10 di tambunan - Google Blog Search |
TERTEMBAK SEPUPU DISANGKA BERUANG HITAM <b>DI</b> SG <b>...</b> Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST No of View :64 KENINGAU: Seorang petani yang girang kerana menyangka menembak seekor beruang hitam yang memanjat pokok rambutan terkejut apabila mendapati haiwan itu adalah sepupunya yang maut selepas terkena tembakan dilepaskannya di hutan Ulu Sungai Mususur, Tambunan, di sini, kelmarin. Sebelum kejadian, mangsa, Nuis Upil, 36, dikatakan bersama suspek berusia 42 tahun yang juga sepupunya serta dua lagi rakan mereka ke hutan berkenaan jam 2 petang. Mangsa memanjat pokok rambutan dan pada waktu sama, suspek yang membawa senjata api buatan sendiri, bakakuk melepaskan tembakan kerana menyangka itu adalah beruang hitam menyebabkan 'haiwan' terbabit jatuh. Suspek dan dua lagi rakan mencari 'haiwan' itu dan terkejut apabila mendapati ia sepupunya berlumuran darah dan tidak bernyawa. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika ditemui Harian Metro, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from di tambunan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan