, Nuis Upil, 36, dikatakan bersama suspek berusia 42 tahun yang juga sepupunya serta dua lagi rakan mereka ke hutan berkenaan jam 2 petang.

Mangsa memanjat pokok rambutan dan pada waktu sama, suspek yang membawa senjata api buatan sendiri, bakakuk melepaskan tembakan kerana menyangka itu adalah beruang hitam menyebabkan 'haiwan' terbabit jatuh.

Suspek dan dua lagi rakan mencari 'haiwan' itu dan terkejut apabila mendapati ia sepupunya berlumuran darah dan tidak bernyawa. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika ditemui Harian Metro, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Beliau berkata, pada mulanya, suspek membuat laporan polis kononnya mangsa ditembak individu tidak dikenali bagi mengelak dikaitkan dengan kejadian itu, tetapi akhirnya mengaku tertembak mangsa.

"Kejadian ini membabitkan empat lelaki tempatan dari Kampung Dabata dan Dalunga berusia antara 36 dan 52 tahun termasuk mangsa dan dua lagi rakan mereka," katanya.

Zahari berkata, suspek mengaku tertembak mangsa kerana menyangka sepupunya itu beruang hitam memanjat pokok rambutan.

Malah, katanya, siasatan polis mendapati ketika kejadian, hanya suspek saja membawa bakakuk dan memasuki hutan itu berburu. "Polis menahan suspek dan seorang lagi rakannya bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Tempat Menarik Untuk Dilawat <b>Di Tawau</b>,Sabah

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

Kali ini kita akan melihat beberapa tempat menarik untuk dikunjung di Negeri Bawah Bayu iaitu Sabah. Daerah yang dipilh kali ini adalah Tawau.

Tawau terletak di garisan bujur 117' ke Timur dan 4' 30' di garisan Lintang ke Utara. Ia meliputi kawasan seluas 6,125 kilometer persegi ata kira-kira 612,506 hektar dan terletak di bahagian Pantai Timur Sabah. Tawau berkongsi sempadan dengan Kalimantan Indonesia sementara lautnya dikelilingi oleh Laut Sulu di Timur dan Laut Sulawesi di Selatan. Bagi tujuan-tujuan pentadiran dan pencukaian.

Daerah Tawau dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Bandar ( 2,510 hektar ), Separuh Bandar ( 3,075 hektar ), Luar Bandar ( 568,515 hektar ) dan Laut ( 38.406 hektar ).

Tawau terletak 555KM daripada Kota Kinabalu iaitu selama 9 - 10 jam perjalanan.

Tempat-tempat yang menarik untuk dikunjung sekiranya anda sampai di Tawau.

1. Balung River Eco Resort

Quote:Dibina di tengah kawasan peladangan seluas lima hektar, Balung River Eco Resort di Tawau menjadi destinasi percutian menarik untuk menghilangkan penat lelah dan menjauhkan diri daripada kesibukan kota.

Terdapat dua cara ke Balung River Eco Resort iaitu yang pertama, menggunakan pengangkutan udara. Dari Lapangan Terbang Tawau, pelancong terpaksa menempuh perjalanan sejauh 28 kilometer selama setengah jam untuk sampai ke resort itu. Pilihan kedua pula melalui pengangkutan darat yang kebanyakannya menjadi pilihan pengunjung tempatan.

Sepanjang perjalanan itu, pelancong luar turut merasai keindahan flora dan fauna sepanjang perjalanan sekiranya memilih laluan itu. Meskipun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 33 kilometer dari bandar Tawau, keletihan pasti terubat dan hilang sekelip mata apabila menjejak kaki ke resort itu yang serba menyamankan. Bagi yang gemarkan suasana alam semula jadi pula pasti tertawan dengan pemandangan resort itu yang dikelilingi hutan di kawasan sekitarnya selain berdekatan dengan Sungai Balung. Di situ, pengunjung boleh membuat pilihan sama ada untuk mandi-manda di kolam yang disediakan atau di sungai yang terletak tidak sampai 50 meter dari resort berkenaan.

Menariknya, Balung River Eco Resort menjadi pusat percutian pertama di negara ini yang mengusahakan perladangan dan tanaman pertanian di kawasan seluas 1,295 hektar. Inisiatif pengurusan resort berkenaan patut dipuji kerana menyediakan perkhidmatan dua dalam satu iaitu sebuah pusat percutian indah dan menarik serta mampu pula mengusahakan tanaman pertanian di dalamnya. Bunyinya mungkin agak janggal, namun, itu adalah daya tarikan sebenar pelancong ke resort berkenaan selain menikmati udara segar dan keindahan alam semula jadinya. Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga mempunyai pilihan untuk menyertai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak resort iaitu pakej lawatan ke ladang-ladang di resort tersebut. Pengunjung akan dibawa melawat kilang memproses hasil produk dari ladang seperti jus mengkudu, herba misai kucing dan gula kabong atau gula merah.

Idea mewujudkan resort berkonsepkan ladang ini telah diilhamkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh. Keistimewaan lain yang terdapat di resort itu adalah kemudahan bilik penginapan yang selesa untuk percutian individu atau bersama keluarga . Turut disediakan gelanggang badminton, bola sepak, tempat perkhemahan, kolam renang, tasik untuk memancing, restoran, karaoke dan surau.


İmage

İmage

2. Bukit Gemok

Quote:Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.

Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.

Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.


İmage

İmage

3. Maliau Basin (Sabah's Lost World)

Quote:Maliau Basin juga dikenali sebagai 'Sabah's Lost World'. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan utara Kalimantan dan perlu memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari bandar Tawau atau Keningau. Kereta yang bergear rendah sahaja yang digalakkan kerana perlu mengharungi jalan-jalan hutan.

Ini kerana is terletak di tengah-tengah hutan yang menyebabkan ramai orang tidak mengetahui kewujudannya. Ia merupakan salah satu kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air terjunnya yang bertingkat-tingkat.

Terdapat juga penginapan yang disediakan oleh pihak Maliau Basin kepada pengunjung-pengunjung. Selain itu terdapat banyak aktiviti yang boleh diikuti oleh para pengunjung. Terdapat juga jambatan gantung serta tempat-tempat untuk berkelah.


İmage

İmage

4. Shan-Shui Golf & Country Club

Quote:Padang Golf Shan-Shui mula beroperasi sejak tahun 1998. Ini merupakan salah satu padang golf yang besar dan menarik. Kawasannya meliputi 6,644 meter panjang. Untuk menuju ke padang golf ini, ia mengambil masa kira-kira 10 - 15 minit dari Lapangan Terbang Tawau manakala jaraknya dari bandar Tawau adalah kira-kira 9 batu.

Bentuk padang golf yang menarik ini telah dicipta oleh Nelson N Haworth. Padang golf ini terdapat 72 Par serta mempunyai 18 lubang. Kawasan padang golf ini amat menarik dan dihiasi dengan bunga-bungaan sepanjang jalan masuknya serta kawasannya yang dijaga rapi.

Selain itu, terdapat juga kemudahan seperti kolam renang, restoran, rumah kelab serta bilik loker yang disediakan oleh pihak Shan-Shui.


İmage

5. Tawau Hills Park

Quote:Taman Bukit Tawau merupakan kawasan semulajadi dan merupakan kawasan tadahan air. Ia terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau. Ia meliputi seluas 27,972 hektar.

Sungainya yang bersih dan sangat sesuai untuk berenang. Terdapat juga pondok-pondok yang disediakan untuk menyenangkan para pengunjung bersantai. Ini merupakan tempat yang selalu dikunjungi oleh pengunjung di hujung minggu ataupun di musim cuti persekolahan.

Selain itu, terdapat banyak rintis kembara dan ada yang membawa anda ke kawasan mata air panas dan air terjun dengan berjalan kaki.

Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di kawasan ini. Antara tumbuhan yang menarik ialah Orkid Telinga Gajah.


İmage

6. Teck Guan Cocoa Museum

Quote:Teck Guan Group merupakan salah satu syarikat pengeluar Koko di Malaysia yang terbesar dan produk koko yang dihasilkan adalah yang bermutu tinggi. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut mengambil masa kira-kira 10 minit yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang mula beroperasi sejak tahun 2002.

Tawau merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk penanaman koko. Aroma koko akan dapat dirasai ketika berada berdekatan dengan Museum Koko kerana ia bersebelahan dengan kilangnya. Koko merupakan bahan utama pembuatan coklat dan mentega koko yang digunakan oleh syarikat pembuat coklat sebenarnya berasal daripada Tawau.

Pihak muzium juga menerangkan cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Selain itu, cara-cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di ajar kepada pengunjung.


İmage

6. Tawau Tanjung Market

Quote:Pasar Tanjung adalah sebuah pasar tertutup yang terletak di Tawau. Ia merupakan pasar tertutup terbesar di Malaysia.

Pembinaannya bermula pada tahun 1995 dengan kos sebanyak RM 17 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Pasar ini mempunyai 6,000 gerai di dalamnya. Ia merupakan sebuah projek pembinaan utama di Tawau pada tahun 1999 semenjak 1980-an.

Nama "Tanjung" diambil sempena kedudukan pasar ini yang terletak di kawasan Sri Tanjung di Tawau.


İmage

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


SIASAT KETELUSAN KELULUSAN PPRT <b>DI KENINGAU</b> <b>...</b> - blog*spot

Posted: 22 Feb 2012 06:13 AM PST


KENINGAU (Sabah Malaysia): Pengerusi Parti Reformasi Negeri  (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan  mahu agar siasatan ketelusan dilakukan terhadap perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Keningau.
   Katanya, banyak kelulusan yang meragukan seperti mereka yang sepatutnya tidak layak, mendapat bantuan  tersebut mengakibatkan permohonan rakyat yang benar-benar memerlukan tersisih begitu sahaja.
   Dr. Kitingan menekankan, tujuan siasatan yang beliau cadangkan itu  ialah bagi membuktikan perlaksanaana bantuan itu benar-benar menepati sasaran. 
   "Apa yang kita lihat sekarang ialah bantuan itu tersasar jauh daripada matlamat sebenar," katanya, dan mendedahkan ramai penerima bantuan itu di Keningau dikalangan yang berkemampuan, dan saling mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak  berkuasa yang meluluskan.
   Beliau turut yakin bahawa berlaku permainan diantara orang dalam dengan kontraktor, terhadap  kelulusan permohonan bantuan itu.
   "Sesuatu yang tidak betul berlaku di sini," katanya kepada wartawan selepas meninjau masalah penduduk di Kg. Ria, yang mendakwa dinafikan hak untuk menerima bantuan PPRT itu.
   Penduduk itu yang masih mengharapkan bantuan tersebut dan enggan namanya dipetik memberitahu, beliau telah memohon kemudahan itu sejak lebih daripada lima tahun yang lalu.
   "Rumah ini sudah banyak kali digambar," kata penduduk itu.
   Dr. Kitingan memberitahu, keadaan penduduk itu terlalu daif dan layak menerima bantuan tersebut.
   Namun katanya, kerajaan lebih memberi perhatian kepada pemohon yang lebih berkemampuan berbanding rakyat yang benar-benar memerlukan.
   "Saya mendapat aduan daripada pelbagai lapisan rakyat di sini bahawa ramai penduduk yang menjadi mangsa," katanya dan menambah;
   "Saya mahu SPRM menyiasat ketidak telusan ini," katanya.  

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kenangan <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah November 2011

Posted: 28 Jan 2012 11:20 AM PST

sebelum mendarat di kota kinabalu airpot

Gambar ni diambil semasa pengumuman "tuan-tuan, kita akan mendarat sebentar lagi, blalalala...."

Salah satu sebab kenapa blog ni dari penghujung tahun lepas sehingga sekarang tidak ada entri terkini adalah tidak lain tidak bukan tuan punya blog ini asyik ke sana ke mari untuk urusan kerja, nak buat macam mana kerja tu jugalah menyara kami sekeluarga dan nak ke tak nak tugas mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kerana kerja kan sebahagian dari ibadat kita seharian.

Jadi nak kata aku bernasib baik, bertuah ataupun kaki bodek aku pun tak tahu nak kategorikan dalam situasi mana, cuma mungkin rezeki yang Tuhan bagi tu awal buat aku. Kalau nak diikutkan aku yang baru setahun jagung dalam pekerjaan aku sekarang ni memang lah ramai orang berkata aku tidak layak untuk menggalas tugas ini, tapikan hendak seribu daya dan tak nak seribu dalih.

Kelaut dah entri ini sebenarnya, tajuk bukan main "kenangan di Kota Kinabalu Sabah November 2011″ haha maafkan aku wahai kawan-kawanku pembaca blog ini, bila dah mula mengetuk papan kekunci ni biasalah emosi tak berapa nak stabil, hati-fikiran tak berapa nak synchronize dengan papan kekunci laptop.

Nak kata kenangan bukanlah kenangan sangat pun cuma bila jauh perjalanan maka luas pengalaman, ya dak? Seperti biasa juga mana mampu untuk merakam setiap detik apa yang dilalui sepanjang berkunjung ke kota kinabalu sabah kerana tujuan aku kesana bukannya makan angin tetapi urusan kerja, cuma sempat juga la berjalan-jalan sekejap tengok tempat orang. Sepanjang berada di sana sempat lah aku usung DSLR aku tu kesana kemari dan aku kongsikan bersama kamu semua, jadi layan…dan aku nak cakap awal2 gambar semua kelaut.

majis universiti malaysia sabah

ni pandangan dari bilik hotel tempat aku tidor dan kalau nak tau inilah masjid universiti malaysia sabah

seminar keselamatan kebakaran oleh pusat khidmat kontraktor

inilah tujuan asal aku ke kota kinabalu, pergi bagi talk untuk seminar anjuran Pusat Khidmat Kontraktor dan gambar kenangan selepas habis exam

gambar dalam bilik hotel grand borneo di one borne sabah

ni gambar dalam bilik, malas nak ambil gambar katil sebab dah berterabur dan lupa nak ambil gambar dulu

kitab suci al quran dan holy bible

korang jangan terkejut kalau menginap di hotel dekat sabah kerana kedua2nya disediakan di dalam laci dan sila jangan lakukan provokasi dgn gambar ini ok

pasar filipina

pasar filiphina sebagai tempat yang wajib dikungjungi sekiranya ke kota kinabalu dan memang banyak batu permata dijual disini

ikan bilis sabah

barang wajib beli sebelum balik ke semenanjung dan mereka sediakan perkhidmatan membungkus kotak secara percuma

Banyak lagi gambar yang aku ambil sepanjang 4 hari berada di sabah tetapi banyak yang tidak sesuai untuk upload dan dikongsikan disini. Apapun memang seronok kalau nak bercuti tempat orang tambah-tambah lagi tempat yang jarang2 kita dapat pergi.

Sebenarnya aku ada masa sehari extra disana tetapi mengenangkan pergi sabah seorang diri jadi tak berapa nak best berjalan dan teringat dekat anak serta anak mak mentua haha. Kesudahannya lepas habis shopping beli barang petang tu terus pergi lapangan terbang kota kinabalu dan duduk dalam 'waiting list/senarai menunggu' untuk balik awal sehari ke kuala lumpur dan memang rezeki aku dapat juga balik awal sehari. Itulah kelebihan menggunakan flight MAS sebab boleh tukar tarikh penerbangan.

Nota : Awek-awek sabah putih-putih betul, memang hati kena sabar dan iman kena kuat, apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat kita.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved