10 di kota belud - Google Blog Search |
LOVE TO BE MAMA: KANAK-KANAK HILANG <b>DI KOTA BELUD</b> Posted: 13 Nov 2013 05:57 AM PST ADIK MUHAMMAD SYAHMI HARIADIE 10 TAHUNPLASTIK MAYAT: pagi tadi KPB BP Karakit awal pagi datang stor minta PLASTIK MAYAT.. saya tanya la ada mati lemas lagi? dia ckp... yang ni kanak-kanak. kepala tak ada. hampir reput keseluruhan. saya pun tidaklah mau ambil tau sangat... lagi pun saya banyak kerja yang perlu di submit hari ini juga.. masa balik makan.. bapa saya pula call srh cek ticket airAsia. dia ckp ada tambang semurah RM2. dia minta tolong booking 8 Disember 2013 kalau betul ada yang RM2. Masa aku cek mmg tiada pun yg murah mcm tu... paling murah pn RM66 OneWay. Tgk Notification FB 1 PM masuk. dari kakak saya. tanya ttg kanak-kanak yg ditemui tu ada kaitan ke dgn kanak-kanak yang hilang. di Kota Belud tu? tiba-tiba semangat bizibodi merasuk dalam diri. teringat la pulak KPB Karakit dtg minta PLASTIK MAYAT tadi... kebetulan dia mmg ada sebut ttg MAYAT KANAK-KANAK TIADA KEPALA DAN HAMPIR REPUT. Aku menyesal betul la tidak tanya dia betul² tadi mesti dia tau... ADIK UHAMMAD SYAHMI HARIADIE 10 TAHUN, pelajar Sekolah Tahfiz AL QURAN BESTARI, KOTA BELUD dilaporkan hilang sejak 02 November 2013 semasa berkelah bersama kawan-kawan dan seorang utazah. Ustazah tu tidak perasan langsung pelajar-pelajarnya tidak cukup semasa berangkat melinggalkan Pantai Nanamun pada lebih kurang jam 10am. Dia cuma menyedari ketiadaan Syahmi setelah sampai ke asrama. Ustazah tadi berpatah balik ke Pantai Nanamun untuk mencari Syahmi namun GAGAL. Laporan polis dibuat lebih kurang jam 9PM. Lepas tu barulah Pasukan Polis, Bomba dan DLL menjalankan operasi mencari... sehingga operasi itu ditamatkan pada 9 November 2013 Syahmi masih tidak ditemui..... banyak betul spekulasi dan khabar angin mengenai kehilangan adik ni yang disampaikan dari mulut ke mulut.. dari FB ke FB sampai ke kehilangan adik ni dikaitkan dengan unsur² mistik. Tiada sumber berita yang benar² tepat dan terperinci. Masa ni la peranan wartawan FB sangat² diperlukan.. Walaupun ketepatan berita masih boleh diragui tapi boleh la memberi gambaran yang jelas apa yang terjadi di lokasi. Sbp ada antara wartawan FB ni turut turun ke tempat kejadian. Dari apa yang saya dengar, adik ni telah disembunyikan ke alam ghaib. Ada yang dengar suara adik ni menangis di bawah pokok ara. Ramai la paranormal, dukun serta bomoh tempatan dan import yang datang membantu. Demikian juga banyaknya darah ayam dan kambing menjadi korban. Banyak ikhtiar telah dilakukan.. termasuk mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat.. namun, tiada siapa yang boleh menentang kehendak yang Maha Kuasa. Semoga ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan apa yang paling penting semoga Allah SWT memberi kekuatan pada keluarga adik Syahmi. KUDAT 12 Nov. - Penduduk Pulau Bambangan di sini menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang mulai mereput terapung-apung di Teluk Simpul berhampiran pulau itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada awal bulan ini di Pantau Kayu Puteh, Kota Belud. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Dawi Ossen berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada mayat itu yang ditemukan pada pukul 10.30 pagi mempunyai kaitan dengan kes kehilangan itu. "Kami masih menanti keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan proses pengecaman daripada keluarga mangsa. Mayat ini agak sukar dikenal pasti ekoran keadaannya yang semakin mereput," katanya di sini Muhammad Syahmi Hariadie, 10, sebelum ini dilaporkan hilang ketika beriadah bersama rakan-rakannya dan seorang guru mereka di Pantai Kayu Puteh bersempena cuti hujung minggu pada 2 November lalu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131113/je_05/Mayat-kanak-kanak-dijumpai-terapung#ixzz2kX3nNwfT © Utusan Melayu (M) Bhd Dengan penemuan mayat kanak-kanak di Pulau Balambangan ni hampir merungkai segara misteri disebalik kehilangan adik Syahmi.. Teringat pula kejadian mayat yang ditemui di Pulau Karakit awal bulan Oktober lalu. Pasangan suami isteri itu juga hanyut dari Pulau Mantatani Kota Belud. Walaubagaimana pun kita tunggu la berita seterusnya... kalau betul la kanak-kanak yang dijumpai itu adalah adik Syahmi.. maka tidak ada apa-apa unsur misteri yang perlu kita seram-sejukkan ketika ingin makan angin di Pantai Nanamun. Kerana pantai itu banyak melakar kenangan dalam hidup saya bersama keluarga. |
03/10/2013: usaha mencari budak hilang masih diteruskan… Posted: 03 Nov 2013 03:16 AM PST Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang dikhuatiri lemas ketika berkelah di tepi Pantai Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, sedang giat dijalankan. Kanak-kanak itu, Muhammad Syahmi, merupakan seorang murid tahfiz Al Quran Bestari, Kampung Pirasan, Kota Belud. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Sabah, Affendy Ramin ketika dihubungi RTM memberitahu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua, Julkifli Narawi bersama 5 anggota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 malam tadi. Pasukan berkenaan turut dibantu pasukan Skuba Bomba Sabah seramai 4 orang, pihak polis dan orang kampung. Usaha mencari ditumpukan di kawasan persisiran pantai berkenaan. Bapa kepada kanak-kanak itu, Harriade Osing ketika ditemui pemberita RTM berkata, kehilangan anaknya itu disedari kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, oleh guru pengiring aktiviti perkelahan itu yang kemudiannya membuat laporan polis. Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak berkenaan masih berpakaian mandi dengan seluar panjang berwarna merah dan tidak memakai baju. Maria (Firdaus/Cov) ~mfja~ |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |