10 di semporna - Google Blog Search |
Aman Kampus Kenyalang: Bloggers jatuh hati <b>di Semporna</b> <b>...</b> Posted: 08 Jul 2012 08:00 AM PDT Perjalanan Aman Kampus Di Bawah Bayu semakin hampir ke penghujungnya.Banyak peristiwa suka duka telah ditempuh para peserta semanjak ia bermula pada 28 Jun dan akan berakhir pada 10 Julai 2012 di Kota Kinabalu.Sepanjang jelajah ini ada beberapa perkara yang menjadi kenangan manis buat para peserta. Salah satu lokasi yang menjadi kenangan terbaik para peserta di Sabah ialah di Semporna dimana disinilah satu satunya mereka memperoleh keluarga angkat sepanjang jelajah.Lokasi yang dimaksudkan ialah Kg Simunul dimana yang menjadi penghuni di kampung ini terdiri daripada etnik Bajau. Sinonim dengan namanya,etnik ini tinggal di persisiran pantai dan mendirikan kampung di atas air kerana majoriti pekerjaan penduduk disini ialah nelayan.Saya juga tidak terkecuali daripada menerima keluarga angkat.Perjalanan yang panjang bermula daripada Kota Kinabalu sehingga lokasi-lokasi berikutnya yang amat mencabar terutamanya apabila melalui 'off-road' di Kalabakan terubat apabila kami disambut seperti keluarga sendiri apabila tiba di Kg Simunul. Apabila tiba disana majlis dimulakan dengan ucapan presiden Aman Kampus mewakili jelajah serta ketua kampung mewakili penduduk kampung.Ini merupakan satu budaya masyarakat Malaysia tidak kira di Semenanjung,Sabah dan Sarawak apabila bertandang ke tempat orang terutamanya apabila melibatkan jumlah yang besar seperti jelajah Aman Kampus. Penyerahan peserta keluarga angkat merupakan satu pengalaman yang mungkin baru kepada kepada sesetengah peserta kerana tinjuan saya mendapati terdapat peserta yang tidak pernah melakukan jelajah yang besar seperti ini apatah lagi menerima keluarga angkat yang mungkin asing bagi mereka.Namun kemesraan penduduk disini membuatkan tidak wujud lagi perkataan 'asing' bagi mereka.Namun,ini bukanlah kali pertama Aman Kampus menyediakan keluarga angkat bagi peserta yang menyertai jelajah kerana sebelum ini juga mereka telah menyediakan platform ini semasa fasa pertama di Kg Masjid di Perak dan semasa berlangsungnya Aman Kampus Kenyalang.Walaubagaimanapun,saya memahami objektif dan peranan Aman Kampus dalam mendekati masyarakat.Bagaimana boleh kita katakan bahawasanya turunnya mahasiswa ke bumi Negeri Di Bawah Bayu ini adalah untuk mendekati masyarakat?Ya,salah satunya ialah mendampingi mereka sehingga ke ruang dapur bagi memastikan bahawa 'jiwa' mereka,kehidupan mereka dapat para peserta rasai. Turun ke laut Get ready untuk turun ke laut Turun kelaut melalui jalan air dibawah rumah adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya alami kerana saya bukan berasal daripada keluarga nelayan.Justeru,Setiap detik adalah satu pengalaman baru kepada saya.Mungkin ini adalah perkara yang biasa bagi penduduk disini tetapi bagi individu macam saya yang berasal daripada semenanjung,jika diberi peluang untuk turun kembali ke sini,saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya. Kami bergerak daripada rumah ke rumah kelong yang berhampiran mengambil masa lebih kurang 15 minit.Semasa dalam perjalanan menuju ke sana,saya lihat beberapa peserta 'marah' dan 'cemburu' kepada keluarga angkat kami kerana diberi peluang untuk menjelajah laut sementara mereka cuma dapat 'bersidai' di atas sampan milik keluarga angkat mereka sahaja.Nasiblah! Pemandangan senja di atas kelong Kelong yang kami lawati ini adalah tempat penternakan pelbagai jenis ikan seperti ikan Merah,Kerapu dan pelbagai yang lain.apa yang menariknya disini ialah mereka juga turut mengimport ikan-ikan yang diternak kepada negara luar seperti Jepun.Saiz terbaik yang boleh dijual kepada negara-negara ini sekitar bawah 1kg kerana rasa ikan tersebut manis berbanding yang lebih besar daripada itu menurut salah seorang ahli keluarga angkat saya yang dikenali sebagai Tom. Ikan Ayam yang berharga Rm9 sekilo.Murah! Kami bergerak ke pasar ikan berhampiran untuk mencari jikalau ada ikan yang sesuai untuk dipanggang untuk makan malam kami.Sudah pastinya yang menjadi pilihan kami ialah ikan segar.Jadi kami bercadang untuk membeli 2 ekor Ikan Kayu dan seekor Ikan Ayam.Yang menariknya harga seekor Ikan Ayam disini cumalah sekitar RM9 bagi sekilogram.Apa yang saya pelik ialah mengapa ikan ini digelar ikan ayam?Tidak serupa pun dengan ayam.Tiada jambul.Tiada taji.Mungkin ada sejarah tersendiri.. Perjalanan pulang dari pasar ikan Setelah puas membelek-belek ikan,kami pulang ke rumah dan bersedia untuk mengisi perut kami dengan ikan-ikan yang baru kami beli.Tentunya segar dan kami tidak sabar ingin menikmatinya. Beginilah rupa ikan ayam setelah dipanggang.Maaf bukan saya yang panggang.Saya tak reti! Makan di luar rumah sambil menghadap laut adalah.... (tak dapat saya bayangkan perasaannya) . apa yang menarik semasa kami makan ialah Presiden Aspirasi Alumni Shahar Abdullah merangkap Pengerusi Aman Kampus yang lalu dihadapan rumah kami,apabila melihat kami sedang makan dengan seleranya,terus mengaku secar automatiknya keluarga kami ialah keluarga angkatnya.Beliau berseloroh mengatakan bahawa 'seluruh kampung adalah keluarga angkat Aman Kampus'.Dan saya pasti kenyataanya itu adalah 'valid' sewaktu makan sahaja.Begitulah hebatnya penangan Ikan Ayam panggang milik keluarga kami.Sambal sedap!Ikan sedap!yang tak sedapnya,terpaksa berkongsi dengan tuan presiden!Haha Seluruh keluarga di Kg Simunul adalah keluarga angkat kepada AKDBB Memikirkan kata-kata Shahar ada benarnya juga.Konsep kekeluargaan itu sebenarnya tidak terhad kepada keluarga yang kami tumpangi sahaja,malahan ia juga termasuk seluruh kampung dan komuniti yang menerima kami Aman Kampus.Konsep ini juga boleh diguna pakai oleh semua peserta apabila pulang ke kampung halaman masing-masing.Apabila wujudnya konsep seluruh kampung adalah keluarga,maka secara automatiknya kita akan menghargai dan menjaga komuniti kita seperti mana kita menjaga akhli keluarga sendiri.Walaupun tuan presiden mengungkapkan ayat itu hanya 'untuk makan'.namun kadangkala ilham atau idea individu itu tidak semestinya datang ketika di pejabat?Siapa sangka idea Wawasan 2020 dan 1Malaysia yang datang dari mantan perdana menteri dan perdana menteri mungkin datang ketika mereka sedang bersantai bersama keluarga tercinta? Seperti biasa diadakan Pentas Anak Muda bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi ini untuk melontarkan idea yang baik untuk pembangunan penduduk dan masyarakat.Bezanya disini ialah bersama-sama dengan keluarga angkat kami memeriahkan majlis.Sudah tentu mereka akan mengingati kenangan ini yang mungkin hadir sekali seumur hidup bersama anak-anak angkat mereka dalam jumlah yang besar. Lagu Gemuruh yang menjadi 'tradisi' Aman kampus Insyallah undi mereka masih milik kerajaan Bercerita tentang pengalaman Malam yang singkat tidak sepatutnya berakhir dengan cepat.Saya bersama Effendi (driver UiTM) serta adik beradik angkat,Tom naik ke atas kapal dan bercerita tentang pengalaman masing-masing.Tom bercerita mengenai pengalamannya.Kebanyakan berkisar tentang kehidupan sebagai anak nelayan.Begitu juga saya.Namun topik di atas kapal menghadap laut pada malam itu lebih kepada CERITA HANTU!Saya sempat bertanya mengenai benarkah wujud hantu laut yang selalu menganggu para nelayan.Tom mengiyakan pertanyaan saya dan menceritakan bahawa memang wujud dan 'hantu' berkenaan sering wujud menyerupai ikan yang besar.Lebih besar daripada kapal!Ada yang baik dan ada yang jahat.Bergantung kepada 'nasib' mereka yang berjumpa Selesai bercerita panjang lebar,saya masuk tidur.Sebelum itu saya dijamu dengan sotong yang dipanggang oleh keluarga angkat kami.Besar dan sedikit liat.Paling utama ialah sambal! Setiap pertemua pasti ada perpisahan.walaupun hanya semalam bersama keluarga angkat,namun kemesraan mereka seperti sudah lama mereka mengenali kami.Kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi.Masing masing seperti tidak mahu meneruskan jelajah.Ada yang mengaku bhawa mereka sudah terpikat dengan orang Sabah dan akan mencari pasangan daripada Sabah!Orang Sabah cantik dan baik bah!Namun perjuangan perlu diteruskan.Dengan berat hati kami meninggalkan Kg Simunul dan keluarga angkat kami.Dalam hati,secara peribadi jika berkesempatan berkujung ke Sabah,Kg Simunul adalah lokasi pertama yang akan saya jejaki. Gambar kenangan untuk salah seorang peserta Aman Kampus bersama keluarga angkat Anak muda turun berbakti,terpikat hati,abadi di sanubari Kepada ibu,Dedet dan Nana (adik beradik angkat saya),gambar kamu urang akan saya upload nanti jika berkelapangan.Perjalanan kami diteruskan ke Sandakan untuk menyudahkan misi Aman Kampus.Sesuai dengan tema anak muda turun berbakti,terdapat satu lagi tema yang sesuai untuk menggambarkan perasaan saya dan para peserta..Anak Muda turun berbakti,terpikat hati,abadi di sanubari.Kebaikan dan kemesraan orang-orang kampung disini tidak akan kami lupakan.Insyalah bapak-bapak serta ibu-ibu akan terus menjadi ibu dan bapa angkat kami sampai bila-bila.Bapa dan ibu mertua?Err...Terpulang! |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |